.

.

Saturday, July 31, 2010

Hensem tak ??

wah, hensem betol la kalau laki ada janggut ni...
cuba tengok contoh-contoh ni
hensem kan???






kalau kena dengan muka memang dapat menaikkan seri di muka dan menjadi kegilaan awek sekelian..

dan bagi lelaki yang mula berjinak-jinak nak membela janggut ni leh la pilih stail2 yang sesuai dengan muka anda

contoh-contoh stail janggut



ramai ka awek yang suka lelaki berjanggut ni???tapi kalau macam ni anda suma suka tak ??? hehe....

mesti tak best kan???






Hehe...tengok 2 3 kali mesti terfikir macam mana diaorang ni jaga janggut tu???
shampoo ka tak???

mcam banyak ja kutu...

rekod janggut terpanjang ini dipegang oleh Hans N. Langseth, yang lahir di Norway pada 1846 dengan kepanjangan 17.5 kaki (banyaknya shampoo kena guna.huhu...)



dan cuba di cabar oleh Sarwan Singh dari British Columbia dengan panjang 2.33 meter



Terfikir lak GD, apa kepuasan yang diorang dapat dengan berjanggut panjang ni...seksi ka???hot ka???

haha...ada ka perempuan yang suka hubby diaorang macam ni ???
terpulang la kepada anda suma untuk menilai

kalau pada GD , berjanggut ni biar la berpada2 panjangnya dan pastikan janggut itu terbela ok???

** GD bukan kutuk orang berjanggut tau, tapi bercerita pasai kepanjangan janggut,jangan ada salah paham lak ye

Thursday, July 29, 2010

Lelaki Tanpa Muka


Lelaki ini Jose Mestre, dari Lisbon, Portugal kehilangan seluruh mukanya akibat dari salur darah yang membengkak dan menyebabkan kulitnya menjadi merah dan membengkak

benda ni bermula sejak Jose Mestre lahir lg, dia dilahirkan dengan ada sedikit ketumbuhan pada bibirnya, dan ketumbuhan itu semakin membesar dari hari ke hari...last skali dia hampir kehilangan keseluruhan mukanya...



pada pendapat GD, kalau lam ahli keluarga kita yang jadi cacat atau sebagainya, jangan lah kita sisihkannya.sebab dia pon bukan nak dilahirkan cam tu kan??ingatlah setiap perbuatan yang baik mesti balasan nya pon baik kan....tengok cam adik Jose ni, sentiasa memberikan semangat kepada abangnya




Jom kita layan cita ni

A victim of horrific facial disfigurement - known as "the man with no face" - has been given new hope by the advancement of medical science.

Jose Mestre, from Lisbon, Portugal, has been losing his face to a huge growth for the past 35 years, distorting it out of all recognition - and it's still growing.

The tumor on 51-year-old Jose's face is a collection of blood vessels that have expanded, producing a raised red area on the skin.

Jose was born with a strawberry-coloured birthmark on his upper lip. At puberty it began growing, eventually smothering his lips, nose and one of his eyes. Now it is 33cm long and weighs 3kg.

But Jose's religious faith - as a Jehovah's Witness he refuses to accept a blood transfusion - has prevented him from having surgery to remove the growth.

Jose's rare condition was the subject of a Discovery Channel TV documentary 'The Man With No Face', part of the 'My Shocking Story' series.

It reveals how top medical experts in London have now held out hope of helping Jose, a well-known figure around the streets of Lisbon.

A leading British surgeon has offered to treat Jose using ultrasound waves to coagulate the blood before the operation.

This should remove the risk of heavy bleeding - satisfying his religious beliefs about blood transfusions in the process.

Dr Iain Hutchison, of St Bartholomew's in London, is confident an operation with a harmonic scalpel could make him look a lot more normal.

Discovery Channel said: "Surrounded by a loving family, it seems incredible that he has not been treated and his face was allowed to grow so big. However, through years of medical misinformation, some misdiagnosis, lack of finances, and reluctance to undergo treatment due to religious beliefs, the growth has continued to obliterate his face."

My Shocking Story follows Jose on a journey through Europe to seek medical advice for one last chance to stop his face from suffocating him.

In this journey of a lifetime he travels by train, via Paris, to Britain, to meet the top experts in London. He goes through a series of tests, consultations, and meets other patients with a similar affliction. In London he also spends time with his sister Guida and the rest of his family, enjoys being a tourist in London, while making the biggest decision of his life.

Jose's dream is to live a long and normal life. Following the showing of the Discovery documentary he continues to adhere to his 'no blood transfusion' religious principles. But he has agreed to go back to the London hospital in 2008, when doctors hope to carry out specialist surgery to begin removing parts of his tumor, without the need for blood transfusions.

cik gold pi kanada Part 2


Dah sampai pon... kami suma landing kat Toronto Pearson International Airport dengan menggunakan Air Canada...



masa cik gold ke sana suhu di kanada lebih kurang -13C ..wah lagi sejuk dari peti ais...huhu..
buka ja pintu airport nak keluar cari teksi tu...tangan cik gold dah start nak kejang dah...huhu, kena la pkai sarung tangan..
tengok keliling mat salleh suma rilek ja x pkai pon...hehe

ahh...apa cik gold kisah janji tangan tak kejang dah kan...

kat sini kami menginap di Courtyard by Marriott Toronto Vaughan Hotel
katanya bertaraf 3 bintang ja...tp bila cik gold masuk rasa not bad lah...ya lah 3 bintang orang putih sama ngan 5 bintang kat malaysia ni.hehe...




Berbackgroundkan hotel



kami sampai sana hari sabtu, jadi keesokan boleh berjalan-jalan

antara tempat yang dilawati pada hari pertama ni CN Tower, shopping-shopping complex kat Younge Street,masuk Wall mart...jalan2 sekeliling Toronto sampai kaki naik lengoh...

jom la layan gambar-gambar ni dulu


Lam shopping complex kat Younge Street


Jalan-jalan di Bandar Toronto


Toronto



CN Tower



time cik gold pi ni salji tak turun pon...cuma ais ja still ada lagi...cik gold kan tak pernah merasa pegang salji kan..memang berharap sangat dapat main...dapat kah cik gold main salji??? kita tunggu part akan datang ye...hehe

untuk baca I'm Going to Canada ???Part 1 klik sini

Wednesday, July 28, 2010

Ular Gergasi..betoi ka tipu ni???


Sebenarnya dah lama GD dapat emel pasal ular ni,tahun lepas kalau x silap GD.

dalam emel tu cakap ular ni di jumpai di Penang, kat Teluk Bahang , lam paper semalam cakap jumpa kat Sg. Siput Perak.

Yang bestnya, paper hari ni lak kata jumpa kat Negara China nuun...hehe

yang mana tol ni??????

tapi yang pasti ular sebesar tu memang wujudkan..alah setakat lembu sekor tu pejam mata ja dia telan, apatah lagi orang, celah gigi dia ja la..hehe

kabarnya ular tu dah 140 tahun???
wah..zaman tok nenek GD baru lahir dia dah hidup ye???hehe...

Tuesday, July 27, 2010

Mimpi oh Mimpi...!!


korang mesti penah mimpi kan???


tipu la kalau kata x penah...hehe..

GD pon 2 3 ari ni mimpi yang bukan-bukan ja

memang la mimpi tu mainan tido, tp kadang kala dia juga datang untuk memberi alamat sesuatu kat kita ni....huhu

yang x best nya mimpi GD 2 3 menjak ni semua maksud cam x best ja...huhu
kalau mimpi yang mksud best tu mimpi tiap ari pon ok...


antara mimpi GD minggu ni

1. mimpi tengok buaya : Anda akan ditipu oleh kawan anda. Musuh akan menyerang anda. Mimpi yang memberi amaran.

2.mimpi dapat emas : Akan gagal usaha anda.

3. mimpi di ragut : ini tak tahu maksud (sapa-sapa tau, bagi tau ye...)



dari mimpi-mimpi ni GD rasa mesti akan terjadi sesuatu kat GD..

atau....memang GD yang suka fikir bukan-bukan????

Hanya Allah SWT yang mahu mengetahui...................
.......

Cerita- cerita Lawak


Mungkin ada di kalangan anda dah penah baca crita-crita ni kan???

x pa la, GD ulang balik untuk orang-orang yang belum penah baca...

apa-apa pon.............

layanz.........

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Citer 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

Citer 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


Monday, July 26, 2010

Syaaban bulan menghapuskan dosa


Semalam Nisfu Syaaban...sedar kah tidak kita ni??

SABDA Rasulullah SAW: “Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadan pula adalah bulan bagi umatku.”

Sebagaimana Ramadan yang penuh dengan kemuliaan, Syaaban adalah bulan untuk menghapuskan dosa sementara Ramadan pula bulan menyucikan diri daripada dosa dan antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan ini adalah dengan ikhlas beramal kepadanya, terutama melakukan puasa.


Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas daripada kegelapan alam kubur, bebas daripada huru-hara Munkar dan Nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.” Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan jika dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.” Itulah antara kelebihan berpuasa pada Syaaban. Di samping itu berpuasa dalam bulan ini juga sebagai persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan.


Selain memohon doa, umat Islam digalakkan bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT sebagaimana dinyatakan, dalam bulan ini juga ada satu malam yang sangat istimewa yang dikenali sebagai ‘Nisfu Syaaban’.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tibanya malam ini, datanglah malaikat Jibril lalu memberitahu sesungguhnya pintu-pintu langit serta pintu-pintu Rahmat Allah SWT sudah pun dibuka. Maka, bagi orang yang beriman dan beramal soleh, dirikanlah solat dengan disertai doa kerana dibukakan (oleh Allah SWT) 300 pintu Rahmat-Nya.

“Juga sesungguhnya, Allah akan mengampuni orang-orang yang tidak menyekutukan-Nya (serta syirik kepadanya) kecuali mereka yang mengamalkan sihir, mereka yang mencetuskan perbalahan serta bermusuhan, peminum arak, mereka yang melakukan zina dan memakan riba, manusia yang menderhaka pada orang tuanya, mereka yang memutuskan tali persaudaraan serta mereka yang menghasut orang lain, yakni mengapi-apikan dengan perasaan kebencian. Maka, sesungguhnya mereka tidak akan diampun melainkan dengan sebenar-benar taubat selain tidak mengulanginya.” (Riwayat Ibn Hibban) Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda: “Dalam solat, lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah pada malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.” Jadi, antara kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada hambanya, diberi dalam Syaaban bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh melakukan amalan mereka.



Sunday, July 25, 2010

Kad Kredit keperluan atau......???


sebut pasai kad kredit ni,mesti ramai yang terbayang sekeping kad plastik macam2 kaler yang di keluarkan oleh bank kan?

definasi kad kredit : A credit card is a small plastic card issued to users as a system of payment. It allows its holder to buy goods and services based on the holder's promise to pay for these goods and services.

anda ada kad kredit tak???

sekarang ni ramai dah yag ada kad kredit, kalau dulu GD melihat kad kredit ni sebagai 1 cara pembaziran. ya lah...kita tak dak duit pon boleh beli macam - macam kan???

dari segi yang baik pulak, klu dulu kita terpaksa bawak duit tunai yang banyak ketika membeli belah, sekarang hanya dengan 1 kad kita boleh beli setroli barang keperluan rumah...hehe


GD kat sini bukan nak mengalakkan penggunaan kad kredit, tp tanpa kad kredit pada masa sekarang ini akan menyukarkan kita membeli sesetengah barang atau perkhidmatan seperti tiket flight la, tiket bus la...dll la...

tp jangan tak tau, kerana kredit kad la ramai anak muda di Malaysia Tercinta ni jatuh bankrup...


Menurut kajian yang pernah dibuat oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia,lebih 35 peratus daripada pemilik kad kredit mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis kerana tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka.



Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.


hehe...takut tak??
ala...kalau kita guna ikut kemampuan dan wat bayaran sepenuhnya tiap bulan x dak problem la...


masalah nya sekarang ramai orang yang membuat bayaran minimum...korang x tau ka...interest yang di kenakan oleh bank ni sangat mahal...huhu hehe...

tau tak kenapa GD tiba2 dok cakap pasai kad kredit ni???
sebab....GD pon baru dapat kak kredit...huhu..tua2 dah pon baru nak dapat kad kan??


ahh...x kisah la apa korang cakap,sebab GD baru ja mampu untuk memilikinya sekarang.... apa-apa pon...sila gunakan kad kredit ini dengan berhemah ye...jangan menambah statistik pengguna kad kredit yang muflis tu...hehe

apa-apa pon kita layan petua2 ni

Petua-petua tambahan yang boleh membantu:

· Ingat, kad kredit bukan wang percuma

· Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan

· Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda

· Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)

· Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda

· Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!



Saturday, July 24, 2010

cik gold pi kanada Part 1



cik gold pegi ke sana lebih kurang bulan 2 aritu, 6 feb 2010...dah lama kan cita ni?? but ya lah time tu cik gold tak ada blog lagi
cam sekarang ni...jadi cik gold nak cita lagi(^_^)

wah...best kan?? baru keja setahun dah ke oversea.ni la 1st time cik gold oversea...di sponsor plak tu....wah, mesti ramai yg jeles ni...tak kurang lak mesti ada ada pikir

"eh, cik gold ni ada sugar daddy ka????"

oh! no...cik gold pegi ni atas urusan keja tau..tu la sebab di sponsor...
kalau tak keja jangan harap la si bos cik gold nak bawak...hehe..

bestnyolah...1st time naik flight ni..mesi korang kutuk cik gold lagikan? ala setakat flight tu apa la sangat...
huhuhu...korang kena tau cik gold ni bukannya kaya pon, naik bas ja la selalu....

cukup la cik gold ni merapu, mari kita cita pasal perjalanan cik gold..

rombongan cik gold ni seramai 3 orang iaitu cik gold, bos cik gold,dan pembantu cik gold, kami ke sana sebab ada training 1 instrument kimia yang ada kat lab cik gold tu... nama alat itu ICP-MS

Punyalah teruja sampai kol4 pagi lagi cik gold dah bangun utk flight kol 9 pagi...hehe...sampai buah hati pon kena bangun awal pagi sebab dia la yang kena hantar cik gold ke airport

buah hati muka ngantuk..hehehe



perjalanan ni perlu transit di hong kong sebelum teruskan perjalanan ke kanada

ke hong kong amik masa selama 2 jam lebih...so jom layan gambaq ni dulu okey...

cik gold dan pembantu cik gold di hong kong airport

kena lak time kami pergi tu airport ni tengah ada sambutan untuk CNY, itu lah yang ada limau dan naga2 ni...



keadaan di airport yang sibuk


hehe...sekarang kita ke kanada lak...perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 jam....wah, lengoh punggung cik gold ni,tp jangan banyak komplen...bukan slalu pon pi...hehehe...

lam air canada untuk ke kanada

(boss tgh tdo, cik gold and my assistant sibuk bergambaq...wah, napa buruk sanga muka kuu????)

ok...setakat ni dulu...nnt kita sambung part 2 lak ye.....

Friday, July 23, 2010

Makan-Makan di Penang Village

sempena Hari ibu hari tu, adik GD ada menang 1 baucer makan dari radio Era. Dapat baucer RM 200 untuk dimakan..tapi yang x best nya restoren tu x ada kat tempat tumpah darah GD kat Kedah nun...Nama Restoren tu Penang Village Restoren




abih, GD ngan adik GD pikir punya la pikir nak ajak sapa lagi makan ni. RM 200 tu bukan nya skit jkalu nak di lantak oleh kami berdua. last2 dapat idea

adik GD : " Kita ajak famili anjang ngan kak ida la"

lam ati GD lak : "alamak, melopas GD nak ajak buah ati pengarang jantung GD nak makan skali "

mesti kamu suma tertanya- tanya, apasai lak nak melepas, ajak la si buah hati tu makan skali...

hehehe...ni jawapan nya, anjang GD tu punya la garang, mesti dia perli2 ja kalau bawak buah ati gak...lagi pon buah hati pon x mau pi...setel 1 masalah


hehe...apa lagi.. tepat 12.30 tghari 18 Julai 2010 pon kami bertolak lah ke Hartamas
sebenarnya, restoren ni ada ja cawangan kat Alamanda...tapi kuasa Veto di tangan anjang..dia mau ke Hartamas.. (GD, adik GD hanyalah rakyat kecil....huhuhu..tak leh membantah cakap orang tua...(kalau pi alamanda,leh la singgah floria)

ok lah...dah sampai apa lagi mencekik lah....

(sila lihat gambar di bawah ye)

GD dan adik GD


muka masing- masing sebelum makan


antara menu-menu





(pendek kata makanan kat sini memang sedap, bg 7 bintang dari 10)

makanan stelah abih di lahap




Wah2 setelah berjaya mengisi perut ngan makan free, kami sefamili yang bergerak lak ke Bowling Place.

haha..GD yang tangan bangku ni hanya melihat saja aksi anjang, adik GD dan sepupu GD main


best2...nanti nak mintak adik GD masuk banyak lagi pertandingan lah (^_^)
leh makan free lagi

TQ ERA FM!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails