.

.

Sunday, July 25, 2010

Kad Kredit keperluan atau......???


sebut pasai kad kredit ni,mesti ramai yang terbayang sekeping kad plastik macam2 kaler yang di keluarkan oleh bank kan?

definasi kad kredit : A credit card is a small plastic card issued to users as a system of payment. It allows its holder to buy goods and services based on the holder's promise to pay for these goods and services.

anda ada kad kredit tak???

sekarang ni ramai dah yag ada kad kredit, kalau dulu GD melihat kad kredit ni sebagai 1 cara pembaziran. ya lah...kita tak dak duit pon boleh beli macam - macam kan???

dari segi yang baik pulak, klu dulu kita terpaksa bawak duit tunai yang banyak ketika membeli belah, sekarang hanya dengan 1 kad kita boleh beli setroli barang keperluan rumah...hehe


GD kat sini bukan nak mengalakkan penggunaan kad kredit, tp tanpa kad kredit pada masa sekarang ini akan menyukarkan kita membeli sesetengah barang atau perkhidmatan seperti tiket flight la, tiket bus la...dll la...

tp jangan tak tau, kerana kredit kad la ramai anak muda di Malaysia Tercinta ni jatuh bankrup...


Menurut kajian yang pernah dibuat oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia,lebih 35 peratus daripada pemilik kad kredit mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis kerana tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka.



Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.


hehe...takut tak??
ala...kalau kita guna ikut kemampuan dan wat bayaran sepenuhnya tiap bulan x dak problem la...


masalah nya sekarang ramai orang yang membuat bayaran minimum...korang x tau ka...interest yang di kenakan oleh bank ni sangat mahal...huhu hehe...

tau tak kenapa GD tiba2 dok cakap pasai kad kredit ni???
sebab....GD pon baru dapat kak kredit...huhu..tua2 dah pon baru nak dapat kad kan??


ahh...x kisah la apa korang cakap,sebab GD baru ja mampu untuk memilikinya sekarang.... apa-apa pon...sila gunakan kad kredit ini dengan berhemah ye...jangan menambah statistik pengguna kad kredit yang muflis tu...hehe

apa-apa pon kita layan petua2 ni

Petua-petua tambahan yang boleh membantu:

· Ingat, kad kredit bukan wang percuma

· Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan

· Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda

· Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)

· Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda

· Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails