.

.

Monday, November 28, 2011

Cuti Awal Muharam

yeah dah beli kain untuk baju tunang
tapi yang tak syoknya kaler dia cam lari dari kaler asal yang nak dibeli
hajat nak soft pink last2 terbeli pink belacan
cuak gak ni...bukan apa takut direjek oleh mak nanti!
kalau rejek alamatnya kena beli baru la..
kaler cam kod ST 01 dan bawah kiri sekali...ok tak???huhu...dah cuak ni


sumber gambar : google

beli chiffon biasa ja kat Kamdar. sekali lining dan kain satin bahagian kain tak sampai rm50. pastu cari border lace lace..kat Kamdar tak dak lak...pi lak Gulatis...huhu. kupikirkan murah rupanya mahal..mau hampir pengsan masa SA tu cakap harga brapa...huhu...tak mampu la cik gold..untuk baju tunang tak mampu untuk spend banyak tu semata untuk border lace...
cantik memang cantik...tapi cam na kan bajet lak kurang...:)

setelah berlakon skit sakit pala akibat tak dapat cari lace tu, akhirnya en. Gold pon ajak pi Jalan Tar ( En. gold memang tak suka pi situ sebab sesak.hehe...)
hajat nak pi Jakel
pi pon dah lewat, lam kol 8.30 sampai...
parking mahal betol sampai rm10
cari punya cari tak jumpa Jakel kat mana, hehe...boleh cam tu? nampak sangat dah lama tak pi ke sana dekat 4-5 tahun gak la
last-last pi ke Madras ja yang dekat dengan Semua house, dan berjaya menangkap lace yang mempunyai border
hara memang mampu milik la..x sampai rm30 semeter :)
mood syok dah kembali!!
lantas mintak 2m..tapi SA yang baik hati tu bagi 2 1/2 meter
terima ja dah orang bagi kan..


lam perjalanan nak ke keta tu singgah jap beli tudung siti yang murah untuk di buat dasar untuk cik gold wat sendiri nanti...kalu jadi cik gold akan wat tutorial tudung siti ye..

jadi kesimpulannya,kain untuk baju untuk tunang dah setel..tinggal nak hantar tailor dan nak jahit lace dan manik ja -- harap-harap jadi...amin




Friday, November 25, 2011

Misi Esok

Misi esok sempena dengan cuti ujung minggu dan minggu gaji harus lah diisi dengan perkara yang boleh menghabiskan duit.hehehe...

antara benda yang ada lam senarai ni ialah

kain chiffon

border lace

kertas crepe

border lace tu harap la dapat yang berpadanan ngan bajet. nak try cari kat kamdar lu..kalau tak dak terpaksa la pi Jakel ka

sesi DIY akan bermula pasni..harap-harap jadi la..kalau jadi kita wat tutorial ye..kalau tak jadi...senyap-senyap sudah pi beli baju tunang kat Jalan Tar :)




Tuesday, November 22, 2011

Idea Tunang : Colour Theme



ok tak kalau kaler cam ni?
hehe...untuk tunang pon mengada nak bertheme-theme bagai kan??
nampak dull sangat tak?
ingat nak tambah kaler pink terang skit lagi (baru perancangan awal, kemungkinan untuk tukar kaler sangat tinggi.hehe )

dah ada kaler ni senang skit nak cari kertas crepe untuk wat bunga tisu nanti
sebenarnya cik gold lagi berkenan buat dengan tisu berbanding kertas crepe, tapi susah gak nak cari tisu yang kaler macam-macam ni.

cadang nak hias hantaran dan wat pomender ball guna bunga tu
hajat di ati nak wat tutorial bunga ni .hehe..gatal!

oh yee...ujung minggu ni cuti lama kan?
hah...best la nak cari barang, kain lagi ..baju tunang belum buat!!

berusaha cik gold!!

** dengar kabarnya future MIL dah beli telekung hantaran kat surabaya.hehehe...


Sunday, November 20, 2011

E-day checklist

1. Tarikh - 31/12/11
2. MUA - Gerbang Pelangi, Pokok Sena - setel!
3. Jamuan - mak dan jiran masak -setel!
4. Pakaian + aksesori - setel!
(a) baju - setel!
(b) tudung ikin-tak beli lagi - dah beli..rm10
(c) veil / selendang -setel!
(d) aksesori lain
5. Fotografi - amik gambaq sendiri ja ( tak tahu lagi)
6. Barang hantaran - setel!
7. Bekas hantaran - setel!
8. Back drop - setel!


18/11/11 -- mampukah cik gold menyiapkan semua di atas???
huhu...

hanya Allah SWT yang tau..

sekarang tengah pikir kaler tema lak??
soft pink ngan grey ok tak??



Thursday, November 17, 2011

Akibat gatai tangan!


Blog ini dah jadi tak berapa betol sebab cik gold cuba ubah background dia.
segala bloglist, shoutmix dan beberapa lagi widget ilang ( sapa suruh gatai tangan sangat kan??)
sebab tak save template lama

dah jadi kelam kabut dah blog ni

cik gold akan start balik wat bloglist baru terutama bloglist B2B
rugi woo, kalau tak dapat baca update dari B2B yang lain

right now, cik gold sedang menunggu kepulangan en. gold tersayang yang bercuti dengan famili dia kat surabaya
dengan cita demam sebab perbezaan suhu di surabaya dan gunung bromo yang melampau

satu terlalu panas dan satu terlalu sejuk

malam ni dia akan balik, dan dengar kabarnya akan terus ke Penang untuk outstation.huhu...
bila kita nak pi beli kain ni ling...??
tak siap la baju den nanti..


dan untuk malam ni, mari kita doakan agar Harimau Malaya dapat tewaskan sang Garuda di Indonesia sana.
kalau menang mana la kita tau kot-kot dapat cuti kan??
amin..


Idea Outfit tunang

Assalamualaikum..

dah start jenguk-jenguk blog bride to be suma
sangat suka dengan semangat dan usaha mereka menDIY kan segala persiapan kawin/tunang mereka..
cik gold rasa jeles dengan kekreatifan tangan-tangan mereka

antara blog B2B yang cik gold paling heart skali ialah blog ini, ini dan banyak lagi ( nanti cik gold wat bloglist baru)

sekarang ni cik gold tengah pikir fesyen apa nak pakai time tunang nanti
nak wat baju kurung moden atau baju kurung pahang

baju kurung moden
sumber

kelebihan
-cantik dan cun gitu ( baru nampak cam orang yang diraikan kan??)
-sesuai untuk tunang

kekurangan
-kena maintain kempis perut ni ( boroi sudah)
-kena hantai kat tailor sebab mak tak reti fesyen ni
-cik gold tak bapa selesa nak pakai fesyen ni

baju kurung pahang
sumber google

kelebihan
-amat selesa
-jimat kos sebab tukang jahit dah ada kat umah ( mak le tu.hehe)
-buncit skit pon tak pa

kekurangan
-rumet cik gold cakap nanti baju tu nampak cam biasa sebab semua baju cik gold jenis yang fesyen cam ni

kalu bab kain, cik gold ingat nak amik chiffon kosong dan beli border lace untuk di buat patching.
cik gold jugak ingat nak DIY tudung siti menggunakan chiffon yang sama
tapi tak jumpa lagi template untuk tudung siti

ada sapa-sapa yang ada template tu???
boleh bagi tau cik gold???

suka sangat outfit baju puan cam ni time nikah nanti...huhu

sumber google


Friday, November 11, 2011

Tudung atau selendang

Assalamualikum..

dah start gatal untuk usha-usha outfit untuk bertunang ni

cuma sekarang dalam fikiran ni, nak pakai tudung atau selendang CT
lam ati ni bekenan ngan selendang CT tu.
tadi dah jalan-jalan kat Ariani Bangi nak usha selendang CT yang ada bead bead skit
usha punya usha peehh... harga dia menjerut leher rm550 untuk satu selendang tah apa kain dia chiffon silk kot, ngan bead pon sikit -- terus terkejut beruk dan terus blah dari situ

hehe...gatal berangan nak pakai Ariani
taraf cik gold ni layak pakai yang di beli kat Jalan Tar saja.

antara fesyen tudung yang berkenan di hati ni ala-ala macam ni la


disebabkan cik gold ni tak dak bajet sangat, jadi dah mula terpikir nak DIY (---bajet terer lagi ) gak selendang ni
hajat ati nak beli selendang yang kosong, pastu nak jahit manik ka atau nak tampal ngan kerawang yang ada kat lace tu..
tak sempat-sempat lagi nak pi Jalan Tar ni

risau lak..jadi ka tak
nampak gayanya kena beli dan buat dengan cepat la..bukan apa kalau tak jadi leh terus pi beli ja...huhu

ni satu lagi dok pening ni, kaler baju pon tak dak lagi
kaler pa ye yang cantik??

nak pikir siap-siap ka nak guna teknik terjah yang m,ana bekenan dan beli???

ni baru nak tunang
kalau nikah nanti jadi bridezila tol la ni

hehehe...


Wednesday, November 9, 2011

Mode cuak bermula

Assalamualaikum..

lama tak update blog
dah bersawang pon
orang berblog kita nak berblog gak...jadi cam ni la.hehe

cam tajuk kat atas tu, cik gold la ni tengah cuak
en. gold dah tunjuk cincin kat mak dia
mak dia pon dah suruh en gold pilih tarikh bila nak tunang
setelah dipikir-pikir...mungkin hujung Disember ni ( 30/31 Disember 2011 atau 1 Januari 2012)
tapi tarikh tu still tak tetap lagi, mana tau ada perubahan lak

yang nak jadi cuak tu sebab preparation la
baju la, pelamin la, hantaran la mekap la, makanan lagi..huhu
cik gold anak sulung, tiada pengalaman bab ni

bab baju lak -- nak beli kain dan buat atau sewa ( selalu tunang orang wat kan???)
dan kalau nak wat kena pikir lak kain apa nak beli...cik gold ni fail skit bab- bab ni sebab kalau pilih mesti mak tak bekenan. nak balik beli ngan mak lak..susah sebab dah balik raya haji lepas

pelamin tunang -- ingin nak DIY ja ( macam reti.huhu...tak pa-x pa cuba sehabis daya!!)

hantaran -- kalau ikutkan belah utara ni hantaran untuk tunang hanya makanan dan benda manisan ja..problemnya sekarang belah laki ni nak hantar ka hantaran..harap kat en. gold berjanggut la nak tunggu dia tanya mak dia.tak kan lak kita memandai-mandai wat hantaran, nanti pihak sana tak wat juga ( kena paksa gak en. gold ni)

mekap -- mungkin nak pi kedai ja kat pokok sena tu (prob nya sapa nak antaq cik gold pagi tu..keta ada 1 ja..)

makanan -- tak pening sangat kot, bab ni serah ja kat mak, yang penting bagi duit kat dia

ada lagi tak yang lain-lain
start ari ni kena rajin la terjah blog orang nak kawin nak cari idea
pasni nak pikir bajet lak...huhu


adios....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails