.

.

Monday, January 17, 2011

Bercuti di Bandung Part 3



Hari Ke-2 di Bandung

hari ke-2 di bandung, ari ni rancang nak pi Tangkuban Perahu
rugi tol la kalau dah datang sini tak pi gunung tu

jadi perjalanan untuk ari ni , cik gold sewa kenderaan hotel

pakej ni berharga Rp400000 sehari bersamaan ngan lebih kurang rm150 ja..
harga ini termasuk, parking, petrol dan driver tu

jadi untuk ari ni, kita akan ke Tangkuban Perahu, makan kat Kampung Daun, shoping kat Factory Outlet, dan makan malam

memang berbaloi amik pakej ni, selain berpatutan, tak payah susah-susah cari teksi dan selamat dari kena tipu

kol 8 pagi 10/1/11 kita kuaq bilik dan pi makan bekpes yang disediakan
untuk ari ni bekpes yang disediakan adalah mi goreng (rasa cam maggi goreng ja), teh, tempe dan jus jambu batu

lam kol 8.30 pagi, kenderaan yang kami sewa iaitu Panther sudah siap bersama driver kami kat sini untuk ke Tangkuban Perahu

perjalanan akan mengambil masa lam sejam lebih

masa dalam perjalanan tu dapat la kita lihat corak hidup orang bandung, macam kita selalu tengok lam drama indon, bila stop kat traffic light ja ramai la pengemis, penjual-penjual malah mak nyah yang datang ke tingkap kenderaan untuk mencari rezeki

kadang-kadang terfikir gak, depa ni memang tak dak duit atau sekadar nak cari duit lebih saja

menurut driver kami Darso, kat indon ni orang kalau kaya memang kaya betol dan kalau miskin memang miskin betol..tak wujud golongan pertengahan seperti di negara kita (apa-apa pon Malaysia memang terbaik la) - ada seorang warga Indonesia tak suka cik gold tulis macam ni, tapi ini bukan cik gold yang kata, driver kat situ gak yang cakap..bukan cik gold memandai-mandai..sori kalau terasa!

pas lalu kawasan bandar, kami lalu lak kawasan kaki gunung Tangkuban Perahu, dan kalau tak silap nama kawasan ni ialah Lembang

kawasan ni memang cantik, sejuk dan merupakan kawasan pertanian

untuk naik ke Tangkuban Perahu, cas akan dikenakan sebanyak Rp50000 (rm17) sorang.
bila dah sampai kat atas, bukak ja pintu memang akan diserbu oleh penjual-penjual cenderamata kat sini la..hehe

apa lagi jawapan yang perlu anda berikan kat sini ialah

"enggak...enggak dan enggak"

make sure kalau anda tak mau beli barangan, jangan la menawar harga kat depa ni, kalau tak depa akan ikut anda sampai anda beli


disamping peniaga-peniaga tersebut, datanglah seorang pakcik ( lupa sudah namanya) datang menawarkan diri nak jadi tourist guide, nak elak pon x sempat dah..terpaksa la amik gak dia ni

amik bukan amik sesaja, kena upah lak tu.upah bagi dia Rp80000

tapi bagus gak ada guide dia, dia leh tolong kita tawarkan harga barangan kat kita
macam kat sini, cik gold bekenan sangat dengan pasu yang diperbuat daripada pokok bati kukun, pokok ni mempunyai corak semula jadi dan hanya perlu ditarah untuk mendapat bentuk pasu

memang unik!!
beli 1 dapat harga Rp20000 (rm7)

benda panjang yang cik gold pegang tu la bati kukun yang belum ditarah untuk dijadikan pasu

dok kat atas ni lama gak la..dalam 2 jam lebih ( bayaq mahal kena la dok lama-lama), cuaca lak sangat la sejuk dan angin kuat, abih tudung terbang

dihadapan cik gold tersergam Kawah Ratu., menurut guide man, kawah ratu ni hanya tidur dan boleh meletus bila-bila masa pon
( terus takut dan terbayang, kalau lah time cik gold pi ni dia meletus.huhu..)

kawah ratu

guide man lak sibuk nak bawak pi Kawah Domas, kat kawah tu ada kolam air panas leh rendam kaki dan rebus telur
tapi cik gold tak mau la..besa la charge lebih akan dikenakan kalau kita pi..

kat sini juga, ada pondok-pondok kecik tempat depa berjualan
kalau anda mahu, anda leh naik kuda untuk mengelilingi kawasan ni, tapi bayarannya tak tau la plak..sebab tak tanya pon

memang best, kalau tak dak penjaja yang dok ikut kehulu kehilir lagi la best

setelah penat menahan sejuk, angin yang kuat dan desakan penjaja kat sini, cik gold pon bersedia untuk balik

lam perjalanan turun bukit tu, ada lak ladang teh yang cantik.
apa lagi bergambaq la dulu

cuaca kat sini memang segar dan sangat cantik
tak rugi datang jejauh

ha..alang-alang masih kat kawasan kaki bukit yang sejuk ni, cik gold singgah lak ke ladang straw beri, kat sini memang banyak ditanam strawberi

untuk aktiviti ini cik gold singgah di Ladang Strawberi Natural
nak masuk kena bayaq Rp5000 ye ( rm1.70) dan dapat segelas jus strawberi yang sedap
cik gold lak tak penah ke Cameron Highland,jadi memang la sangat teruja
kat ladang ni juga depa ada tanam banyak jenis pokok bunga untuk jualan ( cik gold tak beli pon)

kutip, punya kutip strawberi dapat la 0.5kg, tapi lupa lak berapa harga

lam perjalanan ni jugak cik gold singgah ke gerai-gerai jualn buah
kat sini sempat beli limau ja

limau dia lain skit dari limau Malaysia
rasa cam campuran limau manis dengan limau bali skit
tapi rasa, memang sedap!

pisang pon ada tau..saiznya besaq


wah panjangnya entry kali ni..huhu

setelah penat, berjalan kesana kemari
perut pon jadi lapaq selalu la

"Darso, sila bawak ke tempat makan ye...
mau makan kat Kampong Daun

ok kak..(dialog Darso)"

Sepanjang cik gold dok cari info kat blog kawan-kawan yang dah pi sana, semua rekemen makan kat restoren ni, macam best katanya sedap
apa lagi terus kita pi sana lak ye

kat pintu masuk

masa kat pintu masuk kita kena pi amik nombor Saung lu ye
Saung ni cam pondok-pondok la
cik gold dapat Saung 23


suasana kat sini memang nyaman, dengan permandangannya yang cantik, ada air terjun, toilet pon bersih, pekerja pon mesra



kat sini cik gold amik nasik timbel ayam bakar dan jus alpokat
memang marvelous

sampai sekarang ni dok teringat lagi kesedapan nasik ni
kat sini juga leh try air jus kampung daun sling..sedap sampai tak terkata
makan sampai licin pinggan


kenyang makan kita pi shopping la plak
memang berbaloi kita amik pakej sewa kenderaan ni
berjalan sampai ke malam

pasni kita ke Rumah Mode dan FOS yang lain

kat donatello tempat kasut dan handbag

FOS

Rumah Mode

seperti besa, kalau bab shopping cik gold slow la skit..biaq la kawan-kawan yang shopping.huhu..

ni sedang tunggu es kelapa jeruk

baju kat sini memang murah dan berjenama ye

huhu...letih tol seharian berjalan
pas shopping terus ja balik ke hotel

mau tido

penat

esok mau jalan lagi

abeh sudah part 3





11 comments:

  1. cantek pemandangan, cik gold g sorg ker?

    ReplyDelete
  2. CIK Gold seronok nye bndung..?

    erm bila la i kn dpt pergi sni..

    vice sgt tmpt u g tuh..like. :)

    ReplyDelete
  3. cik gold sronoknya berjalan, kalau dh sampai sana memang rugi kalu x g Tangkuban Perahu.best tp x larat sepanjang jln kene ikut jea....

    ReplyDelete
  4. salam..cik golg dah bali Alor Star dak gi..la ALor Star dah berubah....

    ReplyDelete
  5. Salam

    Bagus dan terima kasih atas info mengenai Takuban ini.

    Saya sdh beberapa kali ke Bandung/Jakarta tapi masih belum berpeluang ke Takuban.

    Lukman

    ReplyDelete
  6. wah berbesar hati en lukman datang sini
    sebelum pi bandung pon baca blog en untuk cari info ke bandung ni!
    (^_^)

    ReplyDelete
  7. Di Tangkuban Perahu, pelancong dari Malaysia ramai kena tipu dengan guide man yang entah dari mana datangnya.
    Sebenarnya kita tak payah bayar dia sebab kita dah bayar tiket masuk.
    Guide man tu hanya penipu sahaja. Dia akan ekori kita dengan beberapa penjaja barang gengnya menyebabkan kita rasa terancam.
    Dari Kawah ratu sampai ke Kawah Domas mereka ekori saya tak layan.
    Saya boleh jalan sendiri.
    Anda kena berani apabila berjalan di sana, carilah orang-orang Malaysia untuk jalan berkumpulan. Orang Malaysia paling ramai ke Tangkuban Perahu.

    ReplyDelete
  8. tol tu pak long, tu la...orang malaysia ni cepat ksian kat orang
    last skali bagi ja la duit
    saya termasuk la lam orang yg cepat kesian tu...hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails