.

.

Friday, March 27, 2015

Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 2

Ok sambungan dari episod lepas  Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 1

lepas turun dari taman negara Kinabalu
terasa sangat la lapaq
kena plak ngan cuaca yang sejuk lagi la bertambah lapaqnya
MG time ni dok sakit telinga lagi
kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang

sampai ja kat sini terus cari kedai makan
Alhamdullilah dekat ngan roundabout sebelah Kundasang War Memorial tu ada kedai makan
memandangkan kami anak beranak tengah lapaq gila
masuk ja kedai mana yang jumpa dulu
tapi syukur makanan memenuhi selera kami
walaupon banyak baca blog kata makanan kat sini tak kena ngan selera orang semenanjung
kami makan nasi campur dan depa sediakan sekali ngan sup
sup panas yang sedap tambah ngan suasana sejuk
memang heaven!!
berdekatan sini ada orang jual kepak ayam madu
glemer ni banyak blog suruh rasa
tapi kami tak rasa sebab kena beratur panjang
malas dah nak tunggu lelama

Kalau anda semua nak pi ke Kundasang War Memorial pon
ada kat sini sebelah kedai makan ni ja..landmark di roundaboutye
tapi MG tak pi pon...sebab...en Gold tak mau pi
dia kata pi wat pa kubur  ja pon..huhu
sabaq ja la.hehe

kat sini kami makan kena dalam rm14++
jam di dalam pukul 12, kat kedai makan tu kami tanya direction untuk ke Kiram Village
dah dapat direction kami mula bergerak
perjalanan nak ke sana memang mendaki bukit

sebelum sampai ke Kiram kita akan jumpa dulu Desa Cattle Dairy Farm di sebelah kiri kita
kat sini la tempat ladang lembu ala New Zealand tu
kami tak singgah lagi kat sini
teruskan perjalanan ke Kiram dulu
nah..kat puncak bukit tu la Kiram
dah sampai Kiram tak dapat nak check in lagi
sebab waktu check in ialah pukul 2 ptg
lupa lak..huhu
mau tak mau kena pi Ladang Lembu dulu la
nasib baik dekat

Desa Cattle Dairy Farm

tiket untuk masuk sini ialah rm4 untuk dewasa, untuk si kecik umayrah tak kena pon
boleh tahan ramai gak orang lam ni
yang datang ngan bas
ngan rombongan pejabat semua ada
nak amik gambaq dekat batu yang bertulis Desa Castle pon tak leh..huhu
orang ramai, kena tunggu turn kalau nak amik gambaq kat situ
kena plak time ni umayrah dok wat perangai
jadi terbantut la acara amik gamabar bebanyak .hehehe...






Aksi 2 beranak dok wat cita hindustan.hehe







kat sini kami makan aiskrim gelato

dengaq perkataan gelato dah cuak skit sebab macam gelatin kan
nasib baik ada logo halal berserta no kod sekali jadi hilang la cuak tu
kat sini juga jual susu segaq dan waffel
harga gelato tu rm5 satu bekas, boleh tahan mahal jugak kan









Pastu kami sefamili ke tempat Calf Pen kat sini anda semua leh bagi makan anak-anak kambing dan lembu dan bagi depa minum susu
susu sebotol rm1
dan rumput seikat rm1





syok la si umayrah tu kalau jumpa binatang-binatang ni
suasana kat sini pon cantik sangat
macam kat oversea. bukit-bukit pon bentuknya cantik
setelah puas kat sini kami pon balik ke Kiram untuk checkin



KIRAM VILLAGE

kami sampai lam 1.50 ptg jadi kami tunggu lagi 10 minit nak ke pukul 2
selepas pukul 2.00 tak dak orang lagi kat kaunter
tunggu lagi 10 minit tak datang jugak orang kat kaunter ni
MG pon bunyikan loceng nak angin dah ni
datang sorang abang ni
dia pekerja Kiram jugak
dia kata bukan dia yg jaga kaunter budak yang jaga kaunter tu pi mana tak tau
ok MG pon tunggu lagi
last, 2.30 petang ada budak-budak anak pekerja Kiram lalu
MG tanya depa mana orang jaga kaunter
last baru budak-budak tu pi cari budak yang jaga kaunter
mungkin Pihak Kiram perlukan tingkatkan proses di bahagian check in
jangan biaq kastemer menunggu lama
nanti kastemer lari kan dah rugi
lagi satu banyak ja chalet sekitar ni
lagi senang kastemer lari
bab lain dah ok dah

ok pas kami checkin kami pon masuk la ke chalet
kat sini kami dapat chalet Mushroom
berbaloi la dengan harganya
puas ati juga

Chalet Mushroom kami


kat sini tak ada aircond ye, kami yang sampai tengahari tak rasa panas pon
disebabkan rancangan untuk ke Desa Cattle Farm dah dianjak ke pagi
jadi kami tak ada aktiviti petang ni
jadi kami sekeluarga tidur sampai ke petang hehehe..

dah puas tido perut rasa lapaq
jadi kami makan di kantin kiram
ingat tak abang yang cakap budak jaga kaunter tak ada tengahari tadi?
dia sekeluarga handle kantin kat sini
makanan kat sini agak mahal
standard kot harga atas bukit

Umayrah dan Kucing di Kiram Village


nasik goreng harga sepinggan rm7
dan teh tarik rm2 segelas
jadi MG amik nasik goreng ayam share dengan Umayrah dan En gold amik nasik goreng daging
suasana pada petang pukul 6 dah start sejuk



time ni suhu 15C
menurut abang tukang masak, malam-malam buleh jangkau 10-12 c
dan kalau malam tu suhu turun ke 8 c, maksudnya kat puncak gunung akan ada ais
sejuk..




sekitar Kiram Village

suasana di sekitar Kiram sangat cantik
banyak pokok bunga, bayangkan bunga lily bersepah ja hidup subur kat sini
kalau kat KL mau sebatang barapa harga lily.hehehe..
kat sini gelap awal pukul 6 petang dah start gelap

malam kat sini tak ada aktiviti sangat
masing-masing tidoq awal
tapi kalau sesiapa yang nak makan kantin Kiram masih beroperasi
kami turun jugak jalan-jalan area Kiram
tapi sat ja tak tahan
terus lari naik bilik
pastu bancuh air panas, air panas lak satja panas pastu sejuk balik...huhu




 
ok MG nak pesan kat sini
sila bawak sweater dan stokin
suasana sangat sejuk kat sini
kami sekeluarga tak buleh tidur sebab sejuk sangat
MG pakai 2 lapis seluaar, Umayrah pakai baju 2 lapis camtu jugak en Gold
tak sabar nak tunggu siang..huhu
time nak amik air sembahyang rasa cam na mengelupur ja.huhu
tapi yang herannya si umayrah leh mandi air paip sambil ketawa girang lagi
tahan sejuk betoi budak tu
yang mak pak mandi air panas.hehe

Total Damage Hari Ke Dua

Sarapan : rm7.00
Rumah Terbalik : rm 20.00
Tiket Taman Negara Kinabalu : rm6.00
Makan tengahari : rm14.50
Tiket Desa Cattle Dairy Farm : rm8.00
Aiskrim : rm15.00
Kiram : Rm 90.00
Makan Petang ( Di Kiram) : rm21.00

Total : Rm181.50

Monday, March 23, 2015

Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 1

Assalamualaikum

lamanya nak sampai ke hari ke 2 kan
harap sabar ye..hehehe
untuk ke Part sebelum ni  Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Pertama Part 2

ok, hari ke dua di KK di mulakan dengan checkout Hotel Sri Iskandar
sedikit review pasal hotel ni
hotel ni hotel bajet, tapi kondisi bilik ok
toilet pon bersih, khabarnya hotel ni baru renovate
tapi yang tak bestnya permandangan di belakang  hotel ni
kami di tingkap 4 dan tingkap hotel mengadap ke belakang bangunan
jadi permandangannya jugak ke arah be;lakang bangunan lain
agak kotor dengan kain baju yang disidai jatuh ke bumbung orang lain
agak tidak selesa di situ

ok, lepas checkout kami sarapan di kedai mamak di area ni jugak
buat pengetahuan semua, kedai mamak kat KK ni bersepah
jalan sikit mamak jalan sikit mamak
dan harga jugak agak mahal berbanding semenanjung
tapi no choice kena makan gak la.hehe
pagi ni kami isi minyak siap-siap rm40
takut tak jumpa lak stesen minyak di perjalanan ke Kundasang nanti

dah setel suma, kami pon mulakan perjalanan
ada GPS senang kan follow ja
tapi bagi yang tak ada GPS
kamu suma follow ja jalan ke Tuaran, jalan terus dan sampai roundabout ke Tamparuli baru belok kiri
pastu terus ja lagi sampai ke Kundasang
sambil-sambil ke Kundasang kita akan lalu Rumah Terbalik
rumah tu akan berada di sebelah kiri anda
ramai cakap tak berbaloi bayaq rm10 seorang untuk masuk ke rumah ni sebab rumah ni biasa ja
cuma barang-barang di dalam rumah dan persekitan tu yang terbalik
tapi bagi MG bila dah jejak ke sana harus lah singgah
bukan kita selalu nak pi pon kan





setelah hampir setengah jam di sini
dah puas dengaq penerangan dan amik gambaq
kami meneruskan perjalanan ke Kundasang
sepanjang perjalanan cuaca cerah jalan pon lancar
perjalanan ke Kundasang amik  masa lebih kurang 2 jam setengah
bila dah naik ke kawasan mendaki suasan jadi sejuk
En. Gold saja stop aircond dan  buka tingkap untuk rasa angin sejuk tu
sepanjang perjalanan ni kalau nasib baik
kita akan nampak puncak gunung Kinabalu
biasanya pas kol 9 awan akan lindung puncak
tapi masa MG pi ni
ada masa boleh nampak puncak tu walaupon dah lebih kol 9
memang cantik!!






terasa puas bila dah nampak puncak ni
ya la kita pon memang bertujuan nak tengok kan
dan bila leh tengok terasa amat puas
ada sesakali kabus tebal di jalan
tapi tak sempay nak amik gambaq
baru nak cari tempat berenti
kabus dah hilang
di sepanjang perjalanan jugak ada tempat -tempat pelancongan boleh stop keta dan amik gambaq puncak
jalan ke sini hanya 1 lane dua-dua hala
dan lori besaq-besaq pon banyak
jadi berhati-hati la..

kami di taman negara Kinabalu

lebih kurang 10.30 pagi kami sampai ke Taman Negara Kinabalu
cas masuk rm3 untuk warganegara dan kita boleh bawak keta ke atas
nampak cam cerah kan tapi sebenaqnya sejuk sangat
si umayrah pon MG pakaikan lagi 1 lapisan baju tangan panjang kat dia
sweater tak bawak walaupon tau tempat ni sejuk
hehehe...boleh cam tu..maaflah mak umayrah
mak memang kelam kabut sampai lupa nak bawak huhu...

kat sini kami sampai kat checkpoint Timpohon
checkpoint bagi pendaki sebelum memulakan pendakian
kat sini juga ada tempat cam tempat tinjau untuk tengok puncak gunung
sekali lagi Alhamdullilah keadaan awan tak banyak dan kami masih dapat tengok puncak gunung
kat sini jugak akmi jumpa 2 orang porter sedang mengangkit barang ke puncak
tengok kaki pon dah tau depa ni kuat
dan selalu panjat gunung
lain sangat dari kaki kita yang berlemak ni.hihi

ok untuk part ni sampai sini dulu
panjang la MG membebel
apa yg di bebel pon tak tau la..isi sikit ja
patut fail masa wat rumusan time UPSR dulu
ok tunggu next update ya

Monday, March 16, 2015

Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Pertama Part 2



Assalamualaikum




PASAR MALAM KAMPUNG AIR

Untuk Ke Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Pertama Part 1

masih lagi di hari pertama di Kota Kinabalu
ok kali ni nak cita pasal pasar malam ni plak
selalu kalau orang mai ke KK ni
memang akan shopping di Pasar Kraftangan akak Pasar Filipina kan
tak pon kat Pasar Nabalu
kali ni pa kata kita ke sini plak

tempat ni berdekatan dengan Maybank
dan banyak hotel bajet
hotel Sr Iskandar dan Hotel De Galleria ada di sini la
pada siangnya kawasan pasar malam ni ialah tempat parking
malamnya akan bertukar jadi pasar malam
untung MG duduk kat hotel bajet kat sini

pas ja sudah makan seafood kat Dataran todak tu kami pun bergerak pulang
si Umayrah lak berak time tu
MG pas kat En Gold bab Umayrah ni
dan mintak izin kat dia nak pi Pasar malam ni
jadi dua beranak tu pon balik ke hotel dan MG ke sini


kat sini ada jual bermacam -macam jenis kerongsang mutiara
keronsang di jual 3 rm10
MG beli116 kerongsang tu dan dapat harga rm30
murah ka tak? huhu..tak tau la kan
depend on kepandaian anda menawar jugak ni..hihi

kat sini di jual FM 3 rm10
MG tak beli pon jadi MG tak tawar
Harga untuk keychain buleh campur-campur lak 8 bijik rm10
dan pen yang ada tulis SABAH 10 bijik rm10
dan bermacam-macam lagi ada di jual di sini
dan kalau nak beli tshirt sabah kat sini jugak tempatnya
tshirt bebudak rm15 dia letak dan belum tawar lagi tu



kat sini juagak ada jual gambir sarawak, kayu tas
dan bermacam tumbuhan dan haiwan eksotik yang dikeringkan seperti kuda laut
apa functionnya MG pon tak tau
jadi setelah beli serba sikit cenderamata, MG pon balik ke hotel balik

jadi perbenjaan malam ni seperti perbelanjaan di part 1 sebab masih di hari yang sama

TOTAL DAMAGE 1ST DAY DI KOTA KINABALU

Kereta : RM360
Hotel : RM90
Makan aiskrim kat pantai Tanjung Aru : RM53+ RM30
Shopping di Pasar Malam Kampung air : RM70
Total : RM603






Thursday, March 12, 2015

Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Pertama Part 1


Assalamualaikum

Baru balik dari Kota Kinabalu semalam
memang best!
jom follow blog ini untuk rujukan kawan-kawan yang nak ke Sabah

famili kecik kami ke Sabah pada 7 - 10 Mac 2015
macam besa beli tiket AA 3 bulan lepas dapat rm 550 return ( 2 dewasa 1 kanak)
harga tiket tak la murah sangat kan leh dapat lagi murah tu
bak kata orang bila dah beli tiket semua buleh jadi
kalau dok cakap ja nak ke Sabah tapi tak beli tiket memang tak jadi la,hehe

percutian kali ni memang tight bajet
disebabkan Si Umayrah dan ayahnya sambut besday bulan 3 jadi MG namakan percutian kali ni birthday treat trip for depa berdua

ok, kami sefamili bertolak ke KLIA 2 lebih kurang 9.30 pagi flight pukul 12 lebih
bekpes dulu di mamak senang nak jalan perut kenyang kan
bukan apa perut si kecik tu perlu di jaga
nanti dia wat perangai hihi..
keta kami park di Putrajaya Central macam besa dan gerak ke airport guna KLIA Transit
tiket dalam rm6 lebih sorang ye

dah sampai ke KLIA 2 menggagau jugak nak cari departure
sejak pindah ke airport baru ni
ini la 1st time jejak kaki
buleh tahan luas jugak ye
di sebabkan dah check in siap-siap kami pon tak la terkejar-kejar sangat
macam besa AA kalau tak delay bukan nama AA la..

tunggu berlepas

ok masa flight nak naik tu
mungkin flight tu lalu air pocket kot, jadi kita rasa cam flight tu nak jatuh skit
Umayrah time tu terus peluk MG dan sebut nanak ( tak nak)
hehe..rupanya dia cuak
jadi MG pon suruh dia tidoq
jadi senang la dok atas flight kalau dia tidoq...kalau tak sibuk nak wat perangai.hehehe

selepas lebih kurang pukul 3.30 kami selamat mendarat di Kota Kinabalu International Airport T2
T2 ni khas untuk Air asia dan kalau naik MAS anda semua akan turun kat T1 ye
sebelum sampai ke sana MG dah book kenderaan awal-awal lagi
MG guna perkhidmatan En. Shahril (0128221685)
MG dapat kontek dia pon melalui blog-blog jugak
kali ni MG sewa VIVA SE dengan harga rm90 sehari (MG rasa cam mahai jugak)
jadi rm360 dah terbang bagi kereta sewa
sampai ja lebih kurang 5 minit kereta pon sampai ke tangan kami
MG puji bagi bab ni!

dah sudah bab keta, kami pon start perjalanan ke bandar KK untuk cari hotel yang dah di book
perjalanan menjadi mudah dengan menggunakan navigation
lokasi hotel kami di Kampung Air
saja pilih area ni sebab ada pasar malam kat sini
Hotel yang kami pilih lak hotel bajet iaitu Hotel Sri Iskandar
hotel yang namanya Iskandar ni ada dua dan terletak berdekatan plak tu dan di bawah management yang sama
cuma yang bezanya yang Sri Iskandar ni baru renovate
jadi haruslah pilih yang baru renovate kan

proses cek in berjalan lancar dan kami terus masuk bilik untuk landing-landing
lengoh jugak di dalam flight tu
tambah plak kena menyusu Umayrah sepanjang masa
letih badan
sambil tu kami makan kek pisang yang di beli kat airport tadi sebagai alas perut sebelum nak ke Dataran Todak untuk makan seafood
sebut pasal makan, MG sakit telinga yang amat sangat semasa 3 hari pertama dok sini
doktor cakap sebab jangkitan fungus
nak buka mulut nak kunyah pon sakit
dan agak membantutkan percutian kali ni jugak.hehehe

PERMANDANGAN MATAHARI TERBENAM DI PANTAI TANJUNG ARU

selepas setel mandi kami bergerak ke Pantai Tanjung Aru
ramai cakap permandangan sunsetnya amat cantik kat sini
tapi series memang cantik!
kami makan aiskrim di sini sambil menikmati permandangan sunset
gambaq yang di ambil pon cantek-cantek belaka
memang tak rugi kalau sapa pi Sabah dan jalan-jalan kat sini

lupa bawah getah ikat rambut, jadi sepanjang di sabah rambut dia mengerbang!







setelah matahari terbenam sepenuhnya
kami bergerak cari makan
lapaq sangat ok
makan kat mamak pagi tadi dan jugak kek pisang ja tadi
sebab nak save perut untuk makan seafood disamping nak save bajet jugak
kata percutian bajet kan..haruslah bajet segalanya. T_T


MAKAN SEAFOD DI DATARAN TODAK

Dataran Todak memang tak dak lam navigation
jadi MG rasa mesti berdekatan dengan Pasar Filipina aka Pasar Kraftangan
jadi kami jadikan tu sebagai panduan
jika  Pasar Filipina aka Pasar Kraftangan berada di kiri anda
teruskan perjalanan sampai anda jumpa monumen Todak
dan tempat makan tu berada di kiri anda

kat sini memang bermacam-macam jenis seafood ada
cuma pilih mana yang mau di makan oleh tekak
nak lobster, udang haruan, ikan ayam suma ada
siap duit ja
jadi malam ni MG pilih udang butter ( minimum rm15 siap masak)
2 ekor ketam masak pedas dan kangkung belacan
nampak sikit ja kan, tapi En. Gold makan sampai dah tak larat









bukti dua beranak tu makan dengan lahapnya

Umayrah pon dah kenyang sangat
MG ja tengok saja sebab sakit telinga kan
untung la depa..huhu..lapaq perut jangan di cita la
time ni plak la nak sakit telinga
ok..kalau nak tau bajet makan semua ni hanya rm53 ja sekali air dan 2 nasi putih
memang berbaloi la
MG cuit-cuit gak skit, sedap jugak rasanya
jadi kalau sapa mai KK ni wajib try seafood
kat sini juga kami try durian
ada budak datang jual lam polisterine
Musang King rm30 macam mahai ja kan
tak pa la rezeki budak tu kot
tapi series rasanya sedap!





TOTAL DAMAGE 1ST DAY DI KK


Kereta : RM360
Hotel : RM90
Makan aiskrim kat pantai Tanjung Aru : RM53+ RM30
Shopping di Pasar Malam Kampung air : RM70
Total : RM603





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails