.

.

Thursday, August 5, 2010

Kencing Tikus Melanda Tempat Dating Cik gold !!!


Berita harian hari ini gempar dengan penemuan tempat baru yang dicemari dengan virus kencing tikus (Phatogenik Leptopspira) di Kedah.

klik sini untuk baca


disini la tempat cik gold berdating

salah satu tempatnya di kawasan rekreasi Puncak Janing, di kuala nerang...tempat cik gold dan buah hati berdating tu time2 remaja dulu...huhu...

kenapa perkara ni perlu terjadi di tempat cik gold????

kenapa baru sekarang terjadi setelah berlaku kes di Lubuk Yu tu???

kenapa tidak dari dulu???

APA SEBENARNYA VIRUS NI ??

adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA. Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih.

Ia tidak boleh hidup didalam air laut.

CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA

Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis.

Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.

Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.

KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI

Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .

Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi. Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.

Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.

Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.

Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.

Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.

Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran

Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai.



(**kredit to teratakarmo)


diharap penduduk di area tu jangan ye menggunakan air di puncak janing sebagai kegunaan harian!

tempat jatuh lagikan dikenang...inikan pula tempat berdating..huhu

6 comments:

  1. Alololo cik gold..kesian..tempat datingmu sudah tercemar..saya tumpang gembira..eh..eh..saya tumpang terharu..hehehe

    ReplyDelete
  2. dating time remaja dulu
    bak kata pepatah...

    tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berdating...

    (^_^)

    ReplyDelete
  3. dulu kat lubuk yu, maran kan.. seram nye..

    ReplyDelete
  4. Salam
    pasni takut dah nak p main2 air kat mana2 air terjun...tq info bagus

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails