.

.

Thursday, September 30, 2010

Cuti Umum 2011 Malaysia

**entry malas cik gold (+_+)

Tahun 2010 pon dah nak abeh.. leh kita rancang cuti untuk tahun depan lak

airasia pon dok promote banyak tempat-tempat baru ni

tahun depan ada 2 tempat dah didalam perancangan cik gold untuk pegi ni.best2..!!


Dates
Occasion
For
1 January
Saturday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Friday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
17 January
Monday
Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
8 February
Tuesday
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 February
Tuesday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
3 February
Thursday
Chinese New Year Nationwide
4 February
Friday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
15 February
Tuesday
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
4 March
Friday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 - 31 March
Wed & Thurs
Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
22 April
Friday
Good Friday Sabah & Sarawak only
8 April
Friday
Sultan of Johor's Birthday Johor only
15 April
Friday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Tuesday
Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May
Sunday
Labour Day Nationwide
7 May
Saturday
Hari Hol Pahang Pahang only
10 May
Tuesday
Wesak Day Nationwide
17 May
Tuesday
Raja Perlis' Birthday Perlis only
30- 31 May
Mon & Tues
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 - 2 June
Wed & Thurs
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
5 June
Sunday
Malaysian King's Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
18 June
Saturday
Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
9 July
Saturday
Penang Governor's Birthday Penang only
29 June
Wednesday
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Thursday
Georgetown Heritage Day Penang - but not a 'paid holiday' for private sectors employees.
20 July
Wednesday
Sultan of Trengganu's Birthday Trengganu only
1 August
Monday
Awal Ramadan Johor, Kedah & Malacca only
17 August
Wednesday
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
31 August
Wednesday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
30 - 31 August
Tues & Wed
Hari Raya Puasa * Nationwide
16 September
Friday
Malaysia Day &
Sabah Governor's Birthday
Nationwide
Sabah
8 October
Saturday
Malacca Governor's Birthday Malacca only
22 October
Saturday
Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
24 October
Monday
Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
26 October
Wednesday
Deepavali Nationwide
6 November
Sunday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
7 November
Monday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
27 November
Sunday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
11 December
Sunday
Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
25 December
Sunday
Christmas Nationwide
* Subject to change - depending on the sighting of the new moon

Jom, cuti-cuti Malaysia!!


BERHATI-HATILAH DGN MINUMAN INI


cerita ni cik gold dapat dari fb 2 3 ari lepas, harap anda suma dapat baca dan menghebahkannya..

kita yang muslim ni selalu jadi mangsa macam ni..

inilah akan terjadi jika suma perniagaan makanan dimonopoli oleh bangsa lain. jadi sapa yang ada asas bisnes yang kuat tu start la berniaga sekarang, cik gold yakin mesti laku punya lah..

dan pembeli-pembeli pon perlu sama membeli barangan buatan kaum muslim

kalau bukan kita yang sapot bangsa kita, siapa lagi nak sapot??


GREEN BEAN SOY DRINK

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.


Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau?

Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office.

Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya?

Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka????

Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!!

Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Jenama ni minuman air soya hijau

Perhatikan ingredientnya

Kod Lemak Babi

Made in China

**cik gold tak minum soya (*_*), kopi lagi sodap!!


Tuesday, September 28, 2010

Cik Gold Dalam Proses Nak Amik lesen memandu...!!!


waa....seperti tajuk di atas, ini la yang dalam kepala otak cik gold wat masa ni

terus terang cik gold katakan cik gold totally tak reti bawak keta, selama ni jadi penumpang yang setia saja..

dan terus terang jugak cik gold katakan cik gold takut nak bawak keta!!!

waaaa..........cam na ni, keta dah start pi servey-servey, lesen tak amik-amik lagi...

anda suma, susah tak bawak keta??
berbanding bawak motor yang mana lagi susah???
kalau motor cik gold memang dah expert merempit.

(gambaq di atas tak ada kena mengena ngan cik gold tau)

adakah perlu cik gold beli keta dan belajar dulu sebelum amik lesen??

atau

masa amik lesen tu baru belajar??

cik gold bukan apa, nanti dapat orang mengajar tu jenis garang terus la cik gold x pegi dah pas tu

atau

antar orang lain amik lesen bagi pihak cik gold???hehe...seperti gambaq di bawah ni kan??..sapa tau kalu yang pegi tu bukan cik gold jika pakai cam ni (^_^)


boleh anda bagi suggestion???


lesen cik gold sekarang!! (tapi sila tukaq nama di atas ye kepada nama cik gold)

Monday, September 27, 2010

Cikgu Shida?? sapa tu??

video ni cik gold dapat dari youtube..

nak komen ke tak ni??

tak sampai hati nak komen sesama melayu...huhu...

tapi cik gold amat suka kalau anda suma dapat komen bagi pihak cik gold...

hehe...jom layan



ada gak link terus ke page youtube cikgu ni, cam glemer ye...sapa yang suka leh la masuk (^_^)

Budak lawak kembali - The Wang and Only

Ingat tak lagi, sebelum ni cik gold ada post kan 1 aksi lipsync sorang budak lawak dari philipine tu???

ala...yang nyanyi lagu justin bieber tu??
kalau tak ingat klik sini ye

ha...ingat pon, ni cik gold post lagi 1 video dia dan kawan dia lak,lagunya i got a feeling!!



best x? hehe...
sungguh-sungguh budak-budak ni nyanyi...cam tak dak perasaan malu lansung.

kalau bab pelajaran pon sungguh-sungguh cam ni sah la berjaya bila besaq nanti (^_^)

yang tak tahan gigi depa tu...bila tengok gigi tu anda ingat pada apa??

ada macam ni tak???


hehe...

Sunday, September 26, 2010

Cara Memikat Pasangan (^_^)


nak tau tak??baca ja kat bawah ye....

Cara Memikat Hati Wanita

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu

Cara atau Tips Memikat Lelaki..

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Berwatakan menarik (Persenaliti yang mampu mengugat hatinya).
  3. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  5. Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (terpulang kepada individu).
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  8. Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.
  9. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  10. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  11. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  16. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  17. Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!

Thursday, September 23, 2010

9 Cara efektif untuk mengelakkan radiasi komputer


buat blogger sekelian yang 24 jam mengadap komputer mari la baca la baca artikel ni..

sayang tak kulit muka kamu yang gebu-gebu tu??
ramai yang masih tak tahu, komputer kita akan mengeluarkan radiasi apabila di on kan...jadi radiasi itu akan terus terpancar ke kulit muka kita dan menjadikan kulit muka menjadi tua dari umur sebenar

tak pon, tak sayang ka mata kamu semua yang masih terang benderang tu???


mari kita tengok kesan dan 9 cara untuk mengelakkan radiasi ini

9 Cara efektif untuk mengelakkan radiasi komputer

1) Letakkan 2 3 pokok cactus kat sebelah komputer,kerana dipercayai tumbuhan ini dapat menyerap radiasi tersebut ( selain halang radiasi, pokok ini juga dapat mencantikkan meja anda (^_^))


2) Minum 2 3 cawan teh hijau yang boleh mengurangkan kadar radiasi, selain teh hijau,minum teh chrysanthemum, spirulina dan Sea buckthorn oil (apo ko bondo ni??) pon boleh mengurangkan radiasi.

3)Sebelum on pc tu pakai la facial mask untuk mengelakkan radiasi bahaya ini, selepas tu basuhlah masker tu dengan air alkali yang bersih untuk menghilangkan radiasi electromagnetik.


cara ni dapat menghilangkan 70% radiasi tau !!

4) Menggunakan penapis radiasi di skrin komputer anda

5) Elakkan dari meletakkan barang-barang metal berhampiran komputer kerana barang ni dapat memantulkan radiasi tersebut, nanti bukan saja kita yang kena orang yang lalu lalang sekitar kita pon kena gak radiasi tu.

6)Laraskan kecerahan komputer sebelum guna...lagi cerah komputer tu lagi tinggi la radiasinya..selain itu lagi cerah lagi membuatkan mata kita jadi tak selesa.

7)Lagi 1 kalau boleh jangan la guna komputer yang old model sebab katanyan lagi tua umoq komputer tu lagi banyak radiasi yang keluar berbanding komputer baru..

8) Kedudukan kita letakkan komputer pon mempengaruhi kadar kekuatan radiasi, kedudukan radiasi terpancar yang paling tinggi ialah di bahagian belakan skrin...diikuti lak dengan bahagian kiri dan kanan skrin. dan yang paling kurang dihadapan skrin (kurang ja...bukan bermaksud x dak langsung ye)


Make sure mata kita berada lebih kurang 50 hingga 75 cm dari skrin.

9) pastikan kawasan komputer kita diletakkan bersama dengan kipas atau benda-benda yang boleh mengalirkan udara. Menurut 1 kajian yang telah dijalankan,srin komputer juga membebaskan bahan carsinogen yang dipanggil bromine dibenzofuran yang membahayakan kesihatan.

10) Second last, kita perlu mengambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin A seperti karot, ceri,apple dan tomato sebagai langkah untuk mengurangkan kesan radiasi ini pada badan kita.


11) Dan last skali, jika mata anda rasa kering dan lemah, makan la pisang untuk mengurangkan kesan ini.pisang bukan hanya mengurangkan masalah mata ia juga dapat mengurang kan penuaan mata kita.

ha...takut tak???

sebagai blogger yang berjaya cam kita suma ni mesti penah rasa simtom-simtom di atas kan??
jadi apa tunggu lagi, marai kita cuba??

bak kata Ust Nor Baayah cakap

"Anda buat, Anda Dapat"

Wednesday, September 22, 2010

Kebenaran Taugeh



Ni ada 1 cita yang cik gold dapat lam fb pagi td, disebabkan antara makanan cik gold adalah char koey teaw dan bihun soto, taugeh semestinya jadi kegemaran cik gold jugak!!


adakah cik gold perlu berpuasa dari memakan makanan kegemaran cik gold???

atau cik gold perlu tanam sendiri taugeh-taugeh tersebut???

huhu...pening-pening!!





mari kita baca apa yang mungkin ada lam taugeh yang kita makan tu...huhuhu!!

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya.
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses
penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching
dgn taugeh2 bumiputera.

apa lagi, mari kita sapot barangan keluaran bumiputera...

kalau bukan kita yang sapot sapa lagi nak sapot??


Tuesday, September 21, 2010

cik gold pi kanada Part 4


kali ni cik gold nak sambung cita cik gold pi Canada dulu...
tak abis lagi ni sebab gambar-gambar masa melawat Niagara Falls tak tunjuk kat u all lagi ni
(^_^)

cik gold berlatarbelakangkan Niagara Fall kat kanada

untuk pengetahuan anda semua, Niagara Fall ni terbahagi kepada 2 negara. 1 bahagian di negara Kanada dan 1 lagi di America

yang paling cantik mesti la yang ada di Kanada seperti gambar cik gold di atas

masa cik gold pergi dulu time musim sejuk, jadi hampir semua air di situ beku



kat sini juga kalu musim tak sejuk, akan ada 1 lapisan kabus air akan timbul di tengah air terjun tu yang di namakan Maid of the Mist

jika melancong ke sana kalu tak merasa Maid of the Mist ni memang tak lengkap lah.hehe...
pelancong akan di bawa ke lapisan wap air tu menggunakan bot dan dapat merasai percikan air dan kabus tebas berhampiran air terjun yang jatuh tu...cik gold tak dapat rasa nak pegi ke sini.huhu....

berdasarkan sejarah aktiviti pergi ke Maid of the Mist sudah bermula dari tahun 1864 lagi, tapi time tu diaorang pergi naik kapal yang guna kuasa stim ja la.

ha...ini la gambaq kapal tersebut

tak dapat naik kapal ke Maid of The Mist, leh amik gambaq kat batu ni pon jadi la



berhampiran dengan air terjun ni, banyak terdapat kasino-kasino tempat membuang duit untuk orang kaya kat sini, orang kaya ni memang camtu la suka buang duit

kat belakang cik gold tu ialah kasino-kasino.

kat sini juga cik gold dapat tengok pokok-pokok yang sedang membeku, cantik betol!!
inilah kekuasaan Tuhan. Subhanallah!



ini ialah big boss cik gold, orang yang bertanggung jawab membawa cik gold ke sini


Tq Boss!!

last skali jom la layan gambaq-gambaq balance ni



untuk ke I'm going to Canada ??? Part 3 sila klik sini

Sunday, September 19, 2010

Kembali Bekerja!!

waa...malas nak keja bila lama cuti ni, tapi bila mengenangkan keja bertimbun cik gold gagahi juga la wat keja..

amacam raya ni??

best x??

duit abih banyak x??



huhu...bila bercakap pasal duit ni, cik gold dah hampir pokai dah ni
gaji lak lambat lagi

alamatnya makan megi la pasni

ni baru duit, amacam lak dengan berat/saiz badan???


hehe...akibat dari makan tak hingat dunia raya ni..berat badan cik gold dah melampau-lampau naiknya

berat yang hilang akibat posa lalu, tak terdaya nak cover berat yang naik akibat raya...tolong-tolong..!!

moga dengan amalan memakan megi ( akibat pokai belanja raya ) dapat menurunkan balik berat ni


bagi cik gold, raya tahun ni paling best sebab cik gold beraya kat umah baru...rumah yang dibina hasil titik peluh cik gold untuk mak ayah (^_^)

macam mana raya anda????

best tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails