.

.

Wednesday, May 21, 2014

Susu Bercampur Darah

gambaq nak masuk kontest.hihi
Assalamualaikum

Sejak-sejak si merah bergigi ni
isapan susu sangat la sakit
dia isap susu menggunakan gigi.hehehe
cam na nak describe ni
kiranya dia gigit puting la ketika menyusu

sebelum ni memang selalu dia gigit
tapi tak tinggal luka
ada satu malam tu, memang maha sakit la
dia gigit pastu dia tarik skali
si merah tido, mungkin tu kot dia tak sedaq
abeh apa lagi meraung la MG 

Esok bangun tengok 2 luka
atas dan bawah puting
terpaksa jugak bagi simerah isap sebab takut nanti bengkak dan susu tak kuaq pula
memang best la
kena tahan nafas dulu masa dia nak start isap tu.huhu

tengahari tadi pulak masa pum kat ofis
kuaq darah pulak
sah la bercampur dengan susu tu
konfius lak, leh simpan ke tak susu tu
ke nak buang
last skali, search dulu la 
leh baca artikel MG kopi paste kat bawah

Fenomena susu berdarah adalah normal terutama di kalangan ibu yang pertama kali menyusukan anak. Jadi para ibu tak perlu risau atau panik. Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan dan menyusukan bayi, akan berkemungkinan berlaku puting melecet atau luka dan ini menyebabkan rasa sakit serta tidak selesa semasa menyusukan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti posisi penyusuan yang salah, lekapan mulut bayi tidak sempurna dan hisapan bayi yang agak kuat.

Dalam kes ini, selalunya ibu-ibu tidak merasa sakit yang teruk atau mungkin langsung tidak merasa sakit. Kecuali puting susu/nipple luka atau melecet ataupun ibu mengalami bengkak payudara.

Pendarahan ini tidak membahayakan bayi dan ia selamat untuk meneruskan penyusuan. Darah dalam susu ibu bukanlah suatu yang ajaib atau luar biasa tetapi ia NORMAL. Terdapat kes di mana semasa penghujung kehamilan atau semasa minggu pertama selepas melahirkan, darah keluar due to broken capillaries and intraductal papillomas.

Nipple yang luka atau melecet juga kadang-kadang menjadi punca susu ibu yang keluar bercampur darah, di mana darah tersebut datang daripada luka. Susu dan darah itu selamat serta tidak bahayakan bayi jika diminum dan ia akan dibuang melalui najis bayi.

Sebab fenomena darah di dalam susu ibu

"Vascular engorgement" or Rusty Pipe Syndrome
Darah yang disebabkan oleh pendarahan dalaman yang kecil akibat dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu-tisu payudara di akhir kehamilan dan normal bagi ibu yang pertama kali. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah payudara atau salah satu. Ia tidak menyakitkan. Darah yang hadir bersama susu ibu ini dipanggil "rusty-pipe syndrome" sebab warna karat dalam susu tersebut.

Broken capillaries
Penggunaan pam yang kurang sesuai atau cara mengepam susu yang tidak betul boleh menyebabkan tisu-tisu payudara rosak dan ini boleh berlaku pendarahan kecil di mana darah tersebut keluar bersama susu semasa mengepam atau direct feeding.

Intraductal Papillomas
Tumor yang tidak merbahaya dalam saluran susu penyebab kepada pendarahan. Tumor ini biasanya terdapat pada salah satu payudara sahaja dan tiada ketulan/lump yang boleh dirasa. Kadang-kadang intraductal papillomas agak menyakitkan. Pendarahan biasanya berhenti dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan.

Rawatan diperlukan
Tiada rawatan khusus, kecuali masa yang menentukan ia kembali normal. Ibu-ibu tak perlu risau dan teruskan penyusuan seperti biasa kerana susu tersebut tidak memudaratkan bayi anda. Selagi tidak berlaku apa-apa infection pada luka, ia masih selamat dan tunggu hingga pendarahan berhenti sendiri. Jika pendarahan disertai rasa sakit atau berterusan hingga 2 minggu, silalah dapatkan rawatan pakar atau kaunselor laktasi.

Tempoh penyimpanan susu bercampur darah
1. Susu boleh disimpan sebagai stok tetapi bukan stok beku
2. mestilah tidak melebihi 5 hari dan beri susu bercampur darah tersebut terlebih dahulu kepada bayi, barulah susu yang biasa 



****Jadi kesimpulannya MG simpan susu tu.hihi....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails