.

.

Thursday, January 26, 2012

Aktiviti kala boring : Jahit manik

cuti CNY yang lepas cik gold demam
ini akibat makan limau banyak sangat disamping makan sambal belacan
orang lain sedap-sedap cuti kita dok kat umah
dengan suma housemate balik kampung...tinggal la daku sorang kat umah
dengan en. gold outstation yang tak balik-balik lagi
jadi melangut ja la kat umah

sat-sat tido, sat lagi makan, sat lagi nganga tv
memang boring yang teramat sangat la...dengan hidung yang tak berenti mengalir hingus...hehe..

masuk ja ari ahad iaitu ari ke2 cuti...cik gold dah rasa cam tekanan dah...mesti kena wat sesuatu ni
pikir punya pikir punya pikir...teringat nak jahit manik
manik la ada, cik gold ni amatur...design pon reka bodoh-bodoh ja..
ahh...kira pa..untuk baju sendiri bukan nak jual kan..

kalau nampak cam huduh tetas la balik.hehehe...
dalam demam-demam tu dapat gak siapkan selai baju ni..
baju ni kain chiffon kosong...kainnya saja yang bercorak
memang baju tu plain sangat la sebab kosongnya...
last-last jadi la cam ni


cik gold cuma jahit corak yang berat kat bahagian bawah saja, bahagian area leher tak wat sebab bawah tudung...tak dak orang nampak..hehe
leh cam tu?? semata-mata nak tunjuk kat orang..hehe
bagi cik gold yang beginner ni rasa ok la dengan hasilnya
terus rasa cam semangat nak masuk kelas wat crumble mumble lak...ehhe

dah siap dah baju ni...gatal tangan lak pi sambung baju lain
kali ni jahit manik campur sikit ngan penggunaan fabric flower
kain yang wat fabric flower tu lebihan daripada baju tunang cik gold
hanya kain tu yang ada, jadi hantam ja la tak kira kaler masuk ka tak
dan hasilnya jadi cam ni


tak tau la cantik ka tak
tapi dapat la bagi idea skit nak wat baju akad nikah nanti.hehe...

kesimpulannya cuti panjang CNY ari tu ada gak la aktiviti yang berfaedah yang dapat dibuat..


Wednesday, January 25, 2012

Idea Baju Nikah

Assalamualaikum..

sekarang cik gold tengah mencari idea-idea untuk baju nikah
baju kenduri ke dua-dua belah pihak lak akan di sewa...tak mampu la nak DIY untuk semua skali
lagi pon untuk kendurikan kn wat yang glamer-glemer skit
mana la kita reti kan
peranacangan awal nak wat jubah moden kain chiffon
cik gold memang suka sangat dengan kain ni, jadi akan pilih kain ni gak la untuk baju nikah

untuk detailing lak, masik pikir-pikir lagi ni nak wat cam na,
sama ada guna lace jugak sambil jahit manik banyak-banyak cam ni

cantikkan manik dia? tingin nak jahit cam ni, tak pa cik gold nak try gak cari cam na orang wat manik cam tu...
crumble ka nama dia? tah...cik gold pon tak tau.hehe...


idea kedua nak guna fabric flower..ala dah ramai dah gunakan? cik gold pon tiru ja dari blogger yang lain

sumber gambaq

kalau leh cik gold nak cam crumble di atas la...lagi cantik.tapi nak watnya tu tak tau lagi..

tapi untuk baju mak dan adik-adik puan, akan guna fabric flower untuk depa..kak depa akan watkan..

tak tau la sempat ke tak...ticker kat sebelah ni pon tunjuk masa lagi 4 bulan ni.hehe...

doakan cik gold berjaya ye!



Thursday, January 19, 2012

Review Makanan Kenduri Tunang


tak abes lagi entry tunang-tunang ni.hehe..
tapi kalau tak tulis kat blog nanti lupa lak..dah lupa x leh la nak cita kat anak cucu
kalau tulis dah tak yah cita, suruh ja depa buka blog ni
kan senang?hehe...

kenduri tunang ni biasa ja, bajet untuk 100 orang makan, sebab cik gold wat majlis tahlil sekali
kalau betol-betol untuk tunang ja selalu sikit ja orang wat..

aktiviti rewang ni start dari petang 30/12/11 lagi
dah ada orang mai siang bawang,siang ayam, cabai kering, ikan talang dan lain-lain lagi
sambal untuk ayam masak merah pon dah siap ditumis hanya tunggu untuk campaq masuk ayam goreng ja esok..

ni la kelebihan dok kat kampung ada kumpulan pakat ni
kat kedah orang tak panggil rewang tapi pakat
cik gold wat andaian perkataan pakat ni mesti mai dari perkataan sepakat kot.hehe..

esok pagi lak, berlansung lak aktiviti mengupas nenas, timun dan barang-barang lain untuk di buat acar

so far memang majlis berjalan lancar la...
anatara menu hari ni ialah

ayam masak merah
gulai talang ngan nenas
sayur kangkung
ikan kering goreng
sambal belacan
dan ulam-ulaman

untuk kenduri ni banyak gak dapat sponsor yang tak dijangka
antaranya beras 3 pek 10kg tu, hehe....beras ni sponsor dari makcik nab
dia kata nak tumpang wat kenduri
hah..ok la tu dah jimat lebih kurang rm80 tu.hehe...

pastu ayam lak 10 ekoq di sponsor oleh tok wan..hehe
dah jimat rm130

ada lagi kangkung yang di sponsor oleh Along
dia ni merupakan petani berjaya ngan husband dia..
kan dah tambah menu tu

untuk sarapan lak sponsor dari cik yam kuih karipap, apam dan onde-onde...
memang murah rezeki betol
cik yam jugak sponsor kek biasa untuk pencuci mulut
Alhamdulillah..
kalau tak dak sponsor ni memang 100% semua dari duit cik gold
start dari baju kawin, pelamin, hantaran sampai la ke kenduri...

kalau tau la dapat sponsor cam ni dan ada duit lebih, memag cik gold akan sewa khemah untuk orang kampung makan kat kuaq
jadi tak la ramai sangat lam umah


ha...ada lagi yang lupa, sponsor dadih dari cu yam, banyak gak yang disponsor.hehe
seperti biasa, gambaq full makanan tak dak..sebab adik cik gold tak amik
yang ada hanya yang dah disentuh oleh orang-orang..ehhe



makanan suma cukup dan ramai orang puji kata sedap..ehhe


Tuesday, January 17, 2012

Perancangan Awal

Assalamualaikum

dah 3 4 hari tak update, sangat sibuk...dengan buat FTE, dengan sampel yang banyak nak kena setel..
dengan en. gold yang po outsation dah dekat 2 minggu dan mungkin minggu selepas raya cina baru nak balik.huhu...membuatkan mood nak menulis agak kurang! alasan!

berbalik kepada majlis nikah kawin.hehe..
ini 1st entry mengenai kawin dan akan ada label baru kat sebelah ni nanti!

mengikut perangcangan awal, majlis kenduri mungkin akan berlansung pada 2/06/12 pada sebelah cik gold dan 3/06/12 di belah en. gold.
majlis nikah lak belum decide...hajat hati nak wat pada tarikh besday cik gold 29/05 tu, tapi bila tengok kalender jatuh hari selasa lak..atau mungkin pada 31/05 yang jatuh pada hari khamis malam jumaat lebih afdal!.hehehe

kalau jadi dengan tarikh di atas, majlis kami akan berlansung dalam masa 3 bulan lebih saja lagi
semua persiapan belum berjalan
raya cina ni en. gold akan balik kampung adan akan bincang lagi ngan mak dia

kami akan wat kenduri di kampung, jadi tarikh kena booking cepat takut pertindihan kenduri dengan orang kampung yang lain.
kalau bertindih susah la nak sewa pingan mangkuk dan khemah nanti!!

pas en. gold naik selangor balik baru nak cari kain untuk nikah dan kain untuk langsir
harap-harap berjalan lancar, walaupon masa dah tak banyak ni.

tapi selalunya Allah akan permudahkan jalan untuk orang yang nak dirikan masjid kan??
ehhe..

Insyallah..


Wednesday, January 11, 2012

RevieW Mekap Tunang



mekap amik kat butik pengantin Gerbang Pelangi kat Pokok Sena , Kedah
dah booking hampir sebulan

cik gold pilih butik ni sebab ada kakak kepada kawan cik gold yang penah mekap kat sini dan kata ok mekap dan servis dia

tapi masa cik gold pi tu, MUAnya tak dak leh lak pi makan
padahal pagi tu depa dah kol suruh datang on time.

bab mekap lak
masa dia tengah mekap tu cik gold dah cuak dah, takut MUA tu ingat cik gold nak nikah sebab agak tebal
tapi cik gold tak cakap pa la..diam ja lam ati.
dan cik gold notis MUA agak sukar nak terima pendapat kita

pas dah sudah tu rasa muka buruk gila sebab tak penah mekap setebal cam ni, dengan bulu mata RCW yang tebal.
dah request nak yang tak bapa tebal, tapi dia cakap yang cik gold pakai tu la paling tak tebal
apa nak wat, terima ja lah


cik gold hanya mekap di situ
pakai baju suma kat umah

bila dah siap pkai baju tunang baru la rasa cam ok skit
tak teruk sangat

komen dari orang ada yang positif ada yang negatif
tapi komen dari mak cik gold, dia cakap MUA ni tak pandai mekap ikut kesesuaian muka orang
hidung cik gold yang sedia mancung ni dia mancungkan lagi

kat sini yang ketara sangat hidung tu

tapi alhamdullilah, lam gambaq nampak cam ok ja
bila tengok live yang seriau tu...hehe

hanya itu la komen cik gold pasal butik ni
yang lain, cam pakaian kat situ semua cantik-cantik dan latest, untuk kawin nanti mungkin cik gold akan amik jugak kat sini cuma mekap ja mungkin kat tempat lain
harga pakej pon agak berpatutan

mungkin pada muka anda akan jadi cantik dengan mekap MUA ini
sila la try dulu ye



Tuesday, January 10, 2012

butik pengantin kedah ( alor setar, jitra, pokok sena)

cik gold tengah nak cari butik pengantin area kedah terutama area pokok sena, alor setar atau jitra.
tak sempat nak balik dan servey
serach kat google pon cam kurang ja
memang tokey-tokey butik ni tak banyak yang wat blog kot.

nak mintak pendapat kat mana pon tak tau
blog ni pon tak banyak readers.hehe...
mungkin kalau ada sesiapa B2B or ex B2B yang terbaca blog ni harap dapat kongsi-kongsi ye

kongsi pasal MUA KE, pakej pelamin ka

harap ada org bantu cik gold ni
kalau jadi ni nikah mungkin ujung bulan 5 dan kenduri mungkin awal bulan 6
banyak keja lagi ni
semua tak setel lagi.huhu


Sunday, January 8, 2012

Review Outfit Tunang : DIY Baju Tunang

bajet cik gold untuk baju tunang ni minimum ja
tapi dalam pada minimum-minimum ni nak gak baju yang cantik kan
kalau dulu hajat cam nak beli ja baju kurung moden yang harga lebih kurang rm150 yang selalu ada kat jalan tar tu
ala..yang ada manik-manik tu

tapi bila pikir-pikir balik, cam sama ja ngan orang yang tak tunang
nak gak yang spesel skit
nak tempah designer, paham- paham la bajet kita.hehe

setelah menelaah dari blog ke blog B2B hari, terus la semangat nak DIY sendiri
tapi kalau nak di ikutkankan memang tak konfiden nak DIY ni
dah memang ada bajet pon nak beli baju in case kalau baju ni lingkup.hehe..

DIY cik gold ni bukan jahit sendiri baju tu tapi cuma wat detailing dengan jahit lace dan manik ja

cik gold bukan ada basic pon bab- bab ni, tapi berbekalkan banyak tutorial dari blog lain akhirnya jadi gak baju ni
cik gold tempah baju kurung moden kain chiffon kaler pink

bab kaler pon ada problem gak sebab cik gold amik pink dan silver
ada yang cakap pelik, dan ada yang tanya tak ada kaler lain ka.
tapi bila dah jadi baju kaler yang pelik tu yang menjadikan baju tu lagi menarik

cik gold tak kata baju ni cantik, tapi bagi cik gold sangat cantik sebab cik berusaha bersungguh-sungguh untuk nak watnya
memang tinggi sentimental valuenya

dan yang penting bajet tak lebih dari rm150.hehehe....

tapi yang tak bestnya, tak amik gambaq full lak baju ni..ada pon yang kandid ja.hehe...

baju asal sebelum di touch up :P


pandangan belakang

cik gold suka detailing bahagian atas kepala tu...sweet sangat

selendang pon buat dari lebihan kain dari buat baju
asal nak wat selendang siti tapi tak jadi
ada hikmah tak buat selendang siti sebab cik gold lagi suka selendang ni
untuk selendang tunang 100% cik gold DIY sendiri

memang puas ati dengan hasil tangan sendiri ni
(^_^)



Wednesday, January 4, 2012

Trip tak jadi

sedih ni...tingin sangat nak pi surabaya nak pi tengok gunung bromo yang cantik tu
tapi tak jadi
dah beli tiket masa promosi ari tu untuk 2 orang pi balik rm150
tarikh dia esok la 6/1/12

kalau nak dikiutkan boleh ja pi
dah wat preparation pon
tapi bila dok semeja ngan en. gold
dah bincang-bincang

better tak yah pi...bukan sebab pa, tapi sebab duit la...bukan tak ada duit, bajet memang dah lama simpan
tapi mengenangkan kami akan nikah mungkin pertengahan tahun ni
jadi better rasanya tak yah
duit tu leh simpan untuk topup kenduri ka..atau benda lain

tapi memang rasa ralat sangat la
en. gold x pa la...dia memang dah pi sana november lepas
kita ja la yang tak pi lagi

last-last berjaya menggugut dia untuk bawak gak cik gold ke sana lepas kawin nanti...hehehe
tak pi jaga noo...

*** masih bersedih.huhu....


Tuesday, January 3, 2012

Hantaran Tunang

Assalamualaikum....

nak cita pasal hantaran lak
barang-barang hiasan tunang serta 5 daripada hantaran wat sendiri
cuma 2 ja barang tu disponsor jiran, tak mintak pon dia ja nak bagi
syukur sangat dapat wat sendiri

memang niat benda-benda yang macam ni nak wat sendiri
sentimental value dia tinggi skit berbanding beli
untuk hantaran ini cik gold pilih ijau dan putih
sejak-sejak tua ni minat tol la ngan kaler ijau
dulu tak minat pon.hehe...

hantaran cik gold sebanyak 7 dulang dibalas 5 dulang daripada pihak sana
bagi kami yang dok dibelah utara ni
hantaran untuk bertunang selalunya hanyalah barangan makanan terutama yang manis-manis
barang cam kasut dan beg suma akan di bagi masa akad nikah

gubahan bunga tu mak yang buat
harap cik gold memang tak jadi la
fail sikit bab2 mengubah bunga ni..hehe

di mata cik gold, rasa memang puasa hati la ngan hiasan cam ni..simple tapi sweet!
yang penting bajet murah...hehehe
mungkin dapat memberi inspirasi kepada B2B yang nak DIY sendiri hiasan hantaran..:D

kek



puding ( di sponsor)



jelly



bakul roti ( di sponsor)



coklat

buah



coklat



yang lam kotak tu hantaran dari pihak sana..lupa lak nak amik gambaq satu-satu :P , amik gambaq buah ja





Monday, January 2, 2012

I'm Officially Enggaged


Assalamualaikum

alhamdulillah, dah selamat bertunang dengan Fayzal bin Zuhaidy
majlis berlansung dengan lancar dan yang penting makanan cukup untuk suma orang!
tetamu ramai betol
rombongan dari pihak sana sampai kol 3 gitu
setelah sembang sikit-sikit antara wakil - wakil pihak
akhirnya termeterai la tali pertunangan setelah couple hampir 8 taun
lega sangat!!
tapi yang paling puas hati sebab semua benda buat sendiri sambil dibantu oleh mak
dari pelamin sampai la ke hantaran
tapi yang paling bangga tu sebab dapat pkai baju yang di ilham sendiri

best2...

next DIY --- baju akad nikah !


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails