.

.

Tuesday, April 19, 2011

Resepi bujang : Gulai Ikan


resepi mudah kegemaran cik gold dan famili
la ni jadi kegemaran budak-budak umah 679 lak

balik keja, buka peti ais cari apa yang ada
wah..ada ikan mamu la ( mak cik gold panggil ,mamu..nama lain dia ikan tongkol)
wat gulai pon sodap ni!

terus pi kedai..amik serbuk kari babas..cap alagapas tak dak lak..
tak pa-tak pa..hantam ja..janji jadi gulai
beli santan sama

balik umah lak..petik bendi hasil tanaman sendiri huhu...terharu!!

dan start memasak

RESEPI BUJANG : GULAI IKAN TONGKOL


Bahannya

semestinya ikan mamu
serbuk kari
santan
asam jawa
bendi dan tomato
bawang
garam dan serbuk perasa

Cara Masak

-tumis bawang dan kalau ada daun kari silalah masukan sekali..cik gold tak masukkan pon sebab tak tanam lagi.hehe
-serbuk kari dibancuh dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk yang ditumis tadi
-perah air asam jawa..masuk gak lam periuk
-sila kacau sampai kari tu masak dan pecah minyak
-pastu, bila dah pecah minyak masukan ikan,di gaul-gaul dan di masukan santan
-tambah air skit jika nak kuah banyak
-masuk garam dan serbuk perasa
-dan tunggu sampai masak!

siap!!


budak-budak umah puji cakap sedap, siap ada sorang tu cakap macam gulai mak dia masak lagi...
hehe..bangga-bangga!!





Cik Gold lapaq derian!!


musim derian la ni
harga yang sangat mahal- bagi cik gold

jauh dari kampung..huhu..terbayang surian yang penuh kat sepanjang jalan

2 bekas polisterine rm10 kat pasaq malam
tapi dengaq cita kat tesco lagi mahal...tol ka???
1 bekas rm10
lam 1 bekas ada lam 5 ulas..cekik darah tol!!

tingat masa kat kampung dulu,time ni arwah tok ada lagi
asal musim durian kami akan ke kampung sebelah, kampung KUBU
kalau nak rambutan sila pi kampung kuala pai!!
kampung cikgold, bukit tembaga tak dak apa..hanya ada pkok getah.hehehe

kampung kubu ni memang terkenal sebab banyaknya dusun derian
siap makan lam dusun tu lagi

kat situ banyak durian kampung, time tu mana fames lagi D24 la..musang king la
sekali beli rm50 leh dapat lam 2 plastik itam yang beg sampah tu,
makan sampai puas!!

umah cik gold kalau setakat 2 3 bijik tu sekali jeling ja.hehe..dah abeh

kalau arwah tok..dia suka makan pulut durian
pulut yang ditanam, wat ayaq garam..ada santan sikit
makan ngan durian...

pehh...memang best!!

tapi la ni, pi pasa malam minggu lepas pon 2 bijik saiz biasa dan rm30
huhu..tapi berbaloi sebab isi ok dan sedap!!

tak sabaq nak balik kampung ni...nak makan durian puas2!!





hepi besday en gold



tahun ni dah 25 tahun En.Gold ye...
harap tahun ni dapat memberi kejayaan, rezeki yang murah, kesihatan yang baik dan keberkatan dari Allah SWT

Heppi Besday Laling!!
(^_^)





berbudi kepada tanah

sejak suka memasak ni kan,mesti la selalu guna serai, daun pandan,sayuq-sayuq dan cabai (bebudak umah cik gold memang antu cabai)
mula-mula memang la kena beli
tapi lama-lama pikir..apahal serai ngan daun pandan pon kena beli
memang la murah kan...

tapi kalau benda tu kita leh tanam sendiri lagi bagus
jimat pon jimat walaupon hanya seringgit 2

jadi sekarang misi untuk mencari anak pokok la

hehe...untuk pandan...senang ja..pi ja cari kat market kan selalu depa jual ada ngan akaq-akaq sekali

jadi



pandan setel!

bila mai part serai susah la skit, ya la yang selalu jual kan dan siap potong
alamak...cam na ni ye...bahan penting tu nak wat tomyam..hehehehe

cari-punya cari last skali dapat
senang nama pon keja kat tempat pertanian kan
dulu ada student praktikal tanam serai, cili besaq, bendi kat situ
sekarang depa dah abeh praktikal...jadi pokok-pokok tu memang x dak orang jaga

hehe...apa lagi pau la..tujuan asal yang hanya nak amik serai dapat lak pokok bendi ngan cili
wah best2

balik tu terus tanam

jadi



serai-setel
cili besaq-setel
bendi-setel

dah ada cili besaq kena la ada cabai melaka lak kan
untuk pokok ni memang cik gold kena start dari mula
beli cili
asingkan biji yang bernas dan tak bernas
basuh dan jemur
dan semai!!



sekarang pokok tu dah naik
tapi tak leh ubah lagi sebab masih kecik


sekarang, bendi cik gold dah berbuah
dah masak kari pon...huhu...terharu!!


dan de latest projek!! mau tanam pokok ubi kayu
daun- wat mask lemak
ubi-mau rebus!!


sedap!!





Wednesday, April 6, 2011

Tamat sudah riwayatnya

walaupon cikai..cikgold tetap sayangkanmu

kalau dulu cik gold ada cita pasal nset cik gold hilangkan??
tapi cik gold tak cita, nset tu dah jumpa balik
rupanya tertinggal kat kfc
nasib baik orang-orang kfc ni baik
depa simpankan

keesokkan arinya tu cik gold saja ja pi cari balik kat tempat-tempat yang cik gold pi malam tu
memang tak berharap nak dapat balik
tiba-tiba jumpa balik

hehe...jimat duit!!
tapi la ni nset tu dah rosak
keypad dia dah tak leh tekan
cam na nak bersms kalau tak leh tekan

disebabkan keadaan yang begitu mendesak
terpaksa la beli yang baru!!
dan yang tak best nombor suma tak leh copy,sebab keypad tak leh tekan
merana betol!!

nasib baik no ayah, mak dan en.gold masih ingat!

sedih jugak bila ingat terpaksa beli baru ni
mesti nset lama terasa hati ngan cik gold
ya la..abeh madu sepah dibuangkan

'nset...bukan cik gold sengaja nak buang hang...
nak wat cam na,dah hang dah rosak..huhu
kenangan bersamamu akan dikenang sentiasa....'





Friday, April 1, 2011

Sapa nak gemuk??

Tingat masa En. Gold mula-mula dapat keja kat Selangor ni
tiap ari kami akan kuaq dating
ya la selama berkawan ni tak penah sekali pon kami dok area yang sama
selalu berjauhan

masa matrik cik gold kat kolej mara kulim
dia kat matrik kedah

bila dah masuk u, cik gold dapat kat UPM
dia lak dapat ka UMS

memang bercinta jarak jauh la

bila dia dapat ja praktikal kan kajang ni
apa lagi, kami tiap ari berdating
hehe..berdating kat kedai makan la

ingat lagi..tempat yang selalu kami makan ni ialah restoren tomyam
kat situ ada jual lak kerang bakaq

apa lagi, hantam hat tu la ari-ari

kesudahannya...En. Gold yang kurus kering tu pon dah naik badannya
sampai mak dia pon tegoq cakap kata dia gemuk
bila pi klinik, doktor pon heran napa muda-muda lagi ada darah tinggi

cik gold apa lagi, dah sediakala gemuk ni mesti lah bertambah gemuk

kesudahan cita ni, kita tak makan lagi kerang pastu

panjangnya cita......

tujuan utama cita ni hanya lah nak kongsi resepi kerang ja..tapi tingat lak kisah lama


RESEPI BUJANG : MASAKAN KERANG (TAK TAU LA NAMA SEBENAQ MASAKAN NI APA)

bahannya

bawang merah
halia
serai
cili
garam dan serbuk perasa
dan.....kerang!!

caranya

tumis bawang, halia , cili dan serai sehingga naik bau
masukkan kerang
masukkan air
masak garam dan serbuk perasa
dah siap

seperti biasa, makan ngan nasi panas dan sambal belcan serta sedikit ulam!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails