.

.
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Menang Contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran

Gambaq ehsan google

Assalamualaikum

hari itu MG ada pernah cita pasal adik MG
suka masuk kontest macam-macam
dan menang plak tu

jadi minggu lepas MG ada la wakilkan ayah MG untuk amik hadiah
bukan ayah pon yang masuk
adik la jugak
tapi dia gunakan ayah dan fb ayah untuk join
sebabnya nak banyakkan penyertaan
hasilnya gambaq ayah menang antara 3 yang terbaik!
gambaq adik sendiri hanya dapat saguhati
 majlis ni berlansung di  Bandar Sri Damansara Club

gambaq ayah tempat ke 3

gambaq paksu saguhati

gambaq adik saguhati


hadiah saguhati rm100 setiap sorang
tempat ke 3 dapat telephone Lenovo
yang ke 2 dapat OPPO
dan grand prize lak dapat TV LED
dok harap nak dapat yang tv tu
tapi ayah cuma dapat tempat ke 3
ok la...Alhamdullilah la kan

lenovo yang dimenangi
 sebenaqnya adik MG menang 3 penyertaan di dalam top 25 orang pemenang
kawan adik tak dapat datang jadi kami wakil 4 pemenang
tapi yang top 3 tu hanya 1 penyertaan saja
yang lain suma saguhati

produk Pran ni asal dari Bangladesh
100% halal
ada panya produk, dari jus hingga la ke serbuk kari
jus mangganya sangat la sedap
setiap pemenang juga menerima goody bag produk Pran

masa kat event ni MG jumpa ramai blogger yang cover event
best tengok depa
cover event dan wat entry dah dapat income
teringinnya nak jadi seperti depa
wahai nuffnang bila sMG nak dapat job cam tu...
nuffnang jawab...sila tingkatkan tarffic dulu
hehehe...ada hati nak cover event ye

nuffnang bagi lah i cover event.hihi

 ok jom la gambaq la layan gambaq di sekitar majlis ni

Budak kecik umayrah pon ada
tengah try jus delima Pran

bye!

Wednesday, September 17, 2014

Berkelah di pantai Port Dickson


famili dari Kedah
Assalamualaikum

Apa khabar semua? hehe..
sihat-sihat kot no..MG pon sihat
makan sentiasa berselera, cam tu jugak ngan Si Umayrah
En. Gold ja maintain kurus
isi dan lemak semua dapat kat anak dan bini.hihi

Cuti sekolah ni bersambung dengan cuti Hari Malaysia kan
jadi adik-adik dan mak MG mai la ke Selangor bercuti
pening jugak nak bawak pi mana depa ni
ya la takkan nak dok umah saja jaga si kecik umayrah tu
jadi MG dan En. Gold decide nak bawak ke PD

Ya la bagi orang selangor memang biasa la PD ni kan
tapi bagi orang Kedah ni ok la
depa mana penah pi lagi
jadi destinasi PD ini amat bersesuaian ngan trip kali ni
bersesuaian jugak denga ketebalan poket
kan dah tengah bulan
duit pon of kos hampir-hampir kering

jadi pagi ahad 14/9/14 pon kami mulakan misi berkelah di PD
Untuk makanan, mak MG, Puan Rodzi yang masak
sarapan kami makan bihun goreng Pn Rodzi yang amat lazat tu
untuk makan tengahari Pn Rodzi masak sambal udang petai dan ayam goreng rempah

nak di jadikan cerita, pagi tu mendung pulak
rumak MG kat Kajang, jadi kami guna Highway LEKAS untuk ke sana
sepanjang perjalanan hujan lebat selebatnya
tawakal je la, kalau sampai pantai pon hujan lagi
kami nekad untuk makan dan balik ja

disebabkan kami ni jarang sesangat ke PD, jadi kami pon agak sesat
dari Kajang guna LEKAS kami sampai ke Senawang
dari Senawang tu baru En. Gold start guna GPS
Follow ja GPS, kami kuar dari LEKAS dan masuk highway utara selatan.
teruskan perjalanan dan kuaq exit LUKUT
hehe...yang ni kami ikut sign board
senang ja..nampak ja kawasan tentera dan muzium tentera
kami tau kami melalui jalan yang betul..hehe

dah sampai...tapi langit stil mendung
hujan pon gerimis-gerimis lagi
nekad ja la kami pon terus cari kawasan wakaf kat situ
wakaf pon penuh..jadi kami kongsi ja ngan satu famili lain
kalau la tak ujan kan best leh hampar tikar kat bawah pokok
sambil menikmati angin sepoi-sepoi berbahasa.hehe

ok bab tikar anda buleh sewa kat sana
1 tikar besar harga sewa rm5 tapi kita kn bagi deposit rm5
jadi totalnya rm10 ye


depa ni yang kalut nak pi pantai sangat,hehe

adik-adik nak mandi jadi kami temankan saja
dalam ujan-ujan pon ramainya orang kat sini
takut la jugak air laut berombak kuat jugak
MG ni cuak skit ngan pantai
sejak-sejak kejadian tsunami dulu

umayrah ngan pasir pon takut

tak mau turun dukung


untuk Umyarah ni la kali pertama dia ke pantai
ingat dia akan syok la..hehe
ini tak...takut ngan air, sampai nak berdukung ja sentiasa
MG nak korek lubang pasir nak kambus dia pon dia tak mau
tak thrill la umayrah ni
semua benda di takut.hehehe

nak tunjuk kata ramai orang ujan-ujan pon,hehe


orang ramai, banana boat semua ada
ada adik tu offer nak naik boat tak
ha...memag tak la...MG ni takut ngan laut
kena lak kejadian ada bidak mati kena langgar ngan banana boat kan
lagi la seram

daH puas mandi sikit-skit adik-adik MG
kami pon pi makan
sedap ya Allah makan kat tepi pantai
kena la plak ngan sambal udang petai tu
memang best
mesti famili yang share wakaf ngan kami ni jeles ngan bau sambai udang petai tu.hihi

dah sudah berpinggan tambah ujan pon start turun
berhimpit la kami di dalam wakaf tu
nasib baik umayrah pon behave, kalau tak kalut la jugak


Ayah dan anak


pas ujan reda sikit adik si yasmeen nak mandi lagi
jadi temankan dia lagi skali
dan pas tu kami pon balik
hehe...sekejap sangat pi
sampai lam kol 10 balik dekat pukol 1
sampai tuan sewa tikar tu pon cam terkejut bila pulangkan balik tikar tu
dia cakap sekejap sangat,hehe...


Bajet percutian ke PORT DICKSON
Petrol : rm20
tol : rm15
makan : bawak sendiri
sewa tikar : rm10

so, betul-betul bajet.hihi
my sweetheart


****bila la buleh pi melancong yang jauh skit....cam new zealand ka...Indonesia dah selalu pi dah,huhu...


Thursday, August 7, 2014

Raya Aidilifitri 2014

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya
Tahun ni baru ada gambaq famili penuh raya lain tak penah dan
rancang nak amik gambaq kat studio
tapi macam dok tau la, dah berkahwin ni
masa kena bahagi 2 keluarga
jadi raya tahun ni 1st day ada kat umah famili sendiri iaitu di kampung bukit tembaga, kuala Nerang Kedah

rancang nak pi studio jugak tapi
studio cina kat pokok sena tu tak bukak la raya ke 2 dan ke 3
susah lah, raya ke dua balik umah en. gold lak kat Pedu
jadi raya pertama ni amik ja la sendiri
ada yang guna monopod dan en. gold yang amik kan

raya ni tema kaler ialah grey
si kecik Umayrah pon dah ada baju kurung
tapi half day ja bagai pakai cian lak rasa panas kan bebudak nak pakai sehari

sejak ada anak ni susah nak amik gambaq macam
juadah raya pon tak dak gambaq
jadi gambaq raya kami hanya yang ni ja
juada taun ni cam besa..mee soto, ketupat palas,
rendang mavelous mak MG, lemang dan kuih muih

Alhamdulillah..semua mak ayah dan adik beradik MG ada
dan ini dapat jadi kenangan kami sekeluarag
Insyallah nak cuci dan masuk frame!






laki i cakap dia macam ustad lam semua gambaq-gambaq ni...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails