.

.

Wednesday, March 30, 2011

kena ulser mulut lak

bukan mulut cik gold

huhu..nak cakap pon sakit
apa tah lagi nak makan
ni suma berpunca sebab makan buah pelam ari-ari la ni
cicah dia punya colek

di tambah pulak 2 kali tergigit pipi ketika makan
bertambah-tambah sakit

sedikit info pasal penyakit ni..


Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
*** gambaq di atas bukan mulut cik gold (^_^)





6 comments:

  1. kita pun pernah rasa saikit kan ..
    sebab ianya melibatkan mulut..
    nanti automatik tak de mood nak berckp

    ReplyDelete
  2. skarang nie pun muz tngh kene mate ikan nie...nak gosok gigi pun rase malas sebab pedih.. nie gare2 makan makanan berempah bnyk la kot..betul ke???

    ReplyDelete
  3. skrg tgh mengalami ulser ni.huhu.g skolah snyap ja cm org bisu.

    ReplyDelete
  4. kalo kena ulser mmg la..semua hilang mood kan..

    ReplyDelete
  5. Cik Yana dulu masa sekolah selalu kena benda ni. Tapi sekarang tak pernah kena dah. Dulu kena, mama cakap tak minum air banyak. Lepas tu, start minum air masak cukup-cukup. Dah tak kena dah la sekarang :)

    Lots of LOve,
    Cik Yana

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails