.

.

Wednesday, February 19, 2014

Petua Halau Nyamuk

Assalamualaikum

Perasan tak semenjak 2 menjak nyamuk banyak
kes denggi pon semakin naik kat Selangor ni
Yang Mg perasaan kalau malam tu panas mesti nyamuk banyak
dan kalau hari tu ujan nyamuk mesti tak dak
hehehe...ada related dak dua-dua benda tu?

Bukan pa MG cian kat Umayrah
abeh bintat-bintat badan
kami lak tidur tak pakai kelambu
ya la..selama ni nyamuk tak dak pon
rumah pon kat atas kayangan
nyamuk tak larat nak terbang.hehehe..

selepas 2 3 hari nyamuk banyak
En. Gold pon pi la beli ridsect
jadi sebelum tidor kami pon semboq la ridsect tu
pastu bau ridsect tu kuat sangat sampai ambil masa nak hilang bau dia
ya la tak kan nak bawak si kecik Umayrah duduk lam bilik yang bau kuat tu kan
takut la efek apa-apa kat badan dia
kita yang bangka ni tak kisah badan boleh tahan

ini tak boleh jadi ni
terus MG search petua cara nak halau nyamuk
Petua dia cam ni, mungkin ramai dah tau kot
tapi saja MG tulis lagi kot la masih ada yang belum tau
ambil sebijik buah limau nipis, belah dua
dan cucukkan jintan manis
paham tak? kalau tak paham rujuk gambar la senang.hehe..






MG pon tak try lagi ni
malam ni baru nak try
tak tau la bekesan ka tak
tapi tak salah cuba kot
barang-barang semua benda yang dah ada kat umahkan




Last sekali mari kita tengok muka budak yang suka bangun awal pada hujung minggu
tak bagi can mak ngan ayah bangun lambat.hehe

bye!


2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails