.

.

Tuesday, October 30, 2012

WW (31/10/12) - Malang tak berbau


Eksiden plak (28/10/12) kat taiping
hope baby ok..walaupon dah pi chek
doktor cakap jantung ok
tapi kita mana tau kan keadaan dia kat dalam
harap selamat la semuanya

Tuesday, October 23, 2012

WW : Rumah (24/10/12)







Dah submit borang loan td
harap-harap la lepas
mengidam nak dok umah sendiri ni :)

Sandal Baru!





Assalamualaikum

lagi 2 3 ari nak raya haji ni
minggu ni nak wat keja pon malas
ati dah ada kat kampung
badan ja dok sini lagi
tak sabaq nak balik kampung raya sebab raya posa ari tu tak puas raya
1st time beraya bukan kat umah sendiri memang cam tu la

kali ni pon bakal rasa tak puas jugak
sebab cuti sat ja
klu time bujang dl memang amik cuti lama
ya la kita dah la keja kat jauh
nak balik sesekali mesti la lama kan

tapi tahun ni tak leh la
MG pnya cuti dah 0
ini akibat cuti kawin lama ari tu
sabaq ja la..hehe
tahun depan la start nak kumpul cuti balik

cam mana ngan persiapan raya?
banyak ka
MG hanya beli sepasang baju baru yang sesuai untuk orang pregnant ja dari poplook
selalu orang raya haji ni tak beli pon kan
tapi nak wat cam na
perut ni dam membesaq...suma baju dah tak muat..hehehe

pastu beli gak sandal fitflops cam kat atas tu
dah lama tengok orang pakai cam comel ja
jadi baru beli semalam
kat pasar malam ja...hehe..rm35
tak mampu la nak beli hat ori

beli sandal tu untuk preparation kaki membengkak nanti..
ohh..lupa nak update kaki MG dah tak bengkak
lepas pi klinik ari tu
dan dah pantang kopi..huhu..
harap lepas ni tak ada masalah la

2 3 ari yang lepas saja cari-cari video orang beranak
pas tengok tu siap emo lagi
takut nak beranak...huhu
terus kena marah ngan si suami
sebab tengok benda-benda yang menakutkan diri sendiri
tapi benda ni kena gak tengok kan
sebagai persediaan untuk beranak nanti
la ni tak leh tengok video tu depan dia
nanti dia bising...hehehe

Thursday, October 18, 2012

Mengidam buah delima

Assalamualaikum

Selamat hari jumaat yang penuh keberkatan
apa khabar anda suma ari ni??
sihat ka?
harap sihat la sumanya...
eh dah macam tulis surat lak ni.hehhe 

minggu lepas ada kawan ofis ni bagi sebelah buah delima
dah lama tak makan buah ni
kena lak buah yang dia bagi tu manis betol
dengan air yang banyak memang sedap lak
tapi tak puas lak makan
ya la setengah bijik kan..
MG kan selera dinasor la ni

tiba-tiba minggu ni rasa cam tingin lak nak makan lagi
mana nak cari
pasaq malam dah lepas nak kena tunggu jumaat lak la
untuk pasaq malam kat serdang ni
tiba-tiba pagi marin ( khamis) lalu depan maybank serdang
ada orang jual buah
kalau sapa dok kat sini memang tau kat depan bank ni
selalu ada uncle cina yang jual buah

apa lagi terus pi cari dia
nasib baik ada
sebijik rm2.00
rasa cam murah lak
ka memang harga dia cam tu, tak tau la
sebab tak rajin dok beli
tapi balik balik ofis buka, kaler dia tak bapa merah..hanyak pink-pink gitu
ok la daripada tak dak kan
rasa dia leh tahan manis-manis gak
jadi tak la rasa nak marah sangat.hehehe

dengaq cita banyak khasiat buah delima ni untuk orang pregnant dan bebi di dalam kandungan
jon kita tengok hasil googlelan MG ni

*** petang satgi pasaq malam nak cari lagi la :P


KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK PEREMPUAN MENGANDUNG DAN BAYI DIDALAM KANDUNGAN



    • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
    • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
    • Menyingkirkan lemak berlebihan
    • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri :p
    • Mencegah rasa mual
    • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
    • Mencantikkan kulit muka
    • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
    • Berupaya menghapuskan kahak
    • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
    • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Mencegah dan merawat kanser
    • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
    • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
    • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
    • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
    • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
    • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
    • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
    • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
    • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
    • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
    • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
    • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
    • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

Selamat Bergraduat adikku

Assalamualaikum

hari ni lari sikit dari cita pregnant
nak cita pasai adik MG yang bergraduat pada 4 Oct lepas
sat ja rasa, dah konvo
tingat lagi MG pi teman dia masa mula-mula dia daftar ke UM
dia mai sorang diri ja dari kampung, naik bas
Masa tu tak dak kenderaan lagi
En. Gold pon dok naik motor lagi
jadi awal-awal pagi dah kuaq naik LRT umah untuk pi jumpa dia kat UM

la ni dia dah bergraduat
dapat anugerah dekan dan
siap dapat anugerah pingat emas dari Persatuan Sejarah Malaysia lagi
katanya pingat emas tu emas betoi
wah syok la hang!
dengaq cita dapat sambung phD terus
tahniah!!
jasa-jasa aku jangan dok wat lupa plak


 satu famili ( alif ngan amin tak dak)


                                                        dengan ayahanda tercinta

 satu-satunya gambaq MG time pregnant ni.



dengan ibunda tercinta



setiap usaha keras tu akan mendapat yang bermakna


Time konvo pon siap amik photogarfer lagi mengada
tak banyak amik gambaq masa ni sebab bawak kamera tapi
memori kad tak bubuh
jadi suma gambaq diatas OP yang punya la

sedih lak time ni sebab masa MG konvo dulu
tak dak sapa mai
konvo sorang-sorang
sebab famili tak dak duit nak mai UPM.huhuhu....
semua orang ada famili yang mai selebrate
MG ja dok tercongok sorang-sorang

jadi la ni dah MG ada duit sendiri MG dah bertekad untuk bawak famili mai
beli tiket flight kat depa
bagi depa merasa naik flight
ya la...kami orang kampung mana penah merasa naik-naik flight ni

Friday, October 12, 2012

Rentetan Kaki bengkak sebelah

Assalamualaikum

kat entry lepas, MG ada cita pasal kaki bengkak sebelah kan?
jadi pada petang hari rabu lepas
pi klinik Mesra, kat Serdang ni untuk check
cuak gak kan, sebab dok search internet
semua artikel cakap kena pi jumpa doktor cepat-cepat

jadi MG pon pi la
time petang ni, selalu doktor laki akan bertugas kat klinik ni
nama dia doktor fahmi kot
tah lupa lak..
nasib baik la masa pi tu tak ramai orang
jadi cepat skit dapat jumpa doktor
kat luaq lak langit hitam ja
nak turun ujan lebat
kalau dok kat serdang ni memang cuak skit kat ujan lebat
takut jadi banjir cam ari tu

masuk ja jumpa doktor
dia suruh pi amik air kencing
2 3 ari ni MG perasan air kencing skit ja
kalau dulu memang banyak
jadi nak amik sample pon susah skit la
sekali keluaq, keruh ja air tu

pastu doktor panggil masuk bilik
dia cakap mungkin kena kencing kotor sebab keruh
pastu dia dip satu kertas lam air tu
kertas cam kita nak cek pH solution
pastu dia tanya lagi 2 3 ari ni ada makan/minum kopi, jus atau benda masam tak?
Off cos la kopi
MG kan peminum tegar minuman tu
even masa pregnant pon..huhu... jangan tiru
sah la..
dia cakap tak leh minum dah pasni sebab benda ni angin
dia tanya boleh tido telentang tak malam-malam
memang tak boleh la, MG tido mengiring ja, sebab kalau terlentang tak boleh bernafas

pastu dia tanya ada rasa muka sembap tak ---- jawapannya tak
sakit kan bahagia pundi kencing tak bila kencing ---- jawapannya tak jugak

pastu doktor kata dia takut ada virus yang serang ginjal
dan akan membuatkan kaki tu membengkak sebelah
cuak tol la dengaq
pastu dia bagi ubat antibiotik yang orang pregnant leh makan
dan kena datang lagi selasa ni
untuk check lagi sekali

Setelah 2 hari makan antibiotik tu, kaki masih lagi membengkak
dan paling ketara pada waktu magrib ke atas
memang cuak sangat sebab takut ni effect chemical yang MG handle lam lab ka apa
harap semuanya ok la nanti

Tuesday, October 9, 2012

Kaki Bengkak Sebelah

Assalamualaikum..

2 - 3 hari ni badan memang berangin sangat
start jadi bila makan gulai lemak nangka ari tu
orang pregnant tak leh makan nangka ka?
tak tau lak, belasah ja ari tu, sedap kan
kesudahannya kaki bengkak la

yang peliknya sebelah ja yang bengkak, yang belah kiri tu
balik umah kena berleter la ngan mak
hehehe..dia mai umah sebab adik konvo 4hb ari tu
angin lam badan pon banyak ni
siang dia tak keluaq
malam ja kuaq time dah tido tu
ari-ari gak la si suami sapu minyak angin kat badan dan kaki

pastu semalam pon jadi gak
MG perasan sebab minum kopi kot
nak sembahyang time duduk diantara 2 sujud tu memang seksa la
sebab kaki rasa jadi cam belon
MG pon apa lagi terus la sedih dan nangis
tak dak benda pon
tapi still nangis
sensitif tol la sejak 2 menjak ni
cian lak kat si suami dok kena pujuk ari-ari.hehehe
Sabaq ye ling..bukan i yang mengada..hormon yang mengada ni.hehehe

sah la bebi kuaq nanti akan manja lebih
sebab ibu dia pon manja lebih gak time pregnant kat dia.hehehe
jangan tak bagi ibu kuaq pi kerja dah la ye


pssst : si suami kata badan dah makin bulat.huhu...teruk la nak diet pas beranak nanti..

Monday, October 8, 2012

Dah start bergerak !

Assalamualaikum

saja eksaited nak habaq bagi
MG dan dapt rasa pergerakan lam perut ni..hehe
sebelum ni risau gak x rasa pa
cuma perut ja yang membesaq
tapi ada satu malam tu
baru nak tidoq
dah rasa..ehhe
comei ja..tak kasaq pon
mungkin sebab kecik lagi kot
masa pi second check untuk 17-18 minggu tu
request kat doktor nak tau gender baby
susah gak nak tgoknya
baby tak dok diam
kaki tangan bergerak
sampai si suami pon tanya
baby bukan main cempera lagi tu, tak rasa lagi?
hehehe...serius tak rasa
bila masuk 18 week ni baru rasa

gender lak, doktor cakap maybe baby girl
sebab nampak leper kat bahagian bawah punggung.heheh
jadi semua telahan dari ramai pihak semua tak betol la
ramai cakap baby boy
mak MG pon cakap baby boy sebab MG jadi seorang yang pemalas
dan muka tak berseri lansung..hehe
MG lak cam yakin gak dengan tekaan tu
hehe..siap dah ada nama lagi

tapi tak kisah la..pompuan pon ok
leh pakai baju cantik-cantik
jantina lak tak penting janji sihat kan
masa doktor cakap kata baby girl tu si suami terus pandang muka MG.hehe..
masing-masing senyum la sebab teka tak kena

checkup kali ni kena amik darah
problem lak, nurse tak jumpa urat darah..
lengan kiri dapat 2.5ml ja..depa nak 5 ml
pi kat lengan kanan x kuaq lansung, MG suspek tak kena kat urat kot
last skali kat belakang tangan la
sakit tol kat kawasan tu sebab dekat ngan tulang
dapat la beberapa titik
still skit
tapi nasib baik la doktor cakap dah ok

berat kali ni lak naik 2 kg ke 63.5 kg
huhu...next checkup mesti naik banyak
sebab selera membuak-buak la ni
takut lak dengaq orang kena minum ayaq gula
x leh makan malam dah pas ni

nect checkup lepas raya haji
kena cucuk kancing gigi lak


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails