.

.

Thursday, February 11, 2016

Jenis Compact Powder yang Sesuai untuk Anda



 
Bedak dan wanita tak dapat dipisahkan kan? Bedak adalah alatan make up yang paling asas dan wajib untuk dipakai oleh semua wanita sebelum memakai alatan makeup yang lain. Namun, anda harus ingat bahawa bukan semua jenis bedak boleh dipakai pada kulit muka. Ini adalah kerana kulit muka adalah antara permukaan yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Bedak yang paling sesuai dipakai pada permukaan muka adalah bedak muka dan harus diingat juga bahawa terdapat beberapa jenis bedak muka yang boleh anda gunakan bersesuaian dengan kondisi kulit muka anda. Kat sini MG nak share skit macam mana nak memilih bedak yang sesuai dengan kulit muka anda :)


Liquid Powder

Untuk kulit yang terlalu kering, anda digalakkan untuk menggunakan bedak jenis cecair atau liquid powder yang kadang kala juga disebut sebagai foundation. Bedak muka jenis ini memberikan kelembapan terhadap kulit muka anda dan tidak menjadikan ia menjadi terlalu kering. 


Compact Powder

Dan jika anda mempunyai permukaan kulit yang terlalu berminyak pula, anda harus mengelakkan daripada menggunakan bedak muka liquid kerana ia akan menyebabkan muka anda kelihatan terlalu berminyak serta tidak membantu untuk menyerap minyak berlebihan. Oleh yang demikian, gunakan mineral compact powder seperti berikut jika anda mempunyai kulit muka yang berminyak. 

Loose Powder

Dan jenis bedak muka yang terakhir adalah loose powder yang merupakan pilihan terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit terlalu berminyak di kawasan T. Jenis bedak ini lebih bertindak sebagai penyerap minyak pada permukaan muka daripada memberikan ton warna pada kulit. 

haa..dah abes pasal cara memilih compact powder yang betoi, mari kita semua terjah website Zalora ni, dengar khabar ada bermacam-macam jenis compact powder dijual di situ.harga pon berpatutan!
Ada bedak jenama SimplySiti, Avon, Golden Rose, Clinelle dan bermacam lagi.
 Tak payah nak susah start keta, cari parking tengah panas nak ke shopping compleks. Masuk website Zalora, pilih yang mana berkenan dan klik wat pembayaran..Pastu hampa semua tunggu la abg Posmen datang ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails