.

.
Showing posts with label Idea DIY. Show all posts
Showing posts with label Idea DIY. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

DIY SABUN BELON GERGASI




Assalamualaikum

wah..tetiba hari ini ada mood untuk berblog ya
MG sangat sibuk sangat la ni..tak sempat nak jenguk blog
hari ni free sikit,:)

Sekarang ni kan tengah hot dengan belon gergasi
pi ja kat dataran Putrajaya tu ramai orang dok main
tapi dulu la..sekarang ni lama dah MG tak pi ke situ
kat situ ada jual tak silap sebesan air sabun tu rm5
syoknya la hai main buih sabun
tapi lama-lama parah jugak nak beli selalu walaupon rm5 ja
ya la duit sekarang ni nukan macam duit dulu

better la ni kita simpan emas
1 gram sebulan pon tak pa, lama-lama banyak la
yang nak beli emas serendah satu gram sebulan jangan lupa WA MG 0195250915 ya
tetiba lari topik lak.hihi

ok, apa kata kita wat sendiri, tak susah pon
resepi ni MG amik dari FB Hanizam Nazri

Bahan-bahan
250 ml pencuci pinggan JOY
4 sdb tepung ubi kayu
1.5 liter air

hanger besi atau tali yang diikat dengan tali kain




Cara
Gaul bahan bubble sebati 


dah siap, jom bawak anak-anak beriadah di taman
ni nak main sampai kecut pon x pa ni
selamat mencuba 

Wednesday, August 6, 2014

Idea Cat Rumah Stripes

Assalamualauikum
Selamat hari raya semua, dalam mood raya lagi kan
Hari ni saja nak post pasal idea nak cat umah nanti
pas raya baru nak cat
 orang lain sebelum raya kan
tak pa, umah ni bukan penah pakai raya pon
raya di kampung

untuk permulaan, sejak beli umah ni tak penah cat lagi
owner dulu dah cat siap2 sebelum jual
tapi kaler kuning cair
ok la nampak luas
tapi bila dah lama duduk ni start la nak cat
since sejak 2 menjak ni popular idea stripe ni
MG pon nak aplikasi la kat umah sendiri
dulu dah penah wat kat umah sewa zaman bujang dulu
kira pengetahuan dah ada

antara design yang MG minat
semua kaler pink
dah cakap kat en gold, dia balas
u kena tau lam umah tu ada lelaki jugak.hahaha
maksudnya dia cam tak bekenan la tu
biaq pi kat dia.hehe...
ingat nak cat tu dan cari dan match perabot kaler putih
ini lah masalahnya
masa beli sofa dan meja makan dulu dah teramik kaler itam
haih...dalam dok set lam pala tu nak kaler putih
tak pa la campur-campur la

gaji ujung bulan ni nak start cat dah
la tak buleh buat lagi
bajet dah lari...raya kan
balik kampung lagi...bagi duit raya lagi.hehe

di bawah ni adalah idea-idea yang MG bekenan
kalau wat post ni senang
nanti leh rujuk terus tak ilang

 

 

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRx8jwEdyBHqT-5DZyiHUdWopCjg3yIBs1tAMxzVK7KHh1X5jweEg 

 

En. Gold bekenan kaler ni.hihi...ok jaugak...not bad akan dipertimbangkan










Thursday, May 3, 2012

Tutorial : Fabric Flower

Assalamualaikum
salam hari Jumaat kepada semua

balik kampung minggu lepas sibuk tolong mak wat fabric flower ni
untuk di lekatkan kat langsir
tapi gambaq langsir tak siap lagi jadi tak leh nak tunjuk gambaq
langsir tu cuma dijahit langsir jenis scallop dan dijahit bunga di atas dia
nanti dah siap cik gold paste kan kat sini

langsir mak cik gold jahit sendiri
boleh la setakat nak jahit untuk rumah sendiri
kain cik gold beli kat Nilai
kain jenis jersey semeter rm2.50 ja, rembat dalam 60 meter

asalnya mak cik gold tak mau dah wat bunga ni
letih katanya, tapi cik gold nak gak baru la cantik kalau ada bunga
last skali cik gold yang kena wat bunga ni.hehehe...
memang lenguh la pinggang

cara nak wat senang ja
ala kalau orang nak wat hand bouquet yang fabric flower tu wat dengan cara ni gak
ramai dah wat toturial untuk bunga ni
hehehhe...
tapi cik gold pon nak wat gak la
untuk versi cik gold


mula gunting kain menjadi bulat mengikut saiz yang diingini ( cik gold guna 2 saiz, satu guna acuan piring dan satu lagi guna tupperware bulat)





jahit jelujur di sekeliling bulatan
dah abis jahit, leh la tarik benang tu sampai jadi cam lam gambaq dan simpulkan benangnya
dah siap..!!
dua keping bungan berlainan saiz dan warna di tindankan dan dijahitkan butang nak manik di tengahnya( manik belum beli masa ni.hehe)


bunga dah redi untuk dijahit di lansgir
sapa yang nak wat leh follow ye

























Thursday, January 26, 2012

Aktiviti kala boring : Jahit manik

cuti CNY yang lepas cik gold demam
ini akibat makan limau banyak sangat disamping makan sambal belacan
orang lain sedap-sedap cuti kita dok kat umah
dengan suma housemate balik kampung...tinggal la daku sorang kat umah
dengan en. gold outstation yang tak balik-balik lagi
jadi melangut ja la kat umah

sat-sat tido, sat lagi makan, sat lagi nganga tv
memang boring yang teramat sangat la...dengan hidung yang tak berenti mengalir hingus...hehe..

masuk ja ari ahad iaitu ari ke2 cuti...cik gold dah rasa cam tekanan dah...mesti kena wat sesuatu ni
pikir punya pikir punya pikir...teringat nak jahit manik
manik la ada, cik gold ni amatur...design pon reka bodoh-bodoh ja..
ahh...kira pa..untuk baju sendiri bukan nak jual kan..

kalau nampak cam huduh tetas la balik.hehehe...
dalam demam-demam tu dapat gak siapkan selai baju ni..
baju ni kain chiffon kosong...kainnya saja yang bercorak
memang baju tu plain sangat la sebab kosongnya...
last-last jadi la cam ni


cik gold cuma jahit corak yang berat kat bahagian bawah saja, bahagian area leher tak wat sebab bawah tudung...tak dak orang nampak..hehe
leh cam tu?? semata-mata nak tunjuk kat orang..hehe
bagi cik gold yang beginner ni rasa ok la dengan hasilnya
terus rasa cam semangat nak masuk kelas wat crumble mumble lak...ehhe

dah siap dah baju ni...gatal tangan lak pi sambung baju lain
kali ni jahit manik campur sikit ngan penggunaan fabric flower
kain yang wat fabric flower tu lebihan daripada baju tunang cik gold
hanya kain tu yang ada, jadi hantam ja la tak kira kaler masuk ka tak
dan hasilnya jadi cam ni


tak tau la cantik ka tak
tapi dapat la bagi idea skit nak wat baju akad nikah nanti.hehe...

kesimpulannya cuti panjang CNY ari tu ada gak la aktiviti yang berfaedah yang dapat dibuat..


Sunday, January 8, 2012

Review Outfit Tunang : DIY Baju Tunang

bajet cik gold untuk baju tunang ni minimum ja
tapi dalam pada minimum-minimum ni nak gak baju yang cantik kan
kalau dulu hajat cam nak beli ja baju kurung moden yang harga lebih kurang rm150 yang selalu ada kat jalan tar tu
ala..yang ada manik-manik tu

tapi bila pikir-pikir balik, cam sama ja ngan orang yang tak tunang
nak gak yang spesel skit
nak tempah designer, paham- paham la bajet kita.hehe

setelah menelaah dari blog ke blog B2B hari, terus la semangat nak DIY sendiri
tapi kalau nak di ikutkankan memang tak konfiden nak DIY ni
dah memang ada bajet pon nak beli baju in case kalau baju ni lingkup.hehe..

DIY cik gold ni bukan jahit sendiri baju tu tapi cuma wat detailing dengan jahit lace dan manik ja

cik gold bukan ada basic pon bab- bab ni, tapi berbekalkan banyak tutorial dari blog lain akhirnya jadi gak baju ni
cik gold tempah baju kurung moden kain chiffon kaler pink

bab kaler pon ada problem gak sebab cik gold amik pink dan silver
ada yang cakap pelik, dan ada yang tanya tak ada kaler lain ka.
tapi bila dah jadi baju kaler yang pelik tu yang menjadikan baju tu lagi menarik

cik gold tak kata baju ni cantik, tapi bagi cik gold sangat cantik sebab cik berusaha bersungguh-sungguh untuk nak watnya
memang tinggi sentimental valuenya

dan yang penting bajet tak lebih dari rm150.hehehe....

tapi yang tak bestnya, tak amik gambaq full lak baju ni..ada pon yang kandid ja.hehe...

baju asal sebelum di touch up :P


pandangan belakang

cik gold suka detailing bahagian atas kepala tu...sweet sangat

selendang pon buat dari lebihan kain dari buat baju
asal nak wat selendang siti tapi tak jadi
ada hikmah tak buat selendang siti sebab cik gold lagi suka selendang ni
untuk selendang tunang 100% cik gold DIY sendiri

memang puas ati dengan hasil tangan sendiri ni
(^_^)



Tuesday, January 3, 2012

Hantaran Tunang

Assalamualaikum....

nak cita pasal hantaran lak
barang-barang hiasan tunang serta 5 daripada hantaran wat sendiri
cuma 2 ja barang tu disponsor jiran, tak mintak pon dia ja nak bagi
syukur sangat dapat wat sendiri

memang niat benda-benda yang macam ni nak wat sendiri
sentimental value dia tinggi skit berbanding beli
untuk hantaran ini cik gold pilih ijau dan putih
sejak-sejak tua ni minat tol la ngan kaler ijau
dulu tak minat pon.hehe...

hantaran cik gold sebanyak 7 dulang dibalas 5 dulang daripada pihak sana
bagi kami yang dok dibelah utara ni
hantaran untuk bertunang selalunya hanyalah barangan makanan terutama yang manis-manis
barang cam kasut dan beg suma akan di bagi masa akad nikah

gubahan bunga tu mak yang buat
harap cik gold memang tak jadi la
fail sikit bab2 mengubah bunga ni..hehe

di mata cik gold, rasa memang puasa hati la ngan hiasan cam ni..simple tapi sweet!
yang penting bajet murah...hehehe
mungkin dapat memberi inspirasi kepada B2B yang nak DIY sendiri hiasan hantaran..:D

kek



puding ( di sponsor)



jelly



bakul roti ( di sponsor)



coklat

buah



coklat



yang lam kotak tu hantaran dari pihak sana..lupa lak nak amik gambaq satu-satu :P , amik gambaq buah ja





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails