.

.
Showing posts with label Pengalaman Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Mengandung. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Strechmark dah ada..!!


Assalamualaikum

entry yang lepas menceritakan tentang kesediahan yang melanda
la ni pon still sedih lagi
tapi apa leh buat
hidup mesti diteruskan,harap semua dugaan yang datang
dapat ditempuhi dan baby 'u' akan selamat

satu lagi fakta yang dapat dicari ialah

Jangkitan GBS jarang berlaku tapi kesannya kekadang amat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak di rawat. Jika ibu adalah pembawa, bayi berisiko untuk dijangkiti semasa proses kelahiran, 1 dalam 200 bayi akan dijangkiti jika antibiotik tidak diterima ibu semasa bersalin dan 1 dalam 4000 bayi dijangkiti jika antibiotik diberikan.
1 dalam 20 bayi yang dijangkiti GBS tidak dapat diselamatkan.


semoga semuanya selamat..

ok kita tinggalkan cita sedih ni
berbalik kepada tajuk diatas
strechmark telah muncul bila perut MG dah masuk 8 bulan
strehmark terjadi sebab kulit kita tak cukup masa untuk mengembang
dan amat kerap terjadi kepada wanita pregnant
dulu ingat akan terselamat la daripada benda ni
sebab memang pakai krim strechmark dari Pureen
tapi start pakai pon agak lewat mungkin start bulan ke 5 kot
tapi sebelum tu memang sapu ngan minyak Franch Oil
(kat perut ja tak dah dulu, tapi bahagian betis, breast dan paha ada.huhu...) 
tapi la ni dah timbul kat perut
atas skit dari ari-ari..
tak comel dah la perut pas ni

mungkin kerana kenaikan berat yang banyak masa pregnant ni
setakat ni saja MG dah naik lebih kurang 13kg
bertuah la sapa-sapa yang tak kena benda ni
memang pandai betol depa jaga
Selain itu benda ni leh dikurangkan dengan mengurangkan kafein
serta minum lebih air kosong

jadi la ni still pakai krim strechmark Pureen tu
sambil-sambil tu sempat godek-godek petua untuk hilangkan benda ni
antara petua yang sempat dicari

PETUA HILANGKAN STRECHMARK 

  • 1 sudu teh kapur makan
  • 1 sudu teh jus limau nipis
  • 20 titik minyak kayu putih 
CARA -CARA
  • campurkan kesemuanya
  • sapukan ke tempat yang bermasalah
  • amalkan selama beberapa minggu hingga ia pudar atau hilang

memang akan buat la time pantang nanti
keberkesanannya masih diragui sebab belum try
dah try leh la bagi testi nanti
 

Wednesday, January 23, 2013

Checkup 34 Week dan GBS Carrier

Assalamualaikum

cita sedih ari ni
hasil checkup minggu ke 34
MG disahkan pembawa GBS atau bahasa omputihnya GBS Carrier
semua ni berpunca dari keputihan yang banyak kuaq time pregnant ni
hasil dari vaginal swab yang MG amik bulan lepas
result dia gynea cakap MG positive streptococcus group b
menurut dia lagi fungus ni memang ada 12-15 %dari wanita yang mengandung
dan 25% daripada wanita yang sihat
dan MG adalah salah seorang daripadanya....huhu

bahaya fungus ni
dia takkan ilang walaupon dah makan antibiotik
dia tak memberikan kesan buruk kepada hos dia
tetapi akan effect kepada bayi yang akan dilahirkan nanti
antara effect dia ialah boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, otak, saraf tunjang dan darah.
dan yang paling teruk lagi
boleh menyebabkan kematian bayi

la ni runsing la dok pikiaq pasal ni
gynea pesan nanti bila nak bersalin kena ingatkan balik kat nurse/doktor
takut depa lupa
bagi nak elakkan daripada menjangkit bayi, depa akan inject antibiotik masa nak beranak nanti
tapi MG ni suka pikiaq yang negative
takut nurse lupa la walaupon dah di ingatkan
takut still jangkit kat baby gak la
2 3 ari ni tak lena tido dok runsing pasal benda ni

memandangkan MG akan bersalin kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar nanti
cuak gak la sebab MG checkup monthly kat private (klinik panel)
takut nanti hospital tak mau terima lak
sebab ada GBS ni dan tak wat follow up ngan depa
tapi bila kol tadi Alhamdulillah..
tak yah checkup dah..hanya pi cam besa time nak beranak
tapi kena inform depa pasal benda ni
nanti depa nak bagi antibiotik tu
itu saja..

dah jadi carrier ni rajin lak mengoggle pasal benda ni
antara info yang MG sempat google lagi

Bayi Anda Berpotensi Untuk Dijangkiti Jika:

  • Anda pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS+ve.
  • Anda mengalami kesakitan bersalin yang terlalu lama.
  • Air ketuban pecah dalam tempoh yang agak lama sebelum proses kelahiran berlaku.
  • Dilahirkan kembar.
  • Berat badan semasa dilahirkan kurang.
  • Anda menghidapi choriomnionitis, iaitu jangkitan kuman dalam rahim yang menyebabkan demam, sakit pada bahagian uterus dan sel darah putih meningkat.
  • Lahir pramatang.

dan antara simptom simptom yang menunjukkan
bayi kita telah dijangkiti ialah

Simptom-Simptom Yang Mungkin Dapat Dilihat Pada Bayi Yang Dijangkiti Ialah:

  • Badan letih dan lesu
  • Kurang menangis
  • Kurang menyusu
  • Pernafasan tidak normal (terlalu cepat atau berbunyi)
  • Jaundis yang berpanjangan
  • Sawan

yang lain-lain masa checkup 34 minggu ari tu tak dak pa
suma normal

berat :72kg
BP :112/75
tinggi rahim : 34 cm

dan kali ni memang nampak betol jantina baby
dulu dengaq dari gynea ja
MG tak nampak sangat pon
jadi selamat la baju-baju pink tu..
memang sah dah girl yang akan kuaq..

masa balik gynea bagi lagi ubat untuk dijolok di bawah tu
kali ni ubat dia cam lemak
senang nak masuk
yang dulu cam ubat pil besa
MG suspek, nurse kat situ silap bagi ubat la yang memula dulu
tak pa lagi 2 minggu checkup lagi nak habaq kat dia balik

mintak-mintak la selamat time bersalin nanti
dan tak ada effect apa2 kat baby..

Tuesday, January 22, 2013

Dah Beli : Set Bersalin Afiat, Bengkung, Losyen Yusmira

Assalamualaikum

dah jumpa dah jamu ni
stelah merata mydin pi cari
last-last kat kedai jamu dekat serdang ni jugak jumpanya
tujuan pi mydin tu bukan pa
kot la leh dapat harga lagi murah.hehe..
tapi kat kedai jamu ni pon ok
harga asal rm89.90 leh la dapat rm80.00.hehe...
tak ke jimat tu
kalau beli kat sini, gerenti akan dapat diskaun 10% dari harga asal
seriesly harga kat sini tak markup pon..ikut harga kat kotak gak
jadi leh jimat
sapa yang dok serdang ni tau kot..kedai dia kat sebelah kedai emas cintaku tu
lupa lak MG apa nama kedai ni

lam set ni ada banyak gak barang

antara kandungan dia

KANDUNGAN:-

• Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam.
Untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga

• Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi
Bertujuan untuk memanaskan badan selepas mandi.

• Minyak Afiat
Digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat

• Balm Afiat
Disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.

• Akar Kayu
Direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari
Untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan

• Barut Berubat
Untuk membantu mengempiskan perut

• Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam
Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

• Feminin Care campuran herba beraroma
Bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.

• Gel Mandian Serai Wangi diadun dengan aroma terapi Serai Wangi
Untuk menyegarkan kulit badan dan khasiatnya sama seperti mandi lulur

last skali ada tali pembentan, tah apa kegunaan dia pon tak tau
harap dapat guna secara keseluruhan la jamu ni
dan harap jugak, baby 'u' tak kena kuning
leh MG guna set ni secepat yang boleh.hehe..

kat situ jugak beli siap-siap bengkung dan losyen pati halia dari YUSMIRA
Bengkung MG amik dari jenama mak bidan
tengok saiz dia dari bawah breast sampai ke pinggul
ok la kot, kain dia lak dari kain belacu
nanti dah pakai MG akan wat review
bengkung dapat harga rm35 (belum diskaun lagi)
dan losyen tu rm26 (belum diskaun lagi)
mahal gak losyen ni
MG ingat harga belas-belas ja
kalau tak langsing gak tak tau la
total abeh ari tu cuma rm136 selepas di diskaun
ok la tu..
bajet pon sikit ja..hehe

Tuesday, January 15, 2013

Dilema nak beli bengkung bersalin

Assalamualaikum

dilema lak nak membeli ni
bukan pa..sebab kita pon tak tau
kita bersalin nanti cam na caranya
cser ka atau normal
cser kan lain bengkung dia..dah la agak mahal
dan rupa bentuknya macam tak menyakinkan
hehehe..
tengok pon cam yakin sebab tak dak ciri-ciri tradisional kan

kalau nak beli yang tradisonal lak
takut terberanak cser
ingat nak beli 2 helai untuk tukar-tukar
tapi kalau cser tak ke rugi
dah servey dah kat blog ni
harga berpatutan rm75 untuk 2 bengkung
dan free 1 tungku baby
harga berpatutan dan MG pon mampu untuk beli


Set C
2 Set Bengkung Mama RM75.00
PERCUMA 1 Tungku Baby
PERCUMA Kos penghantaran
blog ni

cam na ye..sebab kalau nak beli pas dah bersalin tak leh lak
sebab MG nak bersalin kat kampung
sah-sah la tak dah internet
susah lak nak beli online
MG pon dah 8 bulan lebih ni


cam na ye???



Sunday, January 13, 2013

Topup Barang Lagi

Assalamualaikum

perut dah makin besaq
makin tak larat nak wat keja
apatah lagi umah tingkat 3
tak dak lif...huhu
rasa cam nak cuti bersalin awal ja ni

sabtu yang lepas topup lagi sikit barang
lagi tak bersalin lagi tu la dok membeli..hehe
tujuan asal pi mydin nak beli set bersalin afiat ijau tu
sekali pi yang ijau tak dak, ada yang set kelabu ja
malas la nak beli set kelabu tu
sebab set tu kena bancuh sendiri dan minum

ehsan google
huhu tak terdaya la nak minum
kalau yang ijau dia dah siap pil
ari tu dah jumpa tapi tak beli
la ni nak beli abeh lak
kol mak habaq kat dia..dia cakap balik beli kat Pekan Rabu ja la senang
jadi kesimpulannnya set bersalin beli kat Kedah ye..
jadi lam checklist kat atas tu masih lagi merah la kat set bersalin

ehsan google


dah pi ke mydin sambaq la lulur bunga rampai ni
hajat dihati nak cantik-cantik la pas bersalin nanti
huhu..semoga kulitku semakin berkilau nanti

ehsan google


beli 2 pek sepek ada 3 bungkus
sebungkus tu leh pakai 2 kali rasa
kata nak pakai masa lam pantang
tapi marin dah try dah...syok gila
ada orang tak suka sebab bau dia yang herba tu
tapi bagi MG, bau tu la baru menandakan kita pakai lulur
baru tradisional kan.hehe..
rasa cam kena beli tambah ja lulur ni
nasib baik murah ja
dah siap pakai tu memang rasa kulit lembut la..
even hari-hari kita sental ngan shower foam dan span mandi tu kan

dan kalu pi mydin tak beli sabun chlorophyll 999 ni memang tak sah
penah pakai tak sabun ni??
dulu masa kecik-kecik dok kat kampung kan
selalu la pakai
tapi la ni cam susah ja nak jumpa
ari tu masa pi mydin jumpa
jadi la ni asal pi mydin ja memang beli
kali ni beli 2 set
1 set ada 3 ketul
1 set harga rm3.95 kot tak silap
1 set nak guna 1 set nak balik kampung utk guna time pantang
kalau ada sabun ni memang tak pandang dah sabun dettol ka apa ka
jadi tak sabaq nak mandi hari-hari..hehe
kat sabun tu tulis medical soap
apa function dia tak tau la..

last skali pi metro kajang nak beli kelambu dan printed kain lampin
beli kelambu jenama Anakku kaler pink
harga asal 26.90 tapi masa bayaq ada diskaun lak jadi 24.++
ok la tu kan..jimat jugak

ehsan google


pastu untuk kain lampin jenama disney corak mickey mouse tu lak rm27.90
hat ni tak dak diskaun
tapi tengok kat memana pon harga sama ja
jadi beli gak satu set

ehsan google

hehe...sebnaqnya dah beli lampin besa pureen yang kosong tu
tapi gatal lak nak beli hat ni
yang printed ni leh wat bedung
tak ke comel tu...hehe

Wednesday, January 9, 2013

Set Berpantang Pilihan

Assalamualaikum

sekarang dah start berpikir secara series pasal set bersalin
ingat nak pakai 2 jenis
satu moden dan 1 tradisional
yang moden of course la Shaklee
sebab masa pregnant ni pon memang guna dia
so far ok
badan bertenaga, kurang morning sickness dan rasa cergas
cuma sekarang dah 8 bulan ni la rasa cam letih-letih sikit
sebab malam-malam tak leh tidoq sebab panas
dan tak selesa
lagi pon shaklee ni MG beli botol besaq punya
dah 2 kali topup jadi cukup sampai ke berpantang nanti
cuma kena tambah lagi satu jenis ja lagi
iaitu ZINC COMPLEX
yang lain dah cukup
katanya Set Confinment Shaklee ini juga mempercepatkan penyembuhan luka, mengatasi masalah keguguran rambut, membantu ibu lebih relaks dan memulihkan tenaga dengan lebih cepat dan sudah pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

katanya jugak set ni leh pakai bersalin normal atau cser
kira ok la kan..
cuma 1 ja yang tak best makan vitamin ni masa pregnant
sebab dia bagi kita sentiasa lapaq
tapi yang pasti time pregnant, MG tak menghadapi masalah macam
darah tinggi ka, HB rendah ka,diabetes ka
semua normal

Untuk yang tradisional lak ingat nak try set Bersalin Afiat la
dalam dok baca testi orang lain
cakap cam bagus jugak produk ni
yang penting harga pon ok
memandangkan set shaklee dah memang mahal
jadi set yang kedua ni inagt nak amik yang tak mahal sangat
kalau nak amik shaklee saja cam tak best
cam tak rasa berpantang lak
cuma lam set ni dikatakan tak dak param dan pilis
hehe...MG pon tak beli lagi ni
baru baca review blogger lain
Ingat nak cari kat Mydin hujung minggu ni
harap serasi la ngan MG
nanti MG akan review apa ada dalam dia
dan harganya ye
testi lak pas beranak la baru leh wat :) 

Kalau dulu tingin nak amik tanamera atau NR
tapi takut lak kalau anak kena kuning nanti
kabarnya kalau pakai set pregnant shaklee
anak tak kena kuning
tak pa kita tengok nanti
kalau memang tak kena memang bagus la produk ni




 

Sunday, January 6, 2013

Checkup 31 minggu

Assalamualaikum


sat ja dah 31 minggu
ni cita minggu lepas minggu ni baru nak update.hehe

dasar pemalas kan
tak lambat dah nak bersalin ni
semakin takut lak rasa
takut terbersalin kat sini
hajat hati nanti pertengahan bulan 2 baru nak balik ke Kedah
time tu dah 38 minggu
harap sempat la kot...
kalau tak sempat jadi anak selangor la si baby U ni...
Tak mau- tak mau..nak bersalin kat Kedah gak..huhu

masa checkup kali ni
MG wat scan 4d, alhamdullillah..suma cukup sifat
hidung dan bibir memang sebijik MG
sampai si suami tak puas hati
satu tak turun dari dia..hehe
nak wat cam na, tuhan yang jadikan cam tu kan
masa 1st scan tu si baby U ni tutup muka ngan tangan
puas doktor goyang-goyang perut dia tetap gak dia tutup muka
terpaksa la doktor scan tulang temulang lain lu
pastu dah try skali lagi baru nampak..hehe
tinggi hidung dia..bibir pon tebal
copy paste MG tol..hehe


bab lain lak..masalah keputihan still ada
kali ni doktor bagi satu subculture, dia bagi dan suruh MG jolokkan cotton bud tu ke dalam vagina
untuk detect fungus ka apa
dia bagi option leh wat sendiri
atau dia wat kan..tentu la nak wat sendiri kan..hehe
hehe..sampai ari ni subculture tu ada lagi
tak antaq lagi kat klinik
tengok la malam ni kalau rajin

bab berat lak besa la naik lagi
berat : 72kg
BP    :115/69
Tinggi Rahim  : 33 cm
Estimate berat Baby : 1.68kg sudah
jantung baby : ok
gerak : ok

cuma MG hairan napa doktor tak bagi jadual yang kita tick pergerakkan baby tu ye
ka checkup kat private tak yah wat tu
pi lagi skali nak tanya la
kot depa lupa

la ni memang susah la nak tidoq malam
terlentang tak selesa
nak mengiring rasa cam dok tindih baby
kalau mengiring mesti baby akan bergerak..takut jugak
senang cita memang memalam tak leh tidoq la
badan pon panas gila memalam
sekarang ni dah pasang 2 kipas
tu pon still panas lagi
rasa cam nak bangun mandi ja

Wednesday, January 2, 2013

Kelebihan Menjadi Seorang Ibu




Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah S.W.T

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya
70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Tuesday, December 18, 2012

Nama Panggilan

Assalamualaikum

lama tak update blog
bizi gila, sebab makmal MG akan berpindah ke makmal baru
memang tak suka la pindah randah ni
letih..
Mak MG memang suka la dulu dok hias-hias umah
ubah perabot sana sini
anak-anak la jadi mangsa tolong dia
walaupon tak syok berkemas tapi kena tolong gak kan mak kita.hehe
la ni nak kena pindah makmal lak
bayangkan satu makmal pusat yang terdiri daripada beberapa makmal akan berpindah
series banyak keja
sekarang kena pack..nanti nak kena unpack lagi
sabaq ja la..hehe

berbalik kepada cerita baby U ni
sekarang bukan main aktif dia bergerak
pergerakkan dia dah leh nampak kat luaq
syok sangat tengok
harap dia kekal aktif macam ni
persiapan lak, memang tak beli tambah lagi sejak warehouse pureen ari tu
orang lain dah siap pack masuk bag pon
MG baju2 baby pon lom basuh lagi
perut dah masuk 7 bulan dah ni

dah nak ada beby ni dok  terpikir lak ye
apa kita nak bahasakan diri ngan baby nanti
samada ibu dan bapa ka
mama dan papa ka
ummi dan abi ka ( yang ni kena rejek dah rasa, sebab nama MG pon dah ummi, tak kan anak nak panggil ummi gak kot...itu dah melampau namanya.hehehe...)
atau mak dan ayah?
la ni kalau bercakap ngan baby memang bantai mak dan ayah ja
tak reti lak bermama papa.hehe..
tapi cam oldschool lak bermak ayah ni?
ka ibu dan ayah?
cam ok gak..
start ari ni nak kena biasakan diri guna ibu la
walaupon rasa cam kekok ja ni..
ka tetap guna mak? cam makcik-makcik lak rasanya

sabar ye baby U mak kamu ni pasal benda kecik cam ni pon nak konfius
si suami dah stick ngan ayah kot
senang la dia..MG ni dok pening lagi

tapi pikir-pikir balik akan stick ngan ibu
tak mau la mama, sebab rasa cam tak sesuai lak ngan MG ni

ok bye.hehe...
**entry tak dak point ari ni.


Sunday, December 9, 2012

Akar Fatimah dah sampai





sumber google

Assalamualaikum

dah sampai akar ni
baru 7 bulan dah sibuk cari akar ni
bukan pa..akar ni susah nak dapat
ada kat Mekah ja
beli pon order kat lam FB
sebelum ni memang tak tau pasal akar ni
mak MG pon tak tau...tak penah dengaq pon katanya
dari hasil pembacaan dikatakan air akar ni
dapat dijadikan selusuh bila kita dah start sakit nak bersalin ni
tapi kena minum time dah ada bukaan

dari pembacaan jugak..( sebab MG tak minum lagi...awal lagi kan)
akar ni perlu di rendam dalam air masak yang suhu bilik
tak leh lam air panas atau ita didihkan dia
dikuatiri akan menyebabkan rahim mengecut
jadi susah la nak beranak

akar ni bila dah sudah bersalin
boleh di reuse balik
caranya jemur akar ni di tempat yang teduh
jadi akar ni akan mengecut balik
dan boleh digunakan bergenerasi lamanya
sampai la dia dah reput

orang cakap lagi
kalau semakin hampir dengan masa yang kita nak bersalin
bunga ni akan berkembang dengan besaqnya..
jadi bersiap sedia la bila dah kembang ye

** kita hanya berusaha..tuhan yang menentukan ...

Tuesday, December 4, 2012

WW (5/12/12) - Craving ka ni?






Cantiknya la hai 2 benda tu
craving ka ni?
pokai laki MG kalau craving ni
tak dak craving pon, saja suka-suka tengok
sebab ada nampak 1 makcik pakai masa pi bank ari tu..
cincin saja mau 1k tu..ka lebih?

Monday, December 3, 2012

Checkup 27 minggu

Assalamualaikum

sabtu lepas pi checkup cam besa kat Klinik Mesra
pastu pi timbang..huhu
nak tau MG gain 10kg untuk 6 bulan pregnant saja (dah 69.5kg, MG anak dara pon dah 59kg.hehe)
doktor pon tanya napa naik banyak sangat
makan kenduri banyak sangat ka
MG jawab makan durian banyak.hehehe
tapi memang betol
kan sekarang musim durian
jadi tiap ari beli durian dan makan
macam mana la tak naik ngan mendadak..
tapi kawan-kawan cakap badan dan muka tak nampak naik sangat
tapi depa tak tau, paha ni yang semakin mengembang
bertambah-tambah selulit kat situ.huhu
perut pon membesar dengan jayanya gak.hehe

tengok perut pon dah takut.huhu


pastu doktor cek urine semua ok
blood preesure suma ok (106/76)
hemoglobin pon ok (121g/L)
tapi doktor cakap MG ada keputihan
memang ada pon..semenjak mengandung ni banyak lak kuar
masa checkup yang lepas dia bagi antibiotik ja
kali ni dia bagi ubat untuk dimasukkan melalui bawah
MG dan cuak, ingat dia yang nak masukkan
rupanya, dia bagi ja ubat tu dan boh sendiri kat umah time nak tidoq nanti
berat baby lak dah 1.15kg dah
nampak cam besar ja dia ni
moga senang la nak bersalin nanti...huhu


pastu start la aktiviti scan
yang bestnya kali ni
MG adalah patient yang pertama untuk ari tu
klinik lak baru beli mesin scan baru
jadi MG la jadi model untuk mesin tu
lama gak la leh nampak, my little baby ari tu
siap dia leh wat 4d scan lagi (masa ni doktor sedang mencuba segala aplikasi lam mesin baru tu )
hehe..tapi tak dapat la salinan gambaq atau soft copy dia
just boleh tengok ja..
si baby lak leh tutup muka ibu nak tengok dia..bukan senang nak scan free ni
Fyi, scan 4d kat sini rm180 dan kalau kita staf UPM cuma bayaq rm145 ja.
kali ni skali lagi doktor bagitau si baby ni mungkin prempuan
barang suma dah beli kaler pink
jangan sekali kuaq nanti boy lak
jambu la anak MG nanti.hehe..
tapi mak cakap baby tak pa pakai pink pon
ok la...kuaq la apa gender pon
MG terima ngan rela hati dan gembira.hehe


masa scan ni, doktor leh cakap
eh..mulut dia macam u la ummi..hehehe
sangat best kat sini, berjaya membuatkan si suami jeles
kali ni jugak kena inject kancing gigi untuk kali ke 2
sakit ye bila kena inject ni..
tak tau napa sakit..selalu inject yang lain tak sakit pon
lenguh jugak la tangan kiri ni
tapi masih lagi bekerja dan memasak.

next checkup 29/12/12 ni lak
tak sabaq nak checkup lagi sebab tak sabaq nak scan lagi :)


muka orang tak dak geng, sebab dapat baby girl.hehe

Monday, November 26, 2012

Pureen Warehouse Sale 24-25 Nov 2012


Assalamualaikum

nak update pasal sale pureen ni
best gila ye pi sini..
patut la ramai ja orang serbu
memang berpatutan la harga dia

pada asalnya MG ingat memang tak jadi dah pi sale ni
sebab minggu lepas dapat kol dari perodua
keta dah siap
jadi MG dan suami balik Kedah pada tengahari 23/11/12
kami keja half day
sebabnya nak amik keta kat Kamunting ari sabtu esoknya
sabtu lak perodua buka halfday ja
jadi memang agak rushing la balik kali ni
kami sampai umah lam kol 9.30 malam
ujan sepanjang jalan
dah la saga yang kami naik tu tak boleh nak nampak cermin dia bila ujan
sebab viper dia jadi apa tah
memang tawakal lak balik
bawak slow-slow keta

esoknya awal pagi kami ke perodua
amik keta
macam-macam la problem kat sini ja
leh MG cakap kat sini
keta tak siap sepenuhnya
tak pa la lain kali cita bab keta
jadi petang tu kami bertolak balik Kajang
hehe..ada harapan ni nak sale tu
ajak suami, dia pon ok

ari ahad..lam kol 9.00 pagi kami kuaq umah nak ke PJ
memang tak tau la jalan
kami redah ja
last kali sampai gak..sampai lam kol 10 lebih kot
orang memang ramai la
tapi tadi baca lam blog lain
depa cakap ari sabtu lagi ramai ye?
sampai ja terus capai beg ikea depa tu
terus la rembat apa yang patut
dari wet tissue, ke mandian, ke kain napkin suma rembat la
cari gak kat mana tempat baju ni
ooo...rupanya kat belakang
terus la pi sana..orang memang ramai kat sini
tapi yang tak syoknya baju untuk NB dah tak dah
MG dapat selai ja..tu pon tak dak seluar

keadaan orang ramai kat ruangan baju

last skali amik la 4 lai lagi baju saiz S
nampak gayanya untuk baju kena pi supermarket la nanti
kat seksyen ni dapat grab towel 2 helai, mitten dan booties 5 helai
selimut ada hoodies 1 helai
dan bantal peluk dan bantal 1 set
cari tilam tak dak plak



pastu pi balik kat area toiletriess tu
amik detergent dan sabun serbuk tu
dish soap untuk botol bayi
beli diapers, maternity pad lagi
hehe..best la shopping kat sini



suami cam besa la dia kan dok kat satu ruang dengan beg ikea tu
kalau dia ikut rasa rimas lak
jadi biaq la dia tunggu kat situ.hehe
MG yang akan amik barang dan longgok kat dia
last skali penuh 2 beg ikea tu barang kami

muka orang letih.hehe



setakat ni barang baby dah complete 90% dengan sekali beli ja
sebab sebelum ni memang kami tak beli apa pon
untuk shopping kali ni abeh gak rm405
huhu...banyaknya..
sabarnya la..nasib baik dah almost complete

sikit ja barang ibu

yang banyak tak complete lagi ialah barang ibu ja
tak pa tu untuk bajet bulan depan lak
nak beli sekali harung mana mampu

muka puas.hehe

kesimpulannya memang berbaloi datang sini
next nanti pon ingat nak datang lagi
tapi nak datang awal skit
mas kat sini ada gak nampak sorang blogger
segan nak tegur.hehe..

barangan yang berjaya dirembat



Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum

syoknya ari ni cuti..banyak ye cuti minggu ni..
kalau sekaligus lagi bestkan
tapi ok gak cuti selang sari pon

apa azam anda untuk tahun ni?
yang tahun lepas dah tercapai ka?
hehehe....MG tak dak azam pon taun lepas rasa
tapi taun ni cam akan ada ja..

lama dah tingin benda ni
memandangkan taun depan bakal ada bebi sendiri
lagi la memerlukan azam ni terlaksana dengan cepatnya

MG tingin nak bawak keta sendiri
ya..MG tak ada lesen dan tak reti bawak keta
taun depan, mesti nak kena antaq bebi ke nursery ka
umah pengasuh ka
mesti memerlukan MG tau bawak keta sendiri
sekarang MG pi keja Si suami yang antaq dan amik

MG keja start kol 8 dan si suami kol 9
jadi si suami akan balik lewat sejam gak la dari MG
Dia akan sampai kat ofis MG pada kol 6.30 petang dan ke atas
sampai umah pon dah kol 7 petang
mesti cian kat bebi dok lama-lama kat umah pengasuh
kawan-kawan yang lain mesti dah balik

sedih lak rasa anak kita dpk lama-lama kat sana
pengasuh pon mesti tak selesa kan
kalau MG kol 7 lebih balik umah pon tak pa

ok la bebi...ibu akan try la mengatasi ketakutan untuk bawak keta ni.huhu..
bukan senang wooo...
dah banyak kali try bawak
tapi tak lepas-lepas
kena lak baru pas eksiden..konfiden level tu sangat la kurang
tapi bila memikirkan bebi, ok la..ibu akan try...huhu

ok...cukup la pasai azam bawak keta tu
azam lain lak nak masuk umah baru ( banyak tol la problem nak beli umah pon),
 nak kumpol duit banyak balik ( banyak duit la pakai duit nak beli umah ni) dan
jadi insan yang penyabar..hehe
azam lain ni nanti kita sembang lain seta masalah-masalahnya..hehe

so ari ini masak pa?
ka makan kat luaq?
MG tak tau la nak mask pa lagi ni
barang pon tak dak lam peti
malas lak nak memasak, makan kat luaq la nanti..hehe
bye !

Tuesday, November 13, 2012

WW (14/11/2012) ~ Durian Crepe



Assalamualaikum
dah dapat benda yang dok ngidam ni
rupa herot2 skit..sebab org yang bawak dia kasaq..
sedap sangat sampai nak nangis!

Sunday, November 11, 2012

Dah beli BreastPump!





Assalamualaikum



amacam ari ni? keja ka?
mesti ramai yang bercutikan...
nasib golongan yang abeh dah cuti tahunan cam ni la
kena mai keja gak..hehe
jalan raya pon tak sesak ari ni...kan best kalau ari-ari tak sesak kan?

kalau entry yang lepas MG cakap nak beli breastpump lak kan
maybe perancangan dia bulan depan
tup-tup, satu ari tu (minggu lepas)
buka fb yang selalu jual barang bebi ni
depa wat sale lak untuk Manual BreastPump Avent
jadinya tak sempat la nak tunggu bulan depan
bulan ni pon dah rembat dah
kalau tak rembat rasa cam rugi lak

dapat harga rm138, ok ka?
hehehe...dalam banyak-banyak dok  cari hat ni la rasa yang paling murah
ada tak yang lagi murah?
jangan bagitau ye..nanti MG rasa menyesal lak beli ni.
barangnya tak sampai lagi pon
mungkin jap lagi sampai
sebab beli pon ari jumaat dah.hehe..
satgi la upload gambaq dia





MG saja beli manual lu
sebab nak tengok hasil susu memberangsangkan ka tak
kalau banyak leh la angkut yang letrik lak kan
tapi rasanya manual pon kita mesti ada satu
sebab takut blackout ka, apa kan



nak cita pasal suplemen lak
kan MG pengguna set pregnant Shaklee
jadi bila masuk bulan ke-5 ni bertambah lak lagi satu jenis iaituOmega Guard
dia dari minyak ikan
dalam ni semua ada la, DHA la, EPA untuk perkembangan otak bayi
ok la dah dapat ni
sebab MG tak minum Anmun atau susu ibu yang lain
sebab tak leh la nak minum susu yang kita bancuh sendiri
tak lalu nak masuk tekak
MG minum susu duchlady biasa ja yang siap lam kotak tu
tapi MG ada amik kapsul calsium dari Shaklee jugak.hehe..
cuma risau bab DHA tu ja
risau gak takut kalau bebi tak dapat khasiat yang sepatutnya untuk perkembangan otaknya
harap bila makan ni bebi dapat menjadi seorang yang bijak pandai ye

Amin..

Wednesday, November 7, 2012

Barangan 1st Baby

Assalamualaikum

Ari ni nak cita pasal barang baby yang baru di beli
kira ni la barang 1st..hehehe
beli pon baru selai baju.
masa ni kami balik cuti raya haji ari tu
saja jalan-jalan pi Kedah Supermarket kat Alor Setar tu
tak bajet nak membeli
ingat nak server-servey ja harga
tapi bila pi tu ada salesgirl tu tu ikut ja ke sana ke mari
tak best lak rasa kalau tak beli
jadi beli la selai..hehe

sangat plain..hehe.x pa wat baju tidoq na..


series tak reti nak pilih
bila balik umah nyesal lak
awat plain sangat baju MG beli ni
putih tak dak corak lansung..hehe
ni la orang kata Mummy to be, tak dak pengalaman
pasni nak start beli baju kaler-kaler dan corak-corak
baru sesuai ngan bebi girl MG ni.hehehe

mahal gak selai baju bebi ni
sepasang pon dah mahal..padahal kecik ja
tak pa la dapat selai pon ok dulu
wat semangat ibu ngan ayah untuk shopping lagi



Pureen Warehouse ujung bulan ni kan
rasa nak pi la..nak start dah beli kelengkapan bebi skit-skit ni
tapi dengaq kata ramai sangat kan?
takut tak berbaloi lak pi jauh-jauh tak dapat beli yang kita nak
tempat pon tak tau lagi ni
takut bila kami dah sampai baju bebi pon dah abes
dah la kami pi nanti naik keta lama
aircond tak dak sah panas.huhu...
progress keta lak, si suami chek tadi katanya keta kami akan direpair dalam masa 14 hari
kalau sempat dapat keta balik ok la
selesa skit perjalanan

Barang kedua lak ialah ini


hehehe..bila blogwalking ke blog M2B yang lain
suma pakai guna hat ni
jadi MG pon nak follow la..
set ni untuk newborn
lam ni ada 4 botol 2 botol kecik dan 2 botol besaq
ada puting satu dan extra teat botol tu ada 2
ok la kot wat permulaan ni
Harga dia lak rm110
ok tak...yang MG servey-servey lam blog dan FB macam ni la yang paling murah
kalau ada lagi murah tak tau la
bukan rezeki MG la tu

bila tengok 2 benda ni, jadi tak sabaq la nak menambah koleksi lagi
target untuk Pureen Warehouse ialah pakaian, detergent,mitten dan booties,pad, nursing pad, wet tissue
dan mungkin jugak ada penambahan yang lain

next target : Avent Pump!







Tuesday, November 6, 2012

WW (7/11/2012) - Pinky-pinky la pas ni :P



Assalamualaikum

dah 3 kali scan, resultnya doktor kata PINK!
tak kisah la gender janji sihatkan
dah boleh beli baju dan booties cam kat atas ( sapa nak tempah pi kat blog tu ye)
geram tengok booties tu...comey sangat!
bye

Kisah Eksiden (28/10/2012) Part 2

 

sambungan dari Part 1

pas ja eksiden, kami suma kuaq dari keta
jalan memang tak yah cita la jem dia
sebab 1 lane ja leh guna
suami dah kol towing perodua

sementara tu, MG dok tawakal tak abeh lagi
dengan masih berharap baby akan bergerak
dan juga takut kalau2 kuaq darah ka apa ka
time tu memang tak kuaq darah lagi
sementara geng-geng laki yang eksiden dok berbincang sesama depa
towing pon datang la
setengah jam gak tunggu

dah setel towing kami suma naik la keta
merasa la dok lam keta yang di towing
sambil tu dok makan lagi buah delima sebab lapaq sangat
towing tu bawak masuk ke Kamunting untuk ke balai polis
sampai ja balai polis siap wat report suma
kami cari hotel
pakcik towing tu gak yang carikan hotel
bagus pakcik tu
dan dia jugaklah yang menghantar MG dan suami ke hospital Taiping

kami terus ke bahagian kecemasan
pastu MA kat situ terus rujuk MG ke bahagian Labour Room
huhu...sangat cuak time ni
takut la kena paksa beranak ka apa ka
macam-macam dah dok lam pala otak ni
bila pi situ procedure dia MG kena masuk wad
sebab depa nak pantau selama 24 jam
mana la buleh MG masuk wad
kami tak dak sedara kat sana
kenderaan pon tak dak..
Esok dah nak balik Kedah
pi ke hospital tu jam dah kol 12 lebih

tapi satu la..nurse dan doktor hospital Taiping memang terbaik
MG amik keputusan nak pi klinik swasta
sebab MG nak result masa tu jugak
depa la yang sibuk-sibuk cari kan teksi
kol balai polis la mintak tolong untuk hantarkan kami ke klinik swasta
last skali, kami tumpang ja ada sorang doktor yang nak kuaq
sebab teksi tak dak
heran gak kat hospital tak dak teksi...mungkin sebab malam kot

dah sampai ke klinik swasta
doktor specialist nak scan tak dak plak
jadi memang malam tu tak scan
dan tak tau apa kesudahan bebi lam perut ni..huhu..

kami pon balik la ke hotel ngan jalan kaki
jauh gak jalan nak sampai ke hotel
lenguh kaki

balik ke bilik, mandi dan sembahyang dan tido..
time tido tu la MG menangis semahunya
suami pon tak tau nak kata pa
sapa tak sedih kami tak tau apa nasib bebi lam perut ni

keesokkan harinya, masa pi perodua untuk setelkan keta
ada klinik ibu dan anak , terus la MG pi
dan alhamdullilah, jantung bebi masih ada
tapi menurut doktor, dia hanya leh cek jantung
kena pi gak ke hospital kerajaan untuk cek lebih detail
kita mana tau kan keadaan dia di dalam tu
bila MG tanya kenapa tak rasa pergerakkan bebi kat doktor
doktor kata mungkin sakit kat perut lagi kuat
tu yang tak rasa pergerakkan bebi tu
ok la kalau cam tu..

pas dah setel semua kat perodua
orang perodua hantaq kami ke stesen bas Kamunting
bagus servis orang perodua ni, ada dokumen tertinggal kat hotel pon depa tolong amikkan
sampai stesen bas lam kol 12.30 tghari
bas yang ada nak ke Butterworth hanya pada pkol 4.30 petang
mana la buleh nak tunggu lama-lama
sebab nak ke Hospital lagi nak cek dan amik MC untuk cover ari isnin tu
terpaksa la amik teksi
mahal jugak la bayaran teksi tu...
melayang lagi duit
dah sampai kat Butterworth, setel sembahyang dan makan
kami ( MG, suami dan adik ja..abang ipar dah balik ke KL naik bas) bertolak ke Alor Setar (AS) naik bas jugak
lama dah tak naik bas ni..syok gak
lam bas kami lena sampai sampai

lam kol 4 lebih kami pon sampai ke AS
Kat sini ayah MG datang amik
yang lawaknya, kami usung jugak setandan pisang yang mak bekalkan untuk balik ke umah KL
ingat-ingat balik, sedekah kat orang perodua pon ok
tak payah nak angkut naik teksi dan bas suma.hehehe..

ayah datang amik dan balik ke umah dulu
pas maghrib baru pi ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut
pi tu terus dapat fast track dan terus masuk pi cek kat bahagian kecemasan
kat sini pon depa scan ja dan nampak jantung bebi dok berdegup
pastu depa antaq lak pi labour room
kat sini dok lama..sebab doktor tak dak kot
ada doktor pelatih ja dua orang
kat sini pon stakat scan ja
MG ingat nak kena jolok ngan benda pa tah yang ada kat situ
nasib baik tak kena.hehe
doktor pon cakap ok..tak payah ada follow up
MG ingat dah kena tidoq wad dah malam tu
walaupon doktor cakap ok
tapi MG still ada perasaan takut jugak..
takut bebi tercedera
sebab kuat jugak hantaman tu..
untuk hari ni kesan lebam dan timbul..
betul-betul saiz seatbelt

masa checkup ke 22 weeks ari tu kat Klinik Mesra
lam scan cam nampak jelas ja kaki tangan bebi
syukur Alhamdullilah


Sunday, November 4, 2012

Kisah Eksiden (28/10/2012) Part 1.

Assalamualaikum

nak cita pasal eksiden ari tu
dah seminggu dah baru nak cita.hehehe...

kisah bermula bila kami semua nak balik ke KL dari Kedah
masa cuti raya haji ari tu
kalau ikutkan tiap tahun MG akan balik ke KL samada awal sari
atau lewat sari dari waktu puncak( ari ahad tu la puncaknya)
dah memang target akan jem
tapi nak wat cam na
MG dan suami dah tak dak cuti
cuti amik banyak masa nikah ari tu..huhu
perjalanan kali ni termasuk la adik MG dan abg ipar MG

kami kuar dari umah kat Bukit Tembaga lebih kurang kol 4.30 petang
perjalanan pada mulanya lancar la
pastu kami singgah kat rnr Gurun sat untuk solat Asar
pas tu perjalanan pon diteruskan lagi sampai la kat Tol Sungai Dua, Penang
kat sini dah start slow dah traffic dia
berjam jugak la nak sampai ke Juru pon

maghrib pon dalam keta lagi
cadangnya nak wat jamak ja nanti bila masuk isyak
dalam lebih kurang kol 7.45 kami sampai kat hentian Alor Pongsu kot kalau tak silap
niatnya nak berenti makan sambil tunggu waktu isyak
masuk ja area tu
kawasan memang jem gila la
tempat parking pon tak dak
Jadi abang ipar pon ajak la kuaq ke highway balik
stop lak kat next rnr

ha..masa ni la nak jadi cerita
kat kilometer 206 tu, kami dok kat lane laju
tapi dok kat lane laju pon tak laju sangat la sebab jalan jem
tiba-tiba dalam perjalanan abang ipar perasan
ada 1 estima ni dok cilok-cilok dok depan kami
kat depan kami ada wira dan hilux
tiba-tiba dia mencilok depan hilux
hilux tu pon tak tau la terkejut ka apa ka dia membrek dan cuba ke kanan jalan
kereta kan banyak, jarak antara kereta pon tak jauh
jadi wira kat depan kami pon hantam la hilux tu
jadi kami yang dibelakang ni pon hantam la wira tu
nasib baik la tak dak apa yang hantam kami lak
kalau tak naya ja la
dah la naik viva
kecik ja..huhu..

kesudahannya, dalam 3 3 keta tu keta kami yang tak leh jalan sebab radiator pecah
yang estima tu tak tau la dah blah ke mana
yang bawak keta ni si suami, do sebelahnya abang ipar
MG dan adik MG dok kat belakang
dalam ramai-ramai ni hanya MG dan suami ja yang pakai seatbelt
jadi adik dan abang ipar memang terpelanting pi depan la
kepala abang ipar belaga ngan cermin depan sampai retak cermin
Walaupon pkai seatbelt,badan kita akan terhumpan jugak ke depan sebab inersia (betulka inersia ni..lupa dah teori fizik dulu)
jadi tali sealbelt tu menekan bahagian perut dan dada MG
Dan ibu jari MG pon terkepak ke dalam..huhu...sangat sakit
nasib baik jari tu leh dibetulkan balik
cuma terseliuh
part yang MG paling takut kat bahagian seatbelt tu
MG perasan lepas ja eksiden, MG dah tak rasa bebi bergerak
memang cuak betol la..sebab takut jadi apa-apa
hanya tawakal dan berdoa ja masa tu..


***panjang lak entry ni...sambung part 2 ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails