.

.
Showing posts with label Umayrah 1 tahun. Show all posts
Showing posts with label Umayrah 1 tahun. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

Imunisasi 1 tahun 6 Bulan Umayrah


Umayrah bajet model catwalk

Assalamualaikum

2 Sept 2013 yang lepas genap lah si Umayrah ni 18 bulan
jadi setiap bayi yang sudah mencapai umur ni perlu untuk di vaksinasi kan
jadi umayrah ni tak terkecuali lah
bagi MG, MG pilih untuk divaksinkan
ada sesetengah parent yang tak mau divaksinkan anak mereka
terpulang lah kepada pendapat masing-masingkan
setiap parent berkuasa penuh kepada nak-anak mereka

jadi sabtu lepas MG pon pi la ke Klinik Mesra Serdang
Klinik biasa MG dan Umayrah
dari zaman pregnant sampai lah ke Umayrah dah besaq ni
hehehe...tapi yang paling betul
ini klinik panel, senang tak payah bayaq pon.hehe..

Jadual imunisasi Malaysia
dah sampai ke klinik problem la plak
klinik ni tak dak vaksin untuk 1 tahun setengan tu
aduuhh... jenuh mengagaulah cari
MG tak penah pi klinik yang lain selain klinik ni dan Azzahrah
jadi kesimpulannya hari tu tak jadi la inject si kecik yu
selamat dia.hehe..

Riadah kat bukit ekspo, UPM

Hari ni saja MG gatai kol Azzahrah Bangi
nak tau harga dan available atau tak injection tu
macam dok tau la Azzahrah agak mahal
MG lak selalu pi vaksin selalu free ja kan
tiba-tiba nak kena bayaq sendiri ni agak tak syok la gak.hehe..
bila kol vaksin tu available dan harga nya dalam plus mines rm120 katanya
vaksin rm95 dan consultation dalam rm13
hmmm..affordable jugak ni
tanya lagi sebab azzahra ni panel upm gak
ada potongan harga gak ke
si penjawab tu cakap disebabkan ini injection yang wajib mungkin akan di potong skit bayarannya
ha...ini yang MG mahu dengaq.hehe..
sapa tak mau berjimatkan
tapi bila ditanya berapa mungkin di potong tu
dia cakap tak tau

Hantu satey

tapi tak pa la kalau kena bayaq full pon harga still ok
dengaq kata ada yang injection yang sampai rm400??
mahal gila
ijention apa tu...mungkin kat private yang mahal kot
tak mampu la MG
Nak pi ke KK takut kena marah atau perli lak sebab dari awal tak pi situ
sabaq ja la kan..hehe

Thursday, July 24, 2014

Perkembangan Ummi Umayrah



Assalamualaikum

dah kena sapu sawang lam blog ni
bulan posa tahun ni tak update lansung
malas betol...walau pon BE banyak yang bertandang tapi tah la malasnya rasa
mungkin pas raya semangat rajin kembali datang

kembali kepada Umayrah
dah setahun 5 bulan la ni
dah pandai sebut ayah, ikan, nau (kucing) bebe (bird) dan bye
mak ja tak mau sebut
tapi kalau time nangis sebut jugak
bukannya mak tapi meekkk...hehe
ikut suka la panggil la apa yang dia suka

dari segi fizikal
masih chubby dan comel
sekarang dah makan nasi lembik dan tak makan bubur
sekarang dah kurang makan ayam dan lebih sukakan ikan
jadi la ni pepagi MG sibuk menggoreng ikan
Alhamdullilah dia mau makan..
sayur pon dia tak tolak
dari segi jalan dah pandai
cuma kalut, badan pegi dulu tertinggal kaki kat belakang
jadi selalu jugak lah jatuh
dah boleh menari dan yang paling best dah pandai merajuk!
hehehe...

contoh bila dia merajuk tak dapat barang atau apa yang dia mau
dia akan wat pekak ja bila MG panggil
kalih pon tak mau
bila kita nak pi amik pon lari
jadi dah tau dia merajuk
comel lak rasa, sebab dah bertambah satu lagi kemahirannya!
hehe...tapi tak leh layan selalu nanti mengada lak dia,

dari segi pemahaman apa yang kita cakap dah banyak improvement
contoh kita amik satu barang,dia akan paham dan akan amikkan untuk kita
jadi MG rasa progress si Umayrah ni memang follow progress todler yang sama umur ngan dia

bila tidoq dah tak mau berselimut
banyak sungguh akai dia
jadi sekarang memalam kena pastikan dia pakai seluaq panjang dan berstokin

ok setakat ini progress si Umayrah

***** sama-sama kita berdoa untuk kemenangan umat Islam di Palestin dan kesejahteraan negara kita tercinta ini daripada Fitnah akhir zaman dan kuasa barat. Aminn...
#PrayforGaza
#PrayforMH17
#PrayforMH370

Wednesday, May 21, 2014

Susu Bercampur Darah

gambaq nak masuk kontest.hihi
Assalamualaikum

Sejak-sejak si merah bergigi ni
isapan susu sangat la sakit
dia isap susu menggunakan gigi.hehehe
cam na nak describe ni
kiranya dia gigit puting la ketika menyusu

sebelum ni memang selalu dia gigit
tapi tak tinggal luka
ada satu malam tu, memang maha sakit la
dia gigit pastu dia tarik skali
si merah tido, mungkin tu kot dia tak sedaq
abeh apa lagi meraung la MG 

Esok bangun tengok 2 luka
atas dan bawah puting
terpaksa jugak bagi simerah isap sebab takut nanti bengkak dan susu tak kuaq pula
memang best la
kena tahan nafas dulu masa dia nak start isap tu.huhu

tengahari tadi pulak masa pum kat ofis
kuaq darah pulak
sah la bercampur dengan susu tu
konfius lak, leh simpan ke tak susu tu
ke nak buang
last skali, search dulu la 
leh baca artikel MG kopi paste kat bawah

Fenomena susu berdarah adalah normal terutama di kalangan ibu yang pertama kali menyusukan anak. Jadi para ibu tak perlu risau atau panik. Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan dan menyusukan bayi, akan berkemungkinan berlaku puting melecet atau luka dan ini menyebabkan rasa sakit serta tidak selesa semasa menyusukan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti posisi penyusuan yang salah, lekapan mulut bayi tidak sempurna dan hisapan bayi yang agak kuat.

Dalam kes ini, selalunya ibu-ibu tidak merasa sakit yang teruk atau mungkin langsung tidak merasa sakit. Kecuali puting susu/nipple luka atau melecet ataupun ibu mengalami bengkak payudara.

Pendarahan ini tidak membahayakan bayi dan ia selamat untuk meneruskan penyusuan. Darah dalam susu ibu bukanlah suatu yang ajaib atau luar biasa tetapi ia NORMAL. Terdapat kes di mana semasa penghujung kehamilan atau semasa minggu pertama selepas melahirkan, darah keluar due to broken capillaries and intraductal papillomas.

Nipple yang luka atau melecet juga kadang-kadang menjadi punca susu ibu yang keluar bercampur darah, di mana darah tersebut datang daripada luka. Susu dan darah itu selamat serta tidak bahayakan bayi jika diminum dan ia akan dibuang melalui najis bayi.

Sebab fenomena darah di dalam susu ibu

"Vascular engorgement" or Rusty Pipe Syndrome
Darah yang disebabkan oleh pendarahan dalaman yang kecil akibat dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu-tisu payudara di akhir kehamilan dan normal bagi ibu yang pertama kali. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah payudara atau salah satu. Ia tidak menyakitkan. Darah yang hadir bersama susu ibu ini dipanggil "rusty-pipe syndrome" sebab warna karat dalam susu tersebut.

Broken capillaries
Penggunaan pam yang kurang sesuai atau cara mengepam susu yang tidak betul boleh menyebabkan tisu-tisu payudara rosak dan ini boleh berlaku pendarahan kecil di mana darah tersebut keluar bersama susu semasa mengepam atau direct feeding.

Intraductal Papillomas
Tumor yang tidak merbahaya dalam saluran susu penyebab kepada pendarahan. Tumor ini biasanya terdapat pada salah satu payudara sahaja dan tiada ketulan/lump yang boleh dirasa. Kadang-kadang intraductal papillomas agak menyakitkan. Pendarahan biasanya berhenti dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan.

Rawatan diperlukan
Tiada rawatan khusus, kecuali masa yang menentukan ia kembali normal. Ibu-ibu tak perlu risau dan teruskan penyusuan seperti biasa kerana susu tersebut tidak memudaratkan bayi anda. Selagi tidak berlaku apa-apa infection pada luka, ia masih selamat dan tunggu hingga pendarahan berhenti sendiri. Jika pendarahan disertai rasa sakit atau berterusan hingga 2 minggu, silalah dapatkan rawatan pakar atau kaunselor laktasi.

Tempoh penyimpanan susu bercampur darah
1. Susu boleh disimpan sebagai stok tetapi bukan stok beku
2. mestilah tidak melebihi 5 hari dan beri susu bercampur darah tersebut terlebih dahulu kepada bayi, barulah susu yang biasa 



****Jadi kesimpulannya MG simpan susu tu.hihi....

Tuesday, April 22, 2014

Cara Sendawakan Bayi

Assalamualaikum

hari ini MG nak share cara sendawakan bayi
mungkin dah ramai tahu
tapi mesti ada jugak yang belum tahu kan?
MG dulu terkial-kial untuk sendawakan Si Umayrah tu
harap dapat membantu anda juga

Cara ini MG amik dari blog Petua Opahku
MG kopi paste la ye
tapi kamu suma pi la berkunjung ke sana
banyak lagi petua menanti anda :)



3 Petua atau Cara sendawakan bayi

A.
1. Letakkan bayi di atas riba
2. Pegang dada bayi menggunakan tangan anda
3. Pegangkan dagu bayi mengunakan ibu jari dan jari telunjuk
4. Pegang kaki bayi dengan lembut jika perlu

B.
1. Tiarap bayi di atas riba
2. Biarkan perut bayi dia tas paha anda
3. Tinggikan kepala bayi lebih dari badannya biar seketika sampai sendawa

C.
1.Letakkan dagu bayi di bahu anda
2. Tepuk belakang bayi perlahan-lahan sampai mengeluarkan sendawa

Wednesday, April 9, 2014

Bila anak dah boleh berjalan


Assalamualaikum

lamanya tak update blog
sibuk sangat 2 3 minggu ni...nak audit dan kursus bagai
blog pon hampir nak bersawang dah
sempena agak free ari ni baik update kan
nanti lupa lak perkembangan si merah tu


ha...si merah dah boleh berjalan
mungkin agak lambat berbanding bayi orang lain
tapi perlu diingatkan simerah ni  besar
jadi bagi bayi yang sama saiz ngan dia
agak cepat juga dia boleh berjalan ayat tak mau kalah.hehehe



duduk dalam keta dah tak mau diriba
nak berdiri ja
pastu kat umah nak bagi makan punya la susah la ni
jenuh berkejaran satu umah
dan sekarang juga dah kurang makan
syok nak bermain dan berjalan la kot
ni yang tak best ni nanti ilanglah chubby dan double muscle dia huhu..



dulu masa tak boleh berjalan, letak ja kat ruang tamu dan si maknya masuk bilik
dia akan menganga meraung la kat depan tu minta orang amikl
tapi sekarang tak lagi
si maknya pulak terkejut tiba-tiba ada makluk kecik mengikut dari belakang.hehe


tengok..nak bergambaq pon tak mau dah










dan kalau dah boleh jalan dan tak jatuh mencium dinding tu
maknanya si baby tu tak lengkap lagi kebolehan berjalannya.hehe..
si merah pulak kalut betol bila jalan
padahal tak cekap lagi
satu hari tu jalan-jalan nak capai sofa
tapi silap langkap
alamatnya jatuh la
jatuh saja tak lengkap kalau tak disekalikan dengan raungan yang kuat
nasib baik si merah ni menangis sekejap ja


 psstt budak tu dah dapat kebolehan baru..tak mau dah dok kat bahagian bayi kat stoller tu
la ni nak dok berdiri ja
dari start shopping sampai siap
tak menangis dah'
kalau dulu siap la berdokong bagai
bagus merah...senang mak nak shopping pas ni
tinggal bawak tilam kecik satu hampaq la troli tu.hehehe

konon-konon hebat

sibuk pilih mainan, padahal ayah tak beli pon.hehehe







Monday, March 31, 2014

Happy Birthday My Charming Hubby




26 Mac yang lepas genap la 28 tahun umur En. Gold
dah tua bonar dia..uban penuh kepala.hehehe...
itulah programmer uban penuh dan rambut luruh
akibat dok berpikir nak siapkan sistem ( kata dia la..)

Sempena besday dia ni kami tak wat celebration apa pon
dah tua kan, just beli kek dan makan kat umah
disebabkan masa besday umayrah 2 mac ari tu beli cup cake ja
kali ni beli besaq skit kek dia
Leh share ngan ayah dia

kek tu, kek butter dengan topping cheese
maknya yang beli haruslah cheesekan
walaupon si ayah penggemar kek coklat
umayrah? dia suma kek pon dia hantam
kesudahannya, kek tu dibelah separuh dan dihantar ke bangladesh yang umah kat bawah ni
rezeki harus dikongsi bersamakan
baru lah afdal.hehehe..

Buat my hubby yang hensem tu, ini mak ngan umayrah bagi wish



"Semoga sentiasa di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT "


ha..ini budah yang dah di injek MMR sabtu lepas
bergegaq jugak lah klinik
alhamdullillah ok ja si merah tak demam atau naik rashes pon
next injection pada setahun setengah lak, Dtap kot nama injection tu
pas ni nak bagi injection pneumococcal lak
bye

Thursday, March 27, 2014

Suntikan MMR Bayi 1 tahun dan Allergic Telur

Assalamualaikum

minggu lepas ke klinik Mesra untuk suntikan MMR untuk Umayrah
untuk pengetahuan semua suntikan ini wajib bagi baby satu tahun
MMR ini stand MEASLES(CAMPAK)/MUMPS(BEGUK)/RUBELLA
ramai kan dok argue pasal suntikan ini
ada yang kata bagus ada yang kata tak
MG lak rasa ok ja kot
sebab dari dulu lagi mak-mak kita dok inject kita ok ja kan
Tak kan kerajaan nak mewajibkan benda-benda yang bahaya kan

Takut jugak, nanti kalau demam campak ka
beguk ka, bila pi hospital check balik rekod si merah
tak dak terima suntikan ni
mau tak kena perli ngan nurse-nurse tu

Masa pi klinik ni MG tak tau lagi
kena test makan telur dulu
sebab vaksin ni diperbuat dari telur
takut nanti kalau si anak alergic pada telur
allergic tersebut macam naik bijik-bijik merah di badan dan mulut.
nanti dia akan mengalami alahan pada vaksin ni
Maka perlu dapatkan injection di KK saja
tak leh di private dah
jadi tak jadi lah si merah di inject hari tu

kebetulan lak si merah time pi tu dah ada bijik-biji merah kat badan dia
bila balik, MG bagi telur kat dia
dia pon macam suka ja telur tu,
lepas 2 3 hari bijik-bijik di badan dia semakin banyak
terus lah pi klinik
tanya jugak kemungkinan kesan dari telur tu ka
selepas bercerita panjang, doktor tu cadangkan bagi lega dulu merah-merah tu
baru try lagi skali
risau jugak dah lebih setahun tak inject-inject lagi
tapi menurut doktor tu ada yang setahun 3 bulan pon ada baru ambik injection tu
jadi lega la..hehehe
Alhamdulillah bijik-bijik tu tak naik dah selepas percubaan kali ke 2
ujung minggu ni nak pi lagi skali klinik untuk injection tu
Tawakal je lah

Nanti ingat nak amik suntikan Pneumococcal lak

Sunday, March 23, 2014

Tips dan Petua Melegakan demam bayi dan kanak-kanak

Assalamualaikum

Bila ada anak ni mesti risau kan
baby kan cepat demam
kadang-kadang takut sangat bila malam-malam dia panas badan dan kepala
macam Umayrah, dia selalu demam malam
siang ok ja badan dia.
Bila dah selalu jadi, MG pon search la apa yang perlu di buat jika anak demam 
selain dari bagi makan ubat
Jadi MG pon post kat sini sebagai rujukan anda juga


 Tips Melegakan demam bayi dan kanak-kanak

1. Pastikan anak betul- betul demam  
    -paling bagus kalau ada termometer sendiri kat umah

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

  • Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
  • Rendam tuala dan perahkan.
  • Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
  • Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
  • Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
  • Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

3. Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangka waktu yang ditetapkan

4. Galakkan anak minum air dengan banyak
    -bagi mengeluarkan suhu badan melalui kencingnya

5. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar

4 Petua Meredakan demam pada bayi dan kanak-kanak


1. Minum Air Kelapa Muda
Minum air kelapa 2 kali sehari sampai panas badan hilang.

2. Bawang Merah
Tumbuk bawang merah dan airnya disapu pada badan anak
Jika mengikut orang-orang lama,air bawang itu campur minyak masak sapu dan di sapukanpada dada dan punggung

3. Asam Jawa
Jika tiba-tiba anak demam kuat, susah nak pi klinik ngan cepat, jaram ngan air jawa
sapu pada ubun2 dan seluruh kepala biaq kering sendiri
lakukan sampai panas hilang

4. Ubi Kayu
ambil sebuku ubi kayu, kupas dan cuci bersih
parut dan parutan tu letakkan kat dahi kanak2
bila kering ganti baru sampai panas hilang

5. Daun Bunga Raya
Daun tersebut diramas sehingga berlendir
lendir itu disampukan di kepala, biar kering sendiri
ulang sampai panas hilang

Monday, March 17, 2014

Waktu yang sesuai untuk mengajar bayi mengenal huruf

Assalamualaikum

hahaha, ini lah dinamakan baru ada anak sorang
bersungguh-sungguh nak bagi yang terbaik kat anak
anak tak leh jalan lagi dah sibuk nak ajaq membaca bagai
hari tu pi shopping kat Jusco Equine, nampak buku budak-budak yang cover keras tu
terus lah beli, satu nombor dan satu lagi ABC
Pastu ada satu hari tu pi pasaq malam
ada orang jual flash card nombor kat situ, beli lagi
harga sekotak rm2, murahkan
tapi kertas dia biasa-biasa ja
padan lah dengan harga
dapat kat si merah dia gigit-gigit habis lah lembut card tu
Pastu satu hari tu pi tesco dapat lagi satu buku huruf jawi lak
maka cukup lah koleksi untuk si merah.hehe

Rupanya selama ni kita tak tahu
kita boleh mengajar anak kita sedari bayi lagi
masa ini lah otak si anak mudah menyerap masuk segala apa yang kita ajar
dan apa yang dia tengok
otaknya umpama span yang akan menyerap segala yang kita ajari
menurut kajian, pada usia 2 tahun otak kanak-kanak sudah 80% menyamai otak orang dewasa
si merah ni genap setahun baru MG introduce buku-buku ni kat dia
lagi awal lagi bagus kot
daripada dia tak buat apa baik kita ajar benda-benda cam ni kan

Seperti yang kita sedia maklum
kebanyakan kanak-kanak hanya mula belajar apabila kita hantar mereka ke tadika
itu pon semuanya berharap kepada guru
tapi itu semua dulu, sekarang ibu bapa berlumba-lumba nak beri pelajaran kepada anak
tak cukup dengan buku, flash card
tablet pon di baginya ke anak

tapi ingat ye, gadget-gadget seperti itu tak bagus untuk minda anak-anak
ia akan mengurangkan iq anak-anak
mana tak kurang, amak-anak tak guna otak pon untuk berfikir
kesihatan pon terabai, mana taknya dok mengadap tu ja
bergerak pon tak
MG akan sedaya upaya akan kurangkan pendedahan gadget kepada si merah kecik

Si Merah pon suka betul dengan buku-buku ni
boleh lah nak mengalih perhatian nya lebih kurang 10 minit
pastu dia jadi balik la aksi manja dia nak perhatian 24 jam.hehe...

Harap dengan usaha mak ni Si merah akan cepat belajar ye



paham ke tak tu?

Saturday, March 1, 2014

Ummi Umayrah sudah 1 tahun





umayrah with her cute cake!

Assalamualaikum
Hari ini  2 Mac 2014 genaplah setahun usia si anak dara Ummi Umayrah binti Fayzal
Rasa  macam baru lahirkan dia semalam
kenangan semasa mengandung dan bersalinkan dia sentiasa segar diingatan
Semoga Umayrah membesar menjadi anak yang solehah,sihat, rajin, bijak dan cantik (boleh macam tu?hehehe)
mak sayang Umayrah dunia akhirat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails