kalau dulu sibuk googling blog org lain
untuk tau cara sediakan makanan bayi ni
la ni MG lak wat post ni..
mungkin akan membantu mana mana ibu lain
untuk sediakan makanan wat si maja mereka..
nak wat sendiri makanan ni tak susah
cuma memerlukan kerajinan skit ja
kalau malas pon tak pa..beli ja nestum atau makanan dalam botol yang lain
tapi kalau nak lagi baik wat la sendiri
bagi anak tu rasa air tangan mak depa.hehe..
ok untuk permulaan, si Umayrah ni start makan masa dia 5 bulan 3 minggu
tak sempat dah nak tunggu 6 bulan
bukan pa, dalam banyak post yang MG baca
kalau si baby tu dah double weight lahir dia, dah leh angkat kepala sendiri dan mata bulat ja bila tengok mak ngan ayah makan, maka wajib la dia pon di beri makan
dan buleh dah la tu
untuk 1st week MG prepare puree labu ja
PUREE LABU
labu dikupas dan dipotong kekecik
labu tu MG kukus dan lenyek
pastu MG bekukan di dalam bekas wat ais kiub
jadi MG akan bagi 1 kiub ke umah pengasuh
pengasuh lak akan campurkan dengan EBM yang MG bekalkan tiap ari
sumber google |
ni muka budak 1st time makan |
Untuk karot dan brokoli pon sama jugak penyediaannya dengan labu
sesudah dikukus diblender dan dibuat kiub dan dibekukan
untuk sayur ni MG campurkan dengan beras dan ikan bilis
potong sayuq kecik-kecik |
kukuskan sayur |
beras dicuci bersih dan digoreng skit bagi ilangkan air
pastu blendkan sampai halus dan simpan lam bekas kering
IKAN BILIS
untuk ikan bilis lak, basuh bersih
pastu goreng dan blend dan simpan
siap untuk digunakan..mudah kan?
sapa cakap susah nak masak sendiri makanan bayi ni..hehe
pepagi, MG akan masakan 1/2 sudu beras hancur
dah kembang masuk 1/2 sudu ikan bilis hancur
dan agak2 masak baru masuk 1 kiub sayur
dah agak masak tu angkat la
siap untuk di makan..hehe
beras tengah mengembang |
setakat ni Umayrah dah makan karot, brokoli, labu dan kentang
pisang pon dah makan, cuma MG kukus dulu
takut kembong lak dia
tapi pisang ni pas dah kukus dia cam masam skit
jadi si Umayrah cam tak suka
Puree Epal pon MG dah wat, guna epal fuji
sebelum kukus manis gila, pas kukus dan masamjugak
jadi pisang dan epal, MG tak wat lagi..
untuk segala jenis puree, beras dan ikan bilis ni MG prepare siap2 untuk seminggu
senang keja, pagi pagi baling ja masuk periuk
senang..hehe
mungkin untuk minggu ni nak tukaq dari ikan bilis ke ayam lak
baru banyak variasi rasa dia
tak la boring si kecik tu makan
jadi try la ibu-ibu suma
senang ja kan...?
bubur nasi + brokoli+karot + ikan bilis |
bubur nasi+karot+ikan bilis |