.

.

Sunday, June 29, 2014

Petua Kekal Cergas Ketika Berpuasa

 
1. Elakkan daripada tinggalkan sahur
Walaupun bersahur merupakan amalan sunat, namun ianya sangat digalakkan untuk diamalkan. Sabda Rasulullah saw, "sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat yang besar". Secara khususnya, di sepanjang tempoh masa 14 jam kita berpuasa, sel-sel tubuh kita masih memerlukan gizi yang secukupnya supaya badan dapat kekal bertenaga dan membolehkan kita  melakukan kerja di waktu siang. Oleh itu, pilihlah menu yang mengandungi makanan berserat dan berprotein tinggi, namun awas makanan yang manis dalam kuantiti yang banyak perlu dihindari.

2. Jangan menangguh waktu berbuka
Berbukalah dengan makanan berkarbohidrat sederhana yang dapat memberi semula tenaga. Amalkan juga pengambilan suplemen seperti B Complex yang mampu memberi tenaga kepada tubuh badan kita.

3. Atur menu makanan

Amalkan makanan bergizi seimbang sama ada semasa bersahur mahupun berbuka. Walaupun dengan menu yang serba sederhana, yang penting 5 unsur gizi lengkap dipenuhi iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar, makanan yang diambil perlulah terdiri daripada makanan tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.  

4. Hindari minuman sejuk dan kandungan gula tinggi

Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.

5. Makan secara bertahap Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.

6. Lakukan senaman ringan

Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Walaupun berpuasa, tiada alasan untuk tidak melakukan senaman ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Contoh senaman ringan yang boleh diamalkan termasuk regangan tubuh, berjalan dan sebagainya. Lakukan sejam atau 2 jam sebelum berbuka. Selain itu, solat terawih juga dianggap senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

7. Banyak minum air
antara waktu selepas berbuka sehingga sahur
Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari. 

8. Jangan terus tidur setelah bersahur 
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails