.

.

Wednesday, January 9, 2013

Set Berpantang Pilihan

Assalamualaikum

sekarang dah start berpikir secara series pasal set bersalin
ingat nak pakai 2 jenis
satu moden dan 1 tradisional
yang moden of course la Shaklee
sebab masa pregnant ni pon memang guna dia
so far ok
badan bertenaga, kurang morning sickness dan rasa cergas
cuma sekarang dah 8 bulan ni la rasa cam letih-letih sikit
sebab malam-malam tak leh tidoq sebab panas
dan tak selesa
lagi pon shaklee ni MG beli botol besaq punya
dah 2 kali topup jadi cukup sampai ke berpantang nanti
cuma kena tambah lagi satu jenis ja lagi
iaitu ZINC COMPLEX
yang lain dah cukup
katanya Set Confinment Shaklee ini juga mempercepatkan penyembuhan luka, mengatasi masalah keguguran rambut, membantu ibu lebih relaks dan memulihkan tenaga dengan lebih cepat dan sudah pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

katanya jugak set ni leh pakai bersalin normal atau cser
kira ok la kan..
cuma 1 ja yang tak best makan vitamin ni masa pregnant
sebab dia bagi kita sentiasa lapaq
tapi yang pasti time pregnant, MG tak menghadapi masalah macam
darah tinggi ka, HB rendah ka,diabetes ka
semua normal

Untuk yang tradisional lak ingat nak try set Bersalin Afiat la
dalam dok baca testi orang lain
cakap cam bagus jugak produk ni
yang penting harga pon ok
memandangkan set shaklee dah memang mahal
jadi set yang kedua ni inagt nak amik yang tak mahal sangat
kalau nak amik shaklee saja cam tak best
cam tak rasa berpantang lak
cuma lam set ni dikatakan tak dak param dan pilis
hehe...MG pon tak beli lagi ni
baru baca review blogger lain
Ingat nak cari kat Mydin hujung minggu ni
harap serasi la ngan MG
nanti MG akan review apa ada dalam dia
dan harganya ye
testi lak pas beranak la baru leh wat :) 

Kalau dulu tingin nak amik tanamera atau NR
tapi takut lak kalau anak kena kuning nanti
kabarnya kalau pakai set pregnant shaklee
anak tak kena kuning
tak pa kita tengok nanti
kalau memang tak kena memang bagus la produk ni




 

2 comments:

  1. yeah...nti review mcm ne oko, sbb memg plan nak guna shaklee jgk

    ReplyDelete
  2. nanti review set shaklee tu ek, sebab sy plan nak pakai gak. untuk set tradisional nak pakai set tanamera..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails