.

.

Wednesday, March 30, 2011

kena ulser mulut lak

bukan mulut cik gold

huhu..nak cakap pon sakit
apa tah lagi nak makan
ni suma berpunca sebab makan buah pelam ari-ari la ni
cicah dia punya colek

di tambah pulak 2 kali tergigit pipi ketika makan
bertambah-tambah sakit

sedikit info pasal penyakit ni..


Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
*** gambaq di atas bukan mulut cik gold (^_^)





Menu tatkala dok sorang kat umah

ari sabtu hosmate semua keja, depa keja sekerat ari
cik gold sorang ja la dok kat umah
dah nama pon tak keja, jadi ari ni dah menjadi tugasan cik gold untuk masak

dah cakap dah kat depa siap-siap
kalau cik gold yang masak, jangan la harap hidangan tu yang dasyat-dasyat
bukannya tera sangat nak masak ni
hidangan sabtu lepas, sardin dan telur goreng, minggu ni kita wat yang dasyat la skit.hihihi...

kebetulan, malam jumaat ada pasaq malam
maka, sesi menghunting ikan tamban pon bermula

tak tau ikan tamban hat mana??
dia ni sejenis ikan kering yang kurus dan banyak tulang
tak tau lagi??..nanti pi kedai cari na..

resepi bujang ari ni masak lemak ikan tamban!!
orang bujang yang tingin nak wat amik respi kat bawah ye


RESEPI BUJANG : MASAK LEMAK IKAN TAMBAN

ikan tamban
santan
bawang merah
serai
cili
garam
kunyit idup

cara masak

masak santan bersama kunyit dan serai dengan api yang slow
pastu masuk ikan tamban dan kacau sentiasa bagi nak elak santan pecah
tambah garam, bawang dan cili padi ditumbuk kasaq
agak-agak bila dah masak


yea...dah buleh makan ngan nasik,ikan goreng dan ulam daun selom

**tol ka tak cara masak ni???
cik gold belasah ja, sebab kol mak nak mintak resepi dia tak dak lak..dia pi umah orang kenduri





Tuesday, March 29, 2011

Baucer hotel dari BSN


minggu lepas dapat baucer hotel dari hotel equitorial Cameron Highland
dapat baucer ni sebab BSN menghargai pelanggan yang selalu guna myBSN atau yang suka SMS banking BSN

hehe..cik gold ada akaun ngan bank ni dah lama
sejak masuk sekolah menengah lagi
sebab time tu dapat biasiswa
duit biasiswa masuk lam akaun bank ni

Sangat teruja dapat ni
sebab seumur idup tak penah pi sana lagi

Baucer ni bernilai rm338
dan hanya boleh amik biliK rm488 keatas ja

pikir-pikir balik cam tak berbaloi ja
ya la cik gold ni bukan banyak duit sangat kalau bercuti pon amik hotel biasa atau guesthouse ja
ya la bukan kita nak melepak lam bilik hotel kan??
nama pon nak bejalan
mesti pi luaq ja kejanya

apa-apa pon..terima kasih kepada BSN yang menghargai pelanggan seperti saya ni





Monday, March 28, 2011

Sambal tanpa belacan!!

sejak resdung cik gold kian teruk ni
selalu try untuk pantang makan benda gatal seperti belacan,cencaluk, budu dan sepapatnya

tapi macam tau lah
pantang jika tak dak ja..kalau ada bedal sampai licin pinggan

nak wat cam na, tekak orang melayu
kalau tak dak sambal belacan, mana sedap makan nasik kan??

kalau famili cik gold,buat la sambal tumis ka, gulai ka sampai ke hanya makan ikan goreng, sambal belacan tetap kena ada, sebab ayah cik gold tak leh makan kalau tak dak

jadi, jika dari kecik dok hantam hat tu ari-ari
mana leh nak pantang kan??

sejak dok ngan mek kelate yang pandai masak ni
terbelajaq la 1 resepi sambal tak yah masuk belacan
heran gak, kalau tak masuk belacan mesti la pedas gila-gila ni

time ni wat sambal ni, cik gold perati ja sampai sudah

mula-mula dia bakaq bawang merah 5 bijik, sampai kulit hangus
wah..cik gold dah pelik dah ni..nak wat pa bawang tu..rupa-rupanya wat ganti belacan


RESEPI BUJANG : SAMBAL TANPA BELACAN

5 ulas bawang merah yang dibakaq
2 biji cili idup
10 biji cili padi
limau kasturi
garam
gula

CARA BUATNYA

sebijik cam wat sambal belacan
cuma tambah gula skit bagi dia manis

sedapnya....cik gold makan sampai abeh!!
sedap, cuma pedas skit
sapa yang tak tahan pedas kurangkan cili ye

haha..suma orang dah tau ka ni??
cik gold la sorang yang tak tau wat cam ni??
hehe..memang cik gold tak penah wat pon, dan cik gold yakin orang kedah yang lain pon tak tau ni

orang-orang Kedah, jom kita try!!





Sunday, March 27, 2011

Ayam Goreng Bercili


sekarang kan tengah gila memasak
walaupon hanya setakat tolong menumbuk, memotong dan menumis
tapi tetap mau tulis kat blog gak

pencapaian yang memberangsangkan ni
resepi tu pon tak penah try lagi
rasanyapon sedap..jika selama ni tau wat sambal tumis biasa ja, kali ni kita wat fesyen ni lak
wah..tak sabaq nak balik kampung, nak masak kat famili..hihi

sedap..pedas dan ada masam-masam dari tomato skit
resepi orang bujang
dengan tak dak blendernya, maka kami serumah pakat menumbuk selagi terdaya
tu yang cili tak bapa nak halus tu
tapi rasanya masih sedap

gambaq tak bapa nak cantik sebab guna kamera cikai

wat anda yang tingin nak try resepi ni (ada ka???hehehe)

RESEPI : AYAM GORENG BERCILI

bahan untuk dikisar
4 biji cili besar
10 biji cili kecil
2 biji tomato
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
serai
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya
goreng ayam
tumis sedikit bawang,dan terus masuk bahan yang dikisar, masuk garam dan serbuk perasa
masak sampai pecah minyak dan..terus masukkan ayam
gaul dan gaul lagi
tada....dah siap

boleh dimakan bersama nasik panas!!





Tuesday, March 22, 2011

Berat Badan Naik


semenjak masuk 2 3 orang hosmate baru ni
badan cik gold semakin menjedi-jadi naiknya
mau tak naik, budak-budak ni suka masak
kalau dulu malam tak makan dah..dan kalau makan pon hanya tomyam kosong atau sup kosong
sekarang, rutin ari-ari malam makan nasi

tak leh nak tahan!!
ada saja resepi baru yang diorang nak masak ( cik gold akan beli barang ja,hihi..)
cik gold kalau masak basic-basic reti la
kalau masak sayur depa akan bagi kat cik gold
tapi ok gak ni..leh belajaq resepi baru
En. Gold pon suka cik gold rajin masak ni...untuk masa depan katanya

sekarang dah cuba elakkan dari makan nasi waktu tengahari
ari pertama memang la seksa, ari kedua cam ok skit
tp awat tetap naik ja badan ni cik gold rasa

memang tak leh kot makan malam ni

tak-pa x pa tengok sari dua ni cam na
kalau naik gak badan ni
stop!! tak mau dah makan malam
biaq la depa dok makan
cik gold nak wat-wat tidoq





Monday, March 7, 2011

My new baby..!!

dah lama tak update blog ni
dah bersawang pon
traffic pon semakin turun..

semenjak mesin cik gold dah ok ni, memnag bizi memanjang

ingat tak lagi entry Kamera Lingkup ari tu??
ha..bagi membalas dendam sebab kamera tu dah rosak..cik beli kamera baru..
puas ati..haha

amik DLSR, puas ati
sekarang pon orang tgh gila kamera ni kan??
tambah lak ari tu kat majalah 3 ada diorang wat grafiti yang slow shutter tu
cam best ja kan..
tapi cik gold tak tau wat lagi
nak study pon tak sempat lak ni..sapa yang dah tera leh la ajaq cik gold sat..hehe

bagi tau mak dah beli kamera tu,pastu siap la kena bising..tak sayang duit la, guna duit untuk benda lain lagi untung la
hehehe..cik gold gelak ja la
kamera dah beli, nak wat cam na lagi kan.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails