.

.

Thursday, March 3, 2016

Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 2




Assalamualaikum

Mari kita sambung ke Part yang ke 2 percutian secara bajet MG ke Pulau Perhentian
mana yang nak ke part 1 klik sini ya Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 1


ok aktiviti hari ni adalah Snorkelling!!
seawal pukul 8.00 kami dah turun untuk bekpes
bekpes ari ni di MJ Perhentian ialah Kueyteaw dan teh tarik
umayrah makan skit ja ari ni dah la semalam pon tak makan
dia pon dah kurus la ni, takut lak satgi pi snorkelling lapaq
jadi MG bawak bekal biskut oreo dan keropok



pas makan kami pon start pi snorkelling
malangnya time MG mai sini ombak kuat
sepatutnya pi 5 tempat snorkelling
tapi jadi 3 tempat ja
tak pa la ada rezeki nanti leh mai lagi kan
tempat 1st kami pi ialah ada 1 pantai ni, sori MG tak tau nama point-point ni
kat sini kami diajar cam water confiden
cara nak pakai google suma diajar kat sini
syok tau snorkelling ni tapi MG dok tepi-tepi ja sebab takut,hehe
kat sini la Yicam MG jatuh lam ayaq
pastu bila dah naik ke darat baru sedaq
apa lagi terus bagitau En. Gold terus dia pi cari
time ni tawakal dah kalau nak hilang hilang la
setelah lama jugak En. Gold cari last skali jumpa lagi
dia jumpa kat tempat yang MG tak pi pon
jauh jugak air bawak nasib baik dapat balik..hehe











2nd place kami ke tempat snorkelling yang cantik
time ni umayrah lak tak bagi turun last skali MG turun kat tepi tepi bot ja
En. Gold ja pi sampai ke batu karang yang cantik
syok dia snorkelling sampai luka kaki
tapi tempat ni memang cantik air dia memang jernih
dok atas bot pon leh nampak ikan kat lam laut.




memang MG kena repeat lg ni ke PP
Sebab banyak point tak leh pi
snorkelling pon tak puas, nanti plan nak bawak famili lak mai sini








lepas abih jadi 2nd point ni kami ke Lata Air Berani
unutk mandi air tawar
ada air terjun katanya atas ni
tapi kami tak naik pon sebab jauh jugak
jadi mandi ja kat mata air kat pantai tu
air sejuk, rasa fresh lepas penat snorkelling
Cuaca sepanjang dok sini panas, tapi tak la panas sangat kira ok la
tapi dalam tak panas pon sunburn jugak memasing



Di Lata Air Berani

lepas abih mandi ni kami pon balik ke bilik
sebab dah lapaq
makanan tengahri pon dah ready
menu tengahri ni ikan goreng, sup ayam, sayuq campoq dan sambal belacan ayaq plak air sirap
sedap jugak, kali ni umayrah makan banyak
ha..tau pon lapaq kalu tak jenuh nak bgi makan.

dah sudah makan, naik bilik dan mandi, petang ni nak pi hiking kat Wind Mill dan nak trekking ke Long Beach lak

Tepat kol 2.30 petang kami pon ke jeti
pak cik boatman siap pesan kalu nak beli air ka makanan ka beli siap-siap kat kampung nelayan
sebab nak ke long beach nanti penat sebak nak trekking
lagipon makanan dan minuman kat situ mahai-mahai belaka
kami bawak air mineral dan keropok ja untuk umayrah
untuk kali ni kami naik bot yang macam sampan ja tapi laju
sebab kami ja yang ke sini petang ni, yang lain dah malas kot
tidor ja kat blik
Long Beach ni sebenarnya di Pulau Perhentian kecik jugak tapi side lain
kat sini banyak pelancong asing dan jugak tempat para diver

pada mulanya si Umyrah nak ja berjalan
tapi lama-laman dia pon penat last skali En. Gold yang dukung
hazab jugak nak bawak budak 20 kg tu naik bukit
tapi last skali kami sampai jugak ke Long Beach
cantik tempatnya, tapi cuaca tak mengizinkan
hujan dah start turun jadi kami pon terus patah balik ke jeti
dan ke Wind Mill pon tak pi sebab hujan
nampak tak alasan yang besar untuk repeat semula ke sini? hehehe..

muka budak lengoh kat belakang, mak ngan ayah tak sedaq.huhu

kawasan agak banyak sampah sebab ada pembinaan sedang berjalan
last skali kami pon balik ke bilik dan jalan-jalan saja sekitar kampung nelayan
best dok sini, kampung kecik semua orang kenai antara satu sama lain

makan malam pada pukul 8.00
malam ni kami di jamu dengan BBQ
Konsep kat sini makanan depa hidangkan
kalau untuk pakej 2 orang kami akan dapat 2 ketoi ayam bakaq, 2n ekoq sotong bakaq dan 2 ekoq ikan bakaq
besama nasik dan tomyan
MG puas ati, berbaloi dengan harga pakej
tak leh demand lebih sebab harga pakej murah
kami pon bercuti secara bajet kan..
hehe..

pas makan jalan-jalan lagi sambil amik angin lauk


tamat untuk Part 2

Day 3

hari ni last kami kat sini cuaca tak elok dan tak leh ke Marine Park
kami cuma jalan-jalan ke sekitar kampung dan pukul 10 kami naik bot untuk balik ke Jeti Kuala Besut
tapi hazabnya naik bot ombak besaq
memang sangat scary
asyik berdoa ja cepat sampai ke darat
time ni kemasukkan pelancong ke pulau adalah di tutup. ramai yang terkandas kat jeti
hanya pelancong nak keluar saja di benarkan

tamat la enty ke Pulau Perhentian
kesimpulan nya sangat best ke sini
sangat di syorkan!

Total Damage Day 1

Tiket KLIA Transit rm20.80
Makan-makan KLIA2 RM10.00
Airport Transfer rm80.00
beli air mineral : rm 3
Harga pakej : rm285/person : rm570
Tiket AA 3 Orang (pi balik) : rm60


Total Damage Day 2

Aiskrim (3 Batang ): rm9.00
air Mineral : rm3
total : rm12

Total Damage Day 3

Beli cenderamata : rm30
beli keropok2 : rm60
airport transfer : rm80
makan di airport : rm20
parking : rm14
KLIA Transit : rm20.40

Total BAJET KE PULAU PERHENTIAN : RM992.20 (2 dewasa 1 budak)


Nota Kaki : Get ready for next vacation :P my dream place!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails