.

.

Wednesday, January 26, 2011

Kamera Lingkup


*** entry marah

kamera pakai tak sampai setahun dah lingkup
kamera tu tak penah pon jatuh ka, jadi pa-pa ka
tiba-tiba gambaq jadi berbelang-belang

waranti masih ada lagi
pi kedai cina tu, leh lak dia cakap : waranti tak cover kerosakan cam ni
tak ke geram??

abih cik gold tanya balik : napa leh rosak cam tu
senang ja dia jawab : kamera memang selalu rosak cam tu
cik gold balas dengan geram : dah selalu rosak gitu tak kan tak cover waranti, pakai pon tak sampai setahun!

last dia tak tau jawab

dia terima gak kamera tu untuk dihantaq ke kilang, tapi dia cakap lagi kemungkinan besaq kena cas

cas deliveri pon kena rm30 untuk dihantar ke kilang
cam apa ja

selepas 3 minggu di kol balik, kalau nak baiki kena bayar rm500
gila apa!!

cik gold beli kamera tu pon rm400++ ja

beli baru lagi baik!!






Saturday, January 22, 2011

Bila Housemate Mau Pindah Umah


duduk umah sewa memang cam ni
hosmate sentiasa bersilih ganti masuk dan kuaq

kadang-kadang sampai tak sempat nak kenal pon depa dah kuaq
cik gold lak jenis yang tak berapa mesra alam
tapi lam tak mesra alam ni pon rasa cam sedih ja bila depa ni nak kuaq

ye la, tak kan nak halang lak depa kuaq
dah dapat kerja baru dengan gaji yang lagi bagus dari sekarang ni..tak kan tak mau terima kan

tapi yang buat cik gold sedih tu mungkin kerana, cik gold ni susah nak mesra ngan orang
dan jika hosmate lama kuaq

masuk la hak baru
mesti la sesi beramah mesra ngan yang baru pon bermula kan??

huhu...malasnya part ni!!

tapi Alhamdullilah semua hosmate-hos,mate cik gold baik-baik belaka ( depa jugak rajin memasak!!)
harap depa berjaya dalam apa yang akan depa lalui...



Friday, January 21, 2011

Panduan Bercuti di Bandung


untuk anda yang tingin nak pi Bandung ni, harap dapat la cari maklumat dulu ye sikit-sikit pasal Bandung

leh baca dari blog kawan-kawan yang dah pernah pi sana

bukan pa, kalau kita ada sikit pengetahuan, kita akan rasa senang untuk bejalan dan tidak akan kena tipu

sedikit tips yang leh cik gold bagi

  1. Make sure pasport anda belum tamat dan ada baki lebih dari 6 bulan
  2. Print segala tiket flight dan bukti pembayaran hotel
  3. wat currency converter dan print untuk senang wat rujukan ketika shopping
  4. rancang segala aktiviti yang anda ingin buat disana selama anda berada di sana
  5. rancang juga tempat yang perlu anda lawati
  6. make sure bawak duit yang mencukupi
  7. aktifkan kad ATM anda bagi memudahkan pengeluaran duit
  8. jangan bawak banyak pakaian kerana kat sini syurga membeli belah
  9. membawa beg kosong sebagai bekalan terbeli banyak barang
  10. semasa menawar make sure tawarkan sebanyak 60-70%
  11. jangan membuat penawaran harga jika anda tidak berminat untuk membeli
  12. simpan duit skit untuk membayaran bagasi dan tax semasa nak balik
Setakat ini dulu, harap dapat membantu anda ye (^_^)





Bercuti di Bandung Part 5

ikan kat kolam Orange's Home Bandung

Hari Ke-4 di Bandung

hari last kat bandung
sangat tak best nak balik serdang
sebab kat sini tak yah pikir keja, sejuk,leh shopping dan berjalan-jalan

hehe..melampau dah la tu kan
tak pa, kan cik gold dah janji nak datang lagi sini dan bawak duit shopping seguni
airasia, sila wat tambang murah lagi ye ke bandung (^_^)

aktiviti ari ni memperabihkan rupiah yang ada
kalau diikutkan, duit memang banyak lagi ni
tapi tak leh nak guna sebab takut kat airport nanti kena bayaq macam-macam lak macam beg lebih berat ka, atau kena pau lak dengan pegawai Imigresen kat sana

disebabkan flight kol 4.30 petang
pagi ni kita ke Pasar Baru lagi
nak cari baju batik cam cik gold pakai pada ari ke 2 dan ke 3 tu
perasan tak dah 3 ari berturut-turut cik gold pakai baju yang sama???
hehe..malu-malu..

ini la padahnya masa pergi pasar baru aritu beli selai ja baju batik, rasa cam nak wat kenangan ja..tiba-tiba pakai rasa cam best lah
boleh ja beli baju lain kat FOS, tapi tah la rasa cam tak bekenan lak ngan baju kat situ..
beli jeans ja kat situ

jadi ari ni..kita pi cari baju batik lagi.hehe...

sarapan untuk pagi ni ialah nasi goreng ye

kat bilik hotel

servis kat Orange's Home Bandung ni bagus, tapi kejadian bekpes semalam yang tak bapa nak best.hehe..
bekpes semalam kita makan nasi himpit kari ( kuahnya macam kuah mee kari, cuma meenya tak dak, digantikan dengan nasi himpit)

sedap, tapi...................
nasib baik, sempat makan skit
rupanya ada macam ulat kecik-kecik lam kuah tu, tapi kuah tu tak basi lagi tau!
tak tau la mai mana ulat tu..hehe

apa lagi, tinggal ja la makanan tu
makan roti ja ari ni

malas nak pi komplen.hehe...

kita tinggalkan pasal makanan
kita pi terus ke pasar baru
pagi ni kita naik teksi bluebird lagi
cas dia murah lam Rp25000 ( lebih kurang rm8)

seperti biasa, cik gold sampai awal..kedai pon tak bukak semua lagi

duit bahagian shoping pon masih ada Rp150000 lagi ni



hajat nak pi kedai yang cik gold beli baju batik ari tu sebab dapat murah, tapi tu la..pasar baru ni ada banyak tingkat dan banyak kedai, pening gak la nak cari


hehe..tapi disebabkan orang pompuan ni jaguh shoping, kedai yang baru 1st time datang pon boleh cari punya..hehe



kat sini dapat rembat 2 helai baju batik lagi dengan harga yang sama ngan harga macam 1st day dulu
budak yang jual pon kenal lagi



dah dapat baju batik ni baru la puas ati..hehe
best2..

disebabkan jam pon masih pagi..nak balik hotel pon cam tak tau nak watpa lam bilik..kita jalan-jalan dulu la

kali ni kta masuk la ke kedai jual kain lace pengantin
memang tol cam orang kata, memang murah dan cantik!


sempat jugak cik gold beli kain lace untuk baju bertunang ( bila lak cik gold nak bertunang ni?? ) nanti dengan duit lebihan yang ada ni..hehe



jalan punya jalan punya jalan
dah tengahari ni
makan tak pon
sebab ingat nak makan kat airport nanti

balik hotel kita uruskan bayaran baki hotel
make sure ye, deposit yang kita dah bayar tu. kita print dan bawak bukti ke sini
bukan apa, masa nak bayar tu depa mintak bukti ni
nasib baik print dan bawak
kalau tak susah gak la

kol 2.30 cik god pon check out dari hotel
balik kali ni kami naik teksi Gemah Ripah
sepeti biasa bagitau driver tu suruh on meter ye

memang agak malang nasib kali ni
jalan di bandung macet ( jem) sebab budak-budak baru balik sekolah
cik gold dah risau ni
ya la, takut tertinggal flight
bayangkan lam kol 3.30 kami masih lam teksi dan teksi masih terperangkap lam jem

nasib baik sampai gak akhirnya
perut lak lapaq, katanya nak makan kat airport kan? tak sempat dah..
alamatnya tak makan la ni.tak pa la asal tak terlepas flight
nak amik gambaq kat signboard airport pon tak sempat ni.huhu...

moralnya : kuaq awal ye kawan-kawan.hehe

kat sini kita kena bayaq tax sebanyak Rp75000 seorang
bayaran untuk beg lak tak kena tau sebab beg cik gold cukup-cukup 7 kg
jadi leh bawak naik terus ke flight
jimat ni
duit ada lebih lagi

untuk ke bandung, cik gold dah bahagikan duit ke beberapa bahagian
supaya senang nak guna dan bajet

makan dan jalan-jalan duit lain
shopping duit lain
hotel duit lain

setelah dicongak, wah duit makan dan berjalan ada lebih banyak lagi ni
leh la makan atas flight
perut pon tersangat la lapaq ni

orang-orang Malaysia

flight cik gold pon berlepas on time tak dak delay-delay


naik ja flight terus tangkap buku menu,
kali ni,cik gold pilih nasi kuning menado
sedap, tapi ada lauknya daging
cik gold tak leh makan daging (alergic)
tapi malangnya termakan gak daging tu.huhu...

perjalanan balik ni cik gold rasa cam lagi cepat sampai
lam 2 jam ja, masih pi dulu 2 1/2 jam
tak ke pelik tu?
sapa leh explain??

Alhamdullilah, perjalanan balik pon selamat
kat airport sempat lagi singgah tukar lebihan duit yang ada

cik gold amik bas nak ke KL Sentral
bas punya la laju ( driver dia memang tak takut mati)
memang lain tol dengan cara orang Indon

Bandung memag best!!
ada rezeki pi lagi


next destination ( kalau jadi) Kita pi Langkawi lak ye..(namanya orang Kedah, tapi tak penah pi Langkawi lagi ni)

TAMAT CITA BANDUNG









Bercuti di Bandung Part 4


Hari Ke-3 di Bandung

ari ni, sekali lagi kami menyewa kenderaan hotel dengan bayaran rm167
agak mahal ari ni sebab cik gold nak pi ke Kawah Putih

jauh tempat tu dari kota bandung
amik masa 2 jam lebih gak la

driver pon berulang kali bagitau kata jauh mesti dia malas nak bawak cik gold ke sana tu.hehe..
tapi berbekalkan semangat juang yang tinggi
cik gold tetap mau ke sana

ya la..dah datang ke sini, mesti la rugi kalau tak pi
bajet pon memang ada untuk kesana
last skali driver pon pi jugak la

perjalanan terpaksa masuk highway

kat sini semua kenderaan di pandu perlahan dan berhemah
kat highway pon maksimum kelajuannya hanya 80 km/j
jadi tak heran la kalau kadar kemalangannya rendah

disebabkan cik gold bercuti di sana pada week days, jadi kesesakan dapat dielakkan

perjalanan yang tadinya kat highway kini masuk lak ke kawan pekan kecil, cik gold pon lupa la apa namanya

kat sini banyak kereta kuda dan keadaan kudanya amat menyedihkan
kotor dan macam sakit

huhu...cik gold pencinta binatang!!



Permandangan di Ciwidey

seterusnya, cik gold masuk lak ke kawasan pertanian di lereng-lereng bukit di Ciwidey
bila ja masuk kawasan ni bermakna kawah putih dah nak dekat tu!!

kawasan pertanian di ditanam dengan pelbagai tanaman bertingkat-tingkat di lereng bukit
sama ja cam kat Kundasang cik gold rasa
jalan raya pon sangat la kecik kat sini

dah sampai ja kat kaki gunung tu, kena la bayaq cas masuknya..cas masuk adalah sebanyak Rp26000 seorang


kat sini anda boleh park keta kat kaki bukit dan naik ke atas menggunakan angkutan atau terus ja bawak keta kat atas

hehe..cik gold pilih bawak ja keta kat atas
bila bawak keta kat atas tu kena la plak cas Rp150000.huhu..

sebab kalau nak naik angkut tu kn tunggu 12 orang baru dia nak jalan
cik gold datang awal pagi..sapa pon tak dak lagi
terbang la Rp150000 tu


Subhanallah...
bila dah sampai kat atas tu
memang puas ati
Memang indah ciptaan Tuhan

memang sejuk kat sini
baju lak nipis

angin pon sangat la kuat
kabus tebal mungkin sebab nak ujan kot

gambaq pon tak bapa nak clear ( banyak gambaq tak clear sbab sejuk,tangan pon tak leh kuar dari dalam poket)



airnya kawah berwarna hijau dan seolah-olah ada cahaya kan dasarnya
memang cantik!!
kaler ijau ni disebabkan oleh kehadiran belerang di dalam air tersebut


bau berlerang memang kuat, sapa yang tak tahan leh muntah kat sini

sejuk memang sejuk tapi disebabkan kawasannya sangat cantik menyebabkan cik gold dok dekat 2 jam di sini

beli belerang

kat sini cik gold ada gak beli belerang
katanya leh wat lulur
Rp 5000 ja sepeket (rm1.70)


dah hampir beku kat atas ni, cik gold pon turun la balik
perut pon lapaq ni

ari ni nak makan makanan sunda lagi
hehe..

kita singgah lak kat Saung Andir

di sebabkan semalam kita makan Nasi Timbel
ari ni kita makan Nasi Liwet ye kengkawan

menu ari ni

Gurame Gledek
Nasi Liwet
Ulam-Ulaman
Petai
Sambal yang sedap
dan ayam masak kicap!!

jus SMS

menu cik gold ari ni


permandangan di Saung Andir
makan sampai mintak nasi tambah.hehe..
memang sedap
gurame memang sedap la!!

ada tak restoren kat Malaysia yang jual nasi ni??
cik gold teringin nak makan lagi

harga juga murah berbanding Kampung Daun
kalau dah pi Kawah Putih singgah la ke restoren ini tau!

dah kenyang perut suka hati
mari kita balik ke bandung balik


sepanjang perjalan ke bandung, cik gold tido ja..sampai la ke Cibaduyut
kat sini memang syurga barang kulit la

tempatnya macam pekan kecik ja,kedai pon kecik..
tapi banyak kedai

kat sini majoritinya barangan kulit lembu atau sapi
cik gold beli kasut dan purse
memang cantik
tapi purse tu cam tiruan la
geram tol!

nasib baik murah ja
tapi kasut memng terbaik dan puas ati
kat sini pon ada penjaja yang akan mengikut kita kesana ke mari

perjalanan ari ni memang penat
pasni kita pi ke Paris Van Java
kat sini pon FOS gak

tapi cik gold hanya melawat-lawat ja kat sini, tak lama pon
hanya untuk jejak kaki ja
gambaq pon tak banyak amik

haa..sapa-sapa yang nak mai bandung sila aktifkan dulu kat ATM anda
kat sini bersepah CIMB Bank ye

last skali untuk ari ni kita ke Kartika Sari dan Amanda
tempat jual brownies
esok pon dah nak balik
harga sebijik lebih kurang Rp28000 (rm9)
Amanda, tempat brownies sedap!


jadi boleh la borong, brownies ni tahan 3 ari ye kat luaq peti ais
kat sini juga dapat beli pisang bolen yang sedap

brownies ni khas untuk budak rumah dan orang ofis.hehe...baik tak???

loteh sudah ari ni
terus balik bilik
dan makan apa yang ada lam bilik tu
hehe...

abeh sudah part 4






Monday, January 17, 2011

Bercuti di Bandung Part 3



Hari Ke-2 di Bandung

hari ke-2 di bandung, ari ni rancang nak pi Tangkuban Perahu
rugi tol la kalau dah datang sini tak pi gunung tu

jadi perjalanan untuk ari ni , cik gold sewa kenderaan hotel

pakej ni berharga Rp400000 sehari bersamaan ngan lebih kurang rm150 ja..
harga ini termasuk, parking, petrol dan driver tu

jadi untuk ari ni, kita akan ke Tangkuban Perahu, makan kat Kampung Daun, shoping kat Factory Outlet, dan makan malam

memang berbaloi amik pakej ni, selain berpatutan, tak payah susah-susah cari teksi dan selamat dari kena tipu

kol 8 pagi 10/1/11 kita kuaq bilik dan pi makan bekpes yang disediakan
untuk ari ni bekpes yang disediakan adalah mi goreng (rasa cam maggi goreng ja), teh, tempe dan jus jambu batu

lam kol 8.30 pagi, kenderaan yang kami sewa iaitu Panther sudah siap bersama driver kami kat sini untuk ke Tangkuban Perahu

perjalanan akan mengambil masa lam sejam lebih

masa dalam perjalanan tu dapat la kita lihat corak hidup orang bandung, macam kita selalu tengok lam drama indon, bila stop kat traffic light ja ramai la pengemis, penjual-penjual malah mak nyah yang datang ke tingkap kenderaan untuk mencari rezeki

kadang-kadang terfikir gak, depa ni memang tak dak duit atau sekadar nak cari duit lebih saja

menurut driver kami Darso, kat indon ni orang kalau kaya memang kaya betol dan kalau miskin memang miskin betol..tak wujud golongan pertengahan seperti di negara kita (apa-apa pon Malaysia memang terbaik la) - ada seorang warga Indonesia tak suka cik gold tulis macam ni, tapi ini bukan cik gold yang kata, driver kat situ gak yang cakap..bukan cik gold memandai-mandai..sori kalau terasa!

pas lalu kawasan bandar, kami lalu lak kawasan kaki gunung Tangkuban Perahu, dan kalau tak silap nama kawasan ni ialah Lembang

kawasan ni memang cantik, sejuk dan merupakan kawasan pertanian

untuk naik ke Tangkuban Perahu, cas akan dikenakan sebanyak Rp50000 (rm17) sorang.
bila dah sampai kat atas, bukak ja pintu memang akan diserbu oleh penjual-penjual cenderamata kat sini la..hehe

apa lagi jawapan yang perlu anda berikan kat sini ialah

"enggak...enggak dan enggak"

make sure kalau anda tak mau beli barangan, jangan la menawar harga kat depa ni, kalau tak depa akan ikut anda sampai anda beli


disamping peniaga-peniaga tersebut, datanglah seorang pakcik ( lupa sudah namanya) datang menawarkan diri nak jadi tourist guide, nak elak pon x sempat dah..terpaksa la amik gak dia ni

amik bukan amik sesaja, kena upah lak tu.upah bagi dia Rp80000

tapi bagus gak ada guide dia, dia leh tolong kita tawarkan harga barangan kat kita
macam kat sini, cik gold bekenan sangat dengan pasu yang diperbuat daripada pokok bati kukun, pokok ni mempunyai corak semula jadi dan hanya perlu ditarah untuk mendapat bentuk pasu

memang unik!!
beli 1 dapat harga Rp20000 (rm7)

benda panjang yang cik gold pegang tu la bati kukun yang belum ditarah untuk dijadikan pasu

dok kat atas ni lama gak la..dalam 2 jam lebih ( bayaq mahal kena la dok lama-lama), cuaca lak sangat la sejuk dan angin kuat, abih tudung terbang

dihadapan cik gold tersergam Kawah Ratu., menurut guide man, kawah ratu ni hanya tidur dan boleh meletus bila-bila masa pon
( terus takut dan terbayang, kalau lah time cik gold pi ni dia meletus.huhu..)

kawah ratu

guide man lak sibuk nak bawak pi Kawah Domas, kat kawah tu ada kolam air panas leh rendam kaki dan rebus telur
tapi cik gold tak mau la..besa la charge lebih akan dikenakan kalau kita pi..

kat sini juga, ada pondok-pondok kecik tempat depa berjualan
kalau anda mahu, anda leh naik kuda untuk mengelilingi kawasan ni, tapi bayarannya tak tau la plak..sebab tak tanya pon

memang best, kalau tak dak penjaja yang dok ikut kehulu kehilir lagi la best

setelah penat menahan sejuk, angin yang kuat dan desakan penjaja kat sini, cik gold pon bersedia untuk balik

lam perjalanan turun bukit tu, ada lak ladang teh yang cantik.
apa lagi bergambaq la dulu

cuaca kat sini memang segar dan sangat cantik
tak rugi datang jejauh

ha..alang-alang masih kat kawasan kaki bukit yang sejuk ni, cik gold singgah lak ke ladang straw beri, kat sini memang banyak ditanam strawberi

untuk aktiviti ini cik gold singgah di Ladang Strawberi Natural
nak masuk kena bayaq Rp5000 ye ( rm1.70) dan dapat segelas jus strawberi yang sedap
cik gold lak tak penah ke Cameron Highland,jadi memang la sangat teruja
kat ladang ni juga depa ada tanam banyak jenis pokok bunga untuk jualan ( cik gold tak beli pon)

kutip, punya kutip strawberi dapat la 0.5kg, tapi lupa lak berapa harga

lam perjalanan ni jugak cik gold singgah ke gerai-gerai jualn buah
kat sini sempat beli limau ja

limau dia lain skit dari limau Malaysia
rasa cam campuran limau manis dengan limau bali skit
tapi rasa, memang sedap!

pisang pon ada tau..saiznya besaq


wah panjangnya entry kali ni..huhu

setelah penat, berjalan kesana kemari
perut pon jadi lapaq selalu la

"Darso, sila bawak ke tempat makan ye...
mau makan kat Kampong Daun

ok kak..(dialog Darso)"

Sepanjang cik gold dok cari info kat blog kawan-kawan yang dah pi sana, semua rekemen makan kat restoren ni, macam best katanya sedap
apa lagi terus kita pi sana lak ye

kat pintu masuk

masa kat pintu masuk kita kena pi amik nombor Saung lu ye
Saung ni cam pondok-pondok la
cik gold dapat Saung 23


suasana kat sini memang nyaman, dengan permandangannya yang cantik, ada air terjun, toilet pon bersih, pekerja pon mesra



kat sini cik gold amik nasik timbel ayam bakar dan jus alpokat
memang marvelous

sampai sekarang ni dok teringat lagi kesedapan nasik ni
kat sini juga leh try air jus kampung daun sling..sedap sampai tak terkata
makan sampai licin pinggan


kenyang makan kita pi shopping la plak
memang berbaloi kita amik pakej sewa kenderaan ni
berjalan sampai ke malam

pasni kita ke Rumah Mode dan FOS yang lain

kat donatello tempat kasut dan handbag

FOS

Rumah Mode

seperti besa, kalau bab shopping cik gold slow la skit..biaq la kawan-kawan yang shopping.huhu..

ni sedang tunggu es kelapa jeruk

baju kat sini memang murah dan berjenama ye

huhu...letih tol seharian berjalan
pas shopping terus ja balik ke hotel

mau tido

penat

esok mau jalan lagi

abeh sudah part 3





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails