.

.
Showing posts with label idea tunang. Show all posts
Showing posts with label idea tunang. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Review Outfit Tunang : DIY Baju Tunang

bajet cik gold untuk baju tunang ni minimum ja
tapi dalam pada minimum-minimum ni nak gak baju yang cantik kan
kalau dulu hajat cam nak beli ja baju kurung moden yang harga lebih kurang rm150 yang selalu ada kat jalan tar tu
ala..yang ada manik-manik tu

tapi bila pikir-pikir balik, cam sama ja ngan orang yang tak tunang
nak gak yang spesel skit
nak tempah designer, paham- paham la bajet kita.hehe

setelah menelaah dari blog ke blog B2B hari, terus la semangat nak DIY sendiri
tapi kalau nak di ikutkankan memang tak konfiden nak DIY ni
dah memang ada bajet pon nak beli baju in case kalau baju ni lingkup.hehe..

DIY cik gold ni bukan jahit sendiri baju tu tapi cuma wat detailing dengan jahit lace dan manik ja

cik gold bukan ada basic pon bab- bab ni, tapi berbekalkan banyak tutorial dari blog lain akhirnya jadi gak baju ni
cik gold tempah baju kurung moden kain chiffon kaler pink

bab kaler pon ada problem gak sebab cik gold amik pink dan silver
ada yang cakap pelik, dan ada yang tanya tak ada kaler lain ka.
tapi bila dah jadi baju kaler yang pelik tu yang menjadikan baju tu lagi menarik

cik gold tak kata baju ni cantik, tapi bagi cik gold sangat cantik sebab cik berusaha bersungguh-sungguh untuk nak watnya
memang tinggi sentimental valuenya

dan yang penting bajet tak lebih dari rm150.hehehe....

tapi yang tak bestnya, tak amik gambaq full lak baju ni..ada pon yang kandid ja.hehe...

baju asal sebelum di touch up :P


pandangan belakang

cik gold suka detailing bahagian atas kepala tu...sweet sangat

selendang pon buat dari lebihan kain dari buat baju
asal nak wat selendang siti tapi tak jadi
ada hikmah tak buat selendang siti sebab cik gold lagi suka selendang ni
untuk selendang tunang 100% cik gold DIY sendiri

memang puas ati dengan hasil tangan sendiri ni
(^_^)



Tuesday, January 3, 2012

Hantaran Tunang

Assalamualaikum....

nak cita pasal hantaran lak
barang-barang hiasan tunang serta 5 daripada hantaran wat sendiri
cuma 2 ja barang tu disponsor jiran, tak mintak pon dia ja nak bagi
syukur sangat dapat wat sendiri

memang niat benda-benda yang macam ni nak wat sendiri
sentimental value dia tinggi skit berbanding beli
untuk hantaran ini cik gold pilih ijau dan putih
sejak-sejak tua ni minat tol la ngan kaler ijau
dulu tak minat pon.hehe...

hantaran cik gold sebanyak 7 dulang dibalas 5 dulang daripada pihak sana
bagi kami yang dok dibelah utara ni
hantaran untuk bertunang selalunya hanyalah barangan makanan terutama yang manis-manis
barang cam kasut dan beg suma akan di bagi masa akad nikah

gubahan bunga tu mak yang buat
harap cik gold memang tak jadi la
fail sikit bab2 mengubah bunga ni..hehe

di mata cik gold, rasa memang puasa hati la ngan hiasan cam ni..simple tapi sweet!
yang penting bajet murah...hehehe
mungkin dapat memberi inspirasi kepada B2B yang nak DIY sendiri hiasan hantaran..:D

kek



puding ( di sponsor)



jelly



bakul roti ( di sponsor)



coklat

buah



coklat



yang lam kotak tu hantaran dari pihak sana..lupa lak nak amik gambaq satu-satu :P , amik gambaq buah ja





Tuesday, November 22, 2011

Idea Tunang : Colour Theme



ok tak kalau kaler cam ni?
hehe...untuk tunang pon mengada nak bertheme-theme bagai kan??
nampak dull sangat tak?
ingat nak tambah kaler pink terang skit lagi (baru perancangan awal, kemungkinan untuk tukar kaler sangat tinggi.hehe )

dah ada kaler ni senang skit nak cari kertas crepe untuk wat bunga tisu nanti
sebenarnya cik gold lagi berkenan buat dengan tisu berbanding kertas crepe, tapi susah gak nak cari tisu yang kaler macam-macam ni.

cadang nak hias hantaran dan wat pomender ball guna bunga tu
hajat di ati nak wat tutorial bunga ni .hehe..gatal!

oh yee...ujung minggu ni cuti lama kan?
hah...best la nak cari barang, kain lagi ..baju tunang belum buat!!

berusaha cik gold!!

** dengar kabarnya future MIL dah beli telekung hantaran kat surabaya.hehehe...


Thursday, November 17, 2011

Idea Outfit tunang

Assalamualaikum..

dah start jenguk-jenguk blog bride to be suma
sangat suka dengan semangat dan usaha mereka menDIY kan segala persiapan kawin/tunang mereka..
cik gold rasa jeles dengan kekreatifan tangan-tangan mereka

antara blog B2B yang cik gold paling heart skali ialah blog ini, ini dan banyak lagi ( nanti cik gold wat bloglist baru)

sekarang ni cik gold tengah pikir fesyen apa nak pakai time tunang nanti
nak wat baju kurung moden atau baju kurung pahang

baju kurung moden
sumber

kelebihan
-cantik dan cun gitu ( baru nampak cam orang yang diraikan kan??)
-sesuai untuk tunang

kekurangan
-kena maintain kempis perut ni ( boroi sudah)
-kena hantai kat tailor sebab mak tak reti fesyen ni
-cik gold tak bapa selesa nak pakai fesyen ni

baju kurung pahang
sumber google

kelebihan
-amat selesa
-jimat kos sebab tukang jahit dah ada kat umah ( mak le tu.hehe)
-buncit skit pon tak pa

kekurangan
-rumet cik gold cakap nanti baju tu nampak cam biasa sebab semua baju cik gold jenis yang fesyen cam ni

kalu bab kain, cik gold ingat nak amik chiffon kosong dan beli border lace untuk di buat patching.
cik gold jugak ingat nak DIY tudung siti menggunakan chiffon yang sama
tapi tak jumpa lagi template untuk tudung siti

ada sapa-sapa yang ada template tu???
boleh bagi tau cik gold???

suka sangat outfit baju puan cam ni time nikah nanti...huhu

sumber google


Friday, November 11, 2011

Tudung atau selendang

Assalamualikum..

dah start gatal untuk usha-usha outfit untuk bertunang ni

cuma sekarang dalam fikiran ni, nak pakai tudung atau selendang CT
lam ati ni bekenan ngan selendang CT tu.
tadi dah jalan-jalan kat Ariani Bangi nak usha selendang CT yang ada bead bead skit
usha punya usha peehh... harga dia menjerut leher rm550 untuk satu selendang tah apa kain dia chiffon silk kot, ngan bead pon sikit -- terus terkejut beruk dan terus blah dari situ

hehe...gatal berangan nak pakai Ariani
taraf cik gold ni layak pakai yang di beli kat Jalan Tar saja.

antara fesyen tudung yang berkenan di hati ni ala-ala macam ni la


disebabkan cik gold ni tak dak bajet sangat, jadi dah mula terpikir nak DIY (---bajet terer lagi ) gak selendang ni
hajat ati nak beli selendang yang kosong, pastu nak jahit manik ka atau nak tampal ngan kerawang yang ada kat lace tu..
tak sempat-sempat lagi nak pi Jalan Tar ni

risau lak..jadi ka tak
nampak gayanya kena beli dan buat dengan cepat la..bukan apa kalau tak jadi leh terus pi beli ja...huhu

ni satu lagi dok pening ni, kaler baju pon tak dak lagi
kaler pa ye yang cantik??

nak pikir siap-siap ka nak guna teknik terjah yang m,ana bekenan dan beli???

ni baru nak tunang
kalau nikah nanti jadi bridezila tol la ni

hehehe...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails