.

.

Wednesday, December 14, 2011

Alahai kain!

dulu masa mula-mula plan nak wat baju tunang memang suka sangat dengan design kain macam ni
dan memang nak wat design ni


tapi biasa la amatur yang bajet terer DIY ni sibuk pi beli kain tak tanya dulu kat tukang jahit
hasilnya cik gold beli kain untuk bahagian kain hanya 2 m
ya la selama ni beli kain untuk kain baju kurung tu 2m ja, jadi ingat suma kain sama la.hehe

pas dah dibawa ke tukang jahit, dia cakap tak leh wat la design tu sebab kain tak cukup
yang leh wat hanya kain kembang payung

dah alang-alang dah bawak kain ke rumah tukang
tak kan tak jadi nak wat kan?

jadi proceed ja la, sebab tukang ni kat kampung...cik gold lak nak kena balik serdang dah esoknya
dan kalau nak pi Jitra untuk beli kain pon dah rasa malas..padahal senang ja nak cari kain chiffon tu...cuma mungkin kaler ja yang susah.

tak pa la den redha...huhu...walaupon masih terkenang-kenang ke ke-flowi-an kain tu

jadi design untk baju tunang ialah baju kurung moden bersama dengan kain kembang payung..

sekarang baju dah 90 % siap...hehee
cantik ka tak cantik ka nak pakai gak
sebab dah boh so much effort untuk baju ni (^_^)


Monday, December 12, 2011

Plan ditukar

kan ari tu cik gold ada mention nak pkai selendang ala-ala dato siti untuk tunang ni
dan cik gol terus membeli selai selendang tu untuk dibuat template
dan bila dah beli kain terus potong mengikut template tu
siap dah jahit tepi bagi
pastu bila try lubang muka ( tol ka ejaan ni??) terlalu sempit
mmg dah dah try template yang dibeli dan dah dikenal pasti juga bahawa lubang muka template tu agak singkat, dan cik gold pon dah wat labuhkan sikit lubang muka tu

nak labuh cam ni.huhu..

tapi bila dah jahit stil singkat gak walau dan dilabuhkan
hehe...inilah dikatakan amatur

bila dah jadi cam ni tnyak gak pendapat housemate
tapi dioranag cakap still leh pkai
tapi cik gold punya perasaan dah tak best

terus tawar hati nak pakai selendang tu

jadi kenalah tukar kepada plan B
nasib baik belen kain untuk selendang ada lagi
jadi dah pilih untuk pkai veil untuk tunang

dah jumpa template jadi sibuk la memotong kain..
terus jadi cam seronok balik

sekarang veil tu dah siap di patch ngan lace..tingal nak jahit ngan pearl lak
harap-harap cantik
nanti dah siap akan tempek di blog


Wednesday, December 7, 2011

Honeymoon : DONE!!



Dah siap booking tiket untuk honeymoon...
huhu...best!!

dapat book untuk perjalanan pi saja balik belum sebab agak mahal ( walaupon dah dikira murah tu ) -- dasar cheapskate.hehe..
dengan harapan AA kan wat lagi promosi untuk tarikh balik lak...

dengar cita ramai teangah bengang tu sebab tak leh buka web AA
besa la tu...esok ok la kot.hehe

** terfikir nak bawak famili berjalan la sebelum kawin ni...kat mana ye...???
Langkawi mungkin...???


Monday, November 28, 2011

Cuti Awal Muharam

yeah dah beli kain untuk baju tunang
tapi yang tak syoknya kaler dia cam lari dari kaler asal yang nak dibeli
hajat nak soft pink last2 terbeli pink belacan
cuak gak ni...bukan apa takut direjek oleh mak nanti!
kalau rejek alamatnya kena beli baru la..
kaler cam kod ST 01 dan bawah kiri sekali...ok tak???huhu...dah cuak ni


sumber gambar : google

beli chiffon biasa ja kat Kamdar. sekali lining dan kain satin bahagian kain tak sampai rm50. pastu cari border lace lace..kat Kamdar tak dak lak...pi lak Gulatis...huhu. kupikirkan murah rupanya mahal..mau hampir pengsan masa SA tu cakap harga brapa...huhu...tak mampu la cik gold..untuk baju tunang tak mampu untuk spend banyak tu semata untuk border lace...
cantik memang cantik...tapi cam na kan bajet lak kurang...:)

setelah berlakon skit sakit pala akibat tak dapat cari lace tu, akhirnya en. Gold pon ajak pi Jalan Tar ( En. gold memang tak suka pi situ sebab sesak.hehe...)
hajat nak pi Jakel
pi pon dah lewat, lam kol 8.30 sampai...
parking mahal betol sampai rm10
cari punya cari tak jumpa Jakel kat mana, hehe...boleh cam tu? nampak sangat dah lama tak pi ke sana dekat 4-5 tahun gak la
last-last pi ke Madras ja yang dekat dengan Semua house, dan berjaya menangkap lace yang mempunyai border
hara memang mampu milik la..x sampai rm30 semeter :)
mood syok dah kembali!!
lantas mintak 2m..tapi SA yang baik hati tu bagi 2 1/2 meter
terima ja dah orang bagi kan..


lam perjalanan nak ke keta tu singgah jap beli tudung siti yang murah untuk di buat dasar untuk cik gold wat sendiri nanti...kalu jadi cik gold akan wat tutorial tudung siti ye..

jadi kesimpulannya,kain untuk baju untuk tunang dah setel..tinggal nak hantar tailor dan nak jahit lace dan manik ja -- harap-harap jadi...amin




Friday, November 25, 2011

Misi Esok

Misi esok sempena dengan cuti ujung minggu dan minggu gaji harus lah diisi dengan perkara yang boleh menghabiskan duit.hehehe...

antara benda yang ada lam senarai ni ialah

kain chiffon

border lace

kertas crepe

border lace tu harap la dapat yang berpadanan ngan bajet. nak try cari kat kamdar lu..kalau tak dak terpaksa la pi Jakel ka

sesi DIY akan bermula pasni..harap-harap jadi la..kalau jadi kita wat tutorial ye..kalau tak jadi...senyap-senyap sudah pi beli baju tunang kat Jalan Tar :)




Tuesday, November 22, 2011

Idea Tunang : Colour Theme



ok tak kalau kaler cam ni?
hehe...untuk tunang pon mengada nak bertheme-theme bagai kan??
nampak dull sangat tak?
ingat nak tambah kaler pink terang skit lagi (baru perancangan awal, kemungkinan untuk tukar kaler sangat tinggi.hehe )

dah ada kaler ni senang skit nak cari kertas crepe untuk wat bunga tisu nanti
sebenarnya cik gold lagi berkenan buat dengan tisu berbanding kertas crepe, tapi susah gak nak cari tisu yang kaler macam-macam ni.

cadang nak hias hantaran dan wat pomender ball guna bunga tu
hajat di ati nak wat tutorial bunga ni .hehe..gatal!

oh yee...ujung minggu ni cuti lama kan?
hah...best la nak cari barang, kain lagi ..baju tunang belum buat!!

berusaha cik gold!!

** dengar kabarnya future MIL dah beli telekung hantaran kat surabaya.hehehe...


Sunday, November 20, 2011

E-day checklist

1. Tarikh - 31/12/11
2. MUA - Gerbang Pelangi, Pokok Sena - setel!
3. Jamuan - mak dan jiran masak -setel!
4. Pakaian + aksesori - setel!
(a) baju - setel!
(b) tudung ikin-tak beli lagi - dah beli..rm10
(c) veil / selendang -setel!
(d) aksesori lain
5. Fotografi - amik gambaq sendiri ja ( tak tahu lagi)
6. Barang hantaran - setel!
7. Bekas hantaran - setel!
8. Back drop - setel!


18/11/11 -- mampukah cik gold menyiapkan semua di atas???
huhu...

hanya Allah SWT yang tau..

sekarang tengah pikir kaler tema lak??
soft pink ngan grey ok tak??



Thursday, November 17, 2011

Akibat gatai tangan!


Blog ini dah jadi tak berapa betol sebab cik gold cuba ubah background dia.
segala bloglist, shoutmix dan beberapa lagi widget ilang ( sapa suruh gatai tangan sangat kan??)
sebab tak save template lama

dah jadi kelam kabut dah blog ni

cik gold akan start balik wat bloglist baru terutama bloglist B2B
rugi woo, kalau tak dapat baca update dari B2B yang lain

right now, cik gold sedang menunggu kepulangan en. gold tersayang yang bercuti dengan famili dia kat surabaya
dengan cita demam sebab perbezaan suhu di surabaya dan gunung bromo yang melampau

satu terlalu panas dan satu terlalu sejuk

malam ni dia akan balik, dan dengar kabarnya akan terus ke Penang untuk outstation.huhu...
bila kita nak pi beli kain ni ling...??
tak siap la baju den nanti..


dan untuk malam ni, mari kita doakan agar Harimau Malaya dapat tewaskan sang Garuda di Indonesia sana.
kalau menang mana la kita tau kot-kot dapat cuti kan??
amin..


Idea Outfit tunang

Assalamualaikum..

dah start jenguk-jenguk blog bride to be suma
sangat suka dengan semangat dan usaha mereka menDIY kan segala persiapan kawin/tunang mereka..
cik gold rasa jeles dengan kekreatifan tangan-tangan mereka

antara blog B2B yang cik gold paling heart skali ialah blog ini, ini dan banyak lagi ( nanti cik gold wat bloglist baru)

sekarang ni cik gold tengah pikir fesyen apa nak pakai time tunang nanti
nak wat baju kurung moden atau baju kurung pahang

baju kurung moden
sumber

kelebihan
-cantik dan cun gitu ( baru nampak cam orang yang diraikan kan??)
-sesuai untuk tunang

kekurangan
-kena maintain kempis perut ni ( boroi sudah)
-kena hantai kat tailor sebab mak tak reti fesyen ni
-cik gold tak bapa selesa nak pakai fesyen ni

baju kurung pahang
sumber google

kelebihan
-amat selesa
-jimat kos sebab tukang jahit dah ada kat umah ( mak le tu.hehe)
-buncit skit pon tak pa

kekurangan
-rumet cik gold cakap nanti baju tu nampak cam biasa sebab semua baju cik gold jenis yang fesyen cam ni

kalu bab kain, cik gold ingat nak amik chiffon kosong dan beli border lace untuk di buat patching.
cik gold jugak ingat nak DIY tudung siti menggunakan chiffon yang sama
tapi tak jumpa lagi template untuk tudung siti

ada sapa-sapa yang ada template tu???
boleh bagi tau cik gold???

suka sangat outfit baju puan cam ni time nikah nanti...huhu

sumber google


Friday, November 11, 2011

Tudung atau selendang

Assalamualikum..

dah start gatal untuk usha-usha outfit untuk bertunang ni

cuma sekarang dalam fikiran ni, nak pakai tudung atau selendang CT
lam ati ni bekenan ngan selendang CT tu.
tadi dah jalan-jalan kat Ariani Bangi nak usha selendang CT yang ada bead bead skit
usha punya usha peehh... harga dia menjerut leher rm550 untuk satu selendang tah apa kain dia chiffon silk kot, ngan bead pon sikit -- terus terkejut beruk dan terus blah dari situ

hehe...gatal berangan nak pakai Ariani
taraf cik gold ni layak pakai yang di beli kat Jalan Tar saja.

antara fesyen tudung yang berkenan di hati ni ala-ala macam ni la


disebabkan cik gold ni tak dak bajet sangat, jadi dah mula terpikir nak DIY (---bajet terer lagi ) gak selendang ni
hajat ati nak beli selendang yang kosong, pastu nak jahit manik ka atau nak tampal ngan kerawang yang ada kat lace tu..
tak sempat-sempat lagi nak pi Jalan Tar ni

risau lak..jadi ka tak
nampak gayanya kena beli dan buat dengan cepat la..bukan apa kalau tak jadi leh terus pi beli ja...huhu

ni satu lagi dok pening ni, kaler baju pon tak dak lagi
kaler pa ye yang cantik??

nak pikir siap-siap ka nak guna teknik terjah yang m,ana bekenan dan beli???

ni baru nak tunang
kalau nikah nanti jadi bridezila tol la ni

hehehe...


Wednesday, November 9, 2011

Mode cuak bermula

Assalamualaikum..

lama tak update blog
dah bersawang pon
orang berblog kita nak berblog gak...jadi cam ni la.hehe

cam tajuk kat atas tu, cik gold la ni tengah cuak
en. gold dah tunjuk cincin kat mak dia
mak dia pon dah suruh en gold pilih tarikh bila nak tunang
setelah dipikir-pikir...mungkin hujung Disember ni ( 30/31 Disember 2011 atau 1 Januari 2012)
tapi tarikh tu still tak tetap lagi, mana tau ada perubahan lak

yang nak jadi cuak tu sebab preparation la
baju la, pelamin la, hantaran la mekap la, makanan lagi..huhu
cik gold anak sulung, tiada pengalaman bab ni

bab baju lak -- nak beli kain dan buat atau sewa ( selalu tunang orang wat kan???)
dan kalau nak wat kena pikir lak kain apa nak beli...cik gold ni fail skit bab- bab ni sebab kalau pilih mesti mak tak bekenan. nak balik beli ngan mak lak..susah sebab dah balik raya haji lepas

pelamin tunang -- ingin nak DIY ja ( macam reti.huhu...tak pa-x pa cuba sehabis daya!!)

hantaran -- kalau ikutkan belah utara ni hantaran untuk tunang hanya makanan dan benda manisan ja..problemnya sekarang belah laki ni nak hantar ka hantaran..harap kat en. gold berjanggut la nak tunggu dia tanya mak dia.tak kan lak kita memandai-mandai wat hantaran, nanti pihak sana tak wat juga ( kena paksa gak en. gold ni)

mekap -- mungkin nak pi kedai ja kat pokok sena tu (prob nya sapa nak antaq cik gold pagi tu..keta ada 1 ja..)

makanan -- tak pening sangat kot, bab ni serah ja kat mak, yang penting bagi duit kat dia

ada lagi tak yang lain-lain
start ari ni kena rajin la terjah blog orang nak kawin nak cari idea
pasni nak pikir bajet lak...huhu


adios....


Monday, October 31, 2011

Sunday, October 23, 2011

Setelah mati baru terbongkar segalanya


Al-fatihah untuk Allahyarham Muammar Gaddafi

di sebalik imej peliknya, rupanya tersembunyi banyak kisah yang sengaja di sembunyikan daripada kita
di sebalik semua orang mengutuk kekejaman Allahyarham menyimpan harta rakyat

wajarkah beliau dibunuh kejam dan mayatnya dimalukan sedemikian rupa dengan diheret dan disimpan di peti sejuk sebuah pasaraya??

cik gold tak sanggup nak tengok rakaman saat kematian Allahyarham

nampaknya para penyokong dajjal dan amerika sedang bersorak sekarang
seperti mana rakyat Libya yang kononnya nak sangat dengan demokrasi sekular tesebut




antara petikan yang cik gold amik dari laman blog YB. Zulkifli Nordin

dizaman pemerintahan Muammar Gadaffi

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
bila dah meninggal baru kita tau kebaikkannya...

nak ulasan lebih lanjut klik blog YB Zul kat atas






Wednesday, September 21, 2011

Hujah TV9


Saja nak enterprem gambaq adik cik gold.haha..
semalam dia jadi panel untuk rancangan hujah di tv9 kol 10.30 dengan tajuk tragedi Bukit Kepong.
Rancangan ini dirakamkan di kolej 1, Universiti Malaya..
sapa nak ngorat leh emel ye....hehe

la ni...mood untuk berblog dah semakin kurang
dengan bebanan keja lagi
dengan tempat keja cik gold nak kena audit ngan SIRIM lak
Esok, Jumaat 23/09/11 depa akan mai Audit
ni tahun kedua berturut kena Audit ngan SIRIM ni
harap taun depan jangan mai lagi





Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya


Kita dah ada kat hujung-hujung Ramadhan dah ni
kemeriahan ari raya dah terasa
lagu raya pon dah ari-ari dengaq

semakin tak sabaq nak balik kampung
cik gold akan balik pada 26/08/11 ni..
pas bukak posa akan bertolak
harap-harap jangan la jem, dan selamat sampai ke kampung

checklist raya
kuih raya- siap!!
baju raya- siap!!
kasut raya - x beli lagi, nak beli kat Aloq Staq
sampul duit raya- x siap!!
duit raya ( budak2 yg x dikenali)- siap!!
duit raya ( sedara mara)- siap!!
duit raya ( adik-adik)- siap!!
tudung- siap!!
tukaq tayar- siap!!


dapat sms mak nak meja makan baru
huhu...mana cek nak cekau duit......
tak bagi rasa cam kesian

sapa da duit lebih cik gold nak pinjam.... (T T)

apa-apa pon cik gold nak mengucapkan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


andai ada salah dan silap harap ni maafkan
semoga kita suma selamat sampai ke tempat yang di tuju

Assalamualaikum






Thursday, August 18, 2011

bila henpon tak dak kamera


henpon lama

sejak 2 menjak ni malas tol la nak update blog
sebab henpon la ni tak dak kamera, susah nak amik gambaq alasan!
kalau dulu senang ja..apa yang berlaku leh terus amik gambaq leh bog lam ni

sejak henpon henpon cikai sony ericson k550i tu rosak cik gold beli henpon yang lagi cikai berharga rm80 huhu...
ingatkan ok la, sebab dah ada kamera gedabak tu
haha..last2 susah cam ni..
tak kan nak pi mana nak usung gedabak tu..

henpon baru

dulu ada gak kamera digital besa tu..tapi dah rosak
pasaipa x tau, baru ja setaun guna
bila hantaq repair dia nak rm400++

terus tak amik dah kamera tu..dok ada kat kedai lagi
baik beli baru kalu harga cam tu

nampak gayanya nak kena tukaq henpon la...haha..

kadang-kadang nyesal lak beli kamera gedabak tu...
tak guna sangat.hehe...







Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak


Ramadan datang lagi
Sempat jugak cik gold abehkan posa ganti ari tu...
time nak tak posa memang la syok..bila nak ganti..huh..susah betoi!!

jadi sebulan dua sebelum raya ni, cik gold dah siap membeli pakaian raya untuk mak ayah dan 5 adik cik gold
kos dia huh...!
tak tau nak cakap la
memang tak cukup perbelanjaan gaji 2 bulan ni
walaupon hanya beli benda yang basic
orang leh cakap..ala tak yah la beli yang baru-baru suma
tapi kalau adik-adik dan mak pak kita ni time raya baru nak beli baju baru tak kan kita nak beli kan

tak pa la..beli ja la..sebab time diorang idup dan adik-adik masih sekolah dan kecik ni la kita leh tolong
kalau dah tak dak??
tak ke nyesal??

hehe...adik-adik ku, gaji akan datang kak hampa beli kasut lak ye!

cik gold yang kerja cam (konon2 keja besaq) ni dah rasa perit ( jangan ditanya awat cik gold tak beli keta lagi)
macam mana la ye..kalau famili tu anak ramai, dengan gaji yang sikit nak beli persiapan raya ni
memang perit!!

tak pa..life must go on
ayah cik gold dulu sara kami adik beradik dengan menoreh getah dan memperbaiki kasut pon dapat beli semua lengkap..
cuma la ja time cik gold dah keja dia pon lepaskan tanggungjawab tu kat cik gold
tak pa ye ayah dan mak...cek akan sapot selagi cek terdaya
sampai cek dah kawin pon akan sapot jugak ( cuma tak sebanyak macam la la kot.hehe...)

apa-apa pon semoga puasa kita taun ni diterima oleh Allah SWT

bye...





Tuesday, July 19, 2011

Sesi menjaga muka


nama ja pompuan. tapi jarang sekali wat facial mecial ni
yang last buat pon dah hampir setahun
jadi cam na nak cantek jelita??
kata nak kawin tahun depan
harus la setat dari la kan??

bukannya apa, keinginan tu ada..tapi malu la rasa orang dok pegang muka kita..tolong picitkan jerawat, balckhead suma
kalau muka ni memang suci bersih dari benda tu tak la malu sangat

tiba-tiba ni datang sorang ni jual package dari Ree'skin harga rm29.90
lam tu ada 3 sesi untuk facial, eye treatment dan massage
wah excited ni
last monday pi gak la ngan ofismate ni

tapi besa la kalau pi ni mesti la depa suma akan push suruh amik product la pakej nu la ni la

cawangan yang kami pi ni kat Bandar Baru Bangi

jumpa lak beauty consultant tu dia cakap muka cik gold kering la..tu sebab ada pigmentation ( ya muka cik gold ada pigmentation.huhu..)
pastu dia pon setat suruh beli macam..
haha..bab ni cik berjaya menepis segala dugaan dan tak beli pon
nak beli aponya..1 set produk dah 1000++
hoho...bukan nya kaya pon ni


pastu dah setel bab product dia promote bab pakej facial lak
bab ni cik gold dah goyah
haha..nama pon pompuan kan..mana leh nak tahan bila di goda cam ni

cik gold tak bagi jawapan lagi
nak facial dulu
jadi setat la facial2 ni..

sejam lebih gak la
pas sudah tu memang la muka terasa lembut dan segaq!!

dah abih tu diasak lagi oleh beauty consultant tu
last skali apa lagi amik la..
sebab lain sebab ofismate pon amik sekali..

melayang la duit cik gold
tapi tak pa demi masa depan yang gemilang (^_^)





Sunday, June 26, 2011

Nilai 3


hari sabtu lepas pergi Nilai 3
awat ye..cik gold rasa cam tak best pon situ
dengan barang-barang nya yang dah lama
mahal pulak
kedai kain baju pon cam dah outdated
tak masuk kedai kain yang mahai dan besa-besa ja coraknya??
ka cik gold yang tak reti cari??

ingatkan gaji bulan ni nak gak la shopping baju raya ka, baju keja ka
tapi, pi - pi tak best pon( sori ye orang Nilai)
kuaq umah kol 10.40 pagi kol 12 lebih dah sampai umah..leh cam tu???hehehe


dah rasa cam awal sangat balik ni, bergerak la plak ke Sungai Chongkak...
huhu...jahuh gila..dah la panas lam keta, cam tak terasa ekon nya.hehe..

tapi yang bestnya kat sini sepanjang jalan orang jual buah-buah kayu..
niat ati nak carai buah salak...tapi tak dak pon...
last skali hantam manggis ja la..

leh la pi jalan - jalan ni tak bawak kamera!
jadi tak dak la gambaq.hehe..

dah sampai sana konon-konon tak mau mandi
last-last jeles la tengok En. Gold ja mandi
sebab dari awal lagi tak mau bawak baju salin..padan muka
dah la time tu panas gila kalau leh mandi best ni..

haha...last-last sibuk nak ajak En. Gold datang balik nanti..

tapi sekarang susah la nak kuaq jalan-jalan dah..En. Gold tengah bizi baru dapat projek baru..orang lak tak cukup jadi ari ahad pon kena keja..

tak pa la lalinye..keja baik-baik ye..kumpul duit bebanyak!
hehehe





Wednesday, June 1, 2011

genap 25 tahun dah..huhu


29-5-2011

genap cik gold 25 tahun

dah suku abad...





Monday, May 9, 2011

Cik Gold dirisik??

** entry tak dak gambaq

2hb Mei lepas
masa mood cuti ari pekerja tak abeh lagi
En. Gold bawak rombongan famili dia datang umah dengan 2 bijik keta, penuh umah..umah lak kecik

tak tau la nak klasifikasikan kedatangan depa ni apa..tapi cik gold rasa ini la merisik kan??

datang berbincang bila nak tunang..
kena syarahan agama skit-skit

hehehe...

memang tak dak preparation pon untuk sambut depa ni

ya la, kol 2 petang baru sms cakap famili nak datang
last-last menu ari tu hanya goreng pisang dan nescafe tarik la - cik gold buat ye, bukan beli!

punya la tak prepare sampai gambaq pon tak sempat amik

cik gold pon hanya pkai tshirt dan sluaq track ja
kalau ikut ati nak gak wat proper, cam pakai baju kurung ka..ni tak sempat

tak pa la nak wat cam na.hehe

kalau ikutkan ati memang cuak la..tak tau cam na nak tunang nanti

harap apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar, walaupon dah nampak banyak kepayahan yang terpaksa kami tempuhi untuk bersatu = (





Sunday, May 8, 2011

Ubah Imej

semalam masa pi Tesco Kajang
ada nampak jubah lycra ni
harga cam murah
saja nak try..

pompuan, kalau dah try mesti terbeli punya
walaupon hajat tu nak try ja..huhu

masa try tu, posing depan en. gold
dia pon suka..tu yang bertambah semangat nak beli tu

gambaq diambil dari internet

ala...jubah ni dah fesyen lama..cik gold ja baru nak beli
tapi ada untungnya jugak sebab harga pon dah turun, leh jimat.hehe..

pas beli ni tingat lak sms en. gold dulu

"u tu nak jadi bini i dah, kena la start jaga penampilan..sebab i yang akan bertanggungjawab"

huhu...1st time cik gold baca sms ni terus tingat kat ayah
wah...banyaknya dosa yang selama ni cik gold buat, ayah yang kena tanggung
mintak maaf ayah...cik janji akan jaga pakaian - mode insaf...x tau lama mana nak tahan ni





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails