.

.

Friday, January 25, 2013

Strechmark dah ada..!!


Assalamualaikum

entry yang lepas menceritakan tentang kesediahan yang melanda
la ni pon still sedih lagi
tapi apa leh buat
hidup mesti diteruskan,harap semua dugaan yang datang
dapat ditempuhi dan baby 'u' akan selamat

satu lagi fakta yang dapat dicari ialah

Jangkitan GBS jarang berlaku tapi kesannya kekadang amat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak di rawat. Jika ibu adalah pembawa, bayi berisiko untuk dijangkiti semasa proses kelahiran, 1 dalam 200 bayi akan dijangkiti jika antibiotik tidak diterima ibu semasa bersalin dan 1 dalam 4000 bayi dijangkiti jika antibiotik diberikan.
1 dalam 20 bayi yang dijangkiti GBS tidak dapat diselamatkan.


semoga semuanya selamat..

ok kita tinggalkan cita sedih ni
berbalik kepada tajuk diatas
strechmark telah muncul bila perut MG dah masuk 8 bulan
strehmark terjadi sebab kulit kita tak cukup masa untuk mengembang
dan amat kerap terjadi kepada wanita pregnant
dulu ingat akan terselamat la daripada benda ni
sebab memang pakai krim strechmark dari Pureen
tapi start pakai pon agak lewat mungkin start bulan ke 5 kot
tapi sebelum tu memang sapu ngan minyak Franch Oil
(kat perut ja tak dah dulu, tapi bahagian betis, breast dan paha ada.huhu...) 
tapi la ni dah timbul kat perut
atas skit dari ari-ari..
tak comel dah la perut pas ni

mungkin kerana kenaikan berat yang banyak masa pregnant ni
setakat ni saja MG dah naik lebih kurang 13kg
bertuah la sapa-sapa yang tak kena benda ni
memang pandai betol depa jaga
Selain itu benda ni leh dikurangkan dengan mengurangkan kafein
serta minum lebih air kosong

jadi la ni still pakai krim strechmark Pureen tu
sambil-sambil tu sempat godek-godek petua untuk hilangkan benda ni
antara petua yang sempat dicari

PETUA HILANGKAN STRECHMARK 

  • 1 sudu teh kapur makan
  • 1 sudu teh jus limau nipis
  • 20 titik minyak kayu putih 
CARA -CARA
  • campurkan kesemuanya
  • sapukan ke tempat yang bermasalah
  • amalkan selama beberapa minggu hingga ia pudar atau hilang

memang akan buat la time pantang nanti
keberkesanannya masih diragui sebab belum try
dah try leh la bagi testi nanti
 

Wednesday, January 23, 2013

Checkup 34 Week dan GBS Carrier

Assalamualaikum

cita sedih ari ni
hasil checkup minggu ke 34
MG disahkan pembawa GBS atau bahasa omputihnya GBS Carrier
semua ni berpunca dari keputihan yang banyak kuaq time pregnant ni
hasil dari vaginal swab yang MG amik bulan lepas
result dia gynea cakap MG positive streptococcus group b
menurut dia lagi fungus ni memang ada 12-15 %dari wanita yang mengandung
dan 25% daripada wanita yang sihat
dan MG adalah salah seorang daripadanya....huhu

bahaya fungus ni
dia takkan ilang walaupon dah makan antibiotik
dia tak memberikan kesan buruk kepada hos dia
tetapi akan effect kepada bayi yang akan dilahirkan nanti
antara effect dia ialah boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, otak, saraf tunjang dan darah.
dan yang paling teruk lagi
boleh menyebabkan kematian bayi

la ni runsing la dok pikiaq pasal ni
gynea pesan nanti bila nak bersalin kena ingatkan balik kat nurse/doktor
takut depa lupa
bagi nak elakkan daripada menjangkit bayi, depa akan inject antibiotik masa nak beranak nanti
tapi MG ni suka pikiaq yang negative
takut nurse lupa la walaupon dah di ingatkan
takut still jangkit kat baby gak la
2 3 ari ni tak lena tido dok runsing pasal benda ni

memandangkan MG akan bersalin kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar nanti
cuak gak la sebab MG checkup monthly kat private (klinik panel)
takut nanti hospital tak mau terima lak
sebab ada GBS ni dan tak wat follow up ngan depa
tapi bila kol tadi Alhamdulillah..
tak yah checkup dah..hanya pi cam besa time nak beranak
tapi kena inform depa pasal benda ni
nanti depa nak bagi antibiotik tu
itu saja..

dah jadi carrier ni rajin lak mengoggle pasal benda ni
antara info yang MG sempat google lagi

Bayi Anda Berpotensi Untuk Dijangkiti Jika:

  • Anda pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS+ve.
  • Anda mengalami kesakitan bersalin yang terlalu lama.
  • Air ketuban pecah dalam tempoh yang agak lama sebelum proses kelahiran berlaku.
  • Dilahirkan kembar.
  • Berat badan semasa dilahirkan kurang.
  • Anda menghidapi choriomnionitis, iaitu jangkitan kuman dalam rahim yang menyebabkan demam, sakit pada bahagian uterus dan sel darah putih meningkat.
  • Lahir pramatang.

dan antara simptom simptom yang menunjukkan
bayi kita telah dijangkiti ialah

Simptom-Simptom Yang Mungkin Dapat Dilihat Pada Bayi Yang Dijangkiti Ialah:

  • Badan letih dan lesu
  • Kurang menangis
  • Kurang menyusu
  • Pernafasan tidak normal (terlalu cepat atau berbunyi)
  • Jaundis yang berpanjangan
  • Sawan

yang lain-lain masa checkup 34 minggu ari tu tak dak pa
suma normal

berat :72kg
BP :112/75
tinggi rahim : 34 cm

dan kali ni memang nampak betol jantina baby
dulu dengaq dari gynea ja
MG tak nampak sangat pon
jadi selamat la baju-baju pink tu..
memang sah dah girl yang akan kuaq..

masa balik gynea bagi lagi ubat untuk dijolok di bawah tu
kali ni ubat dia cam lemak
senang nak masuk
yang dulu cam ubat pil besa
MG suspek, nurse kat situ silap bagi ubat la yang memula dulu
tak pa lagi 2 minggu checkup lagi nak habaq kat dia balik

mintak-mintak la selamat time bersalin nanti
dan tak ada effect apa2 kat baby..

Tuesday, January 22, 2013

Dah Beli : Set Bersalin Afiat, Bengkung, Losyen Yusmira

Assalamualaikum

dah jumpa dah jamu ni
stelah merata mydin pi cari
last-last kat kedai jamu dekat serdang ni jugak jumpanya
tujuan pi mydin tu bukan pa
kot la leh dapat harga lagi murah.hehe..
tapi kat kedai jamu ni pon ok
harga asal rm89.90 leh la dapat rm80.00.hehe...
tak ke jimat tu
kalau beli kat sini, gerenti akan dapat diskaun 10% dari harga asal
seriesly harga kat sini tak markup pon..ikut harga kat kotak gak
jadi leh jimat
sapa yang dok serdang ni tau kot..kedai dia kat sebelah kedai emas cintaku tu
lupa lak MG apa nama kedai ni

lam set ni ada banyak gak barang

antara kandungan dia

KANDUNGAN:-

• Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam.
Untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga

• Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi
Bertujuan untuk memanaskan badan selepas mandi.

• Minyak Afiat
Digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat

• Balm Afiat
Disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.

• Akar Kayu
Direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari
Untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan

• Barut Berubat
Untuk membantu mengempiskan perut

• Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam
Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

• Feminin Care campuran herba beraroma
Bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.

• Gel Mandian Serai Wangi diadun dengan aroma terapi Serai Wangi
Untuk menyegarkan kulit badan dan khasiatnya sama seperti mandi lulur

last skali ada tali pembentan, tah apa kegunaan dia pon tak tau
harap dapat guna secara keseluruhan la jamu ni
dan harap jugak, baby 'u' tak kena kuning
leh MG guna set ni secepat yang boleh.hehe..

kat situ jugak beli siap-siap bengkung dan losyen pati halia dari YUSMIRA
Bengkung MG amik dari jenama mak bidan
tengok saiz dia dari bawah breast sampai ke pinggul
ok la kot, kain dia lak dari kain belacu
nanti dah pakai MG akan wat review
bengkung dapat harga rm35 (belum diskaun lagi)
dan losyen tu rm26 (belum diskaun lagi)
mahal gak losyen ni
MG ingat harga belas-belas ja
kalau tak langsing gak tak tau la
total abeh ari tu cuma rm136 selepas di diskaun
ok la tu..
bajet pon sikit ja..hehe

Tuesday, January 15, 2013

Dilema nak beli bengkung bersalin

Assalamualaikum

dilema lak nak membeli ni
bukan pa..sebab kita pon tak tau
kita bersalin nanti cam na caranya
cser ka atau normal
cser kan lain bengkung dia..dah la agak mahal
dan rupa bentuknya macam tak menyakinkan
hehehe..
tengok pon cam yakin sebab tak dak ciri-ciri tradisional kan

kalau nak beli yang tradisonal lak
takut terberanak cser
ingat nak beli 2 helai untuk tukar-tukar
tapi kalau cser tak ke rugi
dah servey dah kat blog ni
harga berpatutan rm75 untuk 2 bengkung
dan free 1 tungku baby
harga berpatutan dan MG pon mampu untuk beli


Set C
2 Set Bengkung Mama RM75.00
PERCUMA 1 Tungku Baby
PERCUMA Kos penghantaran
blog ni

cam na ye..sebab kalau nak beli pas dah bersalin tak leh lak
sebab MG nak bersalin kat kampung
sah-sah la tak dah internet
susah lak nak beli online
MG pon dah 8 bulan lebih ni


cam na ye???



Sunday, January 13, 2013

Topup Barang Lagi

Assalamualaikum

perut dah makin besaq
makin tak larat nak wat keja
apatah lagi umah tingkat 3
tak dak lif...huhu
rasa cam nak cuti bersalin awal ja ni

sabtu yang lepas topup lagi sikit barang
lagi tak bersalin lagi tu la dok membeli..hehe
tujuan asal pi mydin nak beli set bersalin afiat ijau tu
sekali pi yang ijau tak dak, ada yang set kelabu ja
malas la nak beli set kelabu tu
sebab set tu kena bancuh sendiri dan minum

ehsan google
huhu tak terdaya la nak minum
kalau yang ijau dia dah siap pil
ari tu dah jumpa tapi tak beli
la ni nak beli abeh lak
kol mak habaq kat dia..dia cakap balik beli kat Pekan Rabu ja la senang
jadi kesimpulannnya set bersalin beli kat Kedah ye..
jadi lam checklist kat atas tu masih lagi merah la kat set bersalin

ehsan google


dah pi ke mydin sambaq la lulur bunga rampai ni
hajat dihati nak cantik-cantik la pas bersalin nanti
huhu..semoga kulitku semakin berkilau nanti

ehsan google


beli 2 pek sepek ada 3 bungkus
sebungkus tu leh pakai 2 kali rasa
kata nak pakai masa lam pantang
tapi marin dah try dah...syok gila
ada orang tak suka sebab bau dia yang herba tu
tapi bagi MG, bau tu la baru menandakan kita pakai lulur
baru tradisional kan.hehe..
rasa cam kena beli tambah ja lulur ni
nasib baik murah ja
dah siap pakai tu memang rasa kulit lembut la..
even hari-hari kita sental ngan shower foam dan span mandi tu kan

dan kalu pi mydin tak beli sabun chlorophyll 999 ni memang tak sah
penah pakai tak sabun ni??
dulu masa kecik-kecik dok kat kampung kan
selalu la pakai
tapi la ni cam susah ja nak jumpa
ari tu masa pi mydin jumpa
jadi la ni asal pi mydin ja memang beli
kali ni beli 2 set
1 set ada 3 ketul
1 set harga rm3.95 kot tak silap
1 set nak guna 1 set nak balik kampung utk guna time pantang
kalau ada sabun ni memang tak pandang dah sabun dettol ka apa ka
jadi tak sabaq nak mandi hari-hari..hehe
kat sabun tu tulis medical soap
apa function dia tak tau la..

last skali pi metro kajang nak beli kelambu dan printed kain lampin
beli kelambu jenama Anakku kaler pink
harga asal 26.90 tapi masa bayaq ada diskaun lak jadi 24.++
ok la tu kan..jimat jugak

ehsan google


pastu untuk kain lampin jenama disney corak mickey mouse tu lak rm27.90
hat ni tak dak diskaun
tapi tengok kat memana pon harga sama ja
jadi beli gak satu set

ehsan google

hehe...sebnaqnya dah beli lampin besa pureen yang kosong tu
tapi gatal lak nak beli hat ni
yang printed ni leh wat bedung
tak ke comel tu...hehe

Wednesday, January 9, 2013

Set Berpantang Pilihan

Assalamualaikum

sekarang dah start berpikir secara series pasal set bersalin
ingat nak pakai 2 jenis
satu moden dan 1 tradisional
yang moden of course la Shaklee
sebab masa pregnant ni pon memang guna dia
so far ok
badan bertenaga, kurang morning sickness dan rasa cergas
cuma sekarang dah 8 bulan ni la rasa cam letih-letih sikit
sebab malam-malam tak leh tidoq sebab panas
dan tak selesa
lagi pon shaklee ni MG beli botol besaq punya
dah 2 kali topup jadi cukup sampai ke berpantang nanti
cuma kena tambah lagi satu jenis ja lagi
iaitu ZINC COMPLEX
yang lain dah cukup
katanya Set Confinment Shaklee ini juga mempercepatkan penyembuhan luka, mengatasi masalah keguguran rambut, membantu ibu lebih relaks dan memulihkan tenaga dengan lebih cepat dan sudah pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

katanya jugak set ni leh pakai bersalin normal atau cser
kira ok la kan..
cuma 1 ja yang tak best makan vitamin ni masa pregnant
sebab dia bagi kita sentiasa lapaq
tapi yang pasti time pregnant, MG tak menghadapi masalah macam
darah tinggi ka, HB rendah ka,diabetes ka
semua normal

Untuk yang tradisional lak ingat nak try set Bersalin Afiat la
dalam dok baca testi orang lain
cakap cam bagus jugak produk ni
yang penting harga pon ok
memandangkan set shaklee dah memang mahal
jadi set yang kedua ni inagt nak amik yang tak mahal sangat
kalau nak amik shaklee saja cam tak best
cam tak rasa berpantang lak
cuma lam set ni dikatakan tak dak param dan pilis
hehe...MG pon tak beli lagi ni
baru baca review blogger lain
Ingat nak cari kat Mydin hujung minggu ni
harap serasi la ngan MG
nanti MG akan review apa ada dalam dia
dan harganya ye
testi lak pas beranak la baru leh wat :) 

Kalau dulu tingin nak amik tanamera atau NR
tapi takut lak kalau anak kena kuning nanti
kabarnya kalau pakai set pregnant shaklee
anak tak kena kuning
tak pa kita tengok nanti
kalau memang tak kena memang bagus la produk ni




 

Sunday, January 6, 2013

Checkup 31 minggu

Assalamualaikum


sat ja dah 31 minggu
ni cita minggu lepas minggu ni baru nak update.hehe

dasar pemalas kan
tak lambat dah nak bersalin ni
semakin takut lak rasa
takut terbersalin kat sini
hajat hati nanti pertengahan bulan 2 baru nak balik ke Kedah
time tu dah 38 minggu
harap sempat la kot...
kalau tak sempat jadi anak selangor la si baby U ni...
Tak mau- tak mau..nak bersalin kat Kedah gak..huhu

masa checkup kali ni
MG wat scan 4d, alhamdullillah..suma cukup sifat
hidung dan bibir memang sebijik MG
sampai si suami tak puas hati
satu tak turun dari dia..hehe
nak wat cam na, tuhan yang jadikan cam tu kan
masa 1st scan tu si baby U ni tutup muka ngan tangan
puas doktor goyang-goyang perut dia tetap gak dia tutup muka
terpaksa la doktor scan tulang temulang lain lu
pastu dah try skali lagi baru nampak..hehe
tinggi hidung dia..bibir pon tebal
copy paste MG tol..hehe


bab lain lak..masalah keputihan still ada
kali ni doktor bagi satu subculture, dia bagi dan suruh MG jolokkan cotton bud tu ke dalam vagina
untuk detect fungus ka apa
dia bagi option leh wat sendiri
atau dia wat kan..tentu la nak wat sendiri kan..hehe
hehe..sampai ari ni subculture tu ada lagi
tak antaq lagi kat klinik
tengok la malam ni kalau rajin

bab berat lak besa la naik lagi
berat : 72kg
BP    :115/69
Tinggi Rahim  : 33 cm
Estimate berat Baby : 1.68kg sudah
jantung baby : ok
gerak : ok

cuma MG hairan napa doktor tak bagi jadual yang kita tick pergerakkan baby tu ye
ka checkup kat private tak yah wat tu
pi lagi skali nak tanya la
kot depa lupa

la ni memang susah la nak tidoq malam
terlentang tak selesa
nak mengiring rasa cam dok tindih baby
kalau mengiring mesti baby akan bergerak..takut jugak
senang cita memang memalam tak leh tidoq la
badan pon panas gila memalam
sekarang ni dah pasang 2 kipas
tu pon still panas lagi
rasa cam nak bangun mandi ja

Wednesday, January 2, 2013

Kelebihan Menjadi Seorang Ibu




Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah S.W.T

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya
70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails