.

.

Sunday, January 4, 2015

Resepi Puding Roti menggunakan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum

Hari MG nak kongsi resepi puding roti
mesti ramai dah tau kan..MG lak baru ja tau
tu pon gugel ja..
tekak ni tingin sangat nak makan puding ni
memandangkan kat umah tak ada oven
jadi hasrat tu terpendam ja la
beli ja la senang
tapi, bila beli lak sikit
tak puas makan

pada satu hari tu terblogwalking ke blog-blog yang lain
depa wat puding ni guna pemanggang ajaib ja
wah...MG pon ada pemanggang tu
dok wat panggang ayam ja selama ni
boleh la kiranya kita pelbagaikan fuction pemanggang tu
hehe..memang tau pemanggang ni banyak kegunaan yang lain
tapi malas nak amik tau..hehehe

jadi bila dah tau ni boleh la buat sendiri puding ni
barang-barang pon tak renyah
cuma kena pi caru fresh milk dan butter ja
barang yang lain dah sedia ada kat umah
jom kita wat



Bahan-bahan utuk puding roti

1. 500 ml fresh milk
2. 1 cawan gula
3. roti dicarik carik ( hampir sebuku roti digunakan)
3 sudu marjerin ( dalam respi guna 5 sudu..tapi agak berminyak MG rasa)
4. 1 Bijik telur
5. Kismis
6. 1 sudu kecik esen vanila

Bahan-Bahan untuk sos kastard

1. 1 1/2 cawan susu segar / susu cair
2. 2 sudu gula ( MG rasa perlu tambah lagi..mungkin 4-5 sudu)
3. 2 sudu tepung kastard
4. 1  cawan air

Cara Buat Pudding Roti



1. roti yang dicarik-carik tadi disusun rapat-rapat ke dalam pemanggang ajaib
2. taburkan seberapa banyak kismis yang anda mau ( lagi banyak lagi sedapkan)
3. Didalam bekas yang lain satukan susu segar, gula, telur, marjerin dan esen vanila dan kacau hingga sebati ( MG masuk blender ja semua...mudah)
4. tuang campuran tadi ke lapisan  roti yang telah disusun tadi

 
5. tekan-tekan roti itu supaya padat dan kesemua roti tadi kena dengan campuran susu tadi
6. bakar selamat 10 min dengan api kecik
7. bakarkan sebelah lagi selama 5 minit..masa membakar ni ejas sendiri ya..ada yang suka garing dan ada yang suka tak kan





Cara buat Sos Kastard




1. di dalam periuk yang lain, satu kan kesemua bahan
2. guna api kecil dan sentiasa kacau sampai pekat
3. dan boleh dihidangkan..


 

Nah dah siap..
jenuh nak menghabiskan sesnsorang
rupanya En. Gold dan Umayrah tak bapa suka benda-benda gini
MG dah makan separuh semalam, ada l;agi separuh lam peti aias
habehlah diet 2 3 ari yang lepas..hehe
 bye!




2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails