.

.
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 2




Assalamualaikum

Mari kita sambung ke Part yang ke 2 percutian secara bajet MG ke Pulau Perhentian
mana yang nak ke part 1 klik sini ya Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 1


ok aktiviti hari ni adalah Snorkelling!!
seawal pukul 8.00 kami dah turun untuk bekpes
bekpes ari ni di MJ Perhentian ialah Kueyteaw dan teh tarik
umayrah makan skit ja ari ni dah la semalam pon tak makan
dia pon dah kurus la ni, takut lak satgi pi snorkelling lapaq
jadi MG bawak bekal biskut oreo dan keropok



pas makan kami pon start pi snorkelling
malangnya time MG mai sini ombak kuat
sepatutnya pi 5 tempat snorkelling
tapi jadi 3 tempat ja
tak pa la ada rezeki nanti leh mai lagi kan
tempat 1st kami pi ialah ada 1 pantai ni, sori MG tak tau nama point-point ni
kat sini kami diajar cam water confiden
cara nak pakai google suma diajar kat sini
syok tau snorkelling ni tapi MG dok tepi-tepi ja sebab takut,hehe
kat sini la Yicam MG jatuh lam ayaq
pastu bila dah naik ke darat baru sedaq
apa lagi terus bagitau En. Gold terus dia pi cari
time ni tawakal dah kalau nak hilang hilang la
setelah lama jugak En. Gold cari last skali jumpa lagi
dia jumpa kat tempat yang MG tak pi pon
jauh jugak air bawak nasib baik dapat balik..hehe











2nd place kami ke tempat snorkelling yang cantik
time ni umayrah lak tak bagi turun last skali MG turun kat tepi tepi bot ja
En. Gold ja pi sampai ke batu karang yang cantik
syok dia snorkelling sampai luka kaki
tapi tempat ni memang cantik air dia memang jernih
dok atas bot pon leh nampak ikan kat lam laut.




memang MG kena repeat lg ni ke PP
Sebab banyak point tak leh pi
snorkelling pon tak puas, nanti plan nak bawak famili lak mai sini








lepas abih jadi 2nd point ni kami ke Lata Air Berani
unutk mandi air tawar
ada air terjun katanya atas ni
tapi kami tak naik pon sebab jauh jugak
jadi mandi ja kat mata air kat pantai tu
air sejuk, rasa fresh lepas penat snorkelling
Cuaca sepanjang dok sini panas, tapi tak la panas sangat kira ok la
tapi dalam tak panas pon sunburn jugak memasing



Di Lata Air Berani

lepas abih mandi ni kami pon balik ke bilik
sebab dah lapaq
makanan tengahri pon dah ready
menu tengahri ni ikan goreng, sup ayam, sayuq campoq dan sambal belacan ayaq plak air sirap
sedap jugak, kali ni umayrah makan banyak
ha..tau pon lapaq kalu tak jenuh nak bgi makan.

dah sudah makan, naik bilik dan mandi, petang ni nak pi hiking kat Wind Mill dan nak trekking ke Long Beach lak

Tepat kol 2.30 petang kami pon ke jeti
pak cik boatman siap pesan kalu nak beli air ka makanan ka beli siap-siap kat kampung nelayan
sebab nak ke long beach nanti penat sebak nak trekking
lagipon makanan dan minuman kat situ mahai-mahai belaka
kami bawak air mineral dan keropok ja untuk umayrah
untuk kali ni kami naik bot yang macam sampan ja tapi laju
sebab kami ja yang ke sini petang ni, yang lain dah malas kot
tidor ja kat blik
Long Beach ni sebenarnya di Pulau Perhentian kecik jugak tapi side lain
kat sini banyak pelancong asing dan jugak tempat para diver

pada mulanya si Umyrah nak ja berjalan
tapi lama-laman dia pon penat last skali En. Gold yang dukung
hazab jugak nak bawak budak 20 kg tu naik bukit
tapi last skali kami sampai jugak ke Long Beach
cantik tempatnya, tapi cuaca tak mengizinkan
hujan dah start turun jadi kami pon terus patah balik ke jeti
dan ke Wind Mill pon tak pi sebab hujan
nampak tak alasan yang besar untuk repeat semula ke sini? hehehe..

muka budak lengoh kat belakang, mak ngan ayah tak sedaq.huhu

kawasan agak banyak sampah sebab ada pembinaan sedang berjalan
last skali kami pon balik ke bilik dan jalan-jalan saja sekitar kampung nelayan
best dok sini, kampung kecik semua orang kenai antara satu sama lain

makan malam pada pukul 8.00
malam ni kami di jamu dengan BBQ
Konsep kat sini makanan depa hidangkan
kalau untuk pakej 2 orang kami akan dapat 2 ketoi ayam bakaq, 2n ekoq sotong bakaq dan 2 ekoq ikan bakaq
besama nasik dan tomyan
MG puas ati, berbaloi dengan harga pakej
tak leh demand lebih sebab harga pakej murah
kami pon bercuti secara bajet kan..
hehe..

pas makan jalan-jalan lagi sambil amik angin lauk


tamat untuk Part 2

Day 3

hari ni last kami kat sini cuaca tak elok dan tak leh ke Marine Park
kami cuma jalan-jalan ke sekitar kampung dan pukul 10 kami naik bot untuk balik ke Jeti Kuala Besut
tapi hazabnya naik bot ombak besaq
memang sangat scary
asyik berdoa ja cepat sampai ke darat
time ni kemasukkan pelancong ke pulau adalah di tutup. ramai yang terkandas kat jeti
hanya pelancong nak keluar saja di benarkan

tamat la enty ke Pulau Perhentian
kesimpulan nya sangat best ke sini
sangat di syorkan!

Total Damage Day 1

Tiket KLIA Transit rm20.80
Makan-makan KLIA2 RM10.00
Airport Transfer rm80.00
beli air mineral : rm 3
Harga pakej : rm285/person : rm570
Tiket AA 3 Orang (pi balik) : rm60


Total Damage Day 2

Aiskrim (3 Batang ): rm9.00
air Mineral : rm3
total : rm12

Total Damage Day 3

Beli cenderamata : rm30
beli keropok2 : rm60
airport transfer : rm80
makan di airport : rm20
parking : rm14
KLIA Transit : rm20.40

Total BAJET KE PULAU PERHENTIAN : RM992.20 (2 dewasa 1 budak)


Nota Kaki : Get ready for next vacation :P my dream place!





Wednesday, March 2, 2016

Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 1


Assalamualaikum



minggu lepas 25-27 Mac 2016, MG dan famili pi bercuti ke Pulau Perhentian (PP)
ni kira 1st time kami ke Pulau Perhentian dan ke Terengganu
ni semua sebab MG dapat grab tiket sorang rm10 ke Kota Bahru
jadi untuk kami sefamili total tiket pi balik kita rm60 saja.

tapi untuk suggestion kalu nak ke PP better pi time bulan 4,5 dan 6
time ni katanya air setenang di sungai
jadi mudah kita nak snorkelling dan naik bot dari jeti Kuala Besut ke PP
MG pi time ni banyak tempat tak leh pi sebab cuaca tak elok
Tiket kami pukul 1.40 petang dan perjalanan adalah selama 45min-1 jam
tapi inilah pengalaman naik flight paling mengerunkan
dekat-dekat nak sampai tu kami kena 2 kali airpocket yang sangat kuat
time ni memang dah tawakal dah hahaa
nasib baik dah dekat nak sampai
terus insaf nak naik flight

dah sampai kat airport KB
Kami di amik oleh Hamka, dia ni keja ngan Perhentian MJ
dengan Perhentian MJ ni lah MG amik pakej di PP
Pakej included boat transfer pi balik PP dari jeti Kuala Besut, Snorkelling 5 point, penginapan 3 hari 2 malam bilik aircond, makan 6 kali, boat ke Marine park dan hiking ke wind mill dan Long Beach
harga per person rm285 ja
sapa berminat le search Perhentian MJ ya.



tapi transfer ke Jeti Kuala Besut dari airport lain harga ya..sehala rm80
dah selamat sampai ke jeti kami pom terus naik bot untuk ke PP
Ombak sangat kuat, perjalanan amik masa 45min-1 jam
memang mengerunkan orang yang dok belakang memang basah
MG pon dekat-dekat nak abeh umur jugak dok lam bot ni
rasa pening dan nak muntah
ada 2 3 orang yang dah muntah
suasana lam boat panas sebab tutup tingkap sebab ombak kuat
jadi lagi wat kita nak muntah
setelah hampir sejam tahan hazab kami pon sampai
kat sini kami duduk di Kampung Nelayan, itu sebab pakej ni agak murah

nampak dak ayaq ijau kat belakang..hehe


tapi overal MG puas ati dengan pakej ni sesuai dengan modal yang di keluarkan
bilik agak berpasir, ya la kita kat pantai kan
bilik pon untuk tidur ja
tp kalau nak romantik-romantik bilik best dan honeymoon better cari hotel mahai ya

Nak sampai dah Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil

 kami sampai pon dah petang jadi untuk hari ni kami kami dah miss makan tengahari dan ke Marine Park
tapi untuk ke Marine park botman cakap leh pi ari last
jadi makan malam leh makan pada pulul 8.00 malam
gambar tak amik pulak, tapi menu malam ni tomyam seafood telur dadar paprik seafood dan air bersama nasi
sedap jugak, berbaloi ngan bayaran..hihi

Petang di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian
pas makan kami jalan-jalan tepi pantai sekitar kampung nelayan ni
suasana sangat best, angin tepi antai yang kuat
kami main kat padang permainan ja
layan Umayrah main buaian

habes untuk 1st Day esok kitra pi snorkelling plak!

Total Lost

Tiket KLIA Transit rm20.80
Makan-makan KLIA2 RM10.00
Airport Transfer rm80.00
beli air mineral : rm 3



Friday, June 5, 2015

Total Bajet 3 Hari 4 Malam di Kota Kinabalu dan Kundasang

Gumung Kinabalu


Assalamualaikum

Untuk ke Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Pertama Part 1
Untuk ke Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Pertama Part 2
Untuk ke Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 1
Untuk ke Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 2


Hari ni kita di kejutkan dengan gempa bumi yang melanda Malaysia
dan berpusat di Ranau, Sabah
kalau sebelum ni kita hanya rasa gegaran saja
tapi kali ni dah di Malaysia pulak
takut di buatnya
Kebetulan pulak, minggu lepas heboh pasai pendaki gunung berbogel di ata Gunung Kinabalu
mungkin ini adalah salah satu sebab berlaku
Wallahualam..
semoga Malaysia dilindungi dari mala petaka kejadian alam.Aminn...

Desa Dairy Farm


Ok, entry ni adalah entry terakhir bagi lawatan MG di Sabah
jom kita tengok bapa banyak dah habih
perlu diingatkan kami terdiri dari suami isteri dan seorang bayi
jadi tak buleh nak bajet sangat la..hihi
kalau kita-kita saja tidor lam keta pon boleh
tapi dengan adanya si Umayrah kecik tu
haruslah diberi penginapan yang sewajarnya

Pantai Tanjung Aru


TOTAL DAMAGE 1ST DAY DI KK

Kereta : RM360
Hotel : RM90
Makan aiskrim kat pantai Tanjung Aru : RM53+ RM30
Shopping di Pasar Malam Kampung air : RM70

Total : RM603

Total Damage Hari Ke Dua

Sarapan : rm7.00
Rumah Terbalik : rm 20.00
Tiket Taman Negara Kinabalu : rm6.00
Makan tengahari : rm14.50
Tiket Desa Cattle Dairy Farm : rm8.00
Aiskrim : rm15.00
Kiram : Rm 90.00
Makan Petang ( Di Kiram) : rm21.00

Total : Rm181.50


Total Damage Hari Ke Tiga
Makan Tengahari : rm15.00
Tamu Kundasang : rm 10.00
Makan Lokan + Puding kelapa : rm25.00
Megi dan Keropok : rm6.00
Tiket Muzium (2 orang) : rm4.00
Makan Malam : rm53.00
Hotel : rm88
Beli Kuih cincin : rm80.00

TOTAL : RM241.00


TOTAL DAMAGE : RM1025.50


Apalah sangat nilai di atas dengan nikmat ketenangan yang kita dapat di sana.hehe...


Pemendangan puncak Gunung Kinabalu dari Kiram Village


Tuesday, June 2, 2015

Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Ke-3





Assalamualaikum

amboi lamanya tak update blog ni
kisah pi Sabah sampai ingat-ingat lupa dah ni
kena tulih cepat-cepat nanti lupa
sekarang ni memang amat sibuk for audit akreditasi makmal
kiranya ini macam antara acara puncak untuk kerjaya MG la




ok mari kita sambung balik jari ke 3 di Sabah iaitu sepagi yang sejuq ketaqqqq di Kiram Village
memang semalamam kami sefamili tak buleh tidoq
memang sejuk-sesejuknya
selimut pon rasa cam tak selimut
si Umayrah lak stail tidoq dia kena menetek
jadi ofcos la baju MG kena selak kan
sejuknya...huhu





muka baru bangun tidoq suma ni

satu lagi azab time nak amik ayaq sembahyang nak sembahyang subuh
huhu..malas nak cakap lagi
tapi satu ja MG nak cakap memang SEEJJUUUKKKK!
Ok wat anda yang belum tau
kat Sabah ni depa cerah awal maksudnya akan siang dengan cepat
lam pukul 6.30 dah macam pukol 7.30 terang benderang
time ni la gunung Kinabalu akan menampakkan puncaknya
awan-awan belum lagi menyelimuti puncaknya (ceewah)




Awan dah start selimut puncak gunung


series cantik puncak ni
tak jemu memandang, mata kita takm buleh nak alih dari memandang dia
kami sefamili apa lgi bangun dan terus la cari port bergambaq
berkeping-keping gak la, time ni memang ramai penghuni chalet dan homestay kat sini kuaq
untuk amik gambaq jugak
suasana masih lagi sejuk
Last sakali en. gold ngan si umayrah balik ke chalet sebab tak tahan sejuk
tapi MG masih lagi bergambaq
bukan senang oiii nak mai sini
jadi kena la amik sepuas-puasnya

lepas dah puas, MG balik ke bilik untuk sarapan dan bancuh air
kat Kiram ada disediakan cerek elektrik tiap bilik
awalnya cadang nak duduk 2 hari kat Kundasang
last sekali ubah plan sebab dah tak dak apa nak dibuat di sini
lagi pon sejuk sangat, tak tahan
jadi kami bercadang nak balik ke KK

jadi kol 12  lebih kami bergerak balik ke KK
Niat di hati lam perjalanan kami nak singgah ke Tagal Moroli kat Ranau
tapi en. gold tak mau singgah
dia kata nak wat pa kat situ..huhu
sabaq ja la..
lam perjalanan kami singgah ke Tamu Kundasang dekat ngan round about sebelah War Memorial tu
kat sini MG beli byuah-buahan potong cam jambu air, mempelam dan jambu
sayur memang banyak kat sini tapi tak beli pon
tak kuasa nak bawak balik ke KK
Bukan ada tempat nak masak pon.hehe..

kat sini peniaga tu dok suruh beli buah bambangan kot kalau tak silap
tapi MG tak beli.hihi
teringat lagi pakcik MG yang memang asal Sabah dok sebut bambangan-bambangan
rupanya ini lah dia
ok..kat sini tak ada gambaq sebab si Umayrah dok wat perangai.
sebelum tu kami singgah lagi kedai makan kat sebelah war memorial
ala yang berdekatan dengan orang jual kepak ayam tu
hajat hari ni nak makan kepak ayam madu
tadi tak leh..awal sangat kami pi
peniaga tu pon baru nak bukak kedai
jadi tak makan la...

Perjalanan balik menjanjikan permandangan yang baik
jalan pon ok walaupon jalan kecik kena hati-hati
lori pon banyak..lam perjalanan kami mengunyah buah-buahan yang di beli di tamu
tadi.

lam perjalanan blik kami singgah ke Jambatan Tamparuli
Jambtan ni berdekatan ngan pasar pagi tau
kunjungan anda ke Sabah tak lengkap kalau tak mai sini
sebab apa? sebab jambatan ni ada lagu tau
jom kita nyanyi lagu ni dalam bahasa kaum Kadazan Dusun



Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi

Ulang (semua)

sebelum sampai ke KK,kami singgah dulu nak makan lokan bakaq
mesti try ni, nanti tak lengkap kunjungan anda ke Sabah
kami pilih satu longgok lokan sederhana saiz
kata orang yang sederhana sedap..kalau yang besaq agak kenyal dan kurang rasa
kat sini kami jugak makan puding kelapa
rasa bagi MG so-so la
mungkin pilih kedai tak kena kot.hehe...abeh rm25.00 kat sini







lebih kurang pukul 2-3 kami pon sampai ke KK dan skali lagi kami cara hotel di kawasan kampung air
bukan apa, saja nak jalan-jalan lagi kat pasar malam tu.hihi
kali ni kami dok kat Valerie Hotel
ok sikit keadaannya dari Hotel Sri Iskandar

umayrah menghilangkan lengoh di badan

harga pon ok..kami amik bilik takdak tingkap (ada aircond ) harga rm88
bilik ada tv dan toilet yang cantik
tapi agak sempit skit
tapi ok la..kami dah puas ati
kami rehat-rehat sat sejukkan badan sebelum keluar semula
En. Gold turun bawah beli megi hotcup


perkarangan Muzium Sabah

petang skit kami keluar lagi ke Muzium Sabah
saja nak buang buang masa
takkan nak lepak lam bilik mai jauh-jauh.hehe..
tiket masuk ke Muzium Sabah ialah rm2.00
lamanya tak masuk mana-mana muzium ni cam syok lak baca sejarah
ada sejarah binatang, cara pengebumian kaum di Sabah, depa simpan mayat lam pasu besaq..kaum apa lupa lak
kisah pemburu kepala, dan bermacam lagi
memang best baca

Pantai Likas


setelah penat dok 'kaji' sejarah kami pon bergerak ke ke Pantai Likas
hajatnya nak cari port baru nak makan seafood selain dari Dataran Todak
tapi cari-cari punya cari nampaknya mandrem Dataran Todak dok panggil kami jugak.hehe..(gurau-gurau je ye)
jadi kami kembali lagi ke sana.




disebabkan time sakit telinga dah ok skit, jadi MG nak repeat makan kat sini
mas dok search ramai kata kedai haji Manja cam best, MG pon dok la cari
tapi tak sempat nak jumpa kedai haji manja kami dah masuk ke kedai lain
wah..wah ada apa-apa ka ni..terus lupa matlamat ni
ahh..pedulikan kat sini kami oreder lagi udang butter,ikan siakap masak nyonya,sayur apa x tau lupa ( ni la jadi bila dah lama baru nak update.huhu)
dan last skali MG nak try rumpai laut wat kerabu
tengok cam sedap..tapi rupanya tak kena ngan tekak MG, En. Gold dah cakap dah jangan try yang pelik-pelik
last skali tak abes..hehe
overall sedap juga makanan kat sini
tapi tak leh banding ngan malam pertama kami makan kat sini
kat situ lagi sedap
kat sini kami abeh lebih kurang rm53 saja
Si Umayrah tu syok la makna udang..MG makan jugak tapi seekoq dua ja..takut nanti telinga sakit
kan udang tu gatai..

Pas makan balik dan tido..esok kami dah nak balik

Total Damage Hari Ke Tiga
Makan Tengahari : rm15.00
Tamu Kundasang : rm 10.00
Makan Lokan + Puding kelapa : rm25.00
Megi dan Keropok : rm6.00
Tiket Muzium (2 orang) : rm4.00
Makan Malam : rm53.00
Hotel : rm88
Beli Kuih cincin : rm80.00

TOTAL : RM241.00



Friday, March 27, 2015

Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 2

Ok sambungan dari episod lepas  Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 1

lepas turun dari taman negara Kinabalu
terasa sangat la lapaq
kena plak ngan cuaca yang sejuk lagi la bertambah lapaqnya
MG time ni dok sakit telinga lagi
kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang

sampai ja kat sini terus cari kedai makan
Alhamdullilah dekat ngan roundabout sebelah Kundasang War Memorial tu ada kedai makan
memandangkan kami anak beranak tengah lapaq gila
masuk ja kedai mana yang jumpa dulu
tapi syukur makanan memenuhi selera kami
walaupon banyak baca blog kata makanan kat sini tak kena ngan selera orang semenanjung
kami makan nasi campur dan depa sediakan sekali ngan sup
sup panas yang sedap tambah ngan suasana sejuk
memang heaven!!
berdekatan sini ada orang jual kepak ayam madu
glemer ni banyak blog suruh rasa
tapi kami tak rasa sebab kena beratur panjang
malas dah nak tunggu lelama

Kalau anda semua nak pi ke Kundasang War Memorial pon
ada kat sini sebelah kedai makan ni ja..landmark di roundaboutye
tapi MG tak pi pon...sebab...en Gold tak mau pi
dia kata pi wat pa kubur  ja pon..huhu
sabaq ja la.hehe

kat sini kami makan kena dalam rm14++
jam di dalam pukul 12, kat kedai makan tu kami tanya direction untuk ke Kiram Village
dah dapat direction kami mula bergerak
perjalanan nak ke sana memang mendaki bukit

sebelum sampai ke Kiram kita akan jumpa dulu Desa Cattle Dairy Farm di sebelah kiri kita
kat sini la tempat ladang lembu ala New Zealand tu
kami tak singgah lagi kat sini
teruskan perjalanan ke Kiram dulu
nah..kat puncak bukit tu la Kiram
dah sampai Kiram tak dapat nak check in lagi
sebab waktu check in ialah pukul 2 ptg
lupa lak..huhu
mau tak mau kena pi Ladang Lembu dulu la
nasib baik dekat

Desa Cattle Dairy Farm

tiket untuk masuk sini ialah rm4 untuk dewasa, untuk si kecik umayrah tak kena pon
boleh tahan ramai gak orang lam ni
yang datang ngan bas
ngan rombongan pejabat semua ada
nak amik gambaq dekat batu yang bertulis Desa Castle pon tak leh..huhu
orang ramai, kena tunggu turn kalau nak amik gambaq kat situ
kena plak time ni umayrah dok wat perangai
jadi terbantut la acara amik gamabar bebanyak .hehehe...






Aksi 2 beranak dok wat cita hindustan.hehe







kat sini kami makan aiskrim gelato

dengaq perkataan gelato dah cuak skit sebab macam gelatin kan
nasib baik ada logo halal berserta no kod sekali jadi hilang la cuak tu
kat sini juga jual susu segaq dan waffel
harga gelato tu rm5 satu bekas, boleh tahan mahal jugak kan









Pastu kami sefamili ke tempat Calf Pen kat sini anda semua leh bagi makan anak-anak kambing dan lembu dan bagi depa minum susu
susu sebotol rm1
dan rumput seikat rm1





syok la si umayrah tu kalau jumpa binatang-binatang ni
suasana kat sini pon cantik sangat
macam kat oversea. bukit-bukit pon bentuknya cantik
setelah puas kat sini kami pon balik ke Kiram untuk checkin



KIRAM VILLAGE

kami sampai lam 1.50 ptg jadi kami tunggu lagi 10 minit nak ke pukul 2
selepas pukul 2.00 tak dak orang lagi kat kaunter
tunggu lagi 10 minit tak datang jugak orang kat kaunter ni
MG pon bunyikan loceng nak angin dah ni
datang sorang abang ni
dia pekerja Kiram jugak
dia kata bukan dia yg jaga kaunter budak yang jaga kaunter tu pi mana tak tau
ok MG pon tunggu lagi
last, 2.30 petang ada budak-budak anak pekerja Kiram lalu
MG tanya depa mana orang jaga kaunter
last baru budak-budak tu pi cari budak yang jaga kaunter
mungkin Pihak Kiram perlukan tingkatkan proses di bahagian check in
jangan biaq kastemer menunggu lama
nanti kastemer lari kan dah rugi
lagi satu banyak ja chalet sekitar ni
lagi senang kastemer lari
bab lain dah ok dah

ok pas kami checkin kami pon masuk la ke chalet
kat sini kami dapat chalet Mushroom
berbaloi la dengan harganya
puas ati juga

Chalet Mushroom kami


kat sini tak ada aircond ye, kami yang sampai tengahari tak rasa panas pon
disebabkan rancangan untuk ke Desa Cattle Farm dah dianjak ke pagi
jadi kami tak ada aktiviti petang ni
jadi kami sekeluarga tidur sampai ke petang hehehe..

dah puas tido perut rasa lapaq
jadi kami makan di kantin kiram
ingat tak abang yang cakap budak jaga kaunter tak ada tengahari tadi?
dia sekeluarga handle kantin kat sini
makanan kat sini agak mahal
standard kot harga atas bukit

Umayrah dan Kucing di Kiram Village


nasik goreng harga sepinggan rm7
dan teh tarik rm2 segelas
jadi MG amik nasik goreng ayam share dengan Umayrah dan En gold amik nasik goreng daging
suasana pada petang pukul 6 dah start sejuk



time ni suhu 15C
menurut abang tukang masak, malam-malam buleh jangkau 10-12 c
dan kalau malam tu suhu turun ke 8 c, maksudnya kat puncak gunung akan ada ais
sejuk..




sekitar Kiram Village

suasana di sekitar Kiram sangat cantik
banyak pokok bunga, bayangkan bunga lily bersepah ja hidup subur kat sini
kalau kat KL mau sebatang barapa harga lily.hehehe..
kat sini gelap awal pukul 6 petang dah start gelap

malam kat sini tak ada aktiviti sangat
masing-masing tidoq awal
tapi kalau sesiapa yang nak makan kantin Kiram masih beroperasi
kami turun jugak jalan-jalan area Kiram
tapi sat ja tak tahan
terus lari naik bilik
pastu bancuh air panas, air panas lak satja panas pastu sejuk balik...huhu




 
ok MG nak pesan kat sini
sila bawak sweater dan stokin
suasana sangat sejuk kat sini
kami sekeluarga tak buleh tidur sebab sejuk sangat
MG pakai 2 lapis seluaar, Umayrah pakai baju 2 lapis camtu jugak en Gold
tak sabar nak tunggu siang..huhu
time nak amik air sembahyang rasa cam na mengelupur ja.huhu
tapi yang herannya si umayrah leh mandi air paip sambil ketawa girang lagi
tahan sejuk betoi budak tu
yang mak pak mandi air panas.hehe

Total Damage Hari Ke Dua

Sarapan : rm7.00
Rumah Terbalik : rm 20.00
Tiket Taman Negara Kinabalu : rm6.00
Makan tengahari : rm14.50
Tiket Desa Cattle Dairy Farm : rm8.00
Aiskrim : rm15.00
Kiram : Rm 90.00
Makan Petang ( Di Kiram) : rm21.00

Total : Rm181.50

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails