.

.

Wednesday, June 27, 2012

Bekal ari ni : Nasi putih dan Paprik Ayam!

walaupon rupanya tak bapa segakk..tapi rasa dia buleh tahan...hehe

Assalamualaikum...


nama pon baru kawin ka..semangat nak wat bekal kat si suami masih lagi tinggi
dan MG harap tetap ada semangat tu sampai bila-bila
sebenarnya agak susah nak jadi tukang masak ni
kadang-kadang kita jadi tak tau nak masak pa
pala jadi blank..last skali akan ulang la masakan yang lepas

MG lak bukan orang yang terer masak sangat
yang simple-simple reti la cam gulai ka, sayuq ka, sambal ka
tapi kalau dah masuk hat dasyat-dasyat tu alamatnya kena makan kat kedai la
si suami lak stail ikut ja kita nak masak pa, jadi lagi la blank kita nak masak pa kan..

semalam dah bekalkan beliau masak kicap ayam..dia cakap sedap!!
mesti la..tak kan nak wat masak kicap pon x tau kan..melampau tol
hehehe...
dah dia cakap sedap tu terus la search nak masak pa lak ari ni ( kan baru kena puji ngan laki, kena la teruskan memasak.hehe..)
tiba-tiba terpikir, cam best gak ye kalau wat paprik ayam!
MG tak penah lansung wat masakan ni
mak MG pon tak penah, jadi haruslah tak tau kan cara nak masak dia..hehe
jadi MG search la resepi kat 1 blog ni ..tapi lupa la apa nama blok dia
tak pa MG share kat sini ye

RESEPI PAPRIK AYAM

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( MG wat 1/4 ekoq ja)
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besaq - dimayang
2 batang serai ( MG guna 1 batang )
2 biji tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ( MG guna 11 biji..hehe..tapi still tak pedas bagi tekak MG)
sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap - agak2 (tapi MG masuk kan 2 camca sos cili dan sos tomato,1 camca sos tiram dan 5 camca kicap!)
sayuq ( kacang panjang, karot dan bunga kobis) - bunga kobis lupa beli.huhu
garam dan perasa
daun limau purut - lupa beli gak!huhu
sebiji limau kasturi

Cara-caranya
  • Resepi asal cakap suruh goreng half cooked ayam, tapi MG ketegaq MG rebus half cooked ayam tu.
  • tumis bahan yang ditumbuk tu sampai garing
  • masukan suma bahan sos-sos tu
  • masukkan ayaq rebusan ayam..agak-agak la nak kuah banyak mana
  • masuk ayam
  • masuk daun limau purut dan serai
  • masuk sayuq-sayoq keras iaitu karot, kacang panjang dan bunga kobis
  • rasa tengok cukup garam ka dak...kalau tak ckup tambah la
  • dah mendidih, masuk bawang dan tomato ( MG masak ni time malam untuk makan esoknya..jadi, bila msuk ja bawang dan tomato MG terus tutup api, dah sejuk masukkan lam peti ais dan dihangatkan balik esoknya)
  • time dah siap tu perah sebijik limau kasturi
  • tada....siap
masa masak tu MG dan berpeluh dah sebab bajet tak sedap sebab tak masuk daun limau purut..kalau tak masuk tentu la aroma paprik tu x dak kan
tapi bila dah perah limau tu rasa dia dan jadi paprik dah..hehe
Alhamdullilah..
tapi kalau masuk daun tu lagi sdap la..
tak pa pasni try lagi.hehe
dik tunggu respon dari si suami ni...dia tak makan lagi rasa ni..hehe
bye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails