Bedak dan wanita tak dapat dipisahkan kan? Bedak adalah alatan make up yang
paling asas dan wajib untuk dipakai oleh semua wanita sebelum memakai alatan
makeup yang lain. Namun, anda harus ingat bahawa bukan semua jenis bedak boleh
dipakai pada kulit muka. Ini adalah kerana kulit muka adalah antara permukaan
yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Bedak yang paling
sesuai dipakai pada permukaan muka adalah bedak muka dan harus diingat juga
bahawa terdapat beberapa jenis bedak muka yang boleh anda gunakan bersesuaian
dengan kondisi kulit muka anda. Kat sini MG nak share skit macam mana nak memilih bedak yang sesuai dengan kulit muka anda :)
Liquid Powder
Untuk kulit yang terlalu kering, anda
digalakkan untuk menggunakan bedak jenis cecair atau liquid powder yang kadang
kala juga disebut sebagai foundation. Bedak muka jenis ini memberikan
kelembapan terhadap kulit muka anda dan tidak menjadikan ia menjadi terlalu
kering.
Compact Powder
Dan jika anda mempunyai permukaan
kulit yang terlalu berminyak pula, anda harus mengelakkan daripada menggunakan
bedak muka liquid kerana ia akan menyebabkan muka anda kelihatan terlalu
berminyak serta tidak membantu untuk menyerap minyak berlebihan. Oleh yang
demikian, gunakan mineral compact powder
seperti berikut jika anda mempunyai kulit muka yang berminyak.
Loose Powder
Dan jenis bedak muka yang terakhir
adalah loose powder yang merupakan pilihan terbaik untuk anda yang mempunyai
masalah kulit terlalu berminyak di kawasan T. Jenis bedak ini lebih bertindak
sebagai penyerap minyak pada permukaan muka daripada memberikan ton warna pada
kulit.
haa..dah abes pasal cara memilih compact powder yang betoi, mari kita semua terjah website Zalora ni, dengar khabar ada bermacam-macam jenis compact powder dijual di situ.harga pon berpatutan!
Ada bedak jenama SimplySiti, Avon, Golden Rose, Clinelle dan bermacam lagi.
Tak payah nak susah start keta, cari parking tengah panas nak ke shopping compleks. Masuk website Zalora, pilih yang mana berkenan dan klik wat pembayaran..Pastu hampa semua tunggu la abg Posmen datang ya!
No comments:
Post a Comment