.

.

Wednesday, January 15, 2014

Resepi : Burger Bakar ala Lava Grill

Assalamualaikum
hai..nasib baik ingat lagi pasword blog ni
lama punya pasai tak update
1st entry lam taun 2014
banyak cita nak cita tapi tak sempat
sejak ada anak ni
kat umah memang la tak sempat
kat ofis waktu rehat ja sempat pon nak menaip
entry tertunggak-tunggak banyak ni
tah-tah lupa terus la nanti nak update.hehe..

hari ni MG nak bagi resepi Burger Bakar ala Lava Grill
ni semua berpunca dari suka sangat makan lava grill burger kat Serdang tu
ye la..makan kalau single burger dengan super cheese dah rm13.50
tu kalau single kalau double?
kalau triple? mau botak kepala
tu kalau sebulan sekali, kalau 2 kali ? 3 kali sebulan?
hehe..
jadi sebagai isteri dan mak yang mithali haruslah belajaq membuatnya
setelah di gugel-gugel
eleh, senang ja rupanya, jadi apa lagi
en. gold jom kita pi tesco cari barang!

ini dia resepi dia kalau suka jom la try
tak susah pon



Resepi : Burger Bakar ala Lava Grill

1 pek 400g ayam/daging kisar (cap ramli ke tesco ka tak kisah)
1 1/2 sudu kecik mixed herb
1 sudu kecik thyme
seckup rasa serbuk lada hitam
3 biji bawang merah dikisar
3 bijik bawang putih dikisar
1 bijik telur
serbuk roti / oat
slice cheese
garam/gula secukup rasa

Cara-caranya

make sure ayam/daging tu dah tak beku ye, jangan bubuh yang ketul-ketul
nanti tak sebati
masukkan segala rempah ratus, bawang dan gaul sebati
masukkan garam gula dan gaul
masukkan telur untuk melekatkan daging tersebut ( kalau masih berderai tambah telur, kalau guna daging lebih banyak telur digunakan berbanding ayam)
pastu tambahkan sedikit serbuk roti atau serbuk oat
agak-agak sampai boleh kepal untuk di buat patty nya
kepal-kepalkan pattynya mengikut saiz kegemaran anda
kalau suka makan daging tu wat la lagi tebal..
patty tu seeloknya di masukkan ke dalam peti sejuk lu 2 3 jam sebelum dibakaq
tapi MG tak sempat masuk peti sejuk dah
terus ja goreng..hehe

dah goreng tu boleh la dihidangkan bersama roti burger, cheese ( ini mesti kasi lebih baru sedap!!)
sos tomato, sos cili, mayonis dan sebagainya
kalau rajin boleh wat sos lada hitam ye
MG malas makan ngan sos lam botol je

selamat mencuba!

2 comments:

  1. sekali update tangkap leleh jer..terliur trus

    ReplyDelete
  2. nampak sedappp! nak try lah nnti! tq mrs.gold! =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails