.

.

Monday, January 12, 2015

MANA SATU NEGARA ISLAM YANG PALING DITAKUTI OLEH MUSUH ISLAM?



Suka tak suka, mahu tak mahu, sekiranya kita lihat kembali pada sejarah, dari Timur Tengah hingga ke Asia, negara2 Islam yang dahulu kala hebat, kini hampir kesemuanya musnah dibaham oleh agenda2 zionis.
Objektif perang salib tidak pernah terkubur dari dahulu hingga kini. Mereka tetap mahu pastikan tiada negara Islam tinggal kukuh, kuat serta boleh berdiri diatas kaki sendiri. Pelbagai agenda dilakukan untuk memastikan tiada negara Islam dapat hidup kekal sebagai negara berdaulat, apalagi bertaut pada Islam. Di
ruang ini, Admin hanya sempat memberi contoh beberapa buah negara.........antaranya:-

India - Dahulunya negara Islam kini bertukar menjadi negara Hindu selepas Raja Islam Moghul ditipu dan dikalahkan secara berperingkat oleh pihak British. India suatu ketika dahulu merupakan sebuah negara yang terkaya di dunia hinggakan menjadi cemburu kepada Raja2 Kristian Eropah.

Iraq – Selepas berjaya di republikkan dan Raja asalnya, Raja Faisal II dibunuh setelah diambilalih oleh Saddam, Iraq mula bertaut rapat kepada pihak Barat. Akan tetapi, apabila Saddam sudah tidak diperlukan lagi, dia kemudiannya dibunuh. Kini, diganti dengan boneka Syiah pula.

Indonesia – Negara yang paling ramai Sultan nya suatu ketika dahulu dari Borneo hinggakan ke Jawa. Kini, tiada satu pun Sultan yang tinggal berkuasa. Agenda utamanya, Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar perlu di republikkan agar Islam tiada lagi kuat. Indonesia telah pun lama termasuk perangkap pihak Barat dan yang jelasnya, negaranya kini menjadi negara liberal dimana gadingan ulamak dan umarak tiada lagi wujud.

Arab Saudi – Adalah negara ciptaan Yahudi bersama British setelah Khalifah Ottoman dijatuhkan. Sejak itu, fahaman Wahabi pula berleluasa seolah2 setanding dengan mahzab yang 4. Hakikatnya, Arab Saudi senantiasa tunduk kepada pihak Barat dalam setiap hal dan keadaan. Terdapat banyak tanda Dajjal pada jata serta bangunan2 di Arab Saudi.

Brunei – Ramai tertipu dengan hakikat sebenarnya. Brunei hampir sama dengan Arab Saudi. Walaupun berhudud, mereka tetap menjadi penyokong kuat kepada pihak Barat. Dan hanya Brunei membenarkan hutannya digunapakai oleh komanda Singapura untuk latihan tentera gerila. Dan Brunei tidak percaya kepada rakyatnya untuk menjaga keselamatan negara. Mereka mengupah pihak Barat dan tentera Gurkha untuk menjaga keselamatan negara mereka.

Jika hendak diulas, hampir kesemua atau malahan semua negara Islam kini sudah duduk dibawah jajahan pihak Barat samada secara sedar atau didak disedari. Cara Barat amat mudah. Samada mereka menyerang secara ketenteraan atau mereka menyerang secara ekonomi!
Sekiranya mahu kita amati, yang tinggal kini, hanyalah sebuah negara Islam yang masih dapat berdiri kukuh walaupun menerima banyak ancaman dari dalam dan luar. Negara ini telah banyak berjasa pada Islam dan umatnya. Walaupun negaranya keci, akan tetapi hatinya besar. OIC pun tidak seberani negara ini.
Ayuh……………….mari kita tolong negara ini untuk memperkukuhkan agenda Islam serta bangsanya. Kenapa bangsa itu penting?. Kerana itulah uniknya negara ini. Iakatan bangsa dan Islam itu bagaikan isi dan kuku. Mati bangsanya, maka matilah Islam. Jadi, selagi bangsanya terjamin, selagi itulah Islam itu akan terus kukuh.
Akhir kata dimanakah negara ini? Tanyalah pada TUN MAHATHIR……………..kerana beliau pernah menjadi Perdana Menterinya selama 22 tahun.


Copy dari FB Kelab Che Det

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails