.

.

Thursday, April 19, 2012

batal air sembahyang : Rantai Tangan

Assalamualaikum

selamat ari jumaat, penghulu hari yang indah
bersyukur kerana masih bernafas hingga ke ari ni
sempat lagi wat entry ni sebelum pi meeting OSHA pagi ni.hehehe

ok, hari ni nak sembang pasal acara pembatalan air sembahyang lak
selalu masyarakat kita akan guna cincin atau rantai tangan (RT) kan
cik gold prefer RT
salah satu reasonnya adalah sebab lebih mahal dan lebih besar...leh gitu..hehehe
kalau ikut en. gold dia cakap apa susah..sentuh ja kan dah terbatal air sembahyang..hehehe

noo...nooo.... my darling
cik gold nak gak rantai tangan --> perempuan tamak ni.hehe

RT ni dah lama kami beli mungkin dalam bulan 1 lepas kot
cik gold memang selalu beli barang kemas online
memang setakat ni semua peniaga berlaku jujur
sebab cik gold penah try pi gadai barang kemas tersebut
dan ar rahnu tu terima
alhamdulillah la, sebab beli online ni kan risiko dia tinggi

untuk RT ni cik god tak pau la besaq-besaq sangat (walaupon cik gold nak yang besaq punya.huhu...)
sebab cik gold tau kemampuan my other half tu memandangkan beliau bakal nak keluarkan banyak belanja untuk hantaran dan mas kahwin serta belanja kenduri lagi

sejujurnya cik gold amat menyukai barang kemas kuning ---> ni la reason kenapa nama cik gold ialah cik gold.hehehe
walaupon tau orang muda tak brapa suka kan mas ni sebab depa lebih prefer mas putih
kelebihan mas kuning ialah kebolehannya untuk dijual kembali la
kan mas putih susah nak jual.hehehe...

ok la mai kita tgok cam na RT tu
serius tak besaq, kecik ja...
tapi mas tetap mas kan...tetap berharga
hehehe...
Link

gambaq sumbangan



Wednesday, April 18, 2012

Teaser : Baju Akad Nikah

Assalamualaikum...

semakin hari semakin malas nak wat entry baru
bukan takat entry, semua benda jadi malas
nak jaih manik malas, kerja malas, tengok tv pon malas...yang tak malas-malas ialah makan
semakin nak kawin berat badan semakin bertambah
tarikh nikah dah dekat, nampaknya kena berusaha gak untuk diet ni
nanti baju tak muat

untuk tudung dan selendang nikah dah tukar plan dah tak mau nak DIY sebab kos untuk DIY macam lagi tinggi
masa tunang dulu lain, lace pon beli sekali untuk baju tunang lebihan tu la di wat selendang
dah jimat dah kat situ
tapi untuk nikah ni memang lebih afdal untuk sewa ja
lagi pon bukan nak pkai berulang kali veil tu kan

jadi keputusan muktamad veil tu akan di SEWA

baju nikah pon dah siap
harga pon affordable la
kalau tak lagi murah, harga beading la membuatkan dia mahal skit
tak pa la...tak dak rezeki nak DIY baju nikah sendiri



cuma yang cik gold ala-ala pening tu untuk tudung nikah nak beli kat mana ye
ada gak usha blog lain yang nak sewakan tudung nikah
tapi harga rasa cam mahal sangat lak
inagt cuti 1 Mei ni nak balik Kedah dan pi balik ke butik pengantin yang cik gold amik tu nak tengok kot-kot ada ka tak tudung yang bekenan dihati
kalau tak dak kena beli baru la jawabnya

minggu lepas pi ke kedai bunga yang orang cakap murah tu Fah Lean Floral kot nama dia
tak print map pon sebab bila baca dari blog orang lain macam tau ja jalan nak pi
hehe...bajet terer la sebab dah hampir 6 tahun dok kat Serdang
bila pi cari punya cari punya cari tak jumpa la.hehehe...
last-last tak beli bunga dan bunga ni akan di cari kat Kedah lak la.

bilik cik gold kat kampung pon dah siap...yeeeeeaaaayyyy!!

la ni berdebar lak rasa nak tunggu nikah
tu yang jadi malas nak wat suma benda tu


Thursday, April 5, 2012

Problem : Permohonan Nikah

Assalamualikum..

masa balik kampung ari tu
cik gold dan en. gold pon pi la Pejabat Agama kat Kuala Nerang
ingatkan leh amik borang permohonan nikah kat situ...bila dah pi sana
tak leh la plak
alasan dia kena pi amik borang kat imam kat kampung dengan alasan untuk mengesahkan kariah kampung
masa kat lam kursus kawin dulu depa cakap leh amik kat Pejabat Agama

Ahh.... problem la lagi
sebab hari cik gold pi pejabat tu ari khamis
kat Kedah, jumaat dan sabtu cuti
memang hari ni ja niat cik gold nak setelkan suma
alih-alih tak leh, ahad dah nak balik

imam kampung cik gold lak, ari kamis tu ada kematian pastu keesokkan harinya pemangku sultan kedah nak datang kampung
sah-sah la dia akan sibuk
pastu imam belah kampung en. gold lak pi Mekah
belum cari lagi sapa pemangku dia
last last tak setel la

nampak gayanya hujung bulan 4 ni kena balik kampung lagi
nasib baik tiket AA murah lagi leh la balik naik flight
kalau nak naik bas memang pk 2 3 kali la
letih wooo naik bas, 6 jam lak tu


Tuesday, April 3, 2012

Cuak Melanda Lagi

kenangan lama hampir berulang! ( terlepas nak ke Langkawi!)
iaitu tertinggal flight
28/3/12 yang lepas cik gold balik kampung
flight lak kol 6.05 ptg
bajet sempat la nak pi airport kan
kuag umah kol 3 ptg..
cam besa la kn tunggu bas rapid lak
bas ni kalau kita tak tunggu berduyun duyun mai
kalau kita tunggu lak harap la nak mai cepat-cepat
kita lak tak selalu naik bas tak tau la nak bajet time dia
tunggu punya tunggu pnya tunggu setengah jam pastu baru mai....ketiak suma dan berpeluh ni

dah naik bas amik masa lam 20 minint gak nak smpai hentian komuter serdang...padahal dekat ja pon
sampai ja hentian komuter, train yang nak ke bandar tasik selatan pon sampai..
mana sempat nak naik nak kena beli tiket lagi...
terlepas la train tu...

tunggu la cik gold kat situ
memang dah start cuak dah takut tak sempat, sms en gold dia kata sempat lagi
jadi cool la skit
skali tengok kat board yang tulis masa untuk next train datang tu lagi 30 minit
hah sudah...level kecuakkan dah makin naik...
sabaq ja la tunggu ja lagi sebab yakin KLIA Transit nanti laju dan mesti sempat punya
dah pas 30 minit mai la komuter tu sambil terhegeh-hegeh

berlarian la cik gold naik
train berenti kat Bandar Tasik Selatan
time ni lak leh terjumpa peminat setia ziana zain ni
seksi gila pakaian
hehehe....sabaq ja la...



sambung bab train tak abeh lagi....time cik gold dok beli tiket, train laju tu pon sampai
memang tak sempat dah nak ligan
time ni dah kol 4.55 kot...train lak kol 6.05 petang
rasa cam sempat la..bila dah sampai sini
sekali tunggu punya tunggu...kol 5.30 petang baru next train sampai...ni nak kena naik bas lak pas ni kat Salak Tinggi..
memang lam ati cik gold kuat la mengatakan memang terlepas la flight tu

tapi cik gold nekad lam ati nak balik gak kampung malam tu
tak kisah la nak kena beli tiket baru ka apa ka
rm300 pon rm300 la cik gold nak balik gak
lebih kurang kol 5.45petang cik gold naik bas..time ni memang dah yakin flight tinggal...hehehehe tapi lam hati masih ada sekelumit perasaan yang masih sempat.hehehe

sampai ja LCCT memag cik gold tak berjalan dah...berlari ja sepanjang masa
terus pergi tempat pengawai dok jaga nak bagi masuk tu
bagi ja kat dia boarding pas...pastu dia pon kata

pengawal : ni dah tak sempat ni kak, pasaipa lambat??
cik gold : tu la macam-macam problem dok jadi dari tadi...kol bapa lak flight pi Penang ada lagi
pegawal : pi Penang kol 10 satg ada, kak pi sembang kat kaunter tu tengok
cik gold : ok la...

time ni memang dah berserah dah...wak kuaq dah kad kredit nak swap...hehehehe

situasi ni kat kaunter tu

orang kat kaunter : hai kak, apa leh saya bantu
cik gold : kak ni dah lewat sampai ni...kak nak beli tiket yang kol 10
orang kat kaunter : bagi saya boarding pas...eh kak, flight ni delay 45 minit...tapi kak kena pegi sekarang ni
cik gold : ya ka...hah ok la..time kasih na...

dengan sepantas kilat cik gold berlari tempat berlepas
time ni dok dengaq dah depa dok wat pengumuman terakhir untuk flight ke Penang
sepanjang dok lari tu memang suma mata orang dok tengok cik gold la...mesti depa tau kata dah lambat...hehe

Alhamdullilah sempat gak naik..hehe
cik gold orang last naik
nasib baik tangga dok ada lagi...kalau tak jenuh panjat
flight ni penuh ngan geng-geng tak mandi pagi tu la
pi Penang mesti la penuh ngan orang depa kan
syukur sangat masih sempat
dah terbayang-bayang muka famili ngan en. gold.hehe

perjalanan sat ja lebih kurang 45 min ja dah sampai


memang perjalanan kali ni memang yang paling teruk la...dengan datang lambat dengan tak makan tengahri lagi dengan duit tak jolok lagi...
kononnya nak makan ngan amik duit kat LCCT
masa dok lam flight memang lapaq la bila orang di keliling dok makan
duit lam beg duit lam ada rm8 ja
nak beli pa ngan rm8 kat atas awan nu...kacang leh la beli tak silap rm5 kot
cik gold lebih rela lapaq daripada makan kacang harga mahai gitu
tu la pengajaran, lain kali kena kuaq awal, makan siap-siap dan pastikan duit ada..kalau tak jadi kalut cam ni lagi la...ehhehe
tapi rasa sangat puas sebab dah bersusah payah cam ni akhirnya sampai gak.

cheese garlic naan set yang dimakan dengan lahapnya

dah landing jumpa en. gold, pas sembahyang suma kita pi makan Kat Restoran Kapitan kat Penaang...
lama aih tak mai Penang.hehe
hehehe...pas makan terus pi umah en. gold amik beg baju dia dan terus balik ke Kedah

tengok muka ni terus ilang segala penat ngan lapaq...en gold memang suka wat muka-muka bila diamik gambaq!

memang satu pengalaman yang berharga la...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails