.

.
Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Officially Married


Alhamdulillah
dengan sekali lafaz...cik gold sah menjadi mrs gold lak..heheh
hari ni baru start keja
malas gila nak mai keja
sepatutnya marin dah start keja...hehehe...tambah lak EL sari lagi

la ni dah pindah ke umah en. gold di Kajang
nanti mrs gold akan cita review-review pasal knduri ye

Akad Nikah ( 27/05/2012)
Masjid Kariah Bukit Tembaga




 Kenduri ( Belah Perempuan) 02/06/12
Villa Pak Lah, Bukit Tembaga


 

Kenduri (Belah Lelaki) 06/06/12
Kampung Tong Pelu, Pedu




la ni kita layan gambaq la dulu...
gambaq suma gambaq unofficial, yang official tak dapat lagi... :P












Tuesday, March 13, 2012

Aktiviti Hujung minggu : Kenduri Kat Rengit



Assalamulaikum

Ujung minggu yang lepas 11/03/12 cik gold pi Rengit
untuk kenduri kawin housemate
1st time pi Johor ni
pi pon tumpang another housemate
ye la...cik gold mana da keta
hehe...perjalanan smooth ja..
kami bertolak kol 8.30 pg dari Serdang ..awal kan??
hehehe...
pi tu ngan tak sarapannya hanya minum air ja
sepanjang perjalanan perut bekeroncong

highway ke sana straight ja
jadi si driver ni pon pecut la..last-last kena speed trap..hehehe

kami sepatutnya kuaq kat exit Ayer Itam
tapi bila sembang-sembang dan dok lane laju terlepas la exit tu..kat machap baru sedaq...kitaorang dah cuak sebab takut sampai ke Singapore..hehhehe
kol pengantin dan dia suruh kuaq ikut Simpang Renggam
dah kuaq tu smooth ja la perjalanan
lam kol 11 gitu kami sampai..dan terus ke Dewan Rengit
nasib baik la makanan dah siap...terus ja hantam dulu sebab dah lapaq
sedap masakan dia nasi beriyani johor..ada 3 jenis kuih talam dan juga laksa johor
sumanya kegemaran cik gold tu

dah sudah makan
baru kami suma gerak ke butik pengantin
sampai sana pegantin belum smpai, dok kat umah lagi
lepas 15 mini baru sampai
kol 12 lebih baru start mekap

Si pengantin ni, namanya June
tema kenduri ni putih dan merah hati
suma ok ja, cuma baju ja agak besaq skit..hehehe

si June sesudah mekap bersama mak buyung dan bakal pengantin cik gold la tu.hehe..

tepat kol 2 kami gerak balik ke dewan
sampai ja dewan gila lebat ujan
lama gak la pengantin tak kuaq dari keta
kami yang tak pengantin ni kuaq ja la lam ujan pon
bukan da sapa nak kisah kan..hehehe

hujan memang lebat
tapi aktiviti melantak kami wat kali ke-2 tetap berlansung
bila dah kenyang perut baru la bergerak balik lam kol 4 ptg lebih kurang
ujan still lebat ditambah lak dengan jem
menyebabkan perjalanan amik masa yang lebih lama
lam kol 10 malam baru sampai
memang letih gila la..



Apa pon cik gold nak ucapkan Selamat Pengantin untuk June dan pasangannya Izamir
moga bahagia sepanjang hayat!



Monday, February 21, 2011

Kenduri Lagi


Sekarang ni, aktiviti wat kenduri memang kerap kat makmal cik gold bekerja ni
tak tau la sempena apa kenduri tu

tapi apa susah, orang dah wat kenduri kita ngap ja kan
kena lak ujung-ujung bulan
duit pon dah hampir kering
memang tak tolak la

dah ramai-ramai orang wat kenduri
cik gold pon cam tingin lak nak wat jugak

apalagi, dengan pakatan dengan 2 orang lab mate yang lain
makan ari jumaat yang lepas 18/2/11, berlangsung la kenduri kami

tujuan kenduri ni lak ialah tak dak tujuan
hehe..saja nak makan beramai-ramai

menu cam besa, masakan kampung
masak lemak nenas, ayam goreng berempah, ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan kering
makanan ni di tempah dengan katering seorang lagi lab mate (bini dia orang kelantan, masakan dia sedap!!)

dengan baik hati , si tokey katering ni telah sponsor sambal udang
minuman ari ni ialah air punch ( sirap campoq oren)

ada lak staff lain yang sponsor ayaq kelapa pandan, memang sedap la..kena lak ari panas kan

wah..semakin bertambah menu ari tu

antara menu

beratur nak amik nasik

kenduri, dihadiri oleh semua staff tempat cik gold bekerja
lebih kurang 40 orang
bajet seorang rm6 je tokey ni amik
murah kan??
semoga murah lagi rezeki dia


*** orang cakap, kalau selalu belanja orang makan ni murah rezeki...betol ka?? hehehehe...





Thursday, February 10, 2011

Kenduri Tunai Nazar

nazar ni dah dua tahun wat
tapi tak sempat-sempat lagi nak bayaq
kebetulan cuti raya cina yang lepas ni cuti agak lama, jadi sempat la bayaqkan

cik gold berniat kalau dapat keja yang lagi bagus dari keja kat kilang di Penang tu cik gold nak wat kenduri skit..nak jamu jiran-jiran makan

Alhamdullillah... setelah hampir 2 bulan menjadi tukang bancuh air di gerai makan dan 7 bulan menjadi kuli di kilang, setelah graduation telah mendapat keja tetap

terbayang jerit perih, penah lelah ketika menjadi kuli kat kilang dulu
yang jadi pembancuh air ok lagi..sebab keja ngan tokey yang sebangsa ngan kita
yang kilang tu la problem..gaji staf yang sama pangkat pon leh berbeza hanya kerana kita berbangsa tak sama ngan tokey

walaupon banyak yang tak best, tapi ada gak yang bestnya keja kat kilang tu..sebab pengalaman kat kilang tu lah yang menbolehkan cik gol dapat keja sekarang ni

apa-apa pon, semua benda tu dah berlalu..hehe

jadi, pada 4 Februari yang lepas, pada hari jumaat berlansung lah kenduri menbayaq nazar tersebut

aktiviti memasak start dari jam 8 pagi lagi

bahan untuk menumis

rempah kari/ gulai

aktiviti memasak gulai ikan tongkol


budak-budak peramai majlis

walaupon pada mulanya hajat hanya nak wat makan-makan ngan jiran tetangga ja, tapi jadi kenduri yang agak besaq..sebab ayah cik gold panggil orang-orang dari masjid pas sembahyang jumaat

orang-orang yang datang kenduri

orang kuat untuk majlis ini ( tukang masak) ialah tok, mak dan makcik cik gold serta di bantu oleh sepupu-sepupu yang lain

menu ari ni cuma masakan kampung
tapi masakan kampung la yang sedap kan??
tak payah ada ayam atau daging
ada ikan pon dah cukup

tapi,harga ikan sekarang ni mahal la
rasa lagi mahal dari ayam
nyesal lak x wat masakan ayam


antara juadah yang disediakan

menunya ialah gulai ikan tongkol, kerabu daun selom dan jantung pisang,ulam-ulaman, ikan kering dan sambal belacan!!

sedap!!
sambal belacan dan kerabu la yang paling sedap!
makanan yang lain pon abis tak ada yang berlebihan (^_^)








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails