.

.

Wednesday, December 22, 2010

SMS dan panggilan menipu


dapat sms ni 2 3 ari lepas

dari no : 6285227681216

"Ni m'cik guna kad orang, Tolong bagi credit mexis 30RM kat no mak cik 0142040053 pasal pakcik ada masalah kat balai polis, makcik mau call. Leh tak cepat sikit beli"

cik gold dengan sepantas kilatnya menelefon makcik di Kedah

cik gold : cik, cik da sms cek ka tadi?
mak cik : eh, cik tak sms hang pon ari ni, awat?
cik gold : dak, tadi ada sms dari no indon kata cik nak suruh topup bla..bla...bla..
mak cik : haih, cik tak sms pon

ooo...mau tipu ye??
ingat orang bodoh sangat??

terus cik gold balas balik kat ke dua-dua nombor di atas


"woi @#$%^, suka ati nak tipu orang, dasar @#$%^ penipu"

harap sangat dia balas balik
tapi tak balas pon

balik umah terus cita kat hosmet, hosmet lak cita ada 1 lagi tektik depa
depa akan kol/sms kita dan suruh kita offkan henpon sebab nak ejas apa tah
dalam masa kita off henpon tu, depa akan kol famili kita dan mintak tebusan, konon-konon kita di culik
famili lak bila kol kita tak dapatla sebab kita dah off

macam-macam tektik depa ni..
berhati-hati la..



Monday, December 20, 2010

Cik Gold Membunuh!!


** entry ini agak ganas, siapa pencinta binatang jangan baca ( cik gold jugak pencinta binatang.huhu...)

huhu...
cik gold dah jadi pembunuh
amat kejam

mula-mula, mangsa pertama di tanam idup-idup

mangsa ke dua di kepit di bahagian perut ( tetapi berjaya melari kan diri) yang ni tak masuk perangkap, tetapi terserempak di dapur

mangsa ke tiga, di lemaskan di dalam baldi

dan, yang ke empat, juga dilemaskan lam baldi

haa...sapa suruh mengacau ketenteraman orang, orang yang lemah lembut pon tapi kalau di kacau selalu, nahas la hang..

kalau datang tu, untuk melawat ja tak pa la gak

ini datang, curi makanan, semak kan ruang dapur, berak merata-rata,kencing merata ( tak pasai ja umah cik gold kena Leptospirosis)

kalau nak ikutkan kan memang la tak sampai ati nak bunuh..tetapi disebabkan dah tak tahan terpaksa la
huhu...

umah cik gold lak dekat ngan kedai makan, jadi depa pon suka ati la kuaq masuk umah cik gold ni..

setelah dah tak tahan, cik gold terus membeli perangkap..haha
dah kena 3 ekoq
padan muka



***maaf cik tikus, cik gold terpaksa wat ini suma demi keselamatan diri.huhu...

mana mau dapat katak cam ni???



Dividen ASB 2010


PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) ketika pengumuman pengagihan pendapatan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Agihan Pendapatan = 7.5 %
Bonus = 1.25%
Total = 8.75%

MENGIRA KEUNTUNGAN SIMPAN DI ASB

Contoh Pengiraan Keuntungan ASB

Soalan 1: Berapakah keuntungan yang akan anda perolehi jika anda menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB sejak setahun yang lalu?

Saya membuat kiraan berdasarkan:

Dividen: 7 sen / unit
Bonus: 1.75 sen / unit

Formula untuk mengira dividen ASB adalah :
Pendapatan Dividen = dividen x baki minimum akaun
= 0.07 x 876.00
= RM 61.32

Formula untuk mengira bonus ASB adalah :
Pendapatan Bonus = bonus x [(baki minimum akaun * 12) / 120]
= 1.75% x [(10,512) / 120]
= 1.75% x [87.60]= RM 1.53

Jawapannya, anda akan memperolehi RM 62.85 jika menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB.

apo laie..
pok cik kayo!!!





Saturday, December 18, 2010

Membuat Pasport Antarabangsa Malaysia


1st skali cik gold ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Imigresen Malaysia yang berjaya mengimprovedkan perkhidmatan mereka

percaya atau tak sekarang nak wat pasport hanya amik masa 1jam ja (masa cik gold wat dulu amik masa 1 hari dari kol 9pagi sampai la kol 5 petang, itu pon esoknya baru dapat.huhu)

selain itu ia jugak bukak pada hari minggu tau...wah best bagi cik gold yang tak sempat nak wat time hari bekerja ni

tapi tak semua cawangan bukak ari minngu ye, hanya yang terpilih ja
nak tau lebih lanjut sila klik sini www.imi.gov.my



hehe..kol 7.45 pagi (tapi dah ramai yang beratur) cik gold dah terpacak kat imigresen cawangan kajang ni untuk temankan kawan wat pasport, layanan pak guard kat sini pon bagus, tq pak cik (^_^)

tetapi cik gold sangat hairan la kenapa ye kalau pergi ja imigresen banyak dengan kaum cina ja, banyak tol ye duit depa selalu pi melancong, yang melayu ada la 2 3 kerat.mungkin kawasan kajang ni kawasan cina sama kot kan?

sebelum anda suma datang sini, sila lah bawak 1 salinan fotokopi ic,dan 2 keping gambaq ic background kaler biru

tak bawak pon tak pa, sebab kedai gambaq dan fotokopi bersepah kat situ, tapi bersedia la untuk bayaq dengan bayaran yang mahal

ini kaunter pembayaran

pembayaran telah di wat, sila simpan resit untuk amik pasport ye

kadar bayaran untuk wat pasport ini

2 tahun = rm100
5 tahun = rm200

kaunter amik pasport

tada..dah siap!!

pasport dah siap, apa lag jom travel lak...(^_^)

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN


hari ni cik gold postkan entry mengenai kandungan kalori di dalam makanan

selama ni orang nak diet akan cuba mengantikan nasi kepada mee megi sebagai cara nak kurangkan makan, padahal kandungan kalori yang adalam megi tu dah hampir sama ngan sepinggan nasi

baik makan nasik, kenyang dan kurang bahan perisa

jadi, sebagai peringatan tak semua makanan yang kita anggap rendah kalori tu betol-betol rendah kalori ye

(patut la susah tol cik gold nak kurus.huhu...)


Kategori:Kuih Muih

  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

  1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

  1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  9. Mee Maggi (semangkuk) = 420 kalori
  10. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  11. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  12. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  13. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  14. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  15. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

  1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  5. Burger keju (satu) = 425 kalori
  6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  2. Betik (sepotong) = 45 kalori
  3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
  5. Limau (sebiji) = 42 kalori
  6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
  8. Epal (sebiji) = 63 kalori
  9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
  10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori Minuman

  1. minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
  2. minuman kotak 250g = 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
  5. aiskrim 2 skop= 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh = 75 kal
  9. keju chedar 1 keping =58 kal
  10. Teh tarik = 120 kal
  11. Kopi susu = 120 kal
  12. Teh O = 20 kal
di samping itu sila follow jugak piramid makanan ni ye

***sila berhemah dalam makan ye kawan-kawan (^_^)

Thursday, December 16, 2010

Cik gold nak bercuti



kawan-kawan sekalian...sori cik gold dah lama tak BW dan tak membalas jejak..sekarang tengah sibuk dok cari info pasal bandung


bulan depan nak pi ( dapat tiket murah masa airasia wat promosi)..huhu..

kena cari info tol-tol sebab kabarnya kat sana banyak orang indonesia yang akan tipu
dari harga sewa teksi hingga lah ke harga barang

ada sapa-sapa dah penah pi??

leh kongsi apa-apa info ngan cik gold???

Saturday, December 11, 2010

Cuti Awal Muharam tengok Ngankung



hehe..hampir sekian lama tak tengok wayang, baru leh tengok ni...movie last tengok pon dah lupa movie apa (^_^)

jadi sempena cuti kat selangor ni sempena awal muharam ni, cik gold dan en gold pi tengok wayang la..

cita apa?? setelah mendengaq cita yang katanya filem ngankung ni best,jadi kami pon nak gak la tgok best ka tak kan..

katanya dah box office

*** haha..ini entry lapok ye, tuan puan..jangan marah

tiket dah dapat ni

tiket book online sebab takut tiket abeh, ada housemate cik gold pon tak dapat tiket sebab terlalu ramai orang nak tengok cita ni.



wahh..keadaan di alamanda ni memang ramai orang la..kena lak cuti sekolah sekarang ni kan??

orang yang beratur nak tengok wayang pon ramai ( huhuu...nasib baik tiket dah book)



cita ni lebih kurang 90 minit
menceritakan 3 sahabatyang dilakuonkan oleh Sam, Azad dan Angah raja lawak yang mengangkung untuk mintak nombor ekoq..ada yang susah nak jadi kaya, ada yang kaya nak jadi lebih kaya

kesudahannya, memang depa menang tapi idup tak tenang la..kan duit haram tu, jadi ada yang selalu kena kacau ngan hantu, kena kacau ngan along (sebab pinjam duit nak beli no ekoq)
dan juga yang ilang anak yang masih lam kandungan isteri (ha...cam mana tu??)

kesimpulannya jangan makan duit haram dan mencari kesenangan yang mudah..cita ni cita yang ringan dan boleh di tonton oleh segenap lapisan masyarakat


**acara selingan love boat dan ABC spesel..hehe

tapi kalau nak kata best sangat tu, bagi cik gold tahap kebesan dia di tahap ok..

dan sesuai untuk releasekan tensen dengan lawak jenaka mereka

Tuesday, December 7, 2010

15 Kontek Lens Terpelik

Jika anda teringin nak kelihatan pelik atau nak menghadiri majlis yang ada tema -tema tertentu seperti majlis hari jadi ka, majlis makan malam ka, haloween party ka..leh la try contact lens di bawah ni.

kontek lens kuda belang, gerenti akan jadi kuda belang kalau anda pakai ni

ala-ala mata kucing gak ni


ini lak len untuk menjadikan mata anda lebih berkilau gitu

peminat bola...sila pakai yang ni ye


ni lak mata kucing..sesuai untuk cat woman to be




ni kontek lens darah, sapa mau pakai??


ini kontek lens mickey mouse


ini lak boleh dipakai oleh orang-orang yang nak berpura-pura nangis depan pakwe.hehehe...

ini lak hello kitty punya lens...sapa die hard fan hello kitty jangan lepaskan koleksi ni


don't worry..be happy ya..


versi labah-labah wat sarang lam mata

ini lak..lens yang ada corak litar elektronik, tak tau apa tujuan ni( di test pada mata rabbit ye)


This Dragon Eye contact len




ini kontek lense mewah..ada emas lagi

ada ka orang malaysia nak pakai benda -benda bukan-bukan cam ni???

kalau cik gold...tak kuasa i

Monday, December 6, 2010

Buang Masa Di ujung Minggu


ujung minggu lepas, di sebabkan tersangat la boring dok kat umah, cik gold apa lagi, ajak lah en.gold berjalan-jalan

hajat di hati nak pi MAHA ( Almaklum lah, dekat bebenor MAHA tu ngan umah cik gold...teruk betol la kalu tak pi)

tapi hajat tak berapa nak kesampaian lah nak pi situ dari petang tu, sebab ujan melampau-lampau lebatnya..cik gold dan en.gold lak pengguna motosikal yang setia, mana leh nak meredah ujan naik motor ni..


dah dekat kol 7, pas magrib baru la ujan berenti..terus la kuaq

tempat pertama pi, Jusco Equine Park (haha...tak pi lagi MAHA tu)

bukan apa...cik gold terlalu rindu nak makan buah pelam potong yang kat La Boheme tu
sambil-sambil beli pelam beli baju la skali kan??hehe...

buah pelam yang jadi idaman cik gold.huhu

makan dengan lahapnya (cik gold yang gemuk)

en. gold dengan rambut serabutnya (abaikan rokok daun tersebut.huhu)

berjaya menarik rokok daun tersebut.hehe

ha..dah puas bershopping, baru sibuk-sibuk nak pi MAHA.

wahh...banyaknya kenderaan, nak jalan pon susah, nasib baik kami naik motor, leh gak mencelah..

pandangan dari atas bukit ruang jualan

masuk situ, suma kedai dah hampir tutup..nak beli buah pon tinggal pisang ngan betik ja..huhu..

cik gold bersama nangka yang glemer

masuk ruang pameran atas bukit tu pon dah kosong sumanya

di ruang pameran


jadi apa tunggu lagi...balik ja la..

kempunan cik gold nak round kat sana
nak pi siang tak leh sebab ujan..

tunggu lagi 2 tahun lak...harap-harap masih wat kat Mardi ye, walaupon banyak komen-komen negatif cakap pengurusan kat sini tak cekap (kalau wat kat tempat lain susah la cik gold nak mai lagi)

nota kaki : kualiti kamera amat mengecewakan, tuan punya kamera kedekut nak beli kamera baru.huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails