.

.

Friday, March 27, 2015

Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 2

Ok sambungan dari episod lepas  Percutian Bajet ke Kota Kinabalu dan Kundasang Hari Kedua Part 1

lepas turun dari taman negara Kinabalu
terasa sangat la lapaq
kena plak ngan cuaca yang sejuk lagi la bertambah lapaqnya
MG time ni dok sakit telinga lagi
kami meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang

sampai ja kat sini terus cari kedai makan
Alhamdullilah dekat ngan roundabout sebelah Kundasang War Memorial tu ada kedai makan
memandangkan kami anak beranak tengah lapaq gila
masuk ja kedai mana yang jumpa dulu
tapi syukur makanan memenuhi selera kami
walaupon banyak baca blog kata makanan kat sini tak kena ngan selera orang semenanjung
kami makan nasi campur dan depa sediakan sekali ngan sup
sup panas yang sedap tambah ngan suasana sejuk
memang heaven!!
berdekatan sini ada orang jual kepak ayam madu
glemer ni banyak blog suruh rasa
tapi kami tak rasa sebab kena beratur panjang
malas dah nak tunggu lelama

Kalau anda semua nak pi ke Kundasang War Memorial pon
ada kat sini sebelah kedai makan ni ja..landmark di roundaboutye
tapi MG tak pi pon...sebab...en Gold tak mau pi
dia kata pi wat pa kubur  ja pon..huhu
sabaq ja la.hehe

kat sini kami makan kena dalam rm14++
jam di dalam pukul 12, kat kedai makan tu kami tanya direction untuk ke Kiram Village
dah dapat direction kami mula bergerak
perjalanan nak ke sana memang mendaki bukit

sebelum sampai ke Kiram kita akan jumpa dulu Desa Cattle Dairy Farm di sebelah kiri kita
kat sini la tempat ladang lembu ala New Zealand tu
kami tak singgah lagi kat sini
teruskan perjalanan ke Kiram dulu
nah..kat puncak bukit tu la Kiram
dah sampai Kiram tak dapat nak check in lagi
sebab waktu check in ialah pukul 2 ptg
lupa lak..huhu
mau tak mau kena pi Ladang Lembu dulu la
nasib baik dekat

Desa Cattle Dairy Farm

tiket untuk masuk sini ialah rm4 untuk dewasa, untuk si kecik umayrah tak kena pon
boleh tahan ramai gak orang lam ni
yang datang ngan bas
ngan rombongan pejabat semua ada
nak amik gambaq dekat batu yang bertulis Desa Castle pon tak leh..huhu
orang ramai, kena tunggu turn kalau nak amik gambaq kat situ
kena plak time ni umayrah dok wat perangai
jadi terbantut la acara amik gamabar bebanyak .hehehe...






Aksi 2 beranak dok wat cita hindustan.hehe







kat sini kami makan aiskrim gelato

dengaq perkataan gelato dah cuak skit sebab macam gelatin kan
nasib baik ada logo halal berserta no kod sekali jadi hilang la cuak tu
kat sini juga jual susu segaq dan waffel
harga gelato tu rm5 satu bekas, boleh tahan mahal jugak kan









Pastu kami sefamili ke tempat Calf Pen kat sini anda semua leh bagi makan anak-anak kambing dan lembu dan bagi depa minum susu
susu sebotol rm1
dan rumput seikat rm1





syok la si umayrah tu kalau jumpa binatang-binatang ni
suasana kat sini pon cantik sangat
macam kat oversea. bukit-bukit pon bentuknya cantik
setelah puas kat sini kami pon balik ke Kiram untuk checkin



KIRAM VILLAGE

kami sampai lam 1.50 ptg jadi kami tunggu lagi 10 minit nak ke pukul 2
selepas pukul 2.00 tak dak orang lagi kat kaunter
tunggu lagi 10 minit tak datang jugak orang kat kaunter ni
MG pon bunyikan loceng nak angin dah ni
datang sorang abang ni
dia pekerja Kiram jugak
dia kata bukan dia yg jaga kaunter budak yang jaga kaunter tu pi mana tak tau
ok MG pon tunggu lagi
last, 2.30 petang ada budak-budak anak pekerja Kiram lalu
MG tanya depa mana orang jaga kaunter
last baru budak-budak tu pi cari budak yang jaga kaunter
mungkin Pihak Kiram perlukan tingkatkan proses di bahagian check in
jangan biaq kastemer menunggu lama
nanti kastemer lari kan dah rugi
lagi satu banyak ja chalet sekitar ni
lagi senang kastemer lari
bab lain dah ok dah

ok pas kami checkin kami pon masuk la ke chalet
kat sini kami dapat chalet Mushroom
berbaloi la dengan harganya
puas ati juga

Chalet Mushroom kami


kat sini tak ada aircond ye, kami yang sampai tengahari tak rasa panas pon
disebabkan rancangan untuk ke Desa Cattle Farm dah dianjak ke pagi
jadi kami tak ada aktiviti petang ni
jadi kami sekeluarga tidur sampai ke petang hehehe..

dah puas tido perut rasa lapaq
jadi kami makan di kantin kiram
ingat tak abang yang cakap budak jaga kaunter tak ada tengahari tadi?
dia sekeluarga handle kantin kat sini
makanan kat sini agak mahal
standard kot harga atas bukit

Umayrah dan Kucing di Kiram Village


nasik goreng harga sepinggan rm7
dan teh tarik rm2 segelas
jadi MG amik nasik goreng ayam share dengan Umayrah dan En gold amik nasik goreng daging
suasana pada petang pukul 6 dah start sejuk



time ni suhu 15C
menurut abang tukang masak, malam-malam buleh jangkau 10-12 c
dan kalau malam tu suhu turun ke 8 c, maksudnya kat puncak gunung akan ada ais
sejuk..




sekitar Kiram Village

suasana di sekitar Kiram sangat cantik
banyak pokok bunga, bayangkan bunga lily bersepah ja hidup subur kat sini
kalau kat KL mau sebatang barapa harga lily.hehehe..
kat sini gelap awal pukul 6 petang dah start gelap

malam kat sini tak ada aktiviti sangat
masing-masing tidoq awal
tapi kalau sesiapa yang nak makan kantin Kiram masih beroperasi
kami turun jugak jalan-jalan area Kiram
tapi sat ja tak tahan
terus lari naik bilik
pastu bancuh air panas, air panas lak satja panas pastu sejuk balik...huhu




 
ok MG nak pesan kat sini
sila bawak sweater dan stokin
suasana sangat sejuk kat sini
kami sekeluarga tak buleh tidur sebab sejuk sangat
MG pakai 2 lapis seluaar, Umayrah pakai baju 2 lapis camtu jugak en Gold
tak sabar nak tunggu siang..huhu
time nak amik air sembahyang rasa cam na mengelupur ja.huhu
tapi yang herannya si umayrah leh mandi air paip sambil ketawa girang lagi
tahan sejuk betoi budak tu
yang mak pak mandi air panas.hehe

Total Damage Hari Ke Dua

Sarapan : rm7.00
Rumah Terbalik : rm 20.00
Tiket Taman Negara Kinabalu : rm6.00
Makan tengahari : rm14.50
Tiket Desa Cattle Dairy Farm : rm8.00
Aiskrim : rm15.00
Kiram : Rm 90.00
Makan Petang ( Di Kiram) : rm21.00

Total : Rm181.50

3 comments:

  1. cantikkknyaaaaa. jeles tengok. hahaha. teringin nak g tp x dok bajet lg. ehehe. selama ni rasa mcm dah follow blog MG tp nape xpenah naik kt reading list. skali masuk x folo plak. ishhh pelik betui. ehehehe

    ReplyDelete
  2. salam sis.. sis booking kiram village n kat mana???
    bole email x?

    norhidayahyusni@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails