.

.

Friday, January 21, 2011

Bercuti di Bandung Part 4


Hari Ke-3 di Bandung

ari ni, sekali lagi kami menyewa kenderaan hotel dengan bayaran rm167
agak mahal ari ni sebab cik gold nak pi ke Kawah Putih

jauh tempat tu dari kota bandung
amik masa 2 jam lebih gak la

driver pon berulang kali bagitau kata jauh mesti dia malas nak bawak cik gold ke sana tu.hehe..
tapi berbekalkan semangat juang yang tinggi
cik gold tetap mau ke sana

ya la..dah datang ke sini, mesti la rugi kalau tak pi
bajet pon memang ada untuk kesana
last skali driver pon pi jugak la

perjalanan terpaksa masuk highway

kat sini semua kenderaan di pandu perlahan dan berhemah
kat highway pon maksimum kelajuannya hanya 80 km/j
jadi tak heran la kalau kadar kemalangannya rendah

disebabkan cik gold bercuti di sana pada week days, jadi kesesakan dapat dielakkan

perjalanan yang tadinya kat highway kini masuk lak ke kawan pekan kecil, cik gold pon lupa la apa namanya

kat sini banyak kereta kuda dan keadaan kudanya amat menyedihkan
kotor dan macam sakit

huhu...cik gold pencinta binatang!!



Permandangan di Ciwidey

seterusnya, cik gold masuk lak ke kawasan pertanian di lereng-lereng bukit di Ciwidey
bila ja masuk kawasan ni bermakna kawah putih dah nak dekat tu!!

kawasan pertanian di ditanam dengan pelbagai tanaman bertingkat-tingkat di lereng bukit
sama ja cam kat Kundasang cik gold rasa
jalan raya pon sangat la kecik kat sini

dah sampai ja kat kaki gunung tu, kena la bayaq cas masuknya..cas masuk adalah sebanyak Rp26000 seorang


kat sini anda boleh park keta kat kaki bukit dan naik ke atas menggunakan angkutan atau terus ja bawak keta kat atas

hehe..cik gold pilih bawak ja keta kat atas
bila bawak keta kat atas tu kena la plak cas Rp150000.huhu..

sebab kalau nak naik angkut tu kn tunggu 12 orang baru dia nak jalan
cik gold datang awal pagi..sapa pon tak dak lagi
terbang la Rp150000 tu


Subhanallah...
bila dah sampai kat atas tu
memang puas ati
Memang indah ciptaan Tuhan

memang sejuk kat sini
baju lak nipis

angin pon sangat la kuat
kabus tebal mungkin sebab nak ujan kot

gambaq pon tak bapa nak clear ( banyak gambaq tak clear sbab sejuk,tangan pon tak leh kuar dari dalam poket)



airnya kawah berwarna hijau dan seolah-olah ada cahaya kan dasarnya
memang cantik!!
kaler ijau ni disebabkan oleh kehadiran belerang di dalam air tersebut


bau berlerang memang kuat, sapa yang tak tahan leh muntah kat sini

sejuk memang sejuk tapi disebabkan kawasannya sangat cantik menyebabkan cik gold dok dekat 2 jam di sini

beli belerang

kat sini cik gold ada gak beli belerang
katanya leh wat lulur
Rp 5000 ja sepeket (rm1.70)


dah hampir beku kat atas ni, cik gold pon turun la balik
perut pon lapaq ni

ari ni nak makan makanan sunda lagi
hehe..

kita singgah lak kat Saung Andir

di sebabkan semalam kita makan Nasi Timbel
ari ni kita makan Nasi Liwet ye kengkawan

menu ari ni

Gurame Gledek
Nasi Liwet
Ulam-Ulaman
Petai
Sambal yang sedap
dan ayam masak kicap!!

jus SMS

menu cik gold ari ni


permandangan di Saung Andir
makan sampai mintak nasi tambah.hehe..
memang sedap
gurame memang sedap la!!

ada tak restoren kat Malaysia yang jual nasi ni??
cik gold teringin nak makan lagi

harga juga murah berbanding Kampung Daun
kalau dah pi Kawah Putih singgah la ke restoren ini tau!

dah kenyang perut suka hati
mari kita balik ke bandung balik


sepanjang perjalan ke bandung, cik gold tido ja..sampai la ke Cibaduyut
kat sini memang syurga barang kulit la

tempatnya macam pekan kecik ja,kedai pon kecik..
tapi banyak kedai

kat sini majoritinya barangan kulit lembu atau sapi
cik gold beli kasut dan purse
memang cantik
tapi purse tu cam tiruan la
geram tol!

nasib baik murah ja
tapi kasut memng terbaik dan puas ati
kat sini pon ada penjaja yang akan mengikut kita kesana ke mari

perjalanan ari ni memang penat
pasni kita pi ke Paris Van Java
kat sini pon FOS gak

tapi cik gold hanya melawat-lawat ja kat sini, tak lama pon
hanya untuk jejak kaki ja
gambaq pon tak banyak amik

haa..sapa-sapa yang nak mai bandung sila aktifkan dulu kat ATM anda
kat sini bersepah CIMB Bank ye

last skali untuk ari ni kita ke Kartika Sari dan Amanda
tempat jual brownies
esok pon dah nak balik
harga sebijik lebih kurang Rp28000 (rm9)
Amanda, tempat brownies sedap!


jadi boleh la borong, brownies ni tahan 3 ari ye kat luaq peti ais
kat sini juga dapat beli pisang bolen yang sedap

brownies ni khas untuk budak rumah dan orang ofis.hehe...baik tak???

loteh sudah ari ni
terus balik bilik
dan makan apa yang ada lam bilik tu
hehe...

abeh sudah part 4






14 comments:

  1. seronoknya pergi sana....teringin rasanya....ok2...insyaallah...ade rezeki boleh lah pergi...amin...
    ok2...thanz..

    ReplyDelete
  2. teringin sgt nak pegi bandung.kena kumpul duit la ni.hehe

    ReplyDelete
  3. wahh! beshnyer, tringin nk pegi jugak klo ade rezeki..huhu

    ReplyDelete
  4. farhan, nik dan bajiku : memang best pi sana,make sure kalau memang ntujuan nak shopping bawak la duit lebih ye (^_^)

    ReplyDelete
  5. wah bestnya kt kawah putih nie, x pg pun masa pg kesana...ruginya...cantik sangat.

    ReplyDelete
  6. beshnye....suke ngn pic...





    jom singgah n follow2 belog saya..
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. awk,best tak bandung?
    sbb my mum ajak pegi sana...
    huhuu

    ReplyDelete
  8. best angah tak gi pun kawah putih nie..
    one times angah gi nanti

    ReplyDelete
  9. ahhhh bestnyaa,,pas ni kalo nk g bandung leh refer ahhh..best2.. banyak tak bajet?

    ReplyDelete
  10. kalau tujuan untuk shoping mmng kn banyak bajet..tapi cik gold bawak skit ja (^_^)

    ReplyDelete
  11. silahkan berkunjung lagi ke Indonesia :)

    ReplyDelete
  12. salam..menarik..mlm ni flight..esok pepagi cargas ke kawah putih..tiru schedule cik gold...hehe..jgn marah ar...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails