.

.

Sunday, June 29, 2014

Petua Kekal Cergas Ketika Berpuasa

 
1. Elakkan daripada tinggalkan sahur
Walaupun bersahur merupakan amalan sunat, namun ianya sangat digalakkan untuk diamalkan. Sabda Rasulullah saw, "sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat yang besar". Secara khususnya, di sepanjang tempoh masa 14 jam kita berpuasa, sel-sel tubuh kita masih memerlukan gizi yang secukupnya supaya badan dapat kekal bertenaga dan membolehkan kita  melakukan kerja di waktu siang. Oleh itu, pilihlah menu yang mengandungi makanan berserat dan berprotein tinggi, namun awas makanan yang manis dalam kuantiti yang banyak perlu dihindari.

2. Jangan menangguh waktu berbuka
Berbukalah dengan makanan berkarbohidrat sederhana yang dapat memberi semula tenaga. Amalkan juga pengambilan suplemen seperti B Complex yang mampu memberi tenaga kepada tubuh badan kita.

3. Atur menu makanan

Amalkan makanan bergizi seimbang sama ada semasa bersahur mahupun berbuka. Walaupun dengan menu yang serba sederhana, yang penting 5 unsur gizi lengkap dipenuhi iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar, makanan yang diambil perlulah terdiri daripada makanan tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.  

4. Hindari minuman sejuk dan kandungan gula tinggi

Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.

5. Makan secara bertahap Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.

6. Lakukan senaman ringan

Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Walaupun berpuasa, tiada alasan untuk tidak melakukan senaman ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Contoh senaman ringan yang boleh diamalkan termasuk regangan tubuh, berjalan dan sebagainya. Lakukan sejam atau 2 jam sebelum berbuka. Selain itu, solat terawih juga dianggap senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

7. Banyak minum air
antara waktu selepas berbuka sehingga sahur
Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

8. Jangan terus tidur setelah bersahur 
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku. 

Thursday, June 5, 2014

Tips Mengendali Perahan EBM




Assalamualaikum

nak wat entry ni dah lama
dari umayrah umur 6 bulan sampai la ke 16 bulan
still tak wat.malas pon ada
bukan apa ramai kan yang dah wat
tiba2 ari ni buka fb ada dah oeang wat lam bentuk gambar
terus kopi ke dalamm blog

melalui gambar ni senang skit kan nak paham
tak payah banyak membaca.hihi...


tapi untuk barangannya anda boleh adjust mengikut kesesuaian anda
macam MG guna AVENT PHILIPS MANUALja
Alhamdullilah..dulu-dulu sampai tak muat stok EBM lam freezer
Guna pump manual je.hehe
tapi sekarang sejak datang cik P tu susu dah kurang
umayrah pon dah start campoq dengan Formula Milk sejak umur dia 15 bulan
but MG tetap pump tiap ari
sekarang cuma dapat lebih kurang 6-8 oz ja tiap ari
MG lak pump sekali ja sari
tak sempat

Pumping ni kita perlu ukur baju di badan sendiri
sebagai contoh kita hanya mampu bl manualnya pump
tak payahlah susahkan diri untuk beli yang mahal
memang bagus beli yang elektrik lebih senang dan cepat
tapi kalau perlu bersusah payah tak perlu la (ini pendapat MG je.hihi)
banyak lagi keperluan lain kan
dengan kata lain jangan bagi alasan tak mampu beli pump elektrik anda tak mau BF anak anda.hihi

sebenarnya MG pon tak bertujuan pon nak fully BF si Umayrah tu
tapi dia tak mau plak FM masa MG dah nak start kerja jd terpaksa lah MG pump
Alhamdullilah dapat jugak sampai sekarang dia minum EBM ni

dan kalau untuk cooler box lak pada permulaan dulu MG hanya guna polisterine box je
harga pon rm8.90 kalau tak silap
memang kalut dulu cari barang untuk pump EBM ni
sebab MG lagi 3 hari nak masuk kerja baru start wat stok.hihi..
barangannya pon bukan la murah kan
cooller box pon harga rm80 ke atas
ok la polisterine pon polisterin la asalkan EBM elok
kita guna apa yang kita mampu ye.asalkan dapat bgai EBM kan anak pon dah cukup baik.
ini ja lah MG nak pesan wat ibu-ibu yang tengah mencari cara dan barangan untuk pengendalian Perahan EBM ni.


**Untuk tips yang lain rujuk ja gambaq di atas




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails