.

.

Saturday, October 30, 2010

Di brainwash oleh En. Gold @ En. Buah Hati


sejak tua-tua ni, cik gold selalu rasa tensen ja...heran tol

kadang-kadang benda yang tak penting pon leh tensen..kalau dok sorang-sorang leh nangis dibuatnya..tak tau la nak jadi apa
rasa rendah diri,kurang yakin dari segi bentuk badan, pakaian, cara pemikiran, cara membawak diri, masalah kewangan dan lain-lain semakin meraja di ati ni...

kadang-kadang tu, tak dak sebab pon tensen gak

anda semua terutama kaum perempuan rasa cam ni tak?? atau cik gold sorang ja yang rasa ni..

kenapa ya??

ada sesiapa leh bagi solution untuk cara penyelesaian??

ada orang cakap kalau kita tensen-tensen selalu leh membuatkan wajah kita tua dari usia sebenaq?? tol ka?? ha..kan tak pasai-pasai ck gold kembali tensen..huhu)

cik gold sedang merenung masa depan

setelah tak tahan menanggung beban ini sorang diri, cik gold pon cerita la benda ni suma kat en gold@ en.buah hati..

hehe...pastu free-free ja kena brainwash..

tapi tak pa, pas dia mem'brainwash'kan cik gold terus rasa sebahagian beban yang ditanggung ni kurang skit

en. gold sedang membrainwash

antara pesanan en. gold ialah banyak berdoa dan membaca alquran untuk menghalau syaitan da iblis yang dok hasut tu..huhu..kan dah malu,en. gold dah tau , cik gold ni jarang baca quran

lagi satu pesanannya, jangan pikir sangat masalah yang melanda, bukan leh selesai pon dengan berfikir ja

hehe...(^_*)

tq en. gold, atas suma nasihat anda...

ha...kat sini cik gold nak cakap, kalau kita n tensen-tensen..cuba la cita kat orang lain, jangan simpan sorang-sorang
bukan apa takut nanti, terjadi lagi teruk atau gila ka


Wednesday, October 27, 2010

Cik Gold Teringinn....!!



ada sapa-sapa yang duit lebih leh sapot cik gold benda di bawah ni tak???huhu...
tingin banget...

bila leh beli ni...


huhu...duit-duit dimana kau duit

en nuff, bila mau bagi earning yang banyak kat saya???
jawapan en nuff : macam best sangat blog ko ni....(mesti jawapan dia cam tu kan.hehe??)

oohh...en.persona mungkin cik gold dapat memilikimu lam mimpi...

Monday, October 25, 2010

Cara Menghalau nyamuk dengan berkesan lagi jimat


Best tak, kalau tido malam diganggu nyamuk???

(T_T)huhu...memang tak best!!

nak bangun cucuh ubat nyamuk malas, nak selubung 1 badan ngan selimut panas lak,



definasi demam denggi : Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.

Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.

Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria.

Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.

Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


nak biaq ja lak, takut kena demam denggi, dah la area suma cik gold ni banyak nyamuk, selalu kena fogging!!
tapi nyamuk banyak cam tu la...(^_^) (penghuni taman tersebut agak pemalas kot.hehehe...)

kadang-kadang asap ubat nyamuk atau semburan ridset tu jadi alahan kat sesetengah orang, lagi pon ia jugak leh mencemarkan alam sekitar.

ha...cik gold ada cara yang murah dan mesra alam untuk menghalau nyamuk...sesuai dibuat kat sekolah ka, umah ka
nak tau??

mai cik gold nak habaq bagi

Bahan-bahannya
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi ( yang wat tapai tu)
- botol plastik 1.5 liter

Cara-caranya

1. Potong botol plastik di tengah.
Simpan bagian atas/mulut botol.



2. Campur gula merah dengan air panas.
Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan
di separuh bahagian potongan bawah botol.



3. Tambahkan ragi.
Tidak perlu dikacau
Ini akan menghasilkan karbon-dioksida (CO2)



4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas
dengan posisi terbalik seperti corong.



5. Bungkus botol dengan kain atau kertas kaler hitam,
kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.



Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah
nyamuk yang mati di dalam botol.




amacam??

try la, mana tau berkesan kan leh jimat duit (^_^)

** cik gold lom try lagi, x tau berkesan ka tak ni.huhu...

Thursday, October 21, 2010

Entry Khas untuk Skuad Kenari



Cik gold selaku peminat setia kumpulan bola sepak kedah, berharap pasukan kedah dapat mencapai kemenangan sempena Piala Malaysia apabila bertandang ke Kota Bharu pada 23 October ini

harap pasukan Kedah dapat mengulangi kejayaan double treble cam ari tu..
diharap apabila berada di gelanggang lawan boleh menjadikan pasukan kita lebih bersemangat, berkeyakinan dan dapat mencipta gol pada minit-minit awal

percayalah, cik gold dan para penyokong dan peminat bola sepak Negeri Kedah Darul Aman akan sentiasa berdoa dan menyokong di saat anda semua berada di atas atau di bawah



dengan barisan muda yang mantap lagi bersemangat cik gold yakin kedah boleh mencipta kemenangan...

yeeeaaaahhhh.....!! HIDUP KEDAH!!


PULUN KEDAH PULUN!!

mari kita dengaq lagu rasmi bola sepak negeri kedah


Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati

Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan

Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah

Walau sakit jatuh dan rebah

Bangun lantas semula gagah

Bajur lalu melintang patah


Hijau Kuning tanahku

Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku


Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah

Bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku

Darul Aman negeriku

Hijau Kuning darahku

Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku



Monday, October 18, 2010

Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang ni??

apa nak jadi ye??

ini lah dikatakan dunia akhir zaman...banyak perkara yang bukan-bukan telah berlaku,dari kejadian buang anak, rogol merata-rata, bunuh tanpa perkemanusiaan

yang lelaki sibuk nak merempit dan isap dadah

yang perempuan, sibuk mengandung anak luar nikah, lari dari umah mengikut kekasih hati

tidak kurang yang menderhaka kepada ibubapa dan sibuk nak menambahkan bilangan orang tua di rumah kebajikan dan sebagainya...

bagi artis sibuk nak wat pembedahan plastik sana-sini dan cuba mengubah pemberian tuhan
dan, tidak kurang juga yang sibuk menukarkan agama!!!

Mari kita fahami definasi murtad


Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1. Lemah pegangan agama.

2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.

3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan.

4. Faktor perkahwinan.



cerita ini cik gold baca dari harian metro

3 artis Indonesia didakwa murtad

Rianti

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.
Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.


apa nak jadi dengan orang indonesia ni. ini lah yang menyebabkan negara depa selalu dilanda bencana alam yang tak sudah-sudah

harap negara Malaysia yang tercinta ini kekal aman dan damai dan tetap menjadi negara Islam sampai ke kiamat nanti

Wednesday, October 13, 2010

7 bulan tapi dah 20 kg??



wah, comeynya baby ni...(^_^)

untuk pengetahuan anda, baby comey lagi montel ni asal dari Iran


dia ni lelaki ye.masa dia dilahirkan dulu, dia normal ja lebih kurang 3kg..
kalau dari lahir besaq cam gini teruk la mak dia nak beranak.hehe...

tapi selepas 3 bulan, berat badan dia semakin meningkat ke 11 kg dan skarang 20 kg bila berumur 7 bulan

nak kata mak pak dia besaq sangat pon tak jugak.



mak paknya cakap dia ni minum susu selama sejam setiap hari.hehe...patut la jadi cam tu, maka dan bapaknya pon manjakan sangat.


kecik-kecik memang la comey cam gini, tapi bila besaq problem la plak.
mesti dia sibuk nak kuruskan badan


silap-silap ari bulan, berperang dengan si bapak dan ibu sebab bagi dia minum banyak sangat..

biar sederhana, asal sihat (^_^)

Tuesday, October 12, 2010

Basuh dulu tin minuman anda atau gunakan straw


Minuman lam tin ni memang sedap,terutama time ari yang panas terik

dapat lak air yang sejuk berkabus tu..

wah...memang nikmat!

minuman lam tin ni walaupon diketahui umum tinggi kandungan gulanya, tetapi ramai orang masih suka dan selalu minum

tak tau la, mungkin dengan meminum minuman ini boleh menampakan seseorang itu hebat dan ada style

mungkin juga lambang kekayaan kerana minuman ini pon bukan murah sangat pon harganya.

dan baru-baru ini ada 1 emel yang cik gold terima mengenai minuman lam tin ni,

seorang perempuan mati selepas minuman dari dalam tin

mari kita ikuti kisahnya

kejadian tersebut berlaku di Texas Utara, pada hari ahad,seorang perempuan yang pergi berkelah telah membawa bersamanya beberapa tin coke yang diletakkan di dalam peti ais didalam boat perkelahannya

pas tu pada keesokan harinya, iaitu pada hari isnin dia telah dibawa ke hospital dan diletakan di Unit Penjagaan Rapi (ICU)

Malang terus menimpanya kerana telah meninggal dunia pada ari rabu

ha...mesti kita semua tertanya-tanya, macam mana lak perempuan tu leh mati ye??

ini jawapannya..

autopsy yang dijalankan telah mengesahkan bahawa perempuan tersebut mati akibat Leptospirosis atau lebih glemer dikenali sebagai virus kencing tikus

virus ini telah ditemui pada tin-tin coke yang telah dia minum, ini kerana dia minum terus dari dalam tin dan tidak menggunakan gelas

Kajian juga menunjukkan, dia dijangkiti oleh air kencing tikus yang telah kering ( haa...bukan hanya air kencing yang fresh yang kering pon bahaya.huhuhu...)

air kencing tikus ni mengandungi kandungan toxic yang tinggi

kita semua pasni kena lah basuh dulu tin-tin minuman kita kerana sebelum sampai ke kita, tin-tin tersebut disimpan di gudang-gudang dan pasti banyak tikus berkeliaran di situ

yang berjalan-jalan di atas tin la...tak kurang yang melepas kencing kat situ

kajian dari sebuah universiti, kandungan bakteria di tin minuman lagi tinggi daripada public toilet

wah...wah..!!

ini sudah bahaya..!!

jadi sebelum minum tu pastikan kita basuh tin dulu atau minum menggunakan straw...

kita jugak perlu menpertingkatkan kadar kebersihan rumah kita, terutama pinggan mangkuk yang di letakkan di tempat yang terbuka

takut-takut tikus telah kencing kat situ


Monday, October 11, 2010

Tragedi 10-10-10

tarikh 10-10-2010, tarikh keramat bagi ramai orang, antara orang tersebut ialah Angkasawan negara, yangh berkahwin pada tarikh ini

diikuti pulak dengan beberapa artis lain seperti aqasha

dan orang biasa cam kita juga ramai yang menyambut hari bahagia pada tarikh tersebut, tak kira lah samada bertunang atau berkahwin

ibu bapa cik gold jugak menyambut tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 25 tahun pada tarikh tersebut

"Selamat Hari Ulang Tahun Ibu Dan Ayah, semoga perkahwinan anda kekal bahagia sampai ke Akhirat kelak"

tapi, pada tarikh tu jugak negara dikejutkan dengan 1 lagi siri kemalangan bas yang meragut 12 nyawa pada Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat

Kejadian ini skali lagi telah menyebabkan ramai pihak mempersoalkan taraf keselamatan pengangkutan awam di Malaysia dan tak berkecuali tanggungjawab badan-badan awan yang bertanggungjawab dalam kes ini

di bawah ini ada gambaq-gambaq yang sempat dirakamkan di tempat kejadian

lihat hanya jika anada berani



















kredit kepada http://scripters.ning.com/

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas ini

diharap keluarga mangsa jugak dapat bersabar dalam menepuh dugaan yang di berikan

semoga Allah SWT menempatkan semua roh saudara kita ini disamping orang-orang yang beriman

Amin

** cik gold pon dah takut nak naik bas.huhu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails