.

.

Thursday, May 30, 2013

Pengalaman Berpantang

Assalamualaikum

entry kali ni kena tulis cepat-cepat
takut lupa, dah lama abeh pantang ni
la ni baru nak wat kan..
perihal Umayrah time lepas bersalin kena masuk wad pon belum cita lagi ni.hehe..
tak pa cita pasal berpantang dulu

Pas operate dalam pukul 10.30 MG dimasukkan ke wad
time ni tak leh jumpa Umayrah
sebab dia kena tahan sebab MG ni GBS Carrier
keesokkannya makan makanan hospital
sekali depa jamu betik
MG apa lagi sapu la..tak tau kata kalau pantang tak leh makan
nasib baik ok..tak jadi pa,,ya la betik kan sejuk
pastu terus MG hati-hati nak makan makanan hospital
selepas 2 hari ditahan MG dibenarkan pulang

cas untuk bersalin secara ceaseran di hospital kerajaan ialah rm4k lebih
tapi telah disubsidi kan banyak untuk rakyat malaysia
untuk MG adalah free sebab MG staff gomen
kakak sebelah pon c-zer, tak silap kena seratus lebih ja
kalau normal MG tak tau cas bapa

MAKANAN
start berpantang kat umah memang heaven
tak payah wat keja satu pon
makan mak masak, tapi resepinya yang besa ja..
samada ikan bakaq, ayam bakaq dan sayuq bayam untuk minggu pertama dan ke2
minggu selepas tu dah boleh makan kari dan asam pedas utara
makanan semasa berpantang ni depend kepada badan dan orang yang menjaga kita
contoh mak MG bagi makan kari
tapi orang lain mungkin tak bagi
dia depend jugak dengan badan kita
ada yang tak leh makan ikan kembong, tapi MG ok ja belasah
kalau orang lain jemu makan makanan pantang
MG lak suka, janji pedas
memandangkan tak leh makan sambal belacan
MG gantikan dengan lada hitam
memang sedap
kadang-kadang makan sup ayam dengan sambal kicap
sedap jugak :)

MG cuma makan nasik tengahari ja
malam makan biskut
jadi tiap kali timbang mesti sentiasa kurang
last skali masa dekat2 nak abeh pantang tu berat dah 63.5 kg ( berat MG masa tak pregnant ialah 59-60 kg)
kira ok la kan
tapi sekarang dah lama tak timbang sebab cuak.hehe..
nafsu makan tengah menggila

JAMU
Untuk jamu, MG hanya start makan selepas abeh ubat yang hospital bagi
ya la MG kan c-zer,  mak lak semua bersalin normal
dia pon kurang pengalaman nak jaga MG ni
dah abes baru start ngan set bersalin afiat
makan jamu pon tunggu si Umayrah abes kuning dulu
cita pasal set afiat kita cita lain kali
time ni MG pon makan vit Shaklee..

URUT DAN MANDI AKAR KAYU
memandangkan MG czer, berurut hanya di wat time ujung-ujung pantang ja
kakak tu urut tak sentuh pon bahagian perut
memang best berurut, sebab MG sakit gila di bahagian belakang
pas urut lega
bab mandi air daun lak yang tak best
bila mandi tu badan MG naik bijik-bijik satu badan
kulit MG memang tak tahan pon
mudah gatal-gatal
last skali memang banyak la parut cam parut kudis tu
dah la susah nak ilangkan dia balik
malu kalau orang tengok kaki dan betis.hehe..
akaq kayu disediakan oleh mak sedara
dia la yang pulun pi sana sini cari daun
terima kasih ye cik yam..
mak lak tukang rebus

BENGKUNG DAN BERTUNGKU
MG tak berbengkung dan kesudahannya perut agak buncit.huhu...
Bertungku tapi di minggu akhir pantang
malas la nak tulis sebab kecewa perut buncit,huhu...

PERSEKITARAN
berpantang memang best
seronok duduk lama dikampung
teringat kembali kenangan masa kecik-kecik bila kembali duduk bersama mak ayah
duduk bersama adik-adik
tiada tekanan, kepala sentiasa tenang
dengan kasih sayang mak, ayah, adik-adik dan sedara berikan
membuatkan tingin lagi nak berpantang
MG pas abeh SPM terus kuaq dari umah sampai la ni
jadi bila leh balik dok kampung lelama cam ni memang la best
time ni sangat la terasa menghargai jasa-jasa mak ayah melahirkan dan membesarkan MG
Betul Bersalin ni dapat menambahkan lagi perasaan sayang dan hormat kepada ibu bapa
sebab kita sendiri dah ada anak
dan merasai peraasan depa
time nak balik mai selangoq memang sedih gila
ya la dah 3 bulan dok ngan mak kan
tingin nak rasai lagi, tapi MG dah takut nak beranak..
cam na nak wat ye


Wednesday, May 29, 2013

Happy Besday To Me!


Hari ni genap la 27 tahun umur MG
Sat ja rasa dah 27 tahun, rasa cam baru marin ja daftar masuk ke U
dan jugak baru jap tadi nikah..hehe..
masa makin pantas berlalu..bersediakah kita untuk masuk 3 series??
hehe..bersedia ka tak kena masuk gak kan

tak dak spesel celebration pon
cuma semalam order blueberry cis kek dan makan beramai-ramai
Mak, dan adik-adik datang umah la ni
kan cuti sekolah skarang ni
kebetulan pulak 2 adik MG iaitu adik bongsu dan adik no.2 tarikh besdaynya dekat ngan MG
Sorang 24/5 dan sorang lagi 25/5
27/5 lak aniveseri pertama MG ngan En. Gold
dan ari ni 29/5 besday MG lak
jadi moleklah kiranya disatukan menjadi satu kek ja
jimat pon jimat kan
tu yang tulisan atas ke tu jadi " Best wishes to all" to..hehehe

semalam memang muak ngan cis saja
adik lak bawak 2 bijik large pizza domino yang extra cis tu
last skali MG pi cari buah limau lak
untuk meneutralkan rasa muak cis tu
tu baru kesan segera makan cis ni
kesan lagi satu cis ni bagi MG sembelit
pasni kena makn buah bebanyak la
panjang lak ngomelnya kan..

Apa pon azam besday kali ni ( besday pon ada azam tu...hehe)
harap dapat lebih dekatkan diri kepada Allah
menjadi isteri yang lebih mithali
menjadi anak yang lebih taat pada ibubapa
menjadi ibu yang lebih sempurna bagi si Umayrah kecik
menjadi kakak yang lebih memahami dan mengambil berat kepada adik-adik
amiinnn...

muka budak yang sibuk nak makan cis kek gak..hehe

Monday, May 27, 2013

Ulang Tahun Pertama


Assalamualaikum

27/05/2013 - Genap la setahun MG dan En. Gold bernikah
rasa macam baru ja nikah ni
Kapel dah 9 tahun, tapi mana nak sama bila dah kawin kan 
betapa cepatnya masa berlalu
Ulang tahun pertama ni kami diserikan lagi dengan puteri sulung kami
Ummi Umayrah binti Fayzal


jangan ulang tahun ke 2 nanti dah ada Umar lak.hehe..
(Umar-nama yang kami pilih jika dapat anak laki masa pregnant Umayrah dulu..hhehe)
Kak Umayrah pon tak puas bermanja lagi kan

Buat En. Gold, terima kasih dengan segala yang u berikan
harap rumah kita semakin bertambah bahagia
hingga ke ujung hayat kita
I love u darling..!

entry pendek malas nak taip...:P


Monday, May 20, 2013

Pengalaman Bersalin Part 2

Assalamualaikum..

kita sambung part 2 lak ye
part 1 kat sini

ok..bila ja dah tau dah leh masuk LB tu rasa lega sangat
lega sebab semalam memang sakit
tapi yang peliknya la ni tak sakit lak
mungkin baby tengah tido dan tak mengeras kot
MG balik ja ke bilik dan makan
sebab tau pasni akan guna banyak tenaga untuk push
MG bancuh susu dan makan biskut marrie
memang banyak la biskut marrie tu yang kena telan

pastu pi la mandi..sebelum mandi ni nurse mai dah
nak bawak pi LB
tapi MG, mintak nak mandi lu..nak bagi segaq badan
masa berus gigi ni la spoil
sebab muntah..abis suma susu dan biskut marrie keluaq
sekali ngan makanan petang semalam pon keluaq
abeh nak wat cam na..terpaksa la pi LB ngan perut kosong
ingat ye kengkawan..makanan penting sebelum masuk LB.huhu..

MG pon pi la LB
time ni lam kol 8.30 pagi
perut masih tak sakit..oooh lupa nak habaq
ubat untuk induce yang ke3 tak masuk dah sebab dah buka 4-5 cm
masa kat LB ni la air ketuban di pecahkan
masa ni la best..depa akan masukkan ubat untuk bagi cepat bukaan (bagi contraction)
melalui jarum yang kena pasang kat tangan tu
mula-mula dengaq la doktor tu cakap suruh masuk 8
tak tau la 8 tu 8 apa..tapi yang tau itu adalah kuantiti ubat yang dimasukkan la

time ni dah start sakit sebab ubat tu dah mula berkesan
sakit tu cam malam tdi gak..dia mengeras yang sakit
nurse cakap kalau sakit leh hidu gas apa tak tau yang nak bagi kurang sakit tu
series tak bagi kesan lansung kat MG
tetap la sakitnya..hehe
mungkin bagi orang lain kurang kot

mula-mula seluk, stil bukaan 4-5 cm
doktor bagi masa lagi untuk tunggu
sebab katanya 1cm untuk terbuka mengambil masa 1 jam
jadi lagi 4-5 jam la untuk fully terbuka..
sakitnya memang la sangat sakit..pastu lam tengahari tu depa cek lagi
still 6-7 cm depa kata
Aduh..MG dah tak tertahan dah...asyik hidu gas tu sampai jadi lalok
tapi tak kurang pon sakitnya
time ni En. gold masuk untuk temankan MG..
muka dia pon nampak cam cuak..ya la..masuk dari pagi sampai sekarang tak beranak2 lagi
kat luaq bilik terdengaq doktor dan nurse dok bagi sorakan semangat untuk ibu lain yang tengah meneran
tak lama pon sat ja..pastu terus dengaq depa jerit yeaay! reramai
maksudnya dah selamat la tu orang tu beranak
yang MG lak dok tak selamat-selamat lagi

disebabkan tak tahan , MG mintak la pain killer
depa pon masukkan la ubat tu melalui jarum yang depa cucuk kat tangan
series pedih..rasa cam nak mengelepur ja sebab pedih
tapi pastu rasa sakit hilang
MG dapat tidoq dengan lenanya selama 1/2 jam
pas 1/2 jam tu sakit mai balik dah
ubat untuk bagi contraction tu lak depa increasekan ke 12
semakin skit la jadinya
pastu lam pukol 2 atau 3 kot ada sorang doktor cina ni mai cek bukaan lagi
pastu dia cakap dah 9 cm
fuh..lega gila..memang syok la time ni ingat dah leh beranak dah

nak jadi cerita doktor lain lak mai cek bukaan
tau tak bapa bukaan dia? masih 5-6 cm!!
rasa cam nak maki ja doktor 1st tu
bayangkan lama mana lagi MG perlu sakit??
time ni la MG dah start mintak untuk di operate
tapi nama pon beranak kat gov hospital
ingat senang-senang depa nak bagi operate

hehe..depa suruh lagi tunggu
MG time ni rasa cam nak meneran pon ada setiap kali sakit tu datang
kekerapan sakit tu dah 5 minit sekali
datang la lagi dr cek bukaan
ari ni memang aktiviti menyeluk ja la berlaku
dr tu cakap dah rasa rambut baby
pastu depa suruh MG start meneran
series time ni tak rasa cam nak berak cam na nak teran

bila doktor cek lagi depa dah rasa kepala baby dah bengkak skit
sebab MG dok teran-teran
last skali lam kol 6 atau 7 depa decide nak bawak operate la
tu pon selepas bwak berbincang ngan 2 3 orang doktor
alasan untuk dioperate sebab poor progress dan air ketuban sudah kuaq dah lama
dari pagi tadi
gila tak kena operate, MG sakit daripagi lagi
tak masuk sakit yang semalam punya
masa ni la ubat untuk bagi contraction tu dah depa stop
jadi sakitnya dah kurang

tapi still ada sakit



sepanjang dok lam LB tu, muka en.gold memang cuak
sepanjang ari dia tak makan.. sebab tak lalu
elok la tu..MG pon tak makan gak..hehe
yang MG perasan mata dia merah..
malas nak tanya dia menangis ka tak takut dia malu.hehe..

nak pi Operation room pon amik masa gak
sebab ramai lak nak dioperate..hehe
tapi la time ni tak rasa sakit sangat dah
untuk dioperate,
kita tak leh makan kena posa
memang posa la makan pagi tadi kuaq abeh suma
petang tu jugak depa pasangkan tiub untuk air kencing

last skali segala sakit perit semua bakal berakhir
kol 8 malam  MG ditolak masuk ke LB
masa kuaq dari LB nak ke bilik operation MG pon nampaklah semua muka orang yang menunggu MG
muka mak ayah, to..adik-adik..
depa suma sabaq menunggu kat luaq sejak dari pagi lagi
dapat tengok mata mak merah..mesti dia qeyau/nangis

masuk ja operation room
doktor perkenalkan nama dia
dan depa pon inject la bius kat tulang belakang
time ni terus tak rasa pa
cuma MG rasa sejuk yang amat sangat
sampai mengeletar
terus cakap kat depa dan depa pon tambah selimut dan masuk kan wap panas
tepat 8.25 malam, 2/3/13 keluaq la Ummi Umayrah bt Fayzal
berat 3.44kg

baby Umayrah keluaq dari operation room pukul 8.30 malam
MG lak lam kol 10 malam kot

banyak lagi nak cita
nanti sambung lain
ni pon dah panjang sangat sampai muak orang nak baca
dah.hehe
nak share gambaq umayrah sejak lahir
tapi napa x tau nset tak leh transfer lak

ini dia budak tu..gambaq fresh baru amik marin 18/05/13- 2 bulan setengah umur dia

Friday, May 17, 2013

Perihal BabySitter

Assalamualaikum..

tak syok la nak keja ari ni
tingat kat Umayrah
hari ni lak audit SIRIM datang ke ofis MG
memang la banyak keja
tapi hati tak senang

tadi masa kat ofis (MG keja kat lab)
ada kengkawan tanya mana antaq Umayrah
MG pon cakap la antaq kat mana kan
rupanya rumah babysitter tu dekat ngan umah depa
depa pon siap la bercerita
rumah yang mana, keta pakai keta apa jiran umah depa yang jadi baby sitter tu
semua yang depa cita ni memang betol la sama dengan apa yang baby sitter Umayrah pakai

depa cita lagi, kalau time depa cuti ka
mc ka..selalu dengaq budak-budak menangis tak henti-henti
lama lak tu..cam makcik tu tak pujuk ja
pastu siap lagi leh marah-marah
ni ayat yang depa bagitau MG

"Korang ni pepagi lagi dah melalak nak makan, memekak je keja korang"

terus MG rasa sedih, mesti Umayrah pon kena yang sama tu
ya la baru 1st time dok dekat umah orang
mesti la tak biasa dan nangis-nangis
tapi kan, aritu kan MG ada cakap MG pi umah dia time rehat masa 1st day antaq umayrah
keadaan Umayrah time tu dah bersalin baju la
tapi cam tak berbedak, bergetah ja kulit dia
baju pon tak berbutang
tapi bila time kita nak pi amik bila petang
siap berbedak semua

kat area tu memang ada 2 3 buah lagi rumah yang jadi baby sitter ni
tapi kesemua tu kawankawan MG tak cadangkan antaq ke situ
diaorang cakap, depan mak bapak budak manis ja mukanya
bila belakang garang lak..

memang ari ni la last day antaq
nak try cari nurseri lak
tapi nak anatq nurseri pon bahaya gak ye
ada la alamat tak pi keja minggu depan ni
next minggu depan lak ok skit sebab mak MG nak datang untuk seminggu

tadi mesej mak MG bagitau
dia cakap bagi ja kat dia dia nak jaga
tapi susah la..anak kita takkan kita nak berpisah
kalau umah dekat tak pa gak
ni kami kat selangor umayrah kat kedah
nanti bila kita balik Umayrah mesti malau-malu
cam tak rapat dengan mak dan ayah

runsing tol la...

Wednesday, May 15, 2013

Pengalaman Bersalin Part 1

Assalamualaikum

Pengalaman bersalin ni ada macam-macam rasa
ada manis, pahit, sakit memang la kan..
tapi ini adalah satu pengalaman yang indah
yang membuatkan kita lebih menghargai ibu bapa kita
MG bersalin secara ceasaran disebabkan sakit lama dan bukaan tak cukup
untuk bersalin normal

pengalaman ini kena tulis cepat-cepat nanti lupa
mungkin jugak pengalaman ni leh dijadikan  sumber rujukan bagi M2B yang lain
ok la..due MG sebenaqnya 26 Feb,tapi dah overdue
jadi mas pi kat KK kat kampung, depa bagi seminggu lagi masa
sebelum di induce
kecuali kalau anak kurang bergerak memang kena pi hospital terus
memang lama la MG di kampung, sebab dari cuti CNY dah balik
time tu dah 38 minggu
takut terberanak awal kan..terus si Umayrah tu jadi warga negeri Selangor lak
MG nak lahirkan di Kedah.

ok, kita kembali balik ke tajuk asal
time tu memang encik Gold ada kat kampung
dan harap sangat dapat bersalin sebab suami ada di sisikan
nak dijadikan cerita, start dari 27, 28 februari tu rasa baby kurang gerak
selalu gerak ja, takut jugak
mungkin jugak dia kurang gerak sebab dah padat dalam perut tu kan
tapi disebabkan kita ni mummy baru
trus la mengelabah tak tentu pasal
kesudahannya, 28 feb tu sibuk la pi Hospital Sultanah Bahiyah
memang dah prepare semua barang sebab dah jangka akan kena tahan di wad untuk di induce

bila sampai sana, doktor cakap memang akan kena tahan sebab dah overdue
time tu jugak dia seluk kat bawah dan tak tau la dia wat pa
dia cakap dia nak tolong cepatkan bukaan
mungkin dia tebuk kot..mungkin la..MG pon tak pasti
yang pasti pastu kuaq  darah
pastu dia cakap lagi akan dimasukkan maksimun 3 ubat induce melalui bawah kita tu ( sebijik skali masuk)
MG pon ok la..terima la apa pon yang depa wat
tapi mak MG cakap kalau induce ni akan lagi sakit dari normal punya beranak
ok jadinya malam tu MG bermalam la di hospital
dapat bilik sorang jadi selesa la skit

malam tu pukul 12 sebijik ubat masuk
camna masuk? masuk dia macam kena seluk la..hehe
pastu MG pon balik dan lena dengan amannya
sebab tak sakit lagi..
pastu lagi sebijik akan dimasukkan pukol 6 pagi esok
ok jugak dok hospital gov ni..layanannya pon ok
kol 3 pagi kena kejut sebab kena cek jantung baby
memang banyak kali la sari kena cek jantung ni
lupa dah berapa kali

masa masuk ubat 1st time memang tak sakit la
mai yang second time ubat masuk tu dah start rasa sakit
time tu baru terbukak 1 cm
start pukul 4 petang MG dah rasa sakit
sampai semua orang buleh nampak la muka sakit tu
malam tu dah start tak leh tido..
baby dah start mengeras
nurse cakap sakit sebab nak bukakkan jalan
MG lak dok amalkan teknik pernafasan nak bagi kurang sakit tu..kurang la jugak..
tapi still sakit
dan dok jalan merata gak lam wat tu nak bagi cepat bukaan (time ni la jalan sambil menangis panggil mak..huhu..)
time ni la MG start minum air akar fatimah
mungkin silap MG la kot, nurse tu  cakap air ni minum bila dah nak masuk labour room
bila dah bukak 4-5 cm
sebab tu la MG sakit melampau, bukaan tak bukak lagi
tapi dah sibuk nak kuaq
mana la MG tau..baca kat internet bila dah sakit buleh dah minum
ada yang dah start minum dari minggu 38 lagi
tak tau la..mungkin nasib MG susah nak bersalin.hehe..

setelah tak tido semalam..
pas ja sembahyang subuh, sakit tu semakin kurang..time tu la baru nak lelap mata
baru nak lelap kena panggil lak nak cek bukaan
punya la mengantuk, masa nak tunggu giliran nak cek bukaan pon leh tido lagi.hehe
Alhamdullilah..masa ni dah terbukak 4-5 cm
dah leh masuk labour room (LB)
time ni menangis lagi sebab lega

balik bilik terus sms en. gold dan mak cakap dah leh masuk LB..
panjangnya entry..nanti sambungannya di part 2 lak ye

Tuesday, May 14, 2013

Umayrah : 1st day di rumah pengasuh


Assalamualaikum

mari kita berblogging balik
lama toi la cuti ni
MG pon dah start keja start kemarin lagi
fuhh..masuk keja time sibuk nak audit
jadi MG pon sibuk skali la..mood nak keja lak kelaut
dok teringat kat Umayrah 1st day kat umah pengasuh
sedih gila rasanya nak bagi orang jaga
tapi nak wat cam na..mak perlu kerja
nanti bila dapat gaji leh beli baju cantik kat Umayrah

MG antaq kat pengasuh
dia memang dok jaga budak
campoq Umayrah 4 orang la budak dia jaga
Umayrah sorang ja baby, yang lain dalam setahun ke atas
dia lak amik upah rm280 sebulan
standard la kan harga tu
disebabkan risau ngan Umayrah, time rehat ja MG pi tengok
itu sebabnya MG nak cari pengasuh di area tempat keja
senang nak pi tengok..
bila dah sampai dok tengok acik tu tengah tidurkan dia
Umayrah ni stail tidoq lam buai
MG pon siap dah beli kain buai baru untuk bawak ke rumah pengasuh
tapi acik tu cakap dia nak try bagi tidoq tak guna buai
ikut suka la janji Umayrah tido dan dalam keadaan yang baik

tapi Umayrah tak tido pon
cian lak tengok acik tu kendong dia
dah la Umayrah tu besaq..nampak acik tu kecik ja bila bawak dia..hehe
dah sampai tu terus bagi susu kat Umayrah
acik tu cakap Umayrah tolak jugak susu guna botol mula-mula
last-last dia minum jugak mungkin sebab lapaq kot
Alhamdullilah minum jugak dia
untuk 1st day ni MG bekalkan dalam 7 bekas dadih EBM
acik tu cakap cukup
jadi misi tiap ari adalah mengepan 7 bekas dadih jugak..bagi mengelakkan stok menjadi negative
Alhamdulillah..still dapat menyusukan Umayrah dengan susu MG
Banyak lagi nak cita ni
tapi slow-slow ye..time rehat ja leh wat entry pon
bye..



muka budak nak kena antaq ke rumah pengasuh.huhu..


mood : rindukan umayrah.huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails