.

.

Monday, February 28, 2011

Blog ini bakal bersawang


** sekarang ni cik gold tengah sibuk dan tak dak mood nak update (^_^)





Thursday, February 24, 2011

Tak paham la...!! - update


tak paham betol
mak pak antaq pegi belajaq, tak mau belajaq..
sibuk wat demonstrasi sana sini

memang betol piliharaya kampus ini dapat melahirkan anak muda pelapis bangsa yang berkepimpinan
tapi tolong la jangan jadi macam parti politik kat luaq
tak berbaloi pon kalau kena di berhentikan universiti kerana benda ni
terus masa depan jadi gelap

dan cik gold tak paham gak..kenapa yang tak puas ati lagi dengan akta tersebut
cik gold masa belajaq dulu pon ada jugak akta ni
tak rasa susah pon
Nak masuk parti apa pon masuk la
tapi tunggu pas abih belajaq baru nak aktif tak boleh ka??

dah tu..telah mencemarkan nama UPM lak..pecahkan pintu bangunan pentadbiran
UPM ni tempat cik gold belajaq tau..
tu yang jadi marah sangat ni

tak paham betol la..apa yang depa ni nak juangkan


my adik

tahniah untuk adik cik gold yang menang dalam piliharaya kampus di UM
harap dapat tunaikan segala manifesto hang!!
kalau hang nak jadi ahli politik, tunggu pas abih belajaq..sapa pon tak halang...jangan wat yang bukan-bukan time sekarang ni..

*** haha..ada yang tak puas hati ngan entry ni..
mungkin zaman-zaman hampa budak-budak ni memang nampak hebat la wat cam tu..bagi kami yang dah tua ni rasa tak berfaedah apa yang hampa wat!!
ini blog cik gold..suka ati la nak cakap apa pon..tak puas ati jangan baca!!
(^_^)





Tuesday, February 22, 2011

Tiket Hunting


akhirnya berjaya gak booking tiket ni
setelah berhempas pulas nak masuk website Airasia
(orang Malaysia ni suka tol travel ye..jem saja website ni)

jem pon jem la,cik gold nak beli gak tiket.. tak kira!!

murah betol la tiket dia
sesuai dengan slogan dia 'Bigger than Big' tu
berbaloi rasa tunggu dari minggu lepas
harga untuk 2 orang pi dan balik ke Surabaya, rm150..ok kan?? (ka leh dapat lagi murah???)

lama dah merancang nak ke Surabaya ni
nak tengok Mount Bromo yang cantik tu..

tapi malangnya tersilap pilih time la untuk flight nak balik ke KL
Nak amik kol 6 petang teramik 6 pagi
huhu...kalut punya pasai sampai tak sempat-sempat nak cek
dah la susah nanti nak cari transport ke airport pepagi buta

kena ayat pedas dari En. Gold : mu tu la kalut sangat...( loghat orang Pedu, Kedah)
jawapan nak backing diri sendiri : apa lak, website airasia tu yang bengong la

jadi bercuti kali ini timenya agak pendek la ye
nak wat cam na dah terbooking
nak beli lagi sekali En.Gold tak bagi lak travel kali ni ngan En. Gold lak.hihi...

sapa-sapa yang masih lom booking tu cepat la booking, banyak dah yang naik harga
(^_^)





Monday, February 21, 2011

Kenduri Lagi


Sekarang ni, aktiviti wat kenduri memang kerap kat makmal cik gold bekerja ni
tak tau la sempena apa kenduri tu

tapi apa susah, orang dah wat kenduri kita ngap ja kan
kena lak ujung-ujung bulan
duit pon dah hampir kering
memang tak tolak la

dah ramai-ramai orang wat kenduri
cik gold pon cam tingin lak nak wat jugak

apalagi, dengan pakatan dengan 2 orang lab mate yang lain
makan ari jumaat yang lepas 18/2/11, berlangsung la kenduri kami

tujuan kenduri ni lak ialah tak dak tujuan
hehe..saja nak makan beramai-ramai

menu cam besa, masakan kampung
masak lemak nenas, ayam goreng berempah, ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan kering
makanan ni di tempah dengan katering seorang lagi lab mate (bini dia orang kelantan, masakan dia sedap!!)

dengan baik hati , si tokey katering ni telah sponsor sambal udang
minuman ari ni ialah air punch ( sirap campoq oren)

ada lak staff lain yang sponsor ayaq kelapa pandan, memang sedap la..kena lak ari panas kan

wah..semakin bertambah menu ari tu

antara menu

beratur nak amik nasik

kenduri, dihadiri oleh semua staff tempat cik gold bekerja
lebih kurang 40 orang
bajet seorang rm6 je tokey ni amik
murah kan??
semoga murah lagi rezeki dia


*** orang cakap, kalau selalu belanja orang makan ni murah rezeki...betol ka?? hehehehe...





Tuesday, February 15, 2011

Bukit Broga


15-2-2011
dah lama nak pi Bukit Broga ni

dok serdang ni pon dah nak masuk 6 tahun
tapi tak berkesempatan lagi, antara alasanya malas dan kadang-kadang ari ujan
sempena cuti Maulidur Rasul ni terbukak lak ati ni nak pi sana

hehe..bila lagi nak test fit tak fit badan ni
last skali trakking ni time cik gold Form 3, naik Gunung Jerai
time tu badan masih ringan
sekarang...hehe..tak tau la

perjalanan dari Serdang bermula jam 6.30 pagi
tak sempat dah nak tengok matahari naik (sekarang subuh agak lewat kan)
perjalanan ngan motor lak amil masa agak lama
lam kol 8.00 pagi baru sampai kat kaki bukit ni


dengan tak sarapannya, hehe..takut gak kalau pengsan kat atas tu..sapa nak angkut turun..kalau ringan tak pa gak..ni berat hampir 60kg ni

huh..penat gak la masa nak naik tu
pi lak pakai kasut besa
rasa cam licin sangat

orang ramai

orang ramai tol datang
budak-budak pon ramai
terdetik lam ati..kalau budak-budak ni leh naik tak kan cik gold lak tak leh kan??

memang letih untuk orang yang kurang bersenam cam cik gold ni
tapi bila dah sampai kat atas sana memang best la
cik gold sampai matahari pon dah tinggi


kat atas tu sangat curam la..ngan licin
rasa cam nak berdiri pon takut terjatuh
cik gold bertinggung ja kat atas tu sebab gayat

tempat paling tingi yang cik leh pi..dah bertinggung dah time ni...gayat!!

sebenarnya tak sampai puncak pon sebab dah gayat sangat
kalau ikut tenaga, masih leh sampai kat atas tu
memang tak dak gambaq kat puncak

hehe..cik gold berazam nak pi lagi,nak pakai kasut yang tak licin lak

(^_^)Encik dan Puan Gold (bakal..)

masa nak naik ok..nak turun tu tuhan ja yang tau takutnya
nak turun kita kena mengelongsor tau
wat pulak masa kita gelongsor tu tak berenti, takut gak kan

Keindahan Alam..Subhanallah

apa-apa pon tempat ni memang cantik untuk orang yang suka amik gambaq
lam kol 9 lebih, cik gold pon turun ke bawah

sampai ja kat kaki bukit kat ladang kelapa sawit tu
terus tangkap aiskrim
kena lak tak sarapan, lagi la rasa aiskrim tu sangat sedap


kalau anda datang ngan keta, cas parking kat sini rm2 ye
kalau motor free ja
kaya la tokey ladang ni
dapat tanah yang dekat ngan broga
tingin lak ada tanah cam ni (^_^)

Peringatan untuk anda yang nak datang kat sini

---Make sure pakai kasut yang sesuai, sebab kat puncak tu sangat licin!!

apa-apa pon, Broga memang best!!





Sunday, February 13, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Esok 15/2/11 kita akan menyambut Maulidur Rasul
sempena dengan itu mari kita memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW



tapi...

jangan asyik sibuk nak sambut Valentine lak..
dah terang-terang sambutan tu bercanggah ngan agama kita, tapi masih ramai lagi sibuk nak sambut ye..
hebat sangat ke kalau kita, orang melayu dan beragama Islam sambut Valentine ni?

time ni la sibuk nak beli bunga ye,
sebenarnya tak yah tunggu ari ni nak bagi bunga, ari lain pon buleh
wat pa nak sambut hari memperingati paderi St. Valentino ni?
paderi ni la antara orang berpengaruh yang menjatuhkan ISLAM di Cordovo.

Valentine nak sambut, tapi Maulidur Rasul ni wat tak tahu lak ye...

Antara pengorbanan Nabi Muhammad SAW ialah

Rasulullah S.A.W pernah direjam sekuat-kuat hati org musyrikin kerana beliau S.A.W. membuat gash (mengajak orang untuk dekat dengan ALLAH) beliau berjalan sepanjang 1 km dan sepanjang perjalanan beliau direjam dengan batu,di baling najis,dan bermacam-macam lagi..bertapa sakitnya beliau tetapi demi Islam beliau mencuba lagi tetapi tetap mendapat tentangan dari orang kafir..betapa besarnya pengorbanan rasulullah S.A.W. pada agama Islam..

Bagi yang belum tahu apa itu Maulidur Rasul boleh baca di bawah ye (ada ka yang tak tahu lagi?)


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
(Di petik dariWikipedia)






Saturday, February 12, 2011

Handphone tertinggal...!!


**entry tak best

handphone cikai cik gold tertinggal kat mana tak tau
pas pi dobi, pi kfc lak..rasa cam ada lagi time tu
pastu singgah sat kat kedai cari minyak masak dan tisu...
time tu pon cam ada lagi

pastu singgah kat kedai makan, time ni tak pasti dah ada ka tak handphone tu

handphone tu rosak, kalau nak jawab kol kena loud speker baru leh dengaq kol tu
huhu...

dah kol, pastu ada orang angkat (laki) , tapi mesti dia tak dengaq sora cik gold
dah sms suruh dia wat loud speker, tapi dia dah tak balas
kol lagi sekali pon dah tak angkat

nampaknya kena beli baru la..
walaupon cikai handphone tu, lam tu ada banyak maklumat
no akaun. no pin ptptn, no kawan-kawan...huhu
banyak keja la pasni nak wat kena kumpul balik no-no tu

cik gold pon sayang handphone tu walaupon cikai, handphone tu ayah yang bagi
dah ada niat nak beli baru
tapi sayang lak nak menduakan handphone tu...
niat di hati dah tak leh on baru nak tukaq baru

wahai orang yang jumpa..
tolong la balas mesej
handpone tu banyak sentimentel value





Thursday, February 10, 2011

Kenduri Tunai Nazar

nazar ni dah dua tahun wat
tapi tak sempat-sempat lagi nak bayaq
kebetulan cuti raya cina yang lepas ni cuti agak lama, jadi sempat la bayaqkan

cik gold berniat kalau dapat keja yang lagi bagus dari keja kat kilang di Penang tu cik gold nak wat kenduri skit..nak jamu jiran-jiran makan

Alhamdullillah... setelah hampir 2 bulan menjadi tukang bancuh air di gerai makan dan 7 bulan menjadi kuli di kilang, setelah graduation telah mendapat keja tetap

terbayang jerit perih, penah lelah ketika menjadi kuli kat kilang dulu
yang jadi pembancuh air ok lagi..sebab keja ngan tokey yang sebangsa ngan kita
yang kilang tu la problem..gaji staf yang sama pangkat pon leh berbeza hanya kerana kita berbangsa tak sama ngan tokey

walaupon banyak yang tak best, tapi ada gak yang bestnya keja kat kilang tu..sebab pengalaman kat kilang tu lah yang menbolehkan cik gol dapat keja sekarang ni

apa-apa pon, semua benda tu dah berlalu..hehe

jadi, pada 4 Februari yang lepas, pada hari jumaat berlansung lah kenduri menbayaq nazar tersebut

aktiviti memasak start dari jam 8 pagi lagi

bahan untuk menumis

rempah kari/ gulai

aktiviti memasak gulai ikan tongkol


budak-budak peramai majlis

walaupon pada mulanya hajat hanya nak wat makan-makan ngan jiran tetangga ja, tapi jadi kenduri yang agak besaq..sebab ayah cik gold panggil orang-orang dari masjid pas sembahyang jumaat

orang-orang yang datang kenduri

orang kuat untuk majlis ini ( tukang masak) ialah tok, mak dan makcik cik gold serta di bantu oleh sepupu-sepupu yang lain

menu ari ni cuma masakan kampung
tapi masakan kampung la yang sedap kan??
tak payah ada ayam atau daging
ada ikan pon dah cukup

tapi,harga ikan sekarang ni mahal la
rasa lagi mahal dari ayam
nyesal lak x wat masakan ayam


antara juadah yang disediakan

menunya ialah gulai ikan tongkol, kerabu daun selom dan jantung pisang,ulam-ulaman, ikan kering dan sambal belacan!!

sedap!!
sambal belacan dan kerabu la yang paling sedap!
makanan yang lain pon abis tak ada yang berlebihan (^_^)








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails