.

.

Monday, December 30, 2013

Ubat Resdung Bella Formula

Assalamualaikum



hari ni nak tolong promot ubat resdung yang adik MG jual
asalnya dia hanyalah pengguna tegar produk ni
selepas dah lega dari masalah resung tu
dia pon nak jual lak plak
jadi MG sebagai kakak haruslah sapot


adik MG dulu kalau pepagi ja mesti bersin banyak2 kali
udang tak leh makan
sotong tak leh makan
memang kurang lah nikmat hidup dia

tapi pas dia makan ubat ni dia kata
dia tak penah rasa dapat bernafas selancar sekarang
ada gak orang lain yang dah lama tak dapat hidu bau
dah boleh hidu pas makan ubat ni


kalau nak tahu lebih lanjut BELLA FORMULA PENAWAR RESDUNG


anad boleh ke FB ini ye
Atau hubungi Firdaus (0135001341)

Sunday, December 22, 2013

Tulisan Kufi untuk dinding umah



Assalamualaikum

Lamanya tak update..
malasnya...sejak ada anak ni bertambah malas nak update blog
cita ada ja
cita aqiqah umayrah pon tak tulis lagi
bkn pa untuk kenangan kemudian hari
hehehe..

nanti bila umayrah besaq tak yah nak cita panjang2 kat dia
suruh dia bukak blog ja
pastu baca
kan senang keja mak..hehe




ujung minggu lepas ni, kami laki bini sepakat nak wat tulisan kufi ni untuk hiasan dinding ruang tamu tu
dinding tu masih lagi dogol
tak dak hiasan pon
MG memang bekenan lama dah ngan tulisan kufi ni
unik..tapi kalau nak beli mesti lah mahal kan
jadi MG sepakat nak cari cara nak wat sendiri last skali jadi la..
ok la kan untuk umah
kawan-kawan better beli la
leh wat kaler-kaler.hehe

mula-mula nak wat memang susah la
last2 jadi cekap sampai 3 4 surah leh wat.hehe..
la ni semangat nak deko umah dah ada
pasni nak wat lukisan abstrak lak nak boh kat ujung pala katil.haha..
bajet seni ja tangan ni
harap-harap jadi
kalau tak jadi kita print gambaq boh frame sudah...hehehe..
bye..

Wednesday, November 13, 2013

WW 131113 : Umayrah dah tumbuh gigi


Assalamualaikum

Umayrah dah ada gigi
tapi masih kecik
tak nampak pon klau amik gambaq
lambat jugak dia nak ada gigi
budak lain 4 bulan pon dah ada.hehe..
tak pa la janji ada gigi
orang tua-tua kata
kalau tumbuh gigi dulu lambat berjalan...tol ka??

Sunday, November 10, 2013

Umayrah Jatuh Katil



Assalamualaikum

ada satu malam tu MG ngantuk sesangat
jadi tido la dulu kat lam bilik
time tu Umayrah pon tido dalam buai kat living room
En. Gold jaga dia

pastu tak tau la pkul brapa
Umayrah jaga, dan En gold pon letak la kat MG kat atas katil tu untuk menyusu
En. Gold pon kuaq la nak sembahyang dulu
sebab dia pon nak tido dah

masa memula Umayrah menyusu tu memang MG sedaq lagi
pastu pas tu tertidoq balik
yang si Umayrah ni tak tido
jadi dia pon meniarap
time meniarap tu MG sedaq lagi
nampak dia dok main sorang-sorang

Umayrah la ni dan pandai meniarap dan bergerak ke belakang
jadi sambil dia meniarap tu dia pon bergerak la ke belakang la kot
tiba-tiba bunyi debuk!!
MG terus terjaga, cari dia tak dak
tiba-tiba bunyi menangis
hah...! sah la jatuh katil
meniangis sampai teresak-esak la dia
cian sungguh time tu
rasa menyesai la plak tido time dia dok jaga

pastu cek semua muka badan kepala
x dak yang merah-merah ka lebam ka
Alhamdullilah..
pastu MG pon sentiasa monitor kot muntah ka apa ka
sebab dengaq orang kata kalau muntah ni bahaya
takut kalau ada pendarahan otak ka apa
nasib baik la ok
tak ada pa yang ganjil

Buat mak-mak semua
kalaua anak-anak anda jatuh dan ada simptom-simptom ni cepat la pi Klinik
1. anak tak sedarkan diri ada pengsan
2. anak jadi bingung meradang atau berubah perangai
3. Kejang atau kelumpuhan kepada wajah
4. sakit kpala dan muntah secara konsisten atau bertambah
5. terdapat simpulan pada leher
6. terdapat  benjolan dikepala terutama di tempurung kepala

pasni memang la kn make sure dia tido dl atau letak la bantal ka apa ka untuk halang dia dari berguling ke sana sini


Sunday, October 27, 2013

Ummi Umayrah 8 bulan

comot!

Assalamualaikum
just quick update
maknya malas..
tapi tak mau tengok blog ni bersawang

Umayrah dah 8 bulan
semakin sihat
baru sekali demam sejak lahir..hehe..
yang pasai penyakit tangan kaki dan mulut tu
umayrah tak kena pon
just kena ruam besa ja..
sihat ye anak mak ni...bagus2!
gigi tak dak lagi...huhu
masih breast feeding sepenuhnya
pendekar mustar in action



kebolehan terbaru menampaq muka mak dengan sakitnya
dan dah pandai berak pukol 2 pagi..huhu
bagusnya..tak tdoq la mak
tangan masih maintain berketol-ketol
makan lak..dia dah tak mau dah makan ayam
back to ikan bilis balik..abes semangkuk dia makan
jenuh la pikir resepi lain lak pasni
nasib la umayrah dapat yang malas cam ni...hehe

Wednesday, October 2, 2013

Umayrah kena penyakit tangan, kaki dan mulut



Assalamualaikum

cian lak kat si Umayrah
ari jumaat ari tu
mula-mula naik sebijik ruam kat bawah bibir dia
ingatkan semut ketit
lepas tu naik lagi satu bijik..dekat ngan kawasan bibir dia jugak
ingatkan semut jugak
pastu ari isnin, still antaq dia kat umah pengasuh
bila time balik terus nampak ada lagi bijik kat pipi lak

terus la terkejut time ni
suspek penyakit tu la
terus bawak pi kat klinik mediviron kat serdang
doktor tu pon cek lam mulut kaki dan tangan
dalam mulut tak ada ulser pa
kat tangan 1 satu bijik
kat kaki tak dak pon bijik
doktor pon suspek penyakit tu
doktor pesan, kalu suhu tinggi terus bawak pi hospital
cuak betol la rasa
jadi untuk ari selasa dan rabu MG amik cuti jaga dia
doktor ada bagi 3 jenis ubat, antibiotik, ubat gatal/bengkas dan ubat sapu


selama 2 ari ni jaga dia, ok ja dia
tak ada masalah..demam pon tak
cuma bijik tu ja kat mulut dan pipi
betol ka doktor tu sebab ada yang MG baca
simptom-simptom  penyakit tu

DEMAM---Umayrah tak demam
LETIH DAN LESU---cergas ja tengok
ULSER DI TEKAK DAN MULUT---lam mulut tak dak, cuma bijik kat bawah bibir
HILAG SELERA MAKAN---makam 3 kali sahari, siap nak makan nasik goren cabai mak lagi.huhu..
SAKIT KEPALA--- tak rasanya

jadi, tak tau la cakap betol ka tak
tapi tak pa la..MG amik cuti 2 ari untuk jaga si kecik
tengok dia pon dah ok
bijik tu still ada lagi
MG pon dah start keja ari ni
hope satgi pi amik dia, dia pon sihat cam biasa la
takut jugak kalau kena penyakit ni
kan bahaya..tapi instint si ibu kata dia tak kena penyakit ni



bila balik dari klinik tu
MG terus kol makcik yang jaga si Umayrah tu bagitau
suruh dia bagitau mak-mak budak yang lain suruh pi cek jugak
takut depa pon kena gak
bila pi antaq Umyarha tadi, makcik tu kata
ada sorang budak ni naik ruam gak kat pipi dia
bila pi cek doktor kata ruam panas ja.
ooo..lega la..harap Umayrah punya bijik tu pon ruam panas gak

Tuesday, September 17, 2013

Penyediaan makanan pejal ( solid food) untuk bayi 6 bulan

Assalamualaikum
kalau dulu sibuk googling blog org lain
untuk tau cara sediakan makanan bayi ni
la ni MG lak wat post ni..
mungkin akan membantu mana mana ibu lain
untuk sediakan makanan wat si maja mereka..

nak wat sendiri makanan ni tak susah
cuma memerlukan kerajinan skit ja
kalau malas pon tak pa..beli ja nestum atau makanan dalam botol yang lain
tapi kalau nak lagi baik wat la sendiri
bagi anak tu rasa air tangan mak depa.hehe..

ok untuk permulaan, si Umayrah ni  start makan masa dia 5 bulan 3 minggu
tak sempat dah nak tunggu 6 bulan
bukan pa, dalam banyak post yang MG baca
kalau si baby tu dah double weight lahir dia, dah leh angkat kepala sendiri dan mata bulat ja bila tengok mak ngan ayah makan, maka wajib la dia pon di beri makan
dan buleh dah la tu

untuk 1st week MG prepare puree labu ja

PUREE LABU
labu dikupas dan dipotong kekecik
labu tu MG kukus dan lenyek
pastu MG bekukan di dalam bekas wat ais kiub
jadi MG akan bagi 1 kiub ke umah pengasuh
pengasuh lak akan campurkan dengan  EBM yang MG bekalkan tiap ari

sumber google
ni muka budak 1st time makan

PUREE KAROT DAN BROKOLI
Untuk karot dan brokoli pon sama jugak penyediaannya dengan labu
sesudah dikukus diblender dan dibuat kiub dan dibekukan
untuk sayur ni MG campurkan dengan beras dan ikan bilis

potong sayuq kecik-kecik

kukuskan sayur
STOK BERAS
beras dicuci bersih dan digoreng skit bagi ilangkan air
pastu blendkan sampai halus dan simpan lam bekas kering



IKAN BILIS
untuk ikan bilis lak, basuh bersih
pastu goreng dan blend dan simpan
siap untuk digunakan..mudah kan?
sapa cakap susah nak masak sendiri makanan bayi ni..hehe


pepagi, MG akan masakan 1/2 sudu beras hancur
dah kembang masuk 1/2 sudu ikan bilis hancur
dan agak2 masak baru masuk 1 kiub sayur
dah agak masak tu angkat la
siap untuk di makan..hehe

beras tengah mengembang

setakat ni Umayrah dah makan karot, brokoli, labu dan kentang
pisang pon dah makan, cuma MG kukus dulu
takut kembong lak dia
tapi pisang ni pas dah kukus dia cam masam skit
jadi si Umayrah cam tak suka
Puree Epal pon MG dah wat, guna epal fuji
sebelum kukus manis gila, pas kukus dan masamjugak
jadi pisang dan epal, MG tak wat lagi..

untuk segala jenis puree, beras dan ikan bilis ni MG prepare siap2 untuk seminggu
senang keja, pagi pagi baling ja masuk periuk
senang..hehe

mungkin untuk minggu ni nak tukaq dari ikan bilis ke ayam lak
baru banyak variasi rasa dia
tak la boring si kecik tu makan

jadi try la ibu-ibu suma
senang ja kan...?




bubur nasi + brokoli+karot + ikan bilis

bubur nasi+karot+ikan bilis

Monday, September 16, 2013

Keinginan bernilai tinggi ( tak mampu rasanya!)

Assalamualaikum

baca tajuk kat atas cam hebat ja..
hebat cam banyak duit
MG memang minat sangat nak travel
nak travel merata- rata kat dunia
selama ni selalu ja baca blog dari traveholic malaysia ni
ada satu blog ni, penulis dia pompuan
slalu travel ngan anak dan laki dia
mungkin ada yang penaah baca kot blog dia (blog dia Blueewoke kot..tapi MG search ja Chawanna)

depa ni la yang menjadi pujaan dalam bidang travel ni
huhu..most pLace yang MG tingin nak pi sangat ialah New Zealand



tempatnya yang cantik
macam syurga versi di dunia (ofcos syurga lagi cantik la)
kalau nak pi sini jangan ikut travel agent
pi sendiri, sewa keta yang kita leh tidoq tu
mesti lagi jimat

yang second ialah greece
ini gara-gara terpengaruh ngan cita the sisterhood of the travelling pant la


bangunan dia kaler putih dan pintu dia kaler biru
macam mana semua umah leh kaler tu tak tau la
depa pakat kot bagi sama.hehe

Bila cita kat En. Gold
dia bagi ayat ustaz dia lak..
'kita pi Mekah lu, baru berkat idup '
huhu...baik darling..
jadi kesimpulannya kita pi Mekah lu
nak pi Mekah tapi haji tak daftar lagi macam mana tu
En. Gold dah daftar dan giliran dia tahun 2060 nanti
wah hidup lagi ka time tu? hehe



jadi untuk memulakan misi ni, kita kena simpan duit dari skarang ni
eh..tak buleh..kena setel umah dulu..
umah dok kosong lagi...
(yeay..salah satu keinginan MG dah tercapai ----> iaitu ada umah sendiri!!)
ari jumaat lepas baru beli katil dan almari baju
masih banyak lagi yang kosong tu
kitchen kabinet pon tak wat lagi
paling kurang 5k untuk tu

nampak gayanya 3 tempat yang paling nak pi tu
cam lambat lagi la leh pi..huhu
its all about the money!



Tuesday, September 10, 2013

WW : Wajah- wajah Si Kecik Umayrah (Mac- Sept 2013)




umur sehari

kena kuning
cukur rambut









1st time meniarap



1st time makan




terbaru 6/9/13









Sunday, September 8, 2013

PETANDA BAYI SUDAH SEDIA UNTUK MAKAN MAKANAN PEJAL / SOLID FOOD

Assalamualaikum

dari start bulan ke 5 lagi MG dah start search makanan untuk si Umayrah tu
tak sabaq rasanya nak masak untuk si kecik
dan tak mau bagi makanan ready made yang banyak di pasaran tu.hehe..
makanan tu kan mesti banyak perasa dan pengawet
sebagai ibu yang terlalu concern about si anak haruslah berusaha nak bagi yang terbaik kat anak kan

kalau boleh buat dari ayaq tangan mak sendiri
baru lah hubungan mak dan anak tetap rapat dan serasi kan.hehe..
makan makan ready made pon serasi la..saja MG dok wat rajin

sebenaqnya MG dah introduce solid food ni masa Umayrah 5 bulan 3 minggu lagi
sebab banyak dah tanda-tanda yang Umayrah sudah mau makan
antara tandanya ialah

    1. - Head control. Your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position.
    2. - Losing the "extrusion reflex." To keep solid food in his mouth and then swallow it, your baby needs to stop using his tongue to push food out of his mouth.
    3. - Sitting well when supported. Even if he's not quite ready for a highchair, your baby needs to be able to sit upright to swallow well.
    4. - Chewing motions. Your baby's mouth and tongue develop in sync with his digestive system. To start solids, he should be able to move food to the back of his mouth and swallow. As he learns to swallow efficiently, you may notice less drooling – though if your baby's teething, you might still see a lot of drool.
    5. - Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds) and are at least 4 months old.
    6. - Growing appetite. He seems hungry – even with eight to ten feedings of breast milk or formula a day
    7. - Curiosity about what you're eating. Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccine as it travels from your plate to your mouth.
    yang paling kesian, dia suka tengok orang makan
    sampai dah tertelan ayaq liuq dah..hehe

    untuk minggu pertama MG bagi dia puree labu campoq ngan breast milk
    alhamdullilah laju dia makan
    minggu ke dua MG dah start buat bubur + karot + ikan bilis
    dan minggu ni bubur nasi + brokoli + ikan bilis

    ibu-ibu suma boleh rujuk jadual ni
    bagi menyediakan makanan untuk si kecik anda

    Thursday, September 5, 2013

    Bekenan la ngan beg FURLA ni





    Assalamualaikum

    aduhai bekenan plak ngan beg FURLA ni
    kan cam banyak orang pakai la ni
    MG pon tingin la plak nak pakai
    tapi macam sesuai untuk remaja-remaja lak
    sesuai ka ngan MG yang dah beranak ni

    kalau ori mahal gak beg ni
    tp kalau yang gred A dalam rm150-rm200 dah leh dapat kot
    nak beli yang ori tak mampu.huhu...
    banyak ja yang dok jual kot FB
    Macam mana ye
    nak beli ke tak

    duit banyak nak pakai ni
    nak beli perabot dan kabinet dapoq
    almaklum la masuk umah baru
    ha lupa nak bagi tau..MG dah pindah masuk umah sendiri
    walaupon umah apartment ja
    tapi rumah sendiri
    puas ati..hehe

    kembali kepada cita beg ni
    kalau malam ni rasa tak leh tidoq kena beli gak la beg ni...hehe
    bye

    Monday, September 2, 2013

    Genap 6 bulan






    Assalamualaikum

    hai apa khabar semua
    hehe..lama bona la tak masuk sini
    malasnya tuhan ja yang tau
    hehehe..

    kemarin si kecik Umayrah dah cukup 6 bulan
    dah boleh makan makanan pejal dah (solid food)
    bab solid food cita entry lain
    sebenaqnya, lagi seminggu nak cukup 6 bulan MG dah bagi makan
    sebab tengok dia cam lapaq
    pastu bila tengok mak ngan ayah makan
    mata tak berkelip tengok
    kesian lak rasa
    jadi first solid food for Umayrah kecik ialah puree labu

    puree tu MG campoq sikit dan susu badan
    jadi tak la obvious sangat pelik rasanya kat Umayrah
    sebab ada rasa susu ibu kan

    31/08/13 yang lepas sepatutnya si Umay kena inject 6 bulan
    kami laki bini pi la kat klinik Mesra kat Serdang tu
    dapat la doktor laki
    meluatnya rasa kat doktor ni
    bila masuk lam bilik dia tu dia tanya ada apahal ( padahal dah bagi buku pink baby tu kan, mesti la untuk checkup dan injection)
    MG pon cakap untuk injection
    dia boleh lak tanya injection apa,
    MG balas balik,  untuk injection yang 6 bulan
    pastu dia leh jawab, ye la injection tu injection apa, puan perlu tau bla bla bla...dengan muka kerek
    eh..macam MG datang tempat dia ni free ja
    klu free boleh la cam tu
    pi KK yang free pon layanannya baik
    tapi masalahnya KK kena pi ari bekerja susah la nak pi
    memang betol la kot MG kena tau injection tu injection apa
    tapi boleh kot tanya elok-elok
    dah tugas hang sebagai doktor
    wat la tugas hang, hang bukan cikgu nak bersoal jawab dan berteka teki

    MG takkan pi dah tempat dia ni
    kecuali kalau dengan doktor Rohaya yang baik tu
    tapi doktor Rohaya tu check orang pregnant ja
    pas ni nak checkup kat Mediviron kat sebelah ni ja

    tapi kesudahannya tak inject pon si kecik tu
    sebab dia selsema dan batuk
    minggu depan kot nak mai lain
    tak sabaq nak tau berat dia
    dari 10 kg ke brapa lak pas ni

    ok la stop dulu kat sini
    bye


    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails