.

.

Thursday, November 25, 2010

Berhati hati dengan Cawan Kertas



Varun, seorang pakar IT selalu sakit perut yang amat pada tiap-tiap malam.bila dia pergi wat pemeriksaan biasa kat klinik, doktor cakap tak dak pa pon..

tetapi sakit perut nya masih menjadi-jadi.

Jadi Varun amik keputusan untuk membuat pemeriksaan yang lebih detail lagi..bila result pemeriksaan kali kedua itu keluar, Varun amat terperanjat kerana diberitahu oleh doktor, dalam perut dia terdapat kandungan lilin yang tinggi..

doktor itu memberitahu, kandungan lilin ini datangnya dari cawan kertas yang selalu digunakan Varun di pantry ofisnya.

Cawan kertas ini popular digunakan di ofis atau di parti-parti kerana mudah dan tidak perlu dibasuh.

Cawan kertas ini mempunyai lapisan lilin yang disalut di bahagian dalam dan bertujuan mengelakan dari minum bocor ke luar

apabila minuman panas mnggunakan cawan ini, lilin itu akan cair dan masuk ke minuman kita

memang la sikit lilin yang cair masuk lam badan, tapi kalau hari-hari kita minum, jadi banyaklah kandungan lilin tu lam badan kita



jadi apa kata kita semua bawak sendiri cawan untuk digunakan di ofis, cawan kaca bagus digunakan kerana kaca adalah bahan yang kurang reaktif, begitu juga cawan seramik, tapi.....elakkan daripada menggunakan CAWAN PLASTIK!!



KERANA CAWAN PLASTIK INI LAGI BAHAYA DARIPADA LILIN TERSEBUT!!

Wednesday, November 24, 2010

Antara 10 benda terbesar di dunia

Hari ini kita tengok benda-benda yang terbesaq di dunia lak ye(^_^)
ada yang semulajadi ciptaan tuhan, dan ada yang buatan manusia

Karpet Terbesar di dunia


karpet ini dihasilkan oleh 25 artis, dan dibuat daripada 70 jenis pasir berlainan warna yang diambil daripada kepulauan Hormuz ( yang terkenal dengan pasirnya yang berwarna merah) dan karpet ini bersaiz 12000 meter persegi

Mozek terbesar di dunia


Pelangi manusia terbesar di dunia


19 September 2004, sekumpulan pelaja, staf dan alumni Universiti Politeknik Philipine memecahkan rekod Maltese dengan membuat pelangi manusi terbesar di dunia

IPod terbesar di dunia

Satu Ipod gergasy yang bersaiz 25 kaki berada di bangunan Bank Unizan, Columbus, Ohio. bukan saja menyerupai IPod, ia juga boleh memainkan muzik

Tangan Terbesaq didunia

Tangan terbesar di dunia milik Liu Hua, dari Jiangsu, China. Dia dilahirkan dengan ibu jari ,jari telunjuk dan jari tengah yang besar daripada biasa. jari-jari ini semakin membesaq seiring dengan pertambahan usianya.

Athropod terbesar di dunia

Japanese spider crab ni merupakan atropod (haiwan bercengkerang) terbesar di dunia, kakinya saja dapat memanjang sehingga 12 meter, tetapi disebabkan ketam di dok di dasar laut dalam...para penkaji belum dapat menangkap ketam yang telah membesar sepenuhnya

Kepingan coklat terbesar di dunia

~wah...kaludapat setahun pon tak abes makan ni~

Ikan emas terbesar di dunia

Ikan ini mempunyai berat hampir sama dengan budak perempuan 3 tahun iaitu 13.6kg!!

Rangkaian restoren ayam goreng terbesar di dunia

ada sapa tak penah makan benda ni???

breast terbesar di dunia

yang ni cik gold tak mau komen...hihi

Tuesday, November 23, 2010

Baby muka cam Katak di Nepal



seorang bayi yang bermuka ala katak telah lahir di Nepal 2 tahun lalu, tapi hanya sempat hidup setengah jam saja

bapa budak ni ( yang kejam.huhu...), yang tidak mempunyai perasaan, tidak mengendahkan kematian tersebut, dia telah membawa bayi ini yang di masukkan ke dalam mangkuk tin dan menjajanya ke keliling pekan wat tatapan umum



semasa mengandungkan bayi ni, mak dia (Suntali) tak mengalami sebarang keganjilan dan telah mempunyai 2 orang anak perempuan yang normal melahirkannya secara normal dan berat semasa lahir ialah 2 kg.

bapanya yang tak dak perasaan tu pula bernama Nir Bahadur berkata, beliau tak merasa sedih dengan kematian bayi tersebut dan bersyukur isterinya selamat.



ada gak bapak gitu ye??

Thursday, November 11, 2010

Ofis cik gold kena masuk pencuri

11/11/10 jam 12.00tghari - time orang suma sibuk dengan Audit SIRIM dan bengkel yang diadakan di makmal cik gold, seorang pencuri telah berjaya menyelinap masuk ke ofis di makmal tempat cik gold bekerja.

suma staff makmal menyengka beliau merupakan salah seorang daripada peserta bengkel

dia dengan selambanya kuar masuk makmal dan bilik staf

muka cam orang tempatan, pakaian pon cam ok, tu la sebab orang tak syak kata dia pencuri

pada hari biasa, kawalan di makmal cik gold ketat dan hanya leh masuk sekiranya dia dapat tumb print

sila saksikan gambar ini

orang-orang sekitar UPM dan Uniten sila berjaga-jaga

dan jika kenal, boleh menghubungi balai polis serdang atau uniten


pencuri berbaju putih masuk ketika makanan untuk peserta bengkel sampai

dia berjaya masuk ke bilik staff pertama, dari bilik ni dia dapat 1 wallet

kemudian, dia ke bilik cik gold

kat bilik cik gold, dia dapat curi 2 purse dan 2 handbag serta 1 sweater untuk membungkus handbag tersebut

nasib baik cik gold pergi ke ofis, kalau tak beg cik gold pon arwah.huhu...

Monday, November 8, 2010

Antara punca-punca penyakit bahaya

eh...rupa-rupanya banyak habit cik gold dapat menjadi punca penyakit bahaya ye..huhu
antara yang eden paling gomar tu..yang skip breakfast tu (apasal terlorat n9 lak ni???).huhu..

kadang-kadang penyakit ni berpunca dari benda yang kadang kala kita tak terfikir lansung leh jadi penyakit..jadi bila dah baca entry kat bawah ni, berusaha la ye..kurangkan aktiviti tak sehat tu

susah nak kurang??

cek nak sihat ka tak mau???hehe...nak sehat kenalah bersusah payah skit (^_^)



HABIT YANG MEROSAKKAN OTAK



Tak bekpes
-orang yang tak bekpes ni akan kurang kandungan gula lam darah, bila kurang gula lam darah...kurang la supply nutrient ke otak
haa...kan dah otak merosot??

Merokok
- ia akan menyebabkan otak mengecut dan menyebabkan alzheimer

Pengambilan gula yang berlebihan
-Terlalu banyak gula akan menjejaskan penyerapan protein dan nutrient dan mengakibatkan gangguan dalam fungsi otak

Pencemaran Udara
-otak merupakan organ yang banyak menggunakan oksigen, dan kalau berlakunya pencemaran udara, oksigen akan kuran samapai ke otak dan akan menyebabkan fungsi otak terjejas

Banyak tidoq...
-otak hanya akan berehat masa kita tidoq..tapi kalau dah tido banyak sangat ia aka menyebabkan sel-sel lam otak mati tau tidoq skit2 sudah.hehe

Bila tidoq, jangan selubung muka ngan selimat
-Bila tido selubung ni, kandungan carbon dioksida akan tinggi lam selimut tu, jadi..kita kan menyerap masuk carbon dioksida bukannya oksigen...penyerapan karbon dioksida akan menyebabkan sel-sel otak mati

Paksa otak bekerja time sakit
-bekerja keras atau study time sakit juga kan mengurangkan keberkesanan fungsi otak dan juga merosakan otak

Kurang merangsang otak
-berfikir merupakan cara terbaik melatih otak, kurangnya berfikir akan menyebabka otak merosot

Bercakap
-banyak bercakap atau mengeluarkan pendapat akan meningkatkan keberkesanan otak


PUNCA-PUNCA UTAMA KEROSAKAN HATI


  • Tidoq terlalu lewat atau bangun tido lewat
  • tidak kencing bila waktu pagi(bila bangun tidoq)
  • makan banyak
  • tak bekpes
  • menggunakan bermacam-macam ubat
  • mengambil banyak bahan pengawet, makanan yang mengandungi pewarna tiruan dan pemanis tiruan
  • banyak mengambil makanan berlemak - jangan mengambil makanan berlemak jika anda sedang letih(kecuali jika badan anda benar-benar fit), sebolehnya kurangkan penggunaan minyak dalam menyediakan makana
  • makan makanan yang terlalu masak(sayur) - sayur seharusnya dimakan mentak atau pon tak terlalu masak,sayur goreng juga harus dimakan terus dan tak boleh disimpan

5 MAKANAN PENYEBAB KANSER


Hotdog
- hotdog mempunyai kandungan nitrate yang tinggi (nitrate-penyebab kanser)
kanak2 hanya leh makan 12 hotdog setiap bulan jangan lebih
dan kalau anda suma kaki hotdog atau yang tak leh idup kalau tak makan hotdog(orang melayu ka ni??) sila la amik hotdog yang kurang sodium nitrate



daging yang telah diproses (daging burger) atau bacon (babi)
-jugak tinggi kandungan sodium nitrate,lemak dalam bacon akan jugak menyumbang ke arah pembiakan kanser

Donut ( yang memahal tu)
-makanan utama yang menyebabkan kanser kerana, 1st sekali kandungan gulanya yang tinggi, 2nd sebab dia digoreng pada suhu yang tinggi dan tinngi dalam kandungan minyak yang dihydrogenkan (minyak haiwan)


Kentang Goreng
-sama cam donut tinggi lam gula,minyak dihidrogenkan dan digoreng pada suhu tinggi.ia juga tinggi dengan penyebab kanser iatu acryl amide yang berlaku masa proses penggorengan

chip kentang, crackers dan biskut
- dibuat daripada tepung dan gula..selalu dilabel sebagai free dari lemak trans, tetapi sebenarnya masih mengandungi sedikit lemak tersebut

haa..amacam??
suma makanan sedap tu??hehe...

leh ka tahan ( terutama donut dan fries tu.huhu...)


Sunday, November 7, 2010

Tarikh- tarikh penting dalam Islam 2011

ari ni cik gold nak bagi list tarikh-tarih penting dalam tahun Islam bagi 2011 ni.
manalah tau ada antara kawan-kawan kita nak melansungkan pernikahan atau pertunangan pada tahun depan kan...


tak pon ada yang nak wat kenduri doa selamat ka..ha...leh la pilih ye tarikh-tarikh islam ni daripada pilih tarikh yang glemer spt 11/11/11 ka, 12/12/ka..oooppss!!

ha...tapi kalu dah suka ngan tarikh di atas tu amik ja...jgn risaukan kata-kata cik gold ni (^_^)

Tarikh- tarikh penting dalam Islam 2011

TARIKH HIJRI

TARIKH MILADI

HARI PERAYAAN/ KEBESARAN ISLAM


12 Rabiulawal 1432

15 Februari 2011

Maulidul Rasul


27 Rejab 1432

29 Jun 2011

Israk dan Mikraj


1 Ramdhan 1432

1 Ogos 2011

Awal Ramadhan/ Berpuasa


17 Ramdhan 1432

17 Ogos 2011

Nuzul Al-Quran


1 Syawal 1432

30 Ogos 2011

Hari Raya Puasa/Idul Fitri


1 Zulhijah 1432

28 Oktober 2011

Awal Zulhijjah


10 Zulhijjah 1432

6 November 2011

Hari Raya Korban/ Idul Adha


1 Muharam 1432

27 November 2011

Awal Muharam/ Maal Hijrah




Tuesday, November 2, 2010

Banjir di Kedah Semakin membimbangkan




Banjir di kedah semakin teruk, bagi orang yang nak kenduri kawin memang sedang bersusah hati dari sekarang la...rumet cik gold pon nak kenduri 20/11/10 ni...dia dah siap pening-pening dah tu

nasib baik la umah cik gold ni dikategorikan sebagai tempat yang tinggi...
kalu umah cik gold banjir, alamat habis la pekan alor staq tu

tapi banjir di Kedah selalunya tidak bertahan lama kerana bukan jenis bertakung, macam orang tua-tua cakap ayaq lalu saja..


kalau jenis bertakung memang parah sebab susah nak surut dan boleh menyebabkan penyakit merebak

bagi adik-adik yang nak exam besaq tu,bersabaq la ye...wat yang terbaik, jangan jadikan banjir sebagai alasan untuk tak perform ye (^_^)

mari baca petikan berita yang cik gold amik dari berita harian ni


ALOR SETAR: Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak semalam.

Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara, Ridwan Yahya, berkata sebanyak 79 pusat penempatan mangsa banjir telah dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 31 di Kubang Pasu, 33 di Padang Terap, tujuh di Pokok Sena serta lapan di Kota Setar.

Sementara itu, beliau berkata empat pusat di Padang Terap telah ditutup dan 166 penduduk daripada 42 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.
Antara kampung yang terbabit banjir di Kubang Pasu ialah, kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang, manakala bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 10.22 meter (paras bahaya 9.14 meter).

Di Padang Terap antara kawasan yang terbabit ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.

Bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 20.94 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai iaitu Sungai Padang Sanai di paras 33.45 meter (paras bahaya 36 meter), Sungai Kubu di paras 15.50 meter (paras bahaya 13.02 meter) dan Sungai Naka di paras 31.97 meter (paras bahaya 33 meter). Di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu, air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Sementara itu senarai jalan yang ditutup adalah seperti berikut: Daerah Kubang Pasu (Jalan Pauh–Changlun; Jalan Bukit Wang–Malau; Jalan Jitra–Kelubi; Jalan Jitra–Kodiang; Jalan Kampung Betung–Kampung Kanyau; Jalan Kampung Darat–Kampung Belihal; Jalan Jitra–Bukit Wang; Batu 4 Jalan Changlun–Kodiang; KM28 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra); KM10.2 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Changlun); Jalan Ulu Pauh–Changlun; dan Jalan Tanah Merah–Wang Tepuh.

Daerah Padang Terap (Jalan Kuala Nerang–Padang Sanai; Simpang Jelutung; Jalan Semilang; Jalan Kampung Rambutan–Kuala Kajai; Jalan Kilang Gula Padang Terap–Kampung Pokka; Jalan Kampung Banggol–Padang Sanai; Jalan Kampung Padang Cenderai–Kampung Baru Ladang; Jalan Kampung Tanjung Kiri–Kampung Tanjung Kanan; Jalan Kampung Tualak; dan Jalan Kampung Kubu. - BERNAMA

bagi penduduk pulak, time ni la kita leh tengok wakil rakyat yang turun padang bantu kita ye...sila bersiap sedia untuk pilihanraya yang semakin hampir ni

Dato Syed Sobri (adun kuala nerang)

untuk kanak2 ribena lak, jangan gatai nak main ayaq ye...nanti lemas sapa yang susah??


Monday, November 1, 2010

Cik Gold sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment


Cik gold kembali menjadi student...sibuk menyiapkan assignment bagai...

tak best!!!

cik gold adalah diantara kakitangan yang berjaya menduduki peperiksaan PTK yang terakhir ni, disebabkan ini yang terakhir, ia bermaksud cik gold perlu mendapat Band 4, sebab tiada lagi peperiksaan ulangan...

harap dapat wat yang terbaik la..kalau tak rugi masa dan tenaga ja...nanti kena apply yang baru lak...

harap-harap untuk peperiksaan last ni para penilai bermurah ati untuk memeberi band 4 kepada cik gold ye (^_^)


EB PREMIUM GOLD SLIMMING FOOT PATCH


ini pulak foot patch yang digunakan untuk slimming ye..kalau anda ada bahagian-bahagian yang agak gempal (perut, paha, pinggul) dan ingin nak kuruskan boleh guna foot patch ini

foot patch ini jugak boleh dilekatkan kat tapak kak cam biasa


foot patch ini bertindak dengan ion lemak akan diserap keluar dan ion herba kan melancarkan peredaran darah



ha...tau tak kenapa selalu sebarang ubat atau bahan yang kita ambil tidak memberikan kesan yang diharap kan??



ini kerana, dalam badan kita terdapat pengumpulan toksin yang banyak (mungkin dari bahan makanan kita) yang akan menghalang sebarang ubat untuk berkesan dengan betol

jadi kita kenalah buang toksin ini dulu

antara kebaikan lain
  • menghilangkan sakit tumit bg orang-orang tua resdung
  • sembelit
  • migrain
  • gout
  • sakit-sakit pinggang
  • dan apa juga sakit melalui konsep refleksologi

foot patch ini akan menarik keluar toksin dari peluh...so,lagi terang warna yang melekat bermaksud lagi banyak toksin yang keluar (warna pada foot patch bergantung kepada herba yang digunakan

  • mesti di simpan di tempat kering dan tak boleh terdedah pd suhu panas @ direct sunlight, juga tak boleh ditinggalkan dalam kereta
  • advisable storage pd suhu 20 darjah celcius (boleh jugak disimpan di dalam peti ais, bhgn dingin, bkn beku)
  • sebelum guna, jgn bukak sealed packaging
  • expired stok baru 2 thn dr tarikh pembuatan adalah mengambil kira faktor ianya disimpan dalam suhu spt recommended

harga sekotak : 26 (20 pcs)
kos penghantaran :rm6 (1-2 kotak)

jika berminat boleh emel sini ya

untuk ke EB DETOX FOOT PATCH (biasa punya-yang tak slimming) klik sini

Cik gold jual EB Detox Foot Patch

hai...
arini cik gold nak berniaga skit...sebenarnya cik gold dah pakai detox foot patch ni dah lama
almaklum la...cik gold keja lam makmal...tiap ari bergelumang dengan chemical

tak tahu la berapa banyak chemical telah masuk lam badan cik gold ni...ada lam 1 hari itu cik gold ada baca pasal detox foot patch ni, dah tingin nak cuba

wah...selepas guna benda ni badan cik gold jadi ringan dan tak mudah letih lagi
antara kebaikan lainnya ialah
  • menghilangkan sakit tumit bg orang-orang tua resdung
  • sembelit
  • migrain
  • gout
  • sakit-sakit pinggang
  • dan apa juga sakit melalui konsep refleksologi







Cara ia bertindak
  • untuk di tampal pada tapak kaki kerana disitu letaknya titik refleksologi, jadi kesan adalah maximum di situ
  • optional boleh juga ditampal di tempat lain
  • mempunyai working theory yang unik kerana disamping menyerap ion lemak keluar dari badan melalui tapak kaki, herba juga akan masuk dan beredar mengikut perjalanan darah ke seluruh badan, jadi tak kire di mana sahaja sasaran lemak untuk dipecahkan, ia akan bertindak
  • mesti mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari bagi membantu pembuangan sisa-sisa kotor dari badan
  • disamping itu, pengguna juga disarankan mengambil makanan yang seimbang
  • minimum penggunaan adalah sebulan selama setiap malam dipakai 6-8 jam setiap sesi pada masa tidur, kerana ketika itu badan berada dalam keadaan rehat dan berkeadaan horizontal, jadi peredaran darah adalah lebih bagus
harga sekotak : rm24 (ada 20 keping ye dalam tu)
pos laju : rm6 (1-2 kotak)

kalau berminat leh emel cik gold ye (^_^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails