.

.

Monday, March 23, 2015

Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 1

Assalamualaikum

lamanya nak sampai ke hari ke 2 kan
harap sabar ye..hehehe
untuk ke Part sebelum ni  Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Pertama Part 2

ok, hari ke dua di KK di mulakan dengan checkout Hotel Sri Iskandar
sedikit review pasal hotel ni
hotel ni hotel bajet, tapi kondisi bilik ok
toilet pon bersih, khabarnya hotel ni baru renovate
tapi yang tak bestnya permandangan di belakang  hotel ni
kami di tingkap 4 dan tingkap hotel mengadap ke belakang bangunan
jadi permandangannya jugak ke arah be;lakang bangunan lain
agak kotor dengan kain baju yang disidai jatuh ke bumbung orang lain
agak tidak selesa di situ

ok, lepas checkout kami sarapan di kedai mamak di area ni jugak
buat pengetahuan semua, kedai mamak kat KK ni bersepah
jalan sikit mamak jalan sikit mamak
dan harga jugak agak mahal berbanding semenanjung
tapi no choice kena makan gak la.hehe
pagi ni kami isi minyak siap-siap rm40
takut tak jumpa lak stesen minyak di perjalanan ke Kundasang nanti

dah setel suma, kami pon mulakan perjalanan
ada GPS senang kan follow ja
tapi bagi yang tak ada GPS
kamu suma follow ja jalan ke Tuaran, jalan terus dan sampai roundabout ke Tamparuli baru belok kiri
pastu terus ja lagi sampai ke Kundasang
sambil-sambil ke Kundasang kita akan lalu Rumah Terbalik
rumah tu akan berada di sebelah kiri anda
ramai cakap tak berbaloi bayaq rm10 seorang untuk masuk ke rumah ni sebab rumah ni biasa ja
cuma barang-barang di dalam rumah dan persekitan tu yang terbalik
tapi bagi MG bila dah jejak ke sana harus lah singgah
bukan kita selalu nak pi pon kan





setelah hampir setengah jam di sini
dah puas dengaq penerangan dan amik gambaq
kami meneruskan perjalanan ke Kundasang
sepanjang perjalanan cuaca cerah jalan pon lancar
perjalanan ke Kundasang amik  masa lebih kurang 2 jam setengah
bila dah naik ke kawasan mendaki suasan jadi sejuk
En. Gold saja stop aircond dan  buka tingkap untuk rasa angin sejuk tu
sepanjang perjalanan ni kalau nasib baik
kita akan nampak puncak gunung Kinabalu
biasanya pas kol 9 awan akan lindung puncak
tapi masa MG pi ni
ada masa boleh nampak puncak tu walaupon dah lebih kol 9
memang cantik!!






terasa puas bila dah nampak puncak ni
ya la kita pon memang bertujuan nak tengok kan
dan bila leh tengok terasa amat puas
ada sesakali kabus tebal di jalan
tapi tak sempay nak amik gambaq
baru nak cari tempat berenti
kabus dah hilang
di sepanjang perjalanan jugak ada tempat -tempat pelancongan boleh stop keta dan amik gambaq puncak
jalan ke sini hanya 1 lane dua-dua hala
dan lori besaq-besaq pon banyak
jadi berhati-hati la..

kami di taman negara Kinabalu

lebih kurang 10.30 pagi kami sampai ke Taman Negara Kinabalu
cas masuk rm3 untuk warganegara dan kita boleh bawak keta ke atas
nampak cam cerah kan tapi sebenaqnya sejuk sangat
si umayrah pon MG pakaikan lagi 1 lapisan baju tangan panjang kat dia
sweater tak bawak walaupon tau tempat ni sejuk
hehehe...boleh cam tu..maaflah mak umayrah
mak memang kelam kabut sampai lupa nak bawak huhu...

kat sini kami sampai kat checkpoint Timpohon
checkpoint bagi pendaki sebelum memulakan pendakian
kat sini juga ada tempat cam tempat tinjau untuk tengok puncak gunung
sekali lagi Alhamdullilah keadaan awan tak banyak dan kami masih dapat tengok puncak gunung
kat sini jugak akmi jumpa 2 orang porter sedang mengangkit barang ke puncak
tengok kaki pon dah tau depa ni kuat
dan selalu panjat gunung
lain sangat dari kaki kita yang berlemak ni.hihi

ok untuk part ni sampai sini dulu
panjang la MG membebel
apa yg di bebel pon tak tau la..isi sikit ja
patut fail masa wat rumusan time UPSR dulu
ok tunggu next update ya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails