.

.

Thursday, December 20, 2012

Dividen ASB 2012 - CARA PENGIRAANNYA

Assalamualaikum

saja nak share berita baik.. (^_^)

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun.
Katanya, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011. - UTUSAN

Kesimpulannya
Agihan Pendapatan = 7.75 %
Bonus = 1.15%
Total = 8.90%
MENGIRA KEUNTUNGAN SIMPAN DI ASB

Contoh Pengiraan Keuntungan ASB

Soalan 1: Berapakah keuntungan yang akan anda perolehi jika anda menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB sejak setahun yang lalu?

Saya membuat kiraan berdasarkan:

Dividen: 7 sen / unit
Bonus: 1.75 sen / unit

Formula untuk mengira dividen ASB adalah :
Pendapatan Dividen = dividen x baki minimum akaun
= 0.07 x 876.00
= RM 61.32

Formula untuk mengira bonus ASB adalah :
Pendapatan Bonus = bonus x [(baki minimum akaun * 12) / 120]
= 1.75% x [(10,512) / 120]
= 1.75% x [87.60]= RM 1.53

Jawapannya, anda akan memperolehi RM 62.85 jika menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails