.

.
Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Review Makanan Kenduri Tunang


tak abes lagi entry tunang-tunang ni.hehe..
tapi kalau tak tulis kat blog nanti lupa lak..dah lupa x leh la nak cita kat anak cucu
kalau tulis dah tak yah cita, suruh ja depa buka blog ni
kan senang?hehe...

kenduri tunang ni biasa ja, bajet untuk 100 orang makan, sebab cik gold wat majlis tahlil sekali
kalau betol-betol untuk tunang ja selalu sikit ja orang wat..

aktiviti rewang ni start dari petang 30/12/11 lagi
dah ada orang mai siang bawang,siang ayam, cabai kering, ikan talang dan lain-lain lagi
sambal untuk ayam masak merah pon dah siap ditumis hanya tunggu untuk campaq masuk ayam goreng ja esok..

ni la kelebihan dok kat kampung ada kumpulan pakat ni
kat kedah orang tak panggil rewang tapi pakat
cik gold wat andaian perkataan pakat ni mesti mai dari perkataan sepakat kot.hehe..

esok pagi lak, berlansung lak aktiviti mengupas nenas, timun dan barang-barang lain untuk di buat acar

so far memang majlis berjalan lancar la...
anatara menu hari ni ialah

ayam masak merah
gulai talang ngan nenas
sayur kangkung
ikan kering goreng
sambal belacan
dan ulam-ulaman

untuk kenduri ni banyak gak dapat sponsor yang tak dijangka
antaranya beras 3 pek 10kg tu, hehe....beras ni sponsor dari makcik nab
dia kata nak tumpang wat kenduri
hah..ok la tu dah jimat lebih kurang rm80 tu.hehe...

pastu ayam lak 10 ekoq di sponsor oleh tok wan..hehe
dah jimat rm130

ada lagi kangkung yang di sponsor oleh Along
dia ni merupakan petani berjaya ngan husband dia..
kan dah tambah menu tu

untuk sarapan lak sponsor dari cik yam kuih karipap, apam dan onde-onde...
memang murah rezeki betol
cik yam jugak sponsor kek biasa untuk pencuci mulut
Alhamdulillah..
kalau tak dak sponsor ni memang 100% semua dari duit cik gold
start dari baju kawin, pelamin, hantaran sampai la ke kenduri...

kalau tau la dapat sponsor cam ni dan ada duit lebih, memag cik gold akan sewa khemah untuk orang kampung makan kat kuaq
jadi tak la ramai sangat lam umah


ha...ada lagi yang lupa, sponsor dadih dari cu yam, banyak gak yang disponsor.hehe
seperti biasa, gambaq full makanan tak dak..sebab adik cik gold tak amik
yang ada hanya yang dah disentuh oleh orang-orang..ehhe



makanan suma cukup dan ramai orang puji kata sedap..ehhe


Wednesday, January 11, 2012

RevieW Mekap Tunang



mekap amik kat butik pengantin Gerbang Pelangi kat Pokok Sena , Kedah
dah booking hampir sebulan

cik gold pilih butik ni sebab ada kakak kepada kawan cik gold yang penah mekap kat sini dan kata ok mekap dan servis dia

tapi masa cik gold pi tu, MUAnya tak dak leh lak pi makan
padahal pagi tu depa dah kol suruh datang on time.

bab mekap lak
masa dia tengah mekap tu cik gold dah cuak dah, takut MUA tu ingat cik gold nak nikah sebab agak tebal
tapi cik gold tak cakap pa la..diam ja lam ati.
dan cik gold notis MUA agak sukar nak terima pendapat kita

pas dah sudah tu rasa muka buruk gila sebab tak penah mekap setebal cam ni, dengan bulu mata RCW yang tebal.
dah request nak yang tak bapa tebal, tapi dia cakap yang cik gold pakai tu la paling tak tebal
apa nak wat, terima ja lah


cik gold hanya mekap di situ
pakai baju suma kat umah

bila dah siap pkai baju tunang baru la rasa cam ok skit
tak teruk sangat

komen dari orang ada yang positif ada yang negatif
tapi komen dari mak cik gold, dia cakap MUA ni tak pandai mekap ikut kesesuaian muka orang
hidung cik gold yang sedia mancung ni dia mancungkan lagi

kat sini yang ketara sangat hidung tu

tapi alhamdullilah, lam gambaq nampak cam ok ja
bila tengok live yang seriau tu...hehe

hanya itu la komen cik gold pasal butik ni
yang lain, cam pakaian kat situ semua cantik-cantik dan latest, untuk kawin nanti mungkin cik gold akan amik jugak kat sini cuma mekap ja mungkin kat tempat lain
harga pakej pon agak berpatutan

mungkin pada muka anda akan jadi cantik dengan mekap MUA ini
sila la try dulu ye



Sunday, January 8, 2012

Review Outfit Tunang : DIY Baju Tunang

bajet cik gold untuk baju tunang ni minimum ja
tapi dalam pada minimum-minimum ni nak gak baju yang cantik kan
kalau dulu hajat cam nak beli ja baju kurung moden yang harga lebih kurang rm150 yang selalu ada kat jalan tar tu
ala..yang ada manik-manik tu

tapi bila pikir-pikir balik, cam sama ja ngan orang yang tak tunang
nak gak yang spesel skit
nak tempah designer, paham- paham la bajet kita.hehe

setelah menelaah dari blog ke blog B2B hari, terus la semangat nak DIY sendiri
tapi kalau nak di ikutkankan memang tak konfiden nak DIY ni
dah memang ada bajet pon nak beli baju in case kalau baju ni lingkup.hehe..

DIY cik gold ni bukan jahit sendiri baju tu tapi cuma wat detailing dengan jahit lace dan manik ja

cik gold bukan ada basic pon bab- bab ni, tapi berbekalkan banyak tutorial dari blog lain akhirnya jadi gak baju ni
cik gold tempah baju kurung moden kain chiffon kaler pink

bab kaler pon ada problem gak sebab cik gold amik pink dan silver
ada yang cakap pelik, dan ada yang tanya tak ada kaler lain ka.
tapi bila dah jadi baju kaler yang pelik tu yang menjadikan baju tu lagi menarik

cik gold tak kata baju ni cantik, tapi bagi cik gold sangat cantik sebab cik berusaha bersungguh-sungguh untuk nak watnya
memang tinggi sentimental valuenya

dan yang penting bajet tak lebih dari rm150.hehehe....

tapi yang tak bestnya, tak amik gambaq full lak baju ni..ada pon yang kandid ja.hehe...

baju asal sebelum di touch up :P


pandangan belakang

cik gold suka detailing bahagian atas kepala tu...sweet sangat

selendang pon buat dari lebihan kain dari buat baju
asal nak wat selendang siti tapi tak jadi
ada hikmah tak buat selendang siti sebab cik gold lagi suka selendang ni
untuk selendang tunang 100% cik gold DIY sendiri

memang puas ati dengan hasil tangan sendiri ni
(^_^)



Tuesday, January 3, 2012

Hantaran Tunang

Assalamualaikum....

nak cita pasal hantaran lak
barang-barang hiasan tunang serta 5 daripada hantaran wat sendiri
cuma 2 ja barang tu disponsor jiran, tak mintak pon dia ja nak bagi
syukur sangat dapat wat sendiri

memang niat benda-benda yang macam ni nak wat sendiri
sentimental value dia tinggi skit berbanding beli
untuk hantaran ini cik gold pilih ijau dan putih
sejak-sejak tua ni minat tol la ngan kaler ijau
dulu tak minat pon.hehe...

hantaran cik gold sebanyak 7 dulang dibalas 5 dulang daripada pihak sana
bagi kami yang dok dibelah utara ni
hantaran untuk bertunang selalunya hanyalah barangan makanan terutama yang manis-manis
barang cam kasut dan beg suma akan di bagi masa akad nikah

gubahan bunga tu mak yang buat
harap cik gold memang tak jadi la
fail sikit bab2 mengubah bunga ni..hehe

di mata cik gold, rasa memang puasa hati la ngan hiasan cam ni..simple tapi sweet!
yang penting bajet murah...hehehe
mungkin dapat memberi inspirasi kepada B2B yang nak DIY sendiri hiasan hantaran..:D

kek



puding ( di sponsor)



jelly



bakul roti ( di sponsor)



coklat

buah



coklat



yang lam kotak tu hantaran dari pihak sana..lupa lak nak amik gambaq satu-satu :P , amik gambaq buah ja





Monday, January 2, 2012

I'm Officially Enggaged


Assalamualaikum

alhamdulillah, dah selamat bertunang dengan Fayzal bin Zuhaidy
majlis berlansung dengan lancar dan yang penting makanan cukup untuk suma orang!
tetamu ramai betol
rombongan dari pihak sana sampai kol 3 gitu
setelah sembang sikit-sikit antara wakil - wakil pihak
akhirnya termeterai la tali pertunangan setelah couple hampir 8 taun
lega sangat!!
tapi yang paling puas hati sebab semua benda buat sendiri sambil dibantu oleh mak
dari pelamin sampai la ke hantaran
tapi yang paling bangga tu sebab dapat pkai baju yang di ilham sendiri

best2...

next DIY --- baju akad nikah !


Wednesday, December 14, 2011

Alahai kain!

dulu masa mula-mula plan nak wat baju tunang memang suka sangat dengan design kain macam ni
dan memang nak wat design ni


tapi biasa la amatur yang bajet terer DIY ni sibuk pi beli kain tak tanya dulu kat tukang jahit
hasilnya cik gold beli kain untuk bahagian kain hanya 2 m
ya la selama ni beli kain untuk kain baju kurung tu 2m ja, jadi ingat suma kain sama la.hehe

pas dah dibawa ke tukang jahit, dia cakap tak leh wat la design tu sebab kain tak cukup
yang leh wat hanya kain kembang payung

dah alang-alang dah bawak kain ke rumah tukang
tak kan tak jadi nak wat kan?

jadi proceed ja la, sebab tukang ni kat kampung...cik gold lak nak kena balik serdang dah esoknya
dan kalau nak pi Jitra untuk beli kain pon dah rasa malas..padahal senang ja nak cari kain chiffon tu...cuma mungkin kaler ja yang susah.

tak pa la den redha...huhu...walaupon masih terkenang-kenang ke ke-flowi-an kain tu

jadi design untk baju tunang ialah baju kurung moden bersama dengan kain kembang payung..

sekarang baju dah 90 % siap...hehee
cantik ka tak cantik ka nak pakai gak
sebab dah boh so much effort untuk baju ni (^_^)


Monday, December 12, 2011

Plan ditukar

kan ari tu cik gold ada mention nak pkai selendang ala-ala dato siti untuk tunang ni
dan cik gol terus membeli selai selendang tu untuk dibuat template
dan bila dah beli kain terus potong mengikut template tu
siap dah jahit tepi bagi
pastu bila try lubang muka ( tol ka ejaan ni??) terlalu sempit
mmg dah dah try template yang dibeli dan dah dikenal pasti juga bahawa lubang muka template tu agak singkat, dan cik gold pon dah wat labuhkan sikit lubang muka tu

nak labuh cam ni.huhu..

tapi bila dah jahit stil singkat gak walau dan dilabuhkan
hehe...inilah dikatakan amatur

bila dah jadi cam ni tnyak gak pendapat housemate
tapi dioranag cakap still leh pkai
tapi cik gold punya perasaan dah tak best

terus tawar hati nak pakai selendang tu

jadi kenalah tukar kepada plan B
nasib baik belen kain untuk selendang ada lagi
jadi dah pilih untuk pkai veil untuk tunang

dah jumpa template jadi sibuk la memotong kain..
terus jadi cam seronok balik

sekarang veil tu dah siap di patch ngan lace..tingal nak jahit ngan pearl lak
harap-harap cantik
nanti dah siap akan tempek di blog


Monday, November 28, 2011

Cuti Awal Muharam

yeah dah beli kain untuk baju tunang
tapi yang tak syoknya kaler dia cam lari dari kaler asal yang nak dibeli
hajat nak soft pink last2 terbeli pink belacan
cuak gak ni...bukan apa takut direjek oleh mak nanti!
kalau rejek alamatnya kena beli baru la..
kaler cam kod ST 01 dan bawah kiri sekali...ok tak???huhu...dah cuak ni


sumber gambar : google

beli chiffon biasa ja kat Kamdar. sekali lining dan kain satin bahagian kain tak sampai rm50. pastu cari border lace lace..kat Kamdar tak dak lak...pi lak Gulatis...huhu. kupikirkan murah rupanya mahal..mau hampir pengsan masa SA tu cakap harga brapa...huhu...tak mampu la cik gold..untuk baju tunang tak mampu untuk spend banyak tu semata untuk border lace...
cantik memang cantik...tapi cam na kan bajet lak kurang...:)

setelah berlakon skit sakit pala akibat tak dapat cari lace tu, akhirnya en. Gold pon ajak pi Jalan Tar ( En. gold memang tak suka pi situ sebab sesak.hehe...)
hajat nak pi Jakel
pi pon dah lewat, lam kol 8.30 sampai...
parking mahal betol sampai rm10
cari punya cari tak jumpa Jakel kat mana, hehe...boleh cam tu? nampak sangat dah lama tak pi ke sana dekat 4-5 tahun gak la
last-last pi ke Madras ja yang dekat dengan Semua house, dan berjaya menangkap lace yang mempunyai border
hara memang mampu milik la..x sampai rm30 semeter :)
mood syok dah kembali!!
lantas mintak 2m..tapi SA yang baik hati tu bagi 2 1/2 meter
terima ja dah orang bagi kan..


lam perjalanan nak ke keta tu singgah jap beli tudung siti yang murah untuk di buat dasar untuk cik gold wat sendiri nanti...kalu jadi cik gold akan wat tutorial tudung siti ye..

jadi kesimpulannya,kain untuk baju untuk tunang dah setel..tinggal nak hantar tailor dan nak jahit lace dan manik ja -- harap-harap jadi...amin




Friday, November 25, 2011

Misi Esok

Misi esok sempena dengan cuti ujung minggu dan minggu gaji harus lah diisi dengan perkara yang boleh menghabiskan duit.hehehe...

antara benda yang ada lam senarai ni ialah

kain chiffon

border lace

kertas crepe

border lace tu harap la dapat yang berpadanan ngan bajet. nak try cari kat kamdar lu..kalau tak dak terpaksa la pi Jakel ka

sesi DIY akan bermula pasni..harap-harap jadi la..kalau jadi kita wat tutorial ye..kalau tak jadi...senyap-senyap sudah pi beli baju tunang kat Jalan Tar :)




Sunday, November 20, 2011

E-day checklist

1. Tarikh - 31/12/11
2. MUA - Gerbang Pelangi, Pokok Sena - setel!
3. Jamuan - mak dan jiran masak -setel!
4. Pakaian + aksesori - setel!
(a) baju - setel!
(b) tudung ikin-tak beli lagi - dah beli..rm10
(c) veil / selendang -setel!
(d) aksesori lain
5. Fotografi - amik gambaq sendiri ja ( tak tahu lagi)
6. Barang hantaran - setel!
7. Bekas hantaran - setel!
8. Back drop - setel!


18/11/11 -- mampukah cik gold menyiapkan semua di atas???
huhu...

hanya Allah SWT yang tau..

sekarang tengah pikir kaler tema lak??
soft pink ngan grey ok tak??



Thursday, November 17, 2011

Idea Outfit tunang

Assalamualaikum..

dah start jenguk-jenguk blog bride to be suma
sangat suka dengan semangat dan usaha mereka menDIY kan segala persiapan kawin/tunang mereka..
cik gold rasa jeles dengan kekreatifan tangan-tangan mereka

antara blog B2B yang cik gold paling heart skali ialah blog ini, ini dan banyak lagi ( nanti cik gold wat bloglist baru)

sekarang ni cik gold tengah pikir fesyen apa nak pakai time tunang nanti
nak wat baju kurung moden atau baju kurung pahang

baju kurung moden
sumber

kelebihan
-cantik dan cun gitu ( baru nampak cam orang yang diraikan kan??)
-sesuai untuk tunang

kekurangan
-kena maintain kempis perut ni ( boroi sudah)
-kena hantai kat tailor sebab mak tak reti fesyen ni
-cik gold tak bapa selesa nak pakai fesyen ni

baju kurung pahang
sumber google

kelebihan
-amat selesa
-jimat kos sebab tukang jahit dah ada kat umah ( mak le tu.hehe)
-buncit skit pon tak pa

kekurangan
-rumet cik gold cakap nanti baju tu nampak cam biasa sebab semua baju cik gold jenis yang fesyen cam ni

kalu bab kain, cik gold ingat nak amik chiffon kosong dan beli border lace untuk di buat patching.
cik gold jugak ingat nak DIY tudung siti menggunakan chiffon yang sama
tapi tak jumpa lagi template untuk tudung siti

ada sapa-sapa yang ada template tu???
boleh bagi tau cik gold???

suka sangat outfit baju puan cam ni time nikah nanti...huhu

sumber google


Friday, November 11, 2011

Tudung atau selendang

Assalamualikum..

dah start gatal untuk usha-usha outfit untuk bertunang ni

cuma sekarang dalam fikiran ni, nak pakai tudung atau selendang CT
lam ati ni bekenan ngan selendang CT tu.
tadi dah jalan-jalan kat Ariani Bangi nak usha selendang CT yang ada bead bead skit
usha punya usha peehh... harga dia menjerut leher rm550 untuk satu selendang tah apa kain dia chiffon silk kot, ngan bead pon sikit -- terus terkejut beruk dan terus blah dari situ

hehe...gatal berangan nak pakai Ariani
taraf cik gold ni layak pakai yang di beli kat Jalan Tar saja.

antara fesyen tudung yang berkenan di hati ni ala-ala macam ni la


disebabkan cik gold ni tak dak bajet sangat, jadi dah mula terpikir nak DIY (---bajet terer lagi ) gak selendang ni
hajat ati nak beli selendang yang kosong, pastu nak jahit manik ka atau nak tampal ngan kerawang yang ada kat lace tu..
tak sempat-sempat lagi nak pi Jalan Tar ni

risau lak..jadi ka tak
nampak gayanya kena beli dan buat dengan cepat la..bukan apa kalau tak jadi leh terus pi beli ja...huhu

ni satu lagi dok pening ni, kaler baju pon tak dak lagi
kaler pa ye yang cantik??

nak pikir siap-siap ka nak guna teknik terjah yang m,ana bekenan dan beli???

ni baru nak tunang
kalau nikah nanti jadi bridezila tol la ni

hehehe...


Wednesday, November 9, 2011

Mode cuak bermula

Assalamualaikum..

lama tak update blog
dah bersawang pon
orang berblog kita nak berblog gak...jadi cam ni la.hehe

cam tajuk kat atas tu, cik gold la ni tengah cuak
en. gold dah tunjuk cincin kat mak dia
mak dia pon dah suruh en gold pilih tarikh bila nak tunang
setelah dipikir-pikir...mungkin hujung Disember ni ( 30/31 Disember 2011 atau 1 Januari 2012)
tapi tarikh tu still tak tetap lagi, mana tau ada perubahan lak

yang nak jadi cuak tu sebab preparation la
baju la, pelamin la, hantaran la mekap la, makanan lagi..huhu
cik gold anak sulung, tiada pengalaman bab ni

bab baju lak -- nak beli kain dan buat atau sewa ( selalu tunang orang wat kan???)
dan kalau nak wat kena pikir lak kain apa nak beli...cik gold ni fail skit bab- bab ni sebab kalau pilih mesti mak tak bekenan. nak balik beli ngan mak lak..susah sebab dah balik raya haji lepas

pelamin tunang -- ingin nak DIY ja ( macam reti.huhu...tak pa-x pa cuba sehabis daya!!)

hantaran -- kalau ikutkan belah utara ni hantaran untuk tunang hanya makanan dan benda manisan ja..problemnya sekarang belah laki ni nak hantar ka hantaran..harap kat en. gold berjanggut la nak tunggu dia tanya mak dia.tak kan lak kita memandai-mandai wat hantaran, nanti pihak sana tak wat juga ( kena paksa gak en. gold ni)

mekap -- mungkin nak pi kedai ja kat pokok sena tu (prob nya sapa nak antaq cik gold pagi tu..keta ada 1 ja..)

makanan -- tak pening sangat kot, bab ni serah ja kat mak, yang penting bagi duit kat dia

ada lagi tak yang lain-lain
start ari ni kena rajin la terjah blog orang nak kawin nak cari idea
pasni nak pikir bajet lak...huhu


adios....


Monday, May 9, 2011

Cik Gold dirisik??

** entry tak dak gambaq

2hb Mei lepas
masa mood cuti ari pekerja tak abeh lagi
En. Gold bawak rombongan famili dia datang umah dengan 2 bijik keta, penuh umah..umah lak kecik

tak tau la nak klasifikasikan kedatangan depa ni apa..tapi cik gold rasa ini la merisik kan??

datang berbincang bila nak tunang..
kena syarahan agama skit-skit

hehehe...

memang tak dak preparation pon untuk sambut depa ni

ya la, kol 2 petang baru sms cakap famili nak datang
last-last menu ari tu hanya goreng pisang dan nescafe tarik la - cik gold buat ye, bukan beli!

punya la tak prepare sampai gambaq pon tak sempat amik

cik gold pon hanya pkai tshirt dan sluaq track ja
kalau ikut ati nak gak wat proper, cam pakai baju kurung ka..ni tak sempat

tak pa la nak wat cam na.hehe

kalau ikutkan ati memang cuak la..tak tau cam na nak tunang nanti

harap apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar, walaupon dah nampak banyak kepayahan yang terpaksa kami tempuhi untuk bersatu = (





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails