MG ada terbaca mengenai petua untuk memudahkan hamil
mungkin berguna kepada anda
dan kalau nak lagi banyak petua, sila ke link ini ye
http://petuaopahku.blogspot.com/
Antara petua secara Islam yang dapat kita praktikkan ialah
1.Petua Pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
Baca Bismillah 1 kali,Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah
cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika
masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka
terhadap orang yang suka berputus asa
2.Petua Kedua
Suami
hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan )
sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. Isteri hendaklah membaca “Ya
Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya
Bagi yang mahu mencuba petua tradisional pula boleh mencuba petua ini
Petua Mudah Hamil secara tradisional
1. Hempedu arnab dihancurkan, tambah sedikit madu dan air didihan nasi.Dan minum minuman tersebut.Amalkan selalu
2.
Amalkan memakan taugeh mentak setiap hari dan makan rojak nenas sekali
setiap minggu. Amalkan perbuatan ini selama 5 bulan berturut-turut.
3. Amalkan membaca Surah Alfatihah 41 kali di antara solat fardu dan dan solat sunat. Amalkan selama 40 hari berturut-turut.
No comments:
Post a Comment