.

.

Wednesday, April 9, 2014

Bila anak dah boleh berjalan


Assalamualaikum

lamanya tak update blog
sibuk sangat 2 3 minggu ni...nak audit dan kursus bagai
blog pon hampir nak bersawang dah
sempena agak free ari ni baik update kan
nanti lupa lak perkembangan si merah tu


ha...si merah dah boleh berjalan
mungkin agak lambat berbanding bayi orang lain
tapi perlu diingatkan simerah ni  besar
jadi bagi bayi yang sama saiz ngan dia
agak cepat juga dia boleh berjalan ayat tak mau kalah.hehehe



duduk dalam keta dah tak mau diriba
nak berdiri ja
pastu kat umah nak bagi makan punya la susah la ni
jenuh berkejaran satu umah
dan sekarang juga dah kurang makan
syok nak bermain dan berjalan la kot
ni yang tak best ni nanti ilanglah chubby dan double muscle dia huhu..



dulu masa tak boleh berjalan, letak ja kat ruang tamu dan si maknya masuk bilik
dia akan menganga meraung la kat depan tu minta orang amikl
tapi sekarang tak lagi
si maknya pulak terkejut tiba-tiba ada makluk kecik mengikut dari belakang.hehe


tengok..nak bergambaq pon tak mau dah










dan kalau dah boleh jalan dan tak jatuh mencium dinding tu
maknanya si baby tu tak lengkap lagi kebolehan berjalannya.hehe..
si merah pulak kalut betol bila jalan
padahal tak cekap lagi
satu hari tu jalan-jalan nak capai sofa
tapi silap langkap
alamatnya jatuh la
jatuh saja tak lengkap kalau tak disekalikan dengan raungan yang kuat
nasib baik si merah ni menangis sekejap ja


 psstt budak tu dah dapat kebolehan baru..tak mau dah dok kat bahagian bayi kat stoller tu
la ni nak dok berdiri ja
dari start shopping sampai siap
tak menangis dah'
kalau dulu siap la berdokong bagai
bagus merah...senang mak nak shopping pas ni
tinggal bawak tilam kecik satu hampaq la troli tu.hehehe

konon-konon hebat

sibuk pilih mainan, padahal ayah tak beli pon.hehehe







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails