.

.
Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Sunday, December 28, 2014

Pray For Malaysia

Assalamualaikum

terlebih dahulu mari kita sama-sama bermuhasabah diri
Malaysia sedang bersedih dari Tragedi Sulu, MH370, MH17, banjir yang melanda kebanyakan negeri di Malaysia dan kini sekali lagi kita di gemparkan dengan pesawat QZ8501 lak hilang
di facebook dan di media sosial yang lain
kerajaan dan perti pembangkang sibuk mengata antara satu sama lain
tak kurang juga dengan keyboard warrior yang sibuk menyebarkan fitnah di sana sini.
oleh itu sebagai rakyat Malaysia mari kita bersama-sama memohon dan kemaafan dari Allah SWT.
Bumi juga sudah terlalu tua
mari kita persiapkan diri untuk menempuhi zaman yang mencabar yang semakin menghampirikita

Sesungguhnya Allah itu maha mengampun dan mendengar

Doa Ketika Banjir

Saturday, March 1, 2014

Ummi Umayrah sudah 1 tahun





umayrah with her cute cake!

Assalamualaikum
Hari ini  2 Mac 2014 genaplah setahun usia si anak dara Ummi Umayrah binti Fayzal
Rasa  macam baru lahirkan dia semalam
kenangan semasa mengandung dan bersalinkan dia sentiasa segar diingatan
Semoga Umayrah membesar menjadi anak yang solehah,sihat, rajin, bijak dan cantik (boleh macam tu?hehehe)
mak sayang Umayrah dunia akhirat

Wednesday, January 29, 2014

Penginapan Dan Supir yang bagus di Bandung.

Assalamualaikum

hari ni saja nak bagi promosi kat sorang supir bandung ni
6-9 Januari ari tu MG skali lagi pi ke Bandung
Kali ni pi dengan famili mentua
tak pa tu next entry kita cita
kali ni nak bagi info kat suma
kalau sedang mencari-cari supir dan tempat menginap yang murah dan bagus
boleh la guna perkhidmatan Yayan ni

kalau setakat pi Bandung tu tak payah la nak dok bilik mahai-mahai
dok je apartment ni
boleh masuk 6 atau 7 orang
ada dapoq ye kengkawan..
dia juga sediakan sewaan kenderaan ( dia la yg supirnya)









Yayan pon bagus, dia boleh advise nak pi mana untuk shopping yang murah
kalau jeans, si Yayan ni leh bawak pi tempat yang bagus dan murah dari toko tiga
cam tu jugak dengan kain sulam
bagitau ja nak cari barang pa
si yayan ni dapat bawak pi tempat yang harga berpatutan
sapa yang berminat leh terus hubungi yayan terus ye


ini la Yayan

Whatsup  Yayan : +62 821-1519-9946

















Sunday, December 22, 2013

Tulisan Kufi untuk dinding umah



Assalamualaikum

Lamanya tak update..
malasnya...sejak ada anak ni bertambah malas nak update blog
cita ada ja
cita aqiqah umayrah pon tak tulis lagi
bkn pa untuk kenangan kemudian hari
hehehe..

nanti bila umayrah besaq tak yah nak cita panjang2 kat dia
suruh dia bukak blog ja
pastu baca
kan senang keja mak..hehe




ujung minggu lepas ni, kami laki bini sepakat nak wat tulisan kufi ni untuk hiasan dinding ruang tamu tu
dinding tu masih lagi dogol
tak dak hiasan pon
MG memang bekenan lama dah ngan tulisan kufi ni
unik..tapi kalau nak beli mesti lah mahal kan
jadi MG sepakat nak cari cara nak wat sendiri last skali jadi la..
ok la kan untuk umah
kawan-kawan better beli la
leh wat kaler-kaler.hehe

mula-mula nak wat memang susah la
last2 jadi cekap sampai 3 4 surah leh wat.hehe..
la ni semangat nak deko umah dah ada
pasni nak wat lukisan abstrak lak nak boh kat ujung pala katil.haha..
bajet seni ja tangan ni
harap-harap jadi
kalau tak jadi kita print gambaq boh frame sudah...hehehe..
bye..

Monday, September 16, 2013

Keinginan bernilai tinggi ( tak mampu rasanya!)

Assalamualaikum

baca tajuk kat atas cam hebat ja..
hebat cam banyak duit
MG memang minat sangat nak travel
nak travel merata- rata kat dunia
selama ni selalu ja baca blog dari traveholic malaysia ni
ada satu blog ni, penulis dia pompuan
slalu travel ngan anak dan laki dia
mungkin ada yang penaah baca kot blog dia (blog dia Blueewoke kot..tapi MG search ja Chawanna)

depa ni la yang menjadi pujaan dalam bidang travel ni
huhu..most pLace yang MG tingin nak pi sangat ialah New Zealand



tempatnya yang cantik
macam syurga versi di dunia (ofcos syurga lagi cantik la)
kalau nak pi sini jangan ikut travel agent
pi sendiri, sewa keta yang kita leh tidoq tu
mesti lagi jimat

yang second ialah greece
ini gara-gara terpengaruh ngan cita the sisterhood of the travelling pant la


bangunan dia kaler putih dan pintu dia kaler biru
macam mana semua umah leh kaler tu tak tau la
depa pakat kot bagi sama.hehe

Bila cita kat En. Gold
dia bagi ayat ustaz dia lak..
'kita pi Mekah lu, baru berkat idup '
huhu...baik darling..
jadi kesimpulannya kita pi Mekah lu
nak pi Mekah tapi haji tak daftar lagi macam mana tu
En. Gold dah daftar dan giliran dia tahun 2060 nanti
wah hidup lagi ka time tu? hehe



jadi untuk memulakan misi ni, kita kena simpan duit dari skarang ni
eh..tak buleh..kena setel umah dulu..
umah dok kosong lagi...
(yeay..salah satu keinginan MG dah tercapai ----> iaitu ada umah sendiri!!)
ari jumaat lepas baru beli katil dan almari baju
masih banyak lagi yang kosong tu
kitchen kabinet pon tak wat lagi
paling kurang 5k untuk tu

nampak gayanya 3 tempat yang paling nak pi tu
cam lambat lagi la leh pi..huhu
its all about the money!



Thursday, September 5, 2013

Bekenan la ngan beg FURLA ni





Assalamualaikum

aduhai bekenan plak ngan beg FURLA ni
kan cam banyak orang pakai la ni
MG pon tingin la plak nak pakai
tapi macam sesuai untuk remaja-remaja lak
sesuai ka ngan MG yang dah beranak ni

kalau ori mahal gak beg ni
tp kalau yang gred A dalam rm150-rm200 dah leh dapat kot
nak beli yang ori tak mampu.huhu...
banyak ja yang dok jual kot FB
Macam mana ye
nak beli ke tak

duit banyak nak pakai ni
nak beli perabot dan kabinet dapoq
almaklum la masuk umah baru
ha lupa nak bagi tau..MG dah pindah masuk umah sendiri
walaupon umah apartment ja
tapi rumah sendiri
puas ati..hehe

kembali kepada cita beg ni
kalau malam ni rasa tak leh tidoq kena beli gak la beg ni...hehe
bye

Monday, June 17, 2013

Perihal Babysitter 2

Assalamualaikum

sebelum bercerita lebih lanjut
Umayrah kini berada di rumah babysitter baru
hope keadaannya ok la kat situ

jika dulu MG penah cita pasal babysitter Umayrah yang suka biaq baby menangis sini
dan tak pujuk kan
ingat dah nak stop hantaq kat situ
tetiba MG still hantaq lagi selama 3 ari
sebelum tu dah 2 minggu tak antaq kat makcik tu
sebab mak MG datang dari kampung masa cuti sekolah
jadi dalam 2 minggu tu tak antaq
dan ingat nak antaq ke taska selepas mak balik ( dah bayaq pendaftaran pon..tapi tengok taska tu ramai sangat budak.huhu...)
entah cam na still antaq kat makcik tu
padahal kami dah bagitau makcik tu untuk stop antaq Umayrah
barang pon dah amik

bukan apa, cuma kami laki bini ingat
bebudak mesti la menangis kan..jadi fikir ingat tak ada pa la
lepas ja ari ke 3 kami antaq semula kat  makcik tu
ada komplen lagi pasal makcik tu

pagi tu selepas kami antaq Umayrah ke umah makcik tu
dalam perjalanan balik, ada jiran selang 2 buah rumahnya
menahan keta kami
ingat sebab apa, kami pon stop la
makcik tu cakap, jangan la antaq anak adik ke rumah tu lagi
time tengah ari bebudak yang makcik tu jaga seramai 5 orang akan menangis reramai
makcik tu tak akan pujuk sebab dia nak masak
dia akan biaqkan, jiran makcik cakap takut bebudak kena sawan tangis ja
pastu dia siap kutuk MG lagi depan jiran yang lain masa MG stop antaq Umayrah
dia cakap : ala nanti kalau dia tak ada orang nak jaga dia antaq balik la ke umah aku ni

geramnya la hai..depan MG ok je cakap
belakang mengutuk
lagi satu MG perasan, tiap kali balik
mesti ada bedak dalam mata Umayrah
bedak tu dah jadi berbiji
bedak kalu dah kena air akan berbiji
nak keluaqkan tak berani nak sentuh mata Umayrah
perasan tak, kalu kita tuang bedak atas tapak tangan
dan gosok dulu sebelum disapu ke muka
bedak tak akan masuk ke mata
mesti makcik ni amik botol bedak dan terus tuang ke muka
jadi mesti masuk ke mata kan
cian Umayrah
mesti pedih mata dia tu

sehari selepas MG stop antaq kat umah makcik tu
sora Umayrah jadi serak
dan kurang bercakap macam selalu
menangis pon sora jadi besaq
2 hari jugak baru sora dia kembali kepada asal

kali ni memang MG rasa marah sangat
kita bukan bagi anak kita orang jaga secara free
berbayaq lagi
siap bayaq penuh untuk bulan pertama, padahal makcik tu jaga baru 2 minggu
jadi sila la jaga elok-elok
makan tu biaq dari rezeki yang berkat
ini menganiaya anak orang
mentang-mentang la bebudak tak leh bercakap
sesukati ja layan anak orang cam tu

dan sekarang MG antaq Umayrah kat rumah jiran yang report tu
takut jugak kalau dia fitnah makcik tu
tapi kalau pikir balik
kawan MG yg tinggal area tu pon bagitau benda yang sama pasal makcik tu
jadi betol la kot

pengasuh baru ni dah tua
dan jaga 6 orang budak
harap ok la, sekarang ni MG cam berbelah bagi ja nak antaq kat orang
rasa cam tak percaya kat orang dah
tapi nak wat cam na kita kan keja

Wednesday, May 29, 2013

Happy Besday To Me!


Hari ni genap la 27 tahun umur MG
Sat ja rasa dah 27 tahun, rasa cam baru marin ja daftar masuk ke U
dan jugak baru jap tadi nikah..hehe..
masa makin pantas berlalu..bersediakah kita untuk masuk 3 series??
hehe..bersedia ka tak kena masuk gak kan

tak dak spesel celebration pon
cuma semalam order blueberry cis kek dan makan beramai-ramai
Mak, dan adik-adik datang umah la ni
kan cuti sekolah skarang ni
kebetulan pulak 2 adik MG iaitu adik bongsu dan adik no.2 tarikh besdaynya dekat ngan MG
Sorang 24/5 dan sorang lagi 25/5
27/5 lak aniveseri pertama MG ngan En. Gold
dan ari ni 29/5 besday MG lak
jadi moleklah kiranya disatukan menjadi satu kek ja
jimat pon jimat kan
tu yang tulisan atas ke tu jadi " Best wishes to all" to..hehehe

semalam memang muak ngan cis saja
adik lak bawak 2 bijik large pizza domino yang extra cis tu
last skali MG pi cari buah limau lak
untuk meneutralkan rasa muak cis tu
tu baru kesan segera makan cis ni
kesan lagi satu cis ni bagi MG sembelit
pasni kena makn buah bebanyak la
panjang lak ngomelnya kan..

Apa pon azam besday kali ni ( besday pon ada azam tu...hehe)
harap dapat lebih dekatkan diri kepada Allah
menjadi isteri yang lebih mithali
menjadi anak yang lebih taat pada ibubapa
menjadi ibu yang lebih sempurna bagi si Umayrah kecik
menjadi kakak yang lebih memahami dan mengambil berat kepada adik-adik
amiinnn...

muka budak yang sibuk nak makan cis kek gak..hehe

Monday, May 27, 2013

Ulang Tahun Pertama


Assalamualaikum

27/05/2013 - Genap la setahun MG dan En. Gold bernikah
rasa macam baru ja nikah ni
Kapel dah 9 tahun, tapi mana nak sama bila dah kawin kan 
betapa cepatnya masa berlalu
Ulang tahun pertama ni kami diserikan lagi dengan puteri sulung kami
Ummi Umayrah binti Fayzal


jangan ulang tahun ke 2 nanti dah ada Umar lak.hehe..
(Umar-nama yang kami pilih jika dapat anak laki masa pregnant Umayrah dulu..hhehe)
Kak Umayrah pon tak puas bermanja lagi kan

Buat En. Gold, terima kasih dengan segala yang u berikan
harap rumah kita semakin bertambah bahagia
hingga ke ujung hayat kita
I love u darling..!

entry pendek malas nak taip...:P


Wednesday, December 12, 2012

Pencapaian Hari Ini ( 13/12/12)

Assalamualaikum

suma dah tau kan MG tak leh memandu
hanya boleh bawak motor ja
memang susah nak pi keja..
kalau dulu senang umah MG kat area serdang ni ja
nak mai keja senang..naik motor
lam 10 minint kalau bawak slow dah sampai

dah kawin ni dok jauh lak
area sg sekamat
dah la jalan sesak
memang tak la kalau nak mai keja ngan motor
si suami pon tak bagi, tambah lak perut ni semakin ke depan

sejak kawin, memang suami yang akan akan antaq mai keja
MG masuk kol 8, suami lak kol 9
balik lak..memang lam kol 7-7.30 la akan sampai umah
walaupon MG kol 5 dah balik
memang susah..tambah-tambah suami lak keja dia
memerlukan kan dia outstation kekedang
jadi MG akan tumpang umah kawan atau sewa bilik dan atau amik cuti
kalau setakat dia outsation tu lam 1 atau 2 hari
memandangkan sekarang ni cuti dah abeh
terpaksa la tumpang umah kawan
memang segan tak yah cakap la
tapi nak wat cam na

sejak dari tu berazam nak belajaq bawak keta
tapi setakat berazam la..belajaq tak pon
tapi memandangkan dah nak dapat baby  'U' dah ada nama.huhu... ni
kena jugak kuatkan semangat
hehe...alhamdullilah, dah terer dah sikit
mula-mula dulu memang asyik kena hingaq la
sebab bawak keta malas pulas stereng ayat husband.hehe..
ye la mana MG nak tau, selama ni tau bawak motor ja
nak belok pon pusing skit ja handle  tu
rupanya bawak keta kena pulas bebanyak, baru dia belok .hehe..
setakat ni leh la bawak area kawasan umah tu
cuma pagi tadi berjaya bawak dari kedai makan pakya ke lab.hehehe
orang UPM tau kot kedai pakya ni
satu pencapaian yang amat membanggakan
sebab jalan tu agak sibuk..nak kena lalu roundabout lagi..hehe
cam tu pon rasa best sangat dah..
perjalanan ada la lam 2km je kot..hehe
tapi ok la kan..dari tak dak..ehhe

pas ni nak amik lesen dah nak test kat jalan raya yang betol lak..hehe
doakan ye !

Wednesday, November 21, 2012

Beli umah ni susah betol

Assalamualaikum

minggu ni agak tensen memikirkan umah
loan dah lulus ngan satu bank ni
dan kami suami isteri pon pi la berjumpa ngan ejen bank
untuk sign LO untuk pinjaman perumahan tu
bila jumpa ngan ejen
dan cek balik detail-detail untuk loan tersebut
ternyata berbeza daripada apa yang ejen cerita masa kami servey dari bank ke bank ari tu
tapi sign jugak LO tu sebab tu bukan agreement lagi, cuma surat tawaran dari pihak bank
kalau nak kensel kena wat surat bagi depa

Masa tu bank A ni cakap
rate dia ialah A1, bila nak pi sign LO jadi A2 lak
mana buleh, kalau A2 tu lagi kurang dari A1 x pa la gak
ni lagi tinggi
untuk beli umah ( bagi sesiapa yang belum tau)
kita kena servey dari bank ke bank sapa yang leh bagi BLR yang paling tinggi

KAEDAH PENGIRAAN PINJAMAN PERUMAHAN

contoh  untuk bank B dia tawarkan BLR : - 1.6 %, jadi , rate yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia ialah 6.6%

jadi jika kita apply loan kat bank B tersebut rate kita akan jadi

6.6% - 1.6% : 5.0 % ja la

5.0% inilah rate kita, lagi besar nilai BLR ( dalam negative valeu ye, bukan positive) adalah lagi baik

jadi sekarang rate tu dah jadi lebih tinggi
bayaran bulanan pon naik la
pastu katanya kos guaman akan ditanggung oleh bank
itu pon menarik minat MG untuk amik loan bank tu
sekarang bila nak sain tak cover pulak
alasannya, loan umah MG tak sampai kepada nilai loan yang membolehkan bank cover kos guaman
wah..sangat la tak best
dah la untuk lulus loan tu pon amik masa sebulan
macam-macam dokumen tak cukup
bila tak cukup ejen tak kol pon mintak dari kami
tapi kami lak yang kol untuk tanya status
baru dia habaq ada dokumen tak cukup
memang abeh banyak masa untuk apply loan lak

tapi mungkin ada gak silap dari kami
sebab masa kami pi ke bank A tu, ejen untuk loan umah tak dak
yang entertain kami ejen bahagian lain
dia la dok pung pang pung pang cita
kami pon caya la kat dia
mungkin dia pon tak tau
kami lak terus apply kat situ

sekarang MG rasa sangat segan ngan tuan umah
ye la dah lam x siap-siap proses
dia lak tak mau kami nak bayaq booking lu
takut dia dah ada pembeli lain yang lebih cepat
melepas la MG
Dah la memang nak sangat umah area tu

pagi tadi baru submit borang kat bank lain
harap ok la
dan cepat dia proses loan
takut tuan umah marah..huhu




Tuesday, October 30, 2012

WW (31/10/12) - Malang tak berbau


Eksiden plak (28/10/12) kat taiping
hope baby ok..walaupon dah pi chek
doktor cakap jantung ok
tapi kita mana tau kan keadaan dia kat dalam
harap selamat la semuanya

Thursday, October 18, 2012

Selamat Bergraduat adikku

Assalamualaikum

hari ni lari sikit dari cita pregnant
nak cita pasai adik MG yang bergraduat pada 4 Oct lepas
sat ja rasa, dah konvo
tingat lagi MG pi teman dia masa mula-mula dia daftar ke UM
dia mai sorang diri ja dari kampung, naik bas
Masa tu tak dak kenderaan lagi
En. Gold pon dok naik motor lagi
jadi awal-awal pagi dah kuaq naik LRT umah untuk pi jumpa dia kat UM

la ni dia dah bergraduat
dapat anugerah dekan dan
siap dapat anugerah pingat emas dari Persatuan Sejarah Malaysia lagi
katanya pingat emas tu emas betoi
wah syok la hang!
dengaq cita dapat sambung phD terus
tahniah!!
jasa-jasa aku jangan dok wat lupa plak


 satu famili ( alif ngan amin tak dak)


                                                        dengan ayahanda tercinta

 satu-satunya gambaq MG time pregnant ni.



dengan ibunda tercinta



setiap usaha keras tu akan mendapat yang bermakna


Time konvo pon siap amik photogarfer lagi mengada
tak banyak amik gambaq masa ni sebab bawak kamera tapi
memori kad tak bubuh
jadi suma gambaq diatas OP yang punya la

sedih lak time ni sebab masa MG konvo dulu
tak dak sapa mai
konvo sorang-sorang
sebab famili tak dak duit nak mai UPM.huhuhu....
semua orang ada famili yang mai selebrate
MG ja dok tercongok sorang-sorang

jadi la ni dah MG ada duit sendiri MG dah bertekad untuk bawak famili mai
beli tiket flight kat depa
bagi depa merasa naik flight
ya la...kami orang kampung mana penah merasa naik-naik flight ni

Tuesday, September 18, 2012

Panas Hati

Assalamualaikum...

rasa cam nak terkeluar ja jantung ni sebab marah..ehhehe..
dah lama tak kuaq ngan entry baru
tiba-tiba kuaq entry marah-marah..
nasib baik tengah pregnant ja ni
kalau tak memang nak maki ja ni

apa perasaan anda kalau ada rakan sekerja
pi bagitau bos,dia tak dak keja nak wat selamat ni
konon-konon dia bagai nak gila sebab tak dak keja..!!

What the fish!!
it's true memang dia tak dak keja
sebab bila orang bagi dia keja dia tak mau wat
siap kutuk belakang lagi mengata orang kononnya
orang yang suruh dia wat keja tu ada degree atau master ja
tapi bodoh tak reti wat keja
boleh dia kata cam tu

dan sekarang boleh lak berlakon
dia tak dak keja
dan kalau melibatkan dia sorang tak pa
ni akan bersangkut dengan orang lain
kononnya kami dari department ni
semua tak dak keja
abeh selama ni yang segala kerja berjalan ni sapa yang wat???

marah betol la
sebab benda ni naik ke pengurusan atasan
orang lain wat keja
dah kena label tak dak kerja cam dia
menyakitkan hati
bila tah nak pencen

bila ada kerja nak bagi
dia kata lak, suruh la budak-budak muda yang pegi / wat
sebab dia dah tua dan nak pencen
nak pencen pa
lagi 10 taun nak pencen!
kira nak bagi lepas dia gak la

hei...rasa cam nak tukaq keja lak
tekanan nak keja sini
dengan bebanan kerja semakin bertambah
tahun dengan ada sorang senior yang sejawatan ngan MG akan berpencen
dan taun depan MG akan menggalas tugas untuk 2 orang
sebab pihat pengurusan tak akan amik orang baru..
boleh dia cakap tak dak keja lagi
dia memang tak dak keja..

memang MG patut bersyukur sebab dapat keja
ramai lagi tak dapat keja
tapi bila bekerja kita perlu seronok
dan enjoy dengan kerja kita
bukan kerja dalam tekanan
tambahan pulak orang bawahan kita senior lak dari kita
memang susah

sekarang MG dan isi balik SPA 8.hehehe...
padahal sebelum ni pon dah apply tapi tak penah pon dipanggil interview
nak isi gak KPLI/DPLI pas ni
memang harap sangat dapat dan nak tinggalkan keja ni

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya 2012







Assalamualaikum

kini Ramadhan dah hampir ke penghujungnya
terasa cam sedih lak..
sebab tahun ni tak dapat beribadat sepenuhnya
posa pon tak penuh
apa nak wat...ibu mengandung kadang-kadang tak leh posa.huhu..

Malam ni MG dan suami, serta adik dan abang ipar akan bertolak balik ke Kedah
semoga perjalanan kami selamat hendaknya
dan berharap jugak
agar trafik baik-baik saja
harap semua warga kota dah balik pada pagi ni dan semalam
lenggang skit jalan

balik kali ini ada 2 orang driver
si suami dan abangnya
tak la penat sangat si suami
kalau tak dia ja yang drive sampai ke Kedah selalu
MG kan tak reti bawak keta.hehehe...

Di kesempatan ini MG ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


kepada semua yang mengenali atau yang tak mengenal MG si owner blog picisan ini
raya-raya jugak
jangan sampai pas raya tak dak duit nak makan ye...
bye!

Thursday, May 24, 2012

2 hari lagi!

Assalamualaikum

salam jumaat semua
lagi 2 hari cik gold akan menjadi puan gold ----> hehehhe
petang ni akan berangkat pulang ke Kedah
risau gila nak tinggal kucin-kucing kat umah tu
mintak tolong housemate bagi makan kan
harap dia tak lupa

kucing cik gold suma dok kat luaq umah...
luaq umah sewa lak bumbung tak cover semua, jadi petang akan panas dan kalau ujan depa tak dak tempat berlindung
kalau ujan malam cik gold akan bawak masuk depa lam umah
tapi dah cik gold balik kampung lama ni sapa nak jaga depa
jadi semalam cik gold beli palstik tebal untuk wat bumbumng skit
tengok cam tak kukuh ja
awal pagi tadi lak ujan angin agak kuat
tercabut la 1 tali
tak pa balik ni nak sendal ngan batu la
harap depa selamat
amminn....


*** lagi 2 hari nak nikah : harap sampai umah esok ada skit perasan cuak ka neves ka...tak macam la ni rilek ja lagi






Kuar duit KWSP




Assalamualaikum...

mood masih bersedih, sebab abang mati
tak pa la nak wat cam na kan..

cik gold dah genap 3 tahun berkhidmat kat tempat kerja ni
jadi bila dah cukup 3 taun leh la wak kuaq KWSP...yeeaayy!!
sebab cik gold pilih skim berpencen
best-best!

cik gold nak wat bayaq muka beli umah ni
jadi hari selasa yang lepas cik gold pon pi la KWSP cawangan Kajang ( sebelum balik umah dan jumpa bangkai Abang.huhu...)
sat ja pi..tak lama pon sebab suma dokumen dah lengkap
dokumen kena bawak : 2 borang kwsp ( print kat website), salinan ic, salinan buku bank , dan satu surat pengesahan kita kerja
pas tu orang KWSP tu cakap duit akan masuk lam 2 3 minggu lagi
lama gak ye...
kawan yang teman cik gold pi tu kata, kita orang punya kawan yang lagi sorang tu 3 4 ari ja dah dapat terus...napa sampai 2 3 minggu lak
huurrmmm...tak pa la..kita tunggu esok tengok...check tadi tak masuk lagi.

ala...tak dapat banyak pon...nama pon 3 taun keja kan...
keluaq pon bukan leh perabih 45% ja dari total
tapi duit kalau kita pernah keja private akan dapat penuh tau
untuk sapa yang keja lama kat swasta...cik gold 8 bulan ja

tak sabaq lak nak beli umah ni
wat sementara waktu, pas kawin kami akan dok kat apartmen en gold dulu
ok la...senang tak yah nak cari lagi sebab dia pon tinggal sorang pas adik dia balik untuk sambung belajaq
tak yah la nak bayaq deposit lagi
banyak wooo duit abeh nak kawin ni



*** lagi 3 ari nak nikah : STILL TAK RASA APA-APA!!

cam tak normal ja rasa...hehehe...
kalau tanya bab preparation..memang la bila cik gold balik kampung baru nak kalut ( nikah 27/5 -- kenduri 2/6..hehehe..sempat...sempat!) ---pujuk diri sendiri!
balik mai sini balik akan di buat review






Tuesday, May 22, 2012

Abang dah mati


Assalamualaikum....

ari sangat sedih..
kucing yang ilang cik gold cita pada entry lepas cik gold dah jumpa tengahari tadi (22/05/12) itu pon sebab bau busuk
sebenaqnya dari pagi tadi lagi dah bau busuk
instinct cik gold dah syak kata abang
tapi cari still tak jumpa
tengahari tadi bila cik gold jenguk kat celah pagaq antara umah cik gold ngan makcik sebelah dah nampak abang
dah berulat pon
badan pon dah bengkak, cik gold harap sangat itu bukan abang
sebab saiz badan dia lebih besaq
tapi memang la kita memang seboleh2nya tak mau terima hakikat kata tu benda orang yang kita sayang


terus pi umah makcik sebelah sebab cik gold tak dapat capai abang kalau dari umah cik gold
memang kedudukannya agak susah nak amik
memang cik gold menangis teruk kat umah makcik sebelah..dah ilang rasa malu
kol 1 tengahari cik gold mengorek lubang untuk tanam abang
ulat memang banyak
cangkul pon pinjam makcik sebelah

patut la masa ari ahad yang lepas,
cik gold nampak kakak dok usha ja kat bahagian pagar tu
bila cik gold bangun tidoq kakak masih kat bahagian pagar tu
memang kakak dah tau dan mungkin nak bagi tau cik gold abang ada kat situ

cik gold pon dah usha area tu tapi tak nampak,kalau tau mungkin abang masih dapat diselamatkan
mungkin tuhan tak bagi cik gold nampak...
en. gold pon kata...tuhan tak mau bagi cik gold nampak kalau cik gold nampak mungkin cik gold mungkin lagi sedih

Abang kucing yang orang buang, rumet cik gold amik dari mana tah
dia dibuang bersama 3 ekor adik beradik ngan mak dia sekali
2 ekoq adik dia mati, hanya dia ja yang idup
mak dia ada lagi, sekarang sibuk lak dok mengawan..bukan nak kisah anak dia mati!!

Abang kucing yang manja sangat, dan dia tau namanya Abang
kalau cik gold panggil mesti datang...tak penah berak dalam umah
cuma penah muntah sekali lam umah
cik gold tak kisah...cik gold leh buang
sedih sangat!!

mungkin pada orang lain tak dak hal benda ni
tapi cik gold yang jaga dari kecik..
amik masa gak nak lupakan dia ni
dia memang tak bapa comel...kucing kampung..


gambaq masa dia kecik
muka dua ekoq budak jahat...abang dan kakak
2 atau 3 malam terakhir sebelum mati...mak dia jilat dia
abang  ( banyak kaler putih )dan mak
malam2 terakhir
malam2 terakhir
malam2 terakhir
sehari sebelum mati, abang bersama kakak







Sunday, May 20, 2012

Kucing Hilang...Abang tolonglah kembali

Assalamualaikum...

mood tak berapa nak ada..kucing cik gold hilang!!
cik gold sedar bila bangun dari tido tengahari semalam lam kol 3 lebih
kalau tidak dia dan kakak ada dalam umah
dah cik gold nak tidoq letak la depa kat luaq umah
depa ni memang kucing kat luaq..siang ja akan masuk lam umah

sebelum cik gold letak kat luaq tu cik gold main-main ngan dia dulu
semalam tu asyik nak gigit tangan ja kerjanya
tak tau la pasai pa
layan ja la dia tu..sebab dia memang cempera sikit
tak tau kata tu la kali terakhir jumpa dia
sedih sangat
sepetang cik gold tunggu dia
malam pon cik gold pi cari area kawasan umah ni
sampaikan pagi tadi sebelum pi keja pon pi cari lagi

dia ni kucing yang dibela, tak tau nak cari makan sendiri
tak tau la apa nasib dia nanti
nak kata orang amik..dia ni takut kan orang, kalau jumpa orang yang tak dikenali dia akan lari
kalau orang nak amik pon nak wat pa
bukan comel sangat pon..kucing kampung besa ja
tapi kalau ngan cik gold memang manja gila-gila la
nak tidoq pon kena di layan

firasat cik gold mengatakan ada kucing jantan kat aea umah ni yang perambat dia...kucing tu namanya Abang Taf...Abang Taf ni memang taiko kawasan ni..

harap sangat Abang balik
la ni hanya ada Kakak ja pengubat rindu
kakak pon cam rindu gak ngan Abang sebab selalu depa tak penah berenggang

Abang (putih) , kakak (oren)











































































Tuesday, April 3, 2012

Cuak Melanda Lagi

kenangan lama hampir berulang! ( terlepas nak ke Langkawi!)
iaitu tertinggal flight
28/3/12 yang lepas cik gold balik kampung
flight lak kol 6.05 ptg
bajet sempat la nak pi airport kan
kuag umah kol 3 ptg..
cam besa la kn tunggu bas rapid lak
bas ni kalau kita tak tunggu berduyun duyun mai
kalau kita tunggu lak harap la nak mai cepat-cepat
kita lak tak selalu naik bas tak tau la nak bajet time dia
tunggu punya tunggu pnya tunggu setengah jam pastu baru mai....ketiak suma dan berpeluh ni

dah naik bas amik masa lam 20 minint gak nak smpai hentian komuter serdang...padahal dekat ja pon
sampai ja hentian komuter, train yang nak ke bandar tasik selatan pon sampai..
mana sempat nak naik nak kena beli tiket lagi...
terlepas la train tu...

tunggu la cik gold kat situ
memang dah start cuak dah takut tak sempat, sms en gold dia kata sempat lagi
jadi cool la skit
skali tengok kat board yang tulis masa untuk next train datang tu lagi 30 minit
hah sudah...level kecuakkan dah makin naik...
sabaq ja la tunggu ja lagi sebab yakin KLIA Transit nanti laju dan mesti sempat punya
dah pas 30 minit mai la komuter tu sambil terhegeh-hegeh

berlarian la cik gold naik
train berenti kat Bandar Tasik Selatan
time ni lak leh terjumpa peminat setia ziana zain ni
seksi gila pakaian
hehehe....sabaq ja la...



sambung bab train tak abeh lagi....time cik gold dok beli tiket, train laju tu pon sampai
memang tak sempat dah nak ligan
time ni dah kol 4.55 kot...train lak kol 6.05 petang
rasa cam sempat la..bila dah sampai sini
sekali tunggu punya tunggu...kol 5.30 petang baru next train sampai...ni nak kena naik bas lak pas ni kat Salak Tinggi..
memang lam ati cik gold kuat la mengatakan memang terlepas la flight tu

tapi cik gold nekad lam ati nak balik gak kampung malam tu
tak kisah la nak kena beli tiket baru ka apa ka
rm300 pon rm300 la cik gold nak balik gak
lebih kurang kol 5.45petang cik gold naik bas..time ni memang dah yakin flight tinggal...hehehehe tapi lam hati masih ada sekelumit perasaan yang masih sempat.hehehe

sampai ja LCCT memag cik gold tak berjalan dah...berlari ja sepanjang masa
terus pergi tempat pengawai dok jaga nak bagi masuk tu
bagi ja kat dia boarding pas...pastu dia pon kata

pengawal : ni dah tak sempat ni kak, pasaipa lambat??
cik gold : tu la macam-macam problem dok jadi dari tadi...kol bapa lak flight pi Penang ada lagi
pegawal : pi Penang kol 10 satg ada, kak pi sembang kat kaunter tu tengok
cik gold : ok la...

time ni memang dah berserah dah...wak kuaq dah kad kredit nak swap...hehehehe

situasi ni kat kaunter tu

orang kat kaunter : hai kak, apa leh saya bantu
cik gold : kak ni dah lewat sampai ni...kak nak beli tiket yang kol 10
orang kat kaunter : bagi saya boarding pas...eh kak, flight ni delay 45 minit...tapi kak kena pegi sekarang ni
cik gold : ya ka...hah ok la..time kasih na...

dengan sepantas kilat cik gold berlari tempat berlepas
time ni dok dengaq dah depa dok wat pengumuman terakhir untuk flight ke Penang
sepanjang dok lari tu memang suma mata orang dok tengok cik gold la...mesti depa tau kata dah lambat...hehe

Alhamdullilah sempat gak naik..hehe
cik gold orang last naik
nasib baik tangga dok ada lagi...kalau tak jenuh panjat
flight ni penuh ngan geng-geng tak mandi pagi tu la
pi Penang mesti la penuh ngan orang depa kan
syukur sangat masih sempat
dah terbayang-bayang muka famili ngan en. gold.hehe

perjalanan sat ja lebih kurang 45 min ja dah sampai


memang perjalanan kali ni memang yang paling teruk la...dengan datang lambat dengan tak makan tengahri lagi dengan duit tak jolok lagi...
kononnya nak makan ngan amik duit kat LCCT
masa dok lam flight memang lapaq la bila orang di keliling dok makan
duit lam beg duit lam ada rm8 ja
nak beli pa ngan rm8 kat atas awan nu...kacang leh la beli tak silap rm5 kot
cik gold lebih rela lapaq daripada makan kacang harga mahai gitu
tu la pengajaran, lain kali kena kuaq awal, makan siap-siap dan pastikan duit ada..kalau tak jadi kalut cam ni lagi la...ehhehe
tapi rasa sangat puas sebab dah bersusah payah cam ni akhirnya sampai gak.

cheese garlic naan set yang dimakan dengan lahapnya

dah landing jumpa en. gold, pas sembahyang suma kita pi makan Kat Restoran Kapitan kat Penaang...
lama aih tak mai Penang.hehe
hehehe...pas makan terus pi umah en. gold amik beg baju dia dan terus balik ke Kedah

tengok muka ni terus ilang segala penat ngan lapaq...en gold memang suka wat muka-muka bila diamik gambaq!

memang satu pengalaman yang berharga la...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails